Anda di halaman 1dari 23

QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK

PENGENALAN

Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk
akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia
yang mempunyai akhlak yang buruk suka melakukan sesuatu yang merugikan orang lain, suka
melakukan kekacauan, suka melakukan perbuatan yang tercela yang akan membinasakan diri
dan masyarakat seluruhnya. Manusia yang tidak mempunyai akhlak, mereka sanggup melakukan
apa sahaja untuk kepentingan dirinya. Mereka sanggup berbohong, membuat fitnah, menjual
maruah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu mereka akan menjual agama dan
negaranya.( Al-Attas.H,(2011)

Masalah keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan masyarakat dewasa ini
semakin membimbangkan dan memerlukan satu penyelesaian yang menyeluruh daripada semua
pihak. Menurut Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (1988) penerapan nilai-nilai murni menjadi
tajuk utama dalam sistem pendidikan khususnya bagi menyediakan anak bangsa yang
mempunyai ketahanan diri yang teguh. Akhlak merupakan sifat semulajadi yang lahir dalam diri
manusia dicorakkan melalui didikan yang dilalui oleh sesorang daripada peringkat rendah
mahupun sekolah menengah. Tingkah laku pelajar di dalam dan diluar kelas adalah
melambangkan keunggulan mereka sebagai seorang guru yang mudah diterima baik oleh murid-
murid (Hussain & Ashraf,1989).

Guru adalah individu yang boleh mempengaruhi pelajar selain didikan awal mereka
dirumah. Halstead (1995) menyatakan bahawa guru amat disanjungi dan diberi harapan kerana
mereka mempunyai ilmu, tetapi juga mempunyai personaliti dan tanggungjawb dan
menunjukkan contoh yang baik kepada murid yang akan menyebabkan murid mengikuti mereka
tanpa ragu-ragu. Untuk memikul tanggungjawab yang berat ini,guru mestilah berperanan sebagai
ibu bpa kedua di sekolah (Abidin Ibn Rush,1998) dengan menunjukkan akhlak yang yang baik
dan mampu memberi tauladan yang baik kepad setiap pelajar. Masa pelajar yang banyak di
sekolah menyebabkan guru orang yang berpengaruh kepada pelajar (Ab.Halim Tamuri,2011).
KONSEP

Konsep Qudwatul Hasanah bermaksud contoh teladan yang baik iaitu sesuatu yang boleh
dicontohi oleh orang lain. Qudwah ialah keadaan yang boleh diikut oleh orang lain sama ada
baik atau buruk. Hasanah bermaksud contoh yang baik dan sunnah yang bagus (Muhammad
Hajir 2012). Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah tauladan yang terbaik untuk seseorang
Muslim. Peribadi yang ada pada Rasulullah SAW menjadi ikutan kepada para sahabat dan
pengikutnya dalam segala aspek kehidupan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
balasan baik pada hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak dalam masa susah atau senang. “

( Surah Al-Ahzab 33 : 21 )

Ayat ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh yang terbaik yang
perlu diikuti oleh seseorang Muslim yang mengharapkan keredhaan Allah. Rasulullah SAW
merupakan sebaik-baik ikutan atau role model dalam kehidupan khususnya kepada pendidik.
Pendidik yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dalam aspek tingkah laku,
komunikasi, kepemimpinan, pengurusan dan sebagainya dapat membantu dalam proses
membentuk akhlak murid.

Masyarakat dan ibu bapa mutakhir ini banyak menyerahkan tugas mendidik anak kepada
guru dan institusi sekolah (Ab. Halim & Mohamad Khairul Azman, 2010). Hal ini kerana, faktor
ibu bapa yang sibuk dengan tugasan harian di rumah atau di tempat kerja sehingga
perkembangan diri anak tersebut dan proses didikan yang sepatutnya bermula dari rumah terabai.
Kesan daripada ini, peranan guru dalam mendidik dan membimbing anak murid dalam
melahirkan individu yang berakhlak mulia semakin mencabar kerana guru kini tidak hanya
sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas sahaja.

Hakikatnya, suatu pendidikan itu bermula dari bumbung rumah sesebuah keluarga dan
Ibu bapa adalah guru pertama bagi setiap anak. Orang yg pertama sekali mencorak dan
membangun modal insan itu adalah tugasan wajib bagi setiap ibubapa. Segala yang ditunjukkan
dan diaplikasi dalam kehidupan harian ibu bapa akan menjadi lantai asas kepada pembentukan
peribadi dan akhlak seseorang anak. Maka, tidak boleh tidak ibu bapa haruslah berusaha dan
berupaya menjadi Qudwah Hasanah sejak anak itu dilahirkan. Seterusnya apabila semakin
meningkat dewasa, anak-anak akan mengembangkan lagi pertumbuhan akhlak yang telah
diamalkan dan diaplikasi sejak dari kecil di samping keboleh upayaan mereka menangkis
cabaran-cabaran luar yang sentiasa mengganggu gugat pertumbuhan akhlak tersebut. Oleh itu,
jika lantai asas akhlak itu kukuh maka mereka akan berjaya mengekalkan akhlak baik tersebut
walau sederas mana cabaran akhlak terutama sekali cabaran pengaruh rakan sebaya dan
persekitaran.

Guru adalah Ibu bapa kedua bagi setiap anak dan sekolah adalah rumah kedua bagi
mereka setelah melangkah ke alam persekolahan. Maka, mekanisme kedua terpenting dalam
pembentukan akhlak seorang manusia adalah guru. Menurut teori Albert Bandura, guru
berperanan sebagai model atau contoh kepada anak muridnya (Qumruin Nurul Laila, 2015).
Sebagai model, apa sahaja tingkah laku atau perbuatan yang ditunjukkan oleh guru akan menjadi
ikutan murid sama ada tingkah laku positif mahupun tingkah laku negatif. Seharusnya guru perlu
sentiasa menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik sama ada di dalam mahupun di luar
kelas. Hal ini kerana, tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru itu akan ditiru oleh murid, jika
perlakuan yang baik ditiru maka hasilnya terbentuklah akhlak yang baik dan begitu juga
sebaliknya. Maka, peranan guru dalam menunjukkan segala gerak geri, tingkah laku dan
perwatakan yang baik amat penting untuk ditiru oleh diri murid seterusnya menjadi amalan
dalam kehidupan mereka.

Guru yang baik dan menunjukkan sifat mesra akan disenangi oleh anak muridnya. Hal ini
kerana, guru yang mudah mesra dengan murid akan dapat memenangi hati murid seterusnya
menjadikan guru itu disayangi dan disenangi (Mohd Khairuddin, 2014). Apabila seseorang guru
itu disenangi peribadinya, maka segala tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan akan mudah diterima.
Maka, secara tidak langsung kejayaan dalam membentuk akhlak murid akan mampu dicapai
dengan jayanya.

Melahirkan individu yang mempunyai nilai-nilai murni adalah selaras dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Norazri (2015), mengatakan bahawa guru perlu menyemai nilai-nilai murni
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi meningkatkan akhlak murid. Guru yang
gagal mempraktikkan nilai murni dalam pengajarannya selaras dengan nilai-nilai masayarakat
secara tidak langsung akan merendahkan martabat profesion keguruan itu.

KEPENTINGAN

Qudwatul Hasanah mampu mengatasi cabaran guru dalam pembentukan akhlak pelajar
(Siti Rashidah et.al 2016). Dalam proses PdPc guru berpeluang mengaitkan kandungan
pengajaran dengan akhlak yang mulia yang boleh dicontohi oleh pelajar dalam kehidupan
seharian. Kaedah yang boleh dilakukan oleh guru adalah dengan melakukan perbincangan dan
penerangan yang mudah diikuti oleh pelajar. Pengamalan konsep Qudwatul Hasanah oleh guru
akan memudahkan pelajar meniru akhlak guru. Guru menunjukkan teladan dan pelajar akan
meniru sikap guru berdasarkan apa yang dilihat. Di samping itu, guru mampu menyingkirkan
akhlak buruk dengan sering menegur dan memberi nasihat. Kaedah menegur dan memberi
nasihat perlulah secara berhikmah iaitu secara lemah lembut, baik dan secara umum atau
peribadi.

Selain itu, konsep Qudwatul Hasanah mampu mengurangkan masalah tingkah laku
delinkuen dalam kalangan pelajar (Mohd Khairuddin et al. 2014). Ini kerana seorang guru yang
menjadi contoh ikutan pelajar mempunyai sikap yang positif dan baik. Komunikasi antara guru
dan pelajar juga berada dalam tahap yang cemerlang. Tingkah laku delinkuen dalam kalangan
pelajar terjadi disebabkan halangan keberkesanan komunikasi guru dalam bilik darjah. Guru
yang bersikap negatif seperti tidak masuk kelas, membosankan dan mudah marah menyumbang
kepada tingkah laku delinkuen pelajar. Oleh itu, guru perlu berkomunikasi dengan berkesan bagi
memastikan wujud perubahan tingkah laku positif ke atas pelajar.

Pendidikan bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Konsep


Qudwatul Hasanah sangat relevan untuk meningkatkan akhlak murid dalam melahirkan modal
insan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni (Haryati et al. 2009). Modal insan yang ingin
dihasilkan perlu dilengkapi dengan nilai-nilai murni dan sikap optimistik kerana kemajuan dan
pembangunan material semata-mata gagal melahirkan generasi yang seimbang untuk mencapai
kualiti hidup dan kegemilangan tamadun manusia. Pendidikan perlu bersifat sepadu serta
berpaksikan tauhid dan berlandaskan falsafah serta nilai Islam. Pendidikan akhlak yang
berteraskan konsep Islam yang syumul yang terkandung dalam konsep Qudwatul Hasanah amat
sesuai dan membantu dalam merealisasikan matlamat ini.

CADANGAN

Konsep qudwatul Hasanah ini boleh dijadikan sebagai metod terbaik dalam pembentukan akhlak.
Rasulullah SAW merupakan contoh qudwatul hasanah yang terbaik untuk dicontohi. Hisyam bin
Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasaulullah SAW. Aisyah RA
menjawab, “ Akhlak nabi Muhammad SAW adalah al- quran.” ( HR Muslim). Sungguhpun
jawapan Aisyah itu singkat tapi ia penuh bermakna. Aisyah menyifatkan Rasulullah SAW
dengan satu sifat yang boleh mewakili seluruh sifat yang ada. Firman Allah :

         

Maksud ayat:

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

Konsep Qudwatul Hasanah juga boleh digunakan dalam membina modul dalam kurikulum dan
diperluaskan di sekolah dalam pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc). Menurut imam Al-
Ghazali jiwa anak-anak yang bersih jika diajar dengan kebaikan mereka akan menerima
kebaikan begitu juga sebaliknya. ( Hamid Reza 2017: Mahmood &Fatemeh 2012). Guru
berpeluang untuk mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik kerana masa keberadaan guru
bersama murid adalah adalah panjang. Guru juga sangat sesuai untuk menjadi role model dalam
menjalani kehidupan seharian. Contohnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas guru berpakaian menutup aurat menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat,
guru perlu menjaga tutur kata di dalam bilik darjah supaya tidak mengeluarkan perkataan yang
kurang sopan, guru juga perlu menjaga akhlak antara bukan muhram, ini kerana semua murid
berlainan jantina merupakan ‘ajnabi’atau bukan muhram dengan mereka. Ini bertepatan dengan
kajian Nurul Hudani, Marof dan Noor Hisham (2013) bahawa kecerdasan emosi guru yang
positif melahirkan akhlak dan tingkah laku yang baik.

Konsep qudwatul hasanah juga boleh dimasukan sebagai eleman penilaian keberhasilah guru
yang dilaksanakan dua kali setahun. Di antara Pekara yang boleh dinilai dalam keberhasilan
tersebut ialah tingkahlaku guru semasa melaksana proses pengajaran dan pembelajaran,
contohnya tidak mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sewaktu mengajar, menegur murid
dengan cara yang berhemah dikala murid melakukan kesilapan dan sebagainya. Manakala dalam
etika berpakaian pula guru mesti berpakaian kemas dan menepati cara etika berpakian semasa
bekerja seperti mana yang telah ditetapkan, guru juga mesti menepati masa. Sebaik sahaja loceng
berbunyi guru perlu memulakan kelas seperti mana yang telah dijadualkan. Menurut pendapat
Ab. Halim, Mohd Izham dan Masribanun (2007) bahawa ciri guru yang muaddid ialah menepati
masa. Kesungguhan guru dalam menyampaikan ilmu juga perlu diambil kira. Terdapat guru yang
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti ‘melepaskan batuk di tangga.’ Sikap
ini perlu dikikis supaya guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan sempurna.
RUMUSAN

Analisis daripada lima jurnal mendapati masalah akhlak di kalangan pelajar pada zaman ini
semakin keruncing. Mereka kehilangan contoh role model untuk dicontohi, Konsep Qudwatul
hasanah dari guru dan ibu bapa memberi banyak impak penting kepada pembentukan akhlak
pelajar. Pendekatan Akhlak Islamiah yang diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah merupakan
satu perkara penting untuk pelajar-pelajar melihat dan mengambilnya sebagai contoh tauladan
seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Proses pembentukan akhlak pelajar ini
memerlukan bimbingan dan panduan dengan pendekatan penuh kasih sayang, simpati, ikhlas dan
mencegah kesilapan dengan berilmu dan berhikmah. Kesemua pendekat ini perlu diamalkan oleh
guru sewaktu mengajar di sekolah.

Konsep Qudwatul Hasanah ini juga akan membentuk pelajar yang berakhlak mulia dapat
melahirkan generasi yang berkualiti untuk memimpin negara pada masa hadapan. Jika kita mahu
melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda - pemudinya pada hari ini. Pemuda-
pemudi inilah yang akan meneraju dan akan mencorak negara pada masa akan datang.

Di samping itu juga semua pihak perlulah memainkan peranan bagi memastikan agenda
pembentukan akhlak ini dapat direalisasikan dengan jayanya pada masa akan datang. Contohnya
ibu bapa tidak mengabaikan pendidikan anak-anak dirumah. Guru-guru tidak mengabaikan
tanggunjawabnya mendidik anak bangsa di bangku sekolah. Manakala bagi masyarakat
sekeliling perlulah bersama-sama membentuk generasi ini agar tidak rosak ditelan zaman..

Mereka yang terlibat dalam proses pembinaan akhlak perlu mempunyai kesabaran, iltizam dan
istiqamah pada tahap yang maksima. Jikalau tidak ada kesabaran, iltizam dan istiqamah yang
tinggi impian hanya akan tinggal harapan. Apa yang diusahakan tidak akan menjadi kenyataan.
Proses pembentukan yang berterusan atau proses sepanjang hayat perlu seimbang antara
pembangunan fizikal dan sosial. Sesuai dengan falsafah pendidikan negara yang menuntut
keseimbangan dari segi jasmani emosi dan intelaktual (JERI). Diharapkan analisis ini akan dapat
memberi manfaat semua khususnya golongan warga pendidik dan ibu bapa agar sentiasa
mengamalkan konsep Qudwatul Hasanah dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010. Amalan Pengajaran Guru
Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim. Journal of Islamic and
Arabic Education 2(1): 43-56.

Haryati Shafie, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abdul Rahman. 2009. Pembangunan
Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat. International
Conference on Human Capital Development.

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. 2014.
Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah
Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan 5: 59-77.

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. 2014.
Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah
Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan 5: 59-77.

Muhammad Hajir Nonci. 2012. Penerapan Uswatun Hasanah Terhadap Pembinaan Anak.
Sulesana 6(1): 67-83.

Norazri Mohd Zaidin (2015). Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar Di Kolej Kemahiran Tinggi Mara.
Tesis Sarjana: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Mohd Isa Hamzah, Ab. Halim Tamuri. 2014. Kesan
Kepercayaan Epistemologi Islam Terhadap Pembentukan Konsep Kendiri Guru
Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 5(2): 15-24.

Qumruin Nurul Laila. 2015. Pemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura. MODELING : Jurnal
Program Studi PGMI 3: 22-36.

Siti Rashidah binti Abdul Razak, Haslina binti Hamzah & Zetty Nurzuliana binti Rashed. 2016.
Jurnal of Social Science and Humanities UKM.
Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra
berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti,
namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah”. 
[Hadis Riwayat Bukhari]

Baginda Rasulullah SAW bangun. Abu Bakar r.a bertanya , ” Apakah engkau marah denganku
wahai Rasulullah? ” Baginda menjawab , ” Tidak , cuma semasa kamu mendiamkan diri,
Malaikat turun dari Langit bertindak(membalas) terhadap kata-kata (cacian) lelaki itu.
Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu
Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”
[Hadith riwayat Abu Dawud]

Antara sifat-sifat Tawaduk RASULULLAH…


* RASULULLAH akan pergi menemui org yg berhajat kepadanya, bukan org yg berhajat itu
datang menemui Baginda..
* RASULULLAH tidak suka para sahabat bangun bagi menghormatinya apabila Baginda
mendatangi mereka.
* RASULULLAH adalah manusia biasa, Baginda merendam pakaian, memerah susu kambing
dan urusan peribadinya sendiri walaupun Baginda mempunyai ramai isteri dan khadam
(pembantu)..
Semaikan hati, cintakan Nabi Allah Muhammad SAW sepenuh hati.. Ayuh berselawat ke atas
baginda. Allahummasolli ‘ala saidina muhammad wa’ala aali muhammad.

Tawadhu dalam Islam dan Keutamaannya

Lusiana Mustinda - detikNews

Senin, 16 Des 2019 17:00 WIB

1 komentar

SHARE   URL telah disalin


Tawadhu. Foto: iStock

Jakarta - Tawadhu, lawan kata dari sombong. Seseorang yang memiliki sikap tawadhu senantiasa
akan hidup lebih bahagia. Apa keutamaan dari tawadhu dalam Islam?

Tawadhu adalah nama lain dari sikap rendah hati. Tawadhu bukan rendah diri, akan tetapi
tawadhu adalah percaya diri, berani dan optimis. Memiliki sifat tawadhu berarti merasa diri kita
orang biasa, sekalipun memiliki banyak kelebihan.

Ciri-ciri dari sifat tawadhu adalah tidak suka atau tidak berambisi menjadi orang terkenal,
menjunjung tinggi kebenaran, mau bergaul dengan fakir miskin dan bahkan tulis mencintai
mereka serta ringan tangan membantu orang.

Tawadhu yang dibenarkan adalah tamalluq. Yakni sikap rendah hati seorang murid pada gurunya
agar dia dapat mengambil manfaat ilmunya. Islam memerintahkan umatnya agar berendah hati
tetapi melarang kita berendah diri.
Berikut keutamaan tawadhu yang menjadi salah satu sifat terpuji di dalam Islam:

1. Diangkat Derajatnya

Allah SWT akan memuliakan dan mengangkat derajat orang-orang yang tawadhu sehingga
manusia pun menghormatinya.

Dalam sebuah sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda,

"Tidaklah seorang bertawadhu yang ditunjukkan semata-mata karena Allah SWT, melainkan
Allah Azza wa Jalla akan mengangkat derajatnya."

2. Tawadhu Menghasilkan Keselamatan

Tawadhu dapat memberikan kita keselamatan, mendatangkan persahabatan, menghapuskan


dendam dan menghilangkan pertentangan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku agar kalian bertawadhu, sehingga seseorang tidak
merasa bangga lagi sombong terhadap orang lain dan tidak pula berlaku aniaya kepada orang
lain." HR Muslim (XVII/200 dalam Syarh Shahiih Muslim, Imam an-Nawawi) dan selainnya,
dari hadits 'Iyadh bin Hamad.
3. Menghindarkan Diri dari Sifat Sombong

Begitu spesialnya tawadhu, sehingga Allah mengistimewakan mereka yang memiliki sifat
tawadhu. Allah akan mengangkat derajat mereka yang memiliki sifat tawadhu, dan akan
membenamkan mereka yang bersifat sombong.

Dengan bertawadhu, kita senantiasa akan dihindarkan dari sikap sombong.

https://news.detik.com/berita/d-4824543/tawadhu-dalam-islam-dan-keutamaannya

Lusiana Mustinda - detikNews

Senin, 16 Des 2019 17:00 WIB

Sifat Tawaduk adalah keperibadian para Nabi dan Rasul

Posted on 24 Disember 2008 by Ahmad Zaki

Oleh Mohd Adid Ab Rahman

SEBUAH keluarga diselimuti suasana damai atau masyarakat yang hidup dalam harmoni,
sejahtera dan permai menjadi dambaan semua insan. Namun, jika masyarakat memiliki sifat
bakhil, sombong, pasti suasana kehidupan seperti diharapkan itu tidak tercapai.

Oleh itu, setiap anggota masyarakat harus insaf hidup bermasyarakat perlu mempunyai sifat
mahmudah yang ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan antara sifat terpuji itu
ialah tawaduk. Tawaduk dari segi bahasa bermakna merendahkan diri, tidak angkuh atau
sombong. Dari segi istilah membawa maksud tunduk dan akur kepada segala kebenaran dan
menerima kebenaran itu.

Sifat tawaduk sinonim dengan keperibadian anbia, Rasulullah SAW dan sahabatnya. Inilah
pakaian jiwa orang beriman dan taat dengan segala perintah Allah. Bagaimanakah mengenali
tanda sifat tawaduk? Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab al-Hikam menyenaraikan empat
tanda iaitu:

l Tidak marah apabila dimaki.

l Tidak benci apabila dicela atau dituduh sombong.

l Tidak haloba pangkat dan darjat di kalangan orang ramai.

l Tidak rasa dirinya termasuk orang yang disegani dalam hati setiap orang.

Keempat-empat tanda dikemukakan di atas membuktikan sifat merendah diri lahir daripada
keinsafan melihat kebesaran Allah dan sifat-Nya, bukan dibuat-buat atau lakonan semata-mata.
Ekoran itu, apapun yang datang menggoda, dia tetap dengan tawaduknya kerana kefahaman yang
sebati dalam batinnya meyakini merendah diri bukan menggambarkan kebodohan dan
kelemahan seseorang bahkan Allah mengangkat darjatnya ke tempat yang tinggi di sisi-Nya.

Rasulullah SAW pernah mengungkapkan yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun yang
bersifat tawaduk kerana Allah melainkan Allah mengangkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim
dan At-Tarmizi) Namun ada masyarakat hari ini yang terpesong dalam memahami sifat tawaduk.
Mereka hanya memahami tawaduk daripada aspek gaya bercakap lemah-lembut yang
menyejukkan hati mendengarnya, bergaul ada batasannya, berpakaian menutup aurat walaupun
lusuh dan jika mengambil makanan begitu tertib, berjalan mesti sopan dan tunduk ke bawah
berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredai-Nya)
ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang berkelakuan kurang
adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat
daripada perkara yang tidak diingini.” (Surah al-Furqan, ayat 63) Mereka hanya faham sebatas
itu saja. Dalam soal lain seperti muamalah, pentadbiran dan ekonomi mereka tidak mengikut
acuan syariat Islam sebaliknya menurut telunjuk nafsu sendiri. Gambaran tadi sebenarnya amat
jauh daripada mencapai tahap tawaduk.

Tawaduk yang menepati kehendak Islam mengikut Ibn Al-Qayyim ialah tawaduk kepada agama
iaitu mematuhi segala perintah Allah, meyakini apa saja yang dibawa Rasulullah SAW.

Sifat tawaduk Rasulullah SAW sepanjang langkah kehidupannya amat mengagumkan. Walaupun
Baginda berpangkat Rasul, mulia di kalangan masyarakat dan menjadi insan paling dikasihi
Allah, baginda tidak segan dan sombong melakukan pekerjaan dilakukan orang bawahan seperti
mengangkat batu ketika membina Masjid Madinah dan menggali parit dalam peperangan
Khandaq.

Pada waktu lain, Rasulullah SAW menerima permohonan maaf daripada seseorang, menampung
sendiri pakaiannya, menjahit kasutnya dan turut membantu kerja rumah ahli keluarganya. Begitu
juga dalam kehidupan sahabatnya seperti Saidina Umar Al-Khattab, meskipun seorang khalifah,
beliau berjalan kaki untuk suatu keperluan sehingga kepenatan. Keadaan itu dilihat seorang
pemuda yang sedang menunggang himar.

Saidina Umar berkata kepadanya: “Wahai pemuda, bawa aku, aku benar-benar kepenatan”.
Pemuda tadi turun dari kaldainya seraya mempersilakan Saidina Umar naik. Saidina Umar
menolak dan cuma mahu menumpang di belakang pemuda itu hingga masuk kota Madinah dan
orang melihatnya. Begitulah tawaduknya sahabat Nabi SAW. Jika tawaduk diterapkan dalam diri
dan keluarga serta masyarakat tanpa mengira pangkat atau keturunan, tentu wujud masyarakat
mesra dan bersatu.

Betapa cantik ajaran Islam dan tersiar syiar agama yang suci kerana dengan sifat tawaduk, orang
akan hormat kepadanya serta mudah bergaul tanpa rasa malu serta takut. Pada dirinya tidak ada
lagi kesombongan dan ingin menunjuk-nunjuk, marah dan merendahkan orang lain. Orang
tawaduk dijanjikan Allah syurga seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan
masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat zarah perasaan takbur (sombong).”
(Hadis riwayat Muslim)

Kedudukan orang tawaduk sangat mulia dan tinggi di sisi Allah. Rasulullah SAW
menggambarkannya dalam hadis bermaksud: “Tawaduk tidak menambah kepada seseorang
kecuali ketinggian kerana itu bertawaduklah kamu, semoga Allah meninggikan darjatmu.”
(Hadis riwayat Ibn Abu Ad-Dunya)

Demi menyempurnakan keperibadian dan mencapai tahap mukmin sejati, seseorang harus
mengamalkan sifat tawaduk dalam kehidupan sehari-hari dan menjauhkan diri daripada sifat
takbur, sombong dan ujub yang semua itu hanya mengundang kebencian masyarakat serta
memecah belah kesatuan Islam.
sumber: http://www.bharian.com.my/

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

‫وَِإ ْذ تََأ َّذنَ َربُّ ُك ْم لَِئن َشكَرْ تُ ْم َأل ِزي َدنَّ ُك ْم َولَِئن َكفَرْ تُ ْم ِإ َّن َع َذابِي لَ َش ِدي ٌد‬

Syukur adalah sifat para nabi walau cobaan datang walau rintangan menghadang nabi senantiasa
bersyukur dan berterima kasih kepada allah atas limpahan yang allah berikan beserta nikmat
nikmat yang tiada habisnya

Syukur adalah ibadah  dan bentuk ketaatan atas segala perintah allah yang ummat kerjakan.

3) Anda sihat wal’afiat, tapi anda tidak hargai nikmat kesihatan yang Allah telah pinjamkan.

Sentiasalah bersyukur dengan nikmat kesihatan ini kerana kita sering lupa sihat ini merupakan
salah satu nikmat yang terbesar.

Sekiranya anda sakit, segala kerja dan hal-hal lain tidak dapat anda lakukan. Malah anda juga
tiada selera makan.

Bersyukurlah setiap pagi dan malam


 

4) Anda mempunyai guru yang ingin membantu, tapi anda tidak ambil peluang keemasan untuk
belajar darinya.

Saya telah berikan anda peluang di dalam kelas untuk bertanya dan belajar memahami lebih
lanjut mengenai trading. Jadi hargai dan gunakan lah peluang ini sebaiknya.

5) Anda mempunyai masa yang terluang, tapi anda tidak ambil kesempatan yang ada itu untuk
membuat ulangkaji.

Gunakan masa terluang anda untuk membuat ulangkaji semula supaya anda lebih faham. Jangan
sia-siakan masa anda kerana masa yang lepas sudah tidak boleh kita patah balik.

Bersyukurlah selalu dalam setiap pekerjaan, kehidupan, dan jangan pernah lupa Tuhan sentiasa
memerhati kita.

Syukur kita pada Tuhan menandakan sayang kita padaNya. Maka, Dia akan membalas
sayangNya pula pada kita dengan memberikan rezeki dari pelbagai sudut yang kita tidak
jangka.Ingatlah bahawa mempunyai sifat yukur adalah sifat yang perlu ada didalam diri
seseorang trader.

Banyak lagi contoh mereka yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.
Sedangkan di dalam Al-Quran sendiri Allah telah berfirman, “Nikmat Tuhan kamu mana lagi
kah yang kamu dustakan” dalam Surah Ar-Rahman diulang berkali-kali.

1. SIDIQ (JUJUR)
Setiap rasul pasti jujur dalam ucapan dan perbuatannya. Apa apa yang telah disampaikan kepada
manusia baik berupa wahyu atau khabar sesuai dengan apa yang telah diterima dari Allah tidak
boleh dilebihkan atau dikurangkan. Dalam erti lain apa yang disampaikan kepada manusia pasti
benar adanya, kerana memang bersumber dari Allah. Ucapan dan perbuatannya itu tiada lain
hanyalah wahyu yang diwahyukan atau risalah yang diterima dari Allah.
”Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu
maka tinggalkanlah,” (al-Hasyr, 7)

2. AMANAH (DIPERCAYA)
Amanah bererti boleh dipercayai baik zahir atau batin. Sedangkan yang dimaksudkan di sini
bahawa setiap rasul adalah dapat dipercaya dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Para rasul
akan terjaga secara zahir atau batin dari melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama, begitu
pula hal yang melanggar etika.
“Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,” (asy-Syuara’
143)

3. TABLIGH (MENYAMPAIKAN)
Sudah menjadi kewajipan para rasul untuk menyampaikan kepada manusia apa yang diterima
dari Allah berupa wahyu yang mengandungi didalamnya hukum hukum agama. Jika Allah
memerintahkan para rasul untuk menyampaikan wahyu kepada manusia, maka wajib bagi
manusia untuk menerima apa yang telah disampaikan dengan keyakinan yang kuat sebagai bukti
atau saksi akan kebenaran wahyu itu.
Allah berfirman, “(iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut
kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan
cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.” (al-Ahzab, 39).
Hal ini bisa dikiaskan bahawa jika Allah memberikan wahyu kepada para rasul untuk tidak
disampaikan atau dirahsiakan kepada manusia, maka tidak wajib bagi manusia untuk
mempelajarinya. Sedangkan menyampaikan adalah hal yang wajib dan menyembunyikan adalah
hal yang terlaknat dan tercela.

4. FATHONAH (CERDAS)
Dalam menyampaikan risalah Allah, tentu memerlukan kemampuan, diplomasi, dan strategi
khusus agar wahyu yang tersimpan didalamnya hukum-hukum Allah dan risalah yang
disampaikan boleh diterima dengan baik oleh manusia. Kerana itu, seorang rasul wajib memiliki
sifat cerdas. Kecerdasan ini sangat berfungsi terutama dalam menghadapi orang-orang yang
membangkang dan menolak ajaran Islam.
Maka diharuskan bagi kita untuk meyakinkan bahawa para rasul itu adalah manusia yang paling
sempurna dalam penampilan, akal, kekuatan berfikir, kecerdasan dan pembawaan wahyu yang
diutus pada zamannya. Kalau saja para rasul itu tidak sesuai dengan sifat sifatnya maka mustahil
manusia akan menerima dan mengakuinya. Sifat-sifat itu merupakan satu hujah bagi mereka agar
apa yang disampaikan boleh diterima dengan baik.
Allah berfirman: “Dan itulah hujah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi
kaumnya.” (al-An’am, 83)

i. Siddiq.

Sifat ini bererti benar dan jujur serta merupakan suatu kepastian bagi
nabi dan rasul. Sifat ini, walaupun bagi manusia biasa juga merupakan
keharusan, namun untuk bekal dakwah para nabi sifat itu menjadi sesuatu yang
mutlak wajib ada, dan bahkan merupakan sifat pembawaan pada diri mereka.
Maka tidaklah mungkin bagi seorang nabi, nabi mana pun juga, dari dirinya
timbul sesuatu yang dapat merosak kewibawaan seperti berbohong dan
berkhianat, memakan harta manusia dengan jalan yang tidak sah, dan sifat-sifat
buruk lainnya.

Oleh kerana itulah kita mendapati Al-Quranul Karim menghukumnya dengan


ketentuan yang pasti terdadap setiap yang mencuba mengada-ada dengan atas nama
Allah, atau lisannya berbuat dusta. Allah berfirman tentang diri Nabi Muhammad
SAW yang bermaksud:

“Seandainya dia (Muhammad ) mengada-adakan sebagai perkataan atas


(nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kananya.
Kemudian Benar benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak
ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalang ( Kami ) dari pemotongan
urat nadi itu. Dan sesunguhnya Al-Quran itu benar-benar suatu pengajaran bagi
orang-orang yang bertakwa”.
(Al-Haqqah: 44-48)

Ayat ini merupaka ancaman yang menakutkan bagi orang yang membuat
dusta nama Allah dalam urusan akidah. Ini adalah suatu ketentuan yang tidak ada
ampun (belas kasih) di dalamnya. Ketentuan ini lahir untuk menetapkan
kemungkinan yang satu tanpa adanya kejujuran Rasulullah SAW bersarta
manusia.

ii. Amanah.

Maksudnya iaitu bahawa seorang nabi adalah orang yang diberi


kepercayaanterhadap wahyu, menyampaikan perintah-perintah Allah dan
larangan-larangan-Nya kepada hamba-hamba-Nya dengan tanpa melebihi atau
menguranginya, tanpa mengubah atau menantinya. Hal ini sesuai dengan firman
Allah Tala yang bermaksud:

“(iaitu) orang –orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka


takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang pun selain
kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan”.
(Al-Ahzaab: 39)

Jadi semua nabi itu diberi kepercayaan keatas wahyu, mereka


menyampaikan urusan-urusan Allah sebagaimana adanya, tidak mungkin bagi
mereka untuk membuat khianat atau mereka merahsiakan atas apa yang
diperintahkan oleh Allah, kerana khianat itu bertentangan dengan amanah.

Para nabi yang mulia semuanya telah menunaikan amanah dengan cara
yang paling sempurna. Seandainya para nabi itu tidak mempunyai sifat amanah
pastilah akan berubah dan berganti risalahnya dan manusia pasti tidak menjadi
tenang terhadap wahyu yang diturunkan. Firman Allah SWT:
“Dan kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakan,
dan kamu takut kepada manusia, sedang Allahlah yang berhak untuk kamu
takuti….”

(Al-Ahzaab: 37)

iii. Tabligh.

Sifat ini merupakan kekhususan terhadap para rasul yang mulia,


yang bermaksud Dengannya adalah bahawa rasul itu menyampaikan
hukum-hukum Allah sertamenyampaikan wahyu yang diturunkan kepada
manusia dari langit. Mereka tidak menyembunyikan sedikit pun dari apa yang
diwahyukan oleh Allah kepada mereka,walaupun seandainya di dalam penyampaian
risalah bagi manusia itu akan menimbulkan suatu penganiayaan yang besar atau
kejahatan yang mestinya hanya layak ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat
kejahatan dan kerosakan.

Demikianlah kita dapat mengetahui bahawa semua para rasul itu


mengistiharkan dengan terus terang bahawasanya mereka itu bersungguh-
sungguh menyampaikan risalah Allah dan menasihati umat, sampai kepada rasul
yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW, yang mana Allah memerintahkan
untuk menyampaikan risalah. Rasulullah SAW telah menyampaikan ajaran
Tuhanya, dan ketika turun kepadanya firman Allah yang bermaksud:

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang


diperintah(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik”.

(Al-Hijr: 94)

iv. Fatanah.

Fatanah adalah kecerdasan dan kecerdikan. Seorang nabi tidaklah


diutus kecuali ia mempunyai keagungan dan kecerdikan yang luar biasa,
sempurna kecerdasannya dan daya fikiranya. Perhatikanlah firman Allah
Taala yang melukiskan tentang Nabi Ibrahim a.s. perhatikanlah sikap Nabi
Ibrahim di dalam diskusinya dengan kaumnya yang musyirik, nescaya anda akan
mendapatkan di dalamnya tanda-tanda kecerdikan dan kecerdasan pada diri Nabi
Ibrahim a.s. menerusi dialog berikut yang bermaksud:

“Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur terpotong-potong kecuali


yang terbesar ( induk ) dari patung-patung yang lain, agar mereka kembali (untuk
bertanya ) kepadamya. Mereka berkta: “siapakah yang melakukan perbuatan tuhan-
tuhan kami? Sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim”. Mereka
berkata: “( kalau demikian ) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang
ramai, aga rmereka menyaksikan”.

Mereka bertanya: “Apakah kamu yang melakukan perbuatan ini terhadap


tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?” Ibrahim menjawab: “Sebenarnya patung
yang besar itu yangmelakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika
mereka dapat berbicara”.

Maka mereka telah kembali kepada kesedaran mereka dan lalu


berkata:“Sesungguhnya kami sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri
sendiri)”.Kemudian kepala mereka tertunduk (lalu berkata):

“Sesungguhnya kamu ( wahai Ibrahim ) telah mengetahui bahawa


berhala-berhala itu tidak dapat berbicara”. Ibrahim berkata: “Maka mengapakah
kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat
sedikitpun dan tidak ( pula )memberi mudharat kepada kamu?” Ah ( celakalah )
kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak
memahami?”

(Al-Anbiya’: 58-67

Anda mungkin juga menyukai