Anda di halaman 1dari 14

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

JANUARI / 2019

ADSH2103

HADIS-HADIS PILIHAN
Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Pengenalan.....................................................................................................2
1.1 Objektif....................................................................................................2
2.0 Golongan Manusia Yang Dimaksudkan Oleh Hadis……………………….3
2.1 Golongan yang menjaga kepentingan Allah SWT dan Rasul-Nya….…3
2.2 Golongan yang berhijrah kerana dunia...................................................4
3.0 Fungsi Utama Niat........................................................................................5
3.1 Niat adalah syarat sah dalam melaksanakan ibadah.........................5
3.2 Membezakan Antara sesuatu ibadah dengan ibadah lain.................5
3.3 Membezakan Antara adat kebiasaan dengan ibadah........................6
4.0 Peranan Niat Dalam Kehidupan Muslim.....................................................6
4.1 Niat Menukar Adat Kebiasaan Kepada Ibadah.....................................6
4.2 Ganjaran Pahala Dengan Niat Yang Baik.............................................7
4.3 Niat Kerana Allah Menjanjikan Kesenangan Di Akhirat …..………..8
4.4 Syarat Amal Diterima Allah SWT Adalah Niat Yang Ikhlas ….….…8
5.0 Impak Pelaksanaan Hadis Dalam Konteks Semasa …...............................9
5.1 Impak Kepada Akidah Yang Benar .....................................................9
5.2 Impak Kepada Amalan dan Pekerjaan.................................................10
5.3 Impak Kepada Pendidikan...................................................................11
6.0 Kesimpulan................................................................................................11

1
1.0 Pendahuluan
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan
yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak
amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-
nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ianya tidak memberikan apa-apa faedah
(Idris al Marbawi, 2004). Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi
besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan
dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan
berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia dikurniakan pahala
besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat yang
diniatkannya (Mustafa, 2017). Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan
makna meninggalkan maksiat kepada melakukan ketaatan, ianya dianggap hijrah yang
dikurniakan pahala. Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 145:
َّٰ ‫سنَ ۡج ِزي‬
١٤٥ َ‫ٱلشك ِِرين‬ ۡ ‫ٱۡلخِ َر ِة نُ ۡؤتِ ِۦه‬
َ ‫مِنهَا َو‬ َ ‫اب ٱلد ُّۡن َيا نُ ۡؤتِ ِۦه م ِۡنهَا َو َمن ُي ِر ۡد ث َ َو‬
ٓ ۡ ‫اب‬ َ ‫َو َمن ُي ِر ۡد ث َ َو‬
“Barang siapa yang menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya
pahala dunia itu, dan barang siapa yang menghendaki pahala akhirat, Kami berikan
(pula) kepada pala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur”.
Ayat ini jelas menyatakan setiap kehendak yang dilantunkan dengan niat akan mendapat
balasan dan ganjaran daripada Allah SWT.

1.1 Objektif Tugasan


1.1.1 Memahami isi kandungan tentang adanya pembahagian golongan manusia
dalam hadis ini.
1.1.2 Mendalami perbincangan pandangan ulama’ berkaitan fungsi-fungsi niat
dan peranan-peranan niat dalam kehidupan Muslim.
1.1.3 Menghuraikan impak dan keberkesanan hadis ini dalam konteks semasa.

2
2.0 Golongan Manusia Yang Dimaksudkan Oleh Hadis
Menurut Mustafa, (2017) menjelaskan Rasulullah SAW hanya menyampaikan apa yang
diperintahkan oleh Allah SWT seperti dalam hadis ini, dapat dibahagi kepada dua
keadaan, iaitu: ada yang melaksanakan kerana tuntutan agama da nada pula kerana
tuntutan dunia (walaupun zahirnya sepertu tuntutan agama). Sebagai contoh, orang yang
ingin menunaikan ibadah haji untuk berniaga. Ini kerana niatlah yang mendorong kepada
berlakunya sesuatu amalan atau tindakan. Di sini dapat dibahagikan kepada dua
golongan, iaitu:
2.1 Golongan yang menjaga kepentingan Allah SWT dan Rasul-Nya
Golongan ini hanya menuruti perintah dan arahan daripada Allah SWT untuk
mendapatkan keredhaanNya. Juga menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan
yang terbaik dalam ketaatan kepada Allah SWT. Celaan Allah SWT terhadap
golong yang tidak berhijrah dalam surah an-Nisa, ayat 97:
ۡ َ ‫س ِهمۡ قَالُواْ فِي َم كُنت ُمۡ ۖۡ قَالُواْ كُنا ُم ۡست‬
َ‫ضعَ ِفين‬ َ ُ‫إِن ٱل ِذينَ ت َ َوف َّٰى ُه ُم ۡٱل َم َّٰلَٓئِكَة‬
ِ ُ‫ظا ِل ِم ٓي أَنف‬
‫َاج ُرواْ فِيهَا فَأ ُ ْو َّٰلَٓئِكَ َم ۡأ َو َّٰى ُهمۡ َجهَن ۖۡ ُم‬
ِ ‫س َع ٗة فَتُه‬
ِ ‫ٱَّلل َّٰ َو‬
ِ ‫ض‬ ُ ‫ض قَالُ ٓواْ أَلَمۡ تَك ُۡن أ َ ۡر‬ ِ ‫فِي ۡٱۡل َ ۡر‬
٩٧ ‫سا ٓ َء ۡت َم ِصي ًرا‬ َ ‫َو‬
“Sesungguhnya orang-orang yang dimatikan oleh malaikat dalam keadaan
menganiaya diri sendiri (kepada mereka) malaikat berkata: dalam keadaan
bagaimana kamu ini? Mereka menjawan: adalah kami orang-orang yang
tertindas di negeri Mekah. Para malaikat berkata Bukankah bumi Allah luas,
sesungguhnya kami dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya
neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”.
Dan ada juga sebahagian yang tidak berhijrah kerana kelemahan fizikal mereka,
kemudian Allah SWT memaafkan mereka. Firman Allah SWT dalam surah an-
Nisa, ayat 98-99:
َ‫سا ٓءِ َو ۡٱل ِو ۡل َّٰ َد ِن ََّل يَ ۡستَطِ يعُونَ حِ يلَ ٗة َو ََّل يَ ۡهتَدُون‬ ِ َ‫ضعَ ِفينَ مِ ن‬
َ ِ‫ٱلرجَا ِل َوٱلن‬ ۡ َ ‫ِإَّل ۡٱل ُم ۡست‬
٩٩ ‫ورا‬ ٗ ُ‫غف‬ َ ُ‫سى ٱَّللُ أَن َي ۡعفُ َو ع َۡن ُهمۡ َوكَانَ ٱَّلل‬
َ ‫عفُ ًّوا‬ َ ‫ع‬َ َ‫ فَأ ُ ْو َّٰلَٓ ِئك‬٩٨ ‫س ِب ٗيٗل‬ َ
“Kecuali mereka yang tertindas baik lelaki mahupun perempuan atau kanak-
kanak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk
berhijrah). Mereka itu mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan Allah Maha
Pemaaf lagi Maha Pengampun”.

3
2.2 Golongan yang berhijrah kerana dunia
Pada zaman Nabi SAW ada seorang sahabat yang berhijrah bukan kerana Allah
SWT dan RasulNya tetapi kerana kepentingan peribadinya semata-mata untuk
menyampaikan hajat beliau. Ini diceritakan oleh Ibnu Mas’ud ada seorang lelaki
yang berhijrah kerana ingin mengahwini serang wanita yang bernama Ummu
Qais. Diberitakan wanita tersebut tidak menerima lamaran tersebut kerana lelaki
tersebut menetap di Mekah sedangkan wanita itu di Madinah. Muhajir Ummu
Qais yang bukan untuk mendapatkan keistimewaan hijrah tersebut malah hanya
kerana ingin mendapatkan wanita tersebut (Mustafa, 2017). Firman Allah SWT
dalam surah Ali Imran, ayat 14:
ِ‫سا ٓء‬ ِ ‫ب ٱلشه َّٰ ََو‬
َ ِ‫ت ِمنَ ٱلن‬ ِ ‫زُيِنَ لِلن‬
ُّ ‫اس ُح‬
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada
apa-apa yang diingin iaitu wanita-wanita”.

Kepentingan dunia adalah kehendak umum yang meliputi apa sahaja merangkumi
manusia itu sendiri. Di dalam hadis ini dijelaskan berkaitan wanita iaitu berkait
rapat dengan perkahwinan. Daripada Ibn Mas’ud RA, bahawa beliau berkata:

،‫ فَهَاج ََر فَت َ َزو َجهَا‬،‫َاج َر‬


ِ ‫ فَأَبَتْ أ َ ْن تَت َ َزو َجهُ حَتى يُه‬،‫ْس‬
ٍ ‫ أ ُ ُّم قَي‬:‫ب ا ْم َرأَةً يُقَا ُل لَهَا‬ َ ‫كَانَ فِينَا َر ُج ٌل َخ‬
َ ‫ط‬

ٍ ‫َاج َر أ ُ ِم قَي‬
‫ْس‬ َ ُ‫فَكُنا ن‬
ِ ‫ ُمه‬:ِ‫سمِيه‬

Maksudnya: “Terdapat di kalangan kami seorang lelaki yang meminang seorang


perempuan yang dikenali dengan nama Ummu Qais. Perempuan tersebut
enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah.
Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami
menamakannya sebagai “Penghijrah Ummu Qais”.

4
3.0 Fungsi Utama Niat
Hadis berkenaan niat ini adalah salah satu dari hadis-hadis yang menjadi inti dalam
ajaran agama Islam. Menurut Imam An-Nawawi rahimhullah bahwa umat Islam seluruh
dunia telah bersepakat berkaitan kemasyuran dan keagungan hadis ini kerana terlalu
bernilai dengan faedah-faedah serta fungsinya untuk dipraktik oleh masyarat sejagat.
Para ulama juga telah membuat kesimpulan bahawa niat mempunyai fungsi dan tujuan
utama. Perbahasan berkaitan fungsi niat adalah seperti berikut (Suriani, 2018):
3.1 Niat adalah syarat sah dalam melaksanakan ibadah
Sebagai seorang Muslim yang mukmin, ibadah merupakan tunjang kepada
praktikal bagi melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala
larangannya. Ini kerana niat adalah syarat sah ibadah antaranya solat, puasa,
zakat dan haji. Sebagai contoh, ibadah solat menuntut agar kita berniat ketika
takbiratulihram. Menurut ulamak-ulamak empat mazhab, tidak sah solat
seseorang sekiranya tidak disertakan dengan niat. Menurut penjelasan Wahbah
Zuhaili, (2007) bahawa jumhur fuqaha’ menyatakan niat adalah wajib bagi
menjalani ibadah seperti wudhu, mandi dan sebagainya kecuali Ulamak Mazhab
Hanafi yang menyatakan niat sebagai sunnat ketika mandi, wuduk sebagai
penghubung supaya mendapat pahala. Dalil wajib niat dijelaskan dalam surah al-
Bayyinah, ayat 5:
ِ ُ‫ٱَّلل ُم ۡخل ِِصينَ لَه‬
َ‫ٱلدينَ ُحنَفَا ٓ َء َويُقِي ُمواْ ٱلصلَ َّٰوة‬ َ ْ‫َو َما ٓ أ ُ ِم ُر ٓواْ ِإَّل ِليَ ۡعبُدُوا‬
٥ ‫َو ُي ۡؤت ُواْ ٱلزك ََّٰوةَ َو َّٰ َذ ِلكَ دِينُ ۡٱلقَ ِي َم ِة‬
“Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaati-
Nya semata-mata kerana agama, dan juga agar melaksanakan shalat dan
menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus”.
Imam al-Mawardi menerangkan bahawa perkataan al-ikhlas diertikan oleh orang
Arab sebagai an-niyah (Wahbah Zuhaili, 2007).

3.2 Membezakan Antara sesuatu ibadah dengan ibadah lain.


Segala ibadah yang kita lakukan dikatagorikan kepada dua iaitu suruhan Allah
yang meliputi ibadah-ibadah wajib dan galakkan Allah agar hambanya
memperbanyak amalan-amalan sunat seperti mana yang diajar oleh junjungan
besar Nabi Muhammad SAW. Sebagai contoh solat, Hanya dengan niat kita dapat
membezakan dengan jelas sesuatu ibadah samaada ianya ibadah yang wajib yakni

5
fardhu ataupun sunat. Solat fardhu wajib dilaksanakan lima kali sehari semalam
sedangkan solat-solat sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa dan berapa
banyak mengikut kemampuan pelakunya.
Mazhab Hanafi berpendapat wajib ta’yin bagi menjelaskan amalan seperti dalam
solat dengan menyebut solat Zuhur (Wahbah Zuhaili, 2007). Menurut al-Suyuti,
(2016) terdapat keadaa yang memerlukan kepada ta’yin dan adakalanya tidak,
contohnya dalam solat wajib ta’yin kerana bagi menentukan sola tapa yang
dilaksanakan namum berbeza dengan solat tahiyatul masjid yang boleh
dilaksanakan tanpa ta’yin.

3.3 Membezakan Antara adat kebiasaan dengan ibadah


Fungsi ketiga ini sangat jelas untuk difahami dan ianya juga biasa berlaku dalam
masyarat kita. Sebagai contoh, dua orang lelaki dewasa masuk dan duduk di
dalam sebuah masjid. Kedua-duanya dipisahkan dengan niat yang berbeza, salah
seorang masuk dan duduk di dalam masjid untuk berehat dan telah menjadi
kebiasaannya berehat di masjid setelah habis waktu bekerja. Manakala yang
seorang lagi memasuki masjid dengan niat iktikaf. Amalan beriktikaf hanya
memberi faedah apabila disertakan niat, sedangkan duduk di dalam masjid tanpa
niat iktikaf tidak dikira sebagai ibadah.

4.0 Peranan Niat Dalam Kehidupan Muslim


Seorang Muslim yang berjaya, seharusnya bertekad dengan niat dan keazaman yang
tinggi untuk melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya
dengan melakukan segala amal perbuatan semata-mata kerana Allah SWT (Kosmo,
2018). Antara perana-peranan niat yang perlu diterapkan dalam kehidupan seorang iaitu:

4.1 Niat Menukar Adat Kebiasaan Kepada Ibadah


Ibadah adalah perbuatan yang dilakukan dengan mengharapkan ganjaran di
akhirat sahaja atau dunia sahaja atau keduanya manakala adat dapat difahami
sebagai perbuatan yang menjadi kebiasaan untuk dilakukan untuk mendapatkan
manfaat di dunia sahaja. Hakikatnya, Islam sangat menitik beratkan niat dalam
konteks kehidupan seharian untuk diamalkan demi meraih ganjaran pahala

6
daripada Allah SWT. Ini dijelaskan oleh ulama’ melalui pemahaman dua Qawaid
Fiqiah yang berbunyi:
i. ‫اۡل مور بمقاصدها‬

Terjemahan: Segala sesuatu bergantung kepada tujuannya.


ii. ‫ت‬
ِ ‫ت الصا ِلحَا‬
ِ ‫ت بِالنِيا‬ ُ ‫ا ْلعَادَاتُ ت َ ْنقَل‬
ٍ ‫ِب عِ بَادَا‬
Terjemahan: Kebiasaan berubah menjadi ibadah dengan niat yang
sahih.
Penjelasan di sini membawa kepada tujuan utama niat yang sangat penting untuk
membezakan Antara ibadah dengan adat. Contohnya mandi, pada adatnya
perkara tersebut dilakukan setiap hari dan berulang kali kerana bertujuan untuk
membersih dan menyegarkan badan. Maka dengan adanya niat yang jelas kerana
Allah SWT perkara tersebut menjadi ibadah (Al-Suyuti, 2016).

4.2 Ganjaran Pahala Dengan Niat Yang Baik


Daripada Ibn Abbas RAnhuma, daripada Nabi ASW, sebagaimana yang
diriwayatkan daripada Tuhannya telah berfirman:

،ً‫سنَةً كَامِ لَة‬


َ ‫سنَ ٍة فَلَ ْم يَ ْع َم ْلهَا َكتَبَهَا َّللاُ لَهُ ِع ْن َدهُ َح‬
َ ‫ فَ َم ْن َهم ِب َح‬، َ‫ت ثُم بَينَ ذَ ِلك‬ ِ ‫سنَا‬
ِ ‫ت َوالس ِيئ َا‬ َ َ ‫َّللا َكت‬
َ ‫ب ال َح‬ َ ‫ِإن‬

،ٍ‫ِيرة‬ ْ َ ‫سب ِْع مِائ َ ِة ِضعْفٍ إِلَى أ‬


َ ‫ضعَافٍ َكث‬ َ ‫ت إِلَى‬
ٍ ‫سنَا‬ َ ُ‫فَ ِإ ْن ه َُو َهم بِهَا فَعَ ِملَهَا َكتَبَهَا َّللاُ لَهُ ِع ْن َده‬
َ ‫عش َْر َح‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan


kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa berniat
mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai
satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia
mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau
lebih banyak lagi”.

Kesimpulan yang dapat dinyatakan berdasarkan hadis tersebut, dapat difahami


bahawa:
i. Allah SWT memberikan ganjaran pahala terhadap niat baik
walaupun perkara tersebut belum dilakukan lagi.

7
ii. Allah SWT juga mengarahkan malaikat untuk mencapat dua
pahala kebaikan sekiranya niat tersebut dizahirkan dengan
pelaksanaanya.

4.3 Niat Kerana Allah Menjanjikan Kesenangan Di Akhirat


Menurut penjelasan Fauzi, (2006) Amalan yang diniatkan kerana Allah SWT
pastinya menghadirkan ganjaran kebahagiaan yang diberikan oleh Allah SWT di
hari pembalasan kelak. Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura, ayat 20:
‫ث ٱلد ُّۡنيَا‬ ٓۡ ‫ث‬
َ ‫ٱۡلخِ َر ِة نَ ِز ۡد لَهُۥ فِي ح َۡرثِ ِۖۡۦه َو َمن كَانَ يُ ِري ُد ح َۡر‬ َ ‫َمن كَانَ يُ ِري ُد ح َۡر‬
٢٠ ‫ب‬ ٓ ۡ ‫نُ ۡؤتِ ِۦه م ِۡنهَا َو َما لَهُۥ فِي‬
ٍ ‫ٱۡلخِ َر ِة ِمن ن ِصي‬
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki faedah di akhirat, Kami akan
menambahkan faedah untuknya (dengan gandaan pahala). Dan sesiapa yang
menghendaki kebaikan di dunia semata-mata, Kami akan beri kepadanya
daripada kebaikan dunia itu dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di
akhirat kelak”.
Ayat di atas mengklasifikasikan dua golongan yang Allah SWT berikan faedah,
iaitu:
i. Golongan pertama: Memperagungkan Allah SWT semata-mata dengan
mengutamakan faedah di akhirat.
ii. Golongan kedua: Mengutamakan dunia sebagai imbalan kepada amal
yang mereka lakukan.

Ternyata Allah SWT melipat gandakan ganjaran golongan pertama kerana


memperagakan niat setiap amalan untuk kesenangan di akhirat. Manakala
golongan kedua diberikan ganjaran semata-mata di dunia dengan apa yang telah
diniatkannya.
4.4 Syarat Amal Diterima Allah SWT Adalah Niat Yang Ikhlas
Ikhlas adalah salah satu syarat bagi amalan seseorang itu diterima oleh Allah
SWT. Ini jelas dinyatakan dalam surah Az Zumar ayat 2:
ِ ُ‫ٱعبُ ِد ٱَّللَ ُم ۡخلِصٗ ا له‬
٢ َ‫ٱلدين‬ ۡ َ‫َق ف‬ ۡ َ َ ‫نز ۡلنَا ٓ إِلَ ۡيكَ ۡٱل ِك َّٰت‬
َ َ ‫إِنا ٓ أ‬
ِ ‫ب بِٱلح‬
“Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab (Quran) dengan membawa kebenaran.
Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya”.
Allah SWT menerima segala amalan selagi mana kita menerapkan dua intipati ini
dalam melaksanakannya iaitu:

8
i. Setiap amalan yang dilakukan mestilah berlandaskan dengan kehendak
syarak dan tidak melanggar halal haram sesuatu hukum oleh Allah SWT
dan Baginda Nabi SAW. Allah telah menyatakan hal ini dalam surah An
Nisa ayat 125:
‫ِن َوٱتبَ َع مِلةَ إِ ۡب َّٰ َرهِي َم َحن ِٗيف ۗا‬ٞ ‫َّلل َوه َُو ُم ۡحس‬
ِ ِ ‫سنُ د ِٗينا ِمم ۡن أ َ ۡسلَ َم َو ۡج َههُۥ‬
َ ‫َو َم ۡن أ َ ۡح‬
١٢٥ ‫َوٱت َخذَ ٱَّللُ إِ ۡب َّٰ َرهِي َم َخل ِٗيٗل‬

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas
menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan
kebaikan, dan dia mengikuti agama Ibrahim yang lurus. Dan Allah
mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya”.

Juteru, dapat difahamai bahawa mempersembahkan diri kepada Allah


dengan keikhlasan dalam ibadah dan amal dengan mengharapkan
ganjaran pahala dari Allah SWT. Ini juga diperjelaskan oleh Baginda
Nabi SAW dalam sabdanya:
‫من عمل عمٗل ليس عليه أمرنا فهو رد‬
“Barang siapa beramal tanpa adanya tuntutan dari kami, maka amalan
tersebut tertolak”. (HR Bukhari)

ii. Setiap amalan yang dilaksanakan hanya semata mata kerana Allah SWT
dan bukan untuk tujuan lain. Contohnya melakukan ibadah kerana ingin
memuaskan hati manusia.

5.0 Impak Pelaksanaan Hadis Dalam Konteks Semasa


Mustafa, (2017) menggunapakai pendapat Imam Syafie yang menyatakan bahawa hadis
ini merupakan satu pertiga Islam kerana perlakuan seseorang dipengaruhi oleh tiga
kompenan iaitu hati, lidah dan anggota. Maka niat adalah salah satu daripada kompenan
tersebut. Hadis ini mempunyai impak yang tersendiri dalam konteks semasa, antaranya
ialah (Suriani, 2018):
5.1 Impak Kepada Akidah Yang Benar
Perbuatan yang sentiasa dihiasi dengan niat yang betul dapat memberi
kesan yang mendapat dalam melaksanakan perintah-perintah Allah SWT
dan menjauhi segala laranganNya. Ini kerana seseorang mestilah:
9
i. Sentiasa mengawasi diri dengan taqwa kepada Allah SWT
daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah atau terpesong.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Hasyr, ayat 18:
ٞ ‫ٱَّلل َو ۡلتَنظُ ۡر نَ ۡف‬
َ ْ‫س ما قَد َم ۡت ِلغَ ۖۡد َوٱتقُوا‬
‫ٱَّلل‬ َ ْ‫َّٰ َٓيأ َ ُّيهَا ٱل ِذينَ َءا َمنُواْ ٱتقُوا‬
“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan
hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah
disediakan (amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan
bertakwalah kepada Allah “.
ii. Sentiasa takut untuk melakukan dosa dan melahirkan penyesalan
yang tidak berbelah bagi atas ketelanjuran masa lalu. Seperti
firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 30:
َ ‫ع ِملَ ۡت ِم ۡن َخ ۡير ُّم ۡحض َٗرا َو َما‬
‫ع ِملَ ۡت ِمن سُ ٓوء‬ َ ‫يَ ۡو َم ت َ ِج ُد كُ ُّل نَ ۡفس ما‬
‫ت َ َو ُّد لَ ۡو أَن بَ ۡينَهَا َوبَ ۡينَ ٓهُۥ أ َ َم َۢ َدا بَعِيدٗ ۗا‬
“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapai segala kebajikan
dihadapkan (ke mukanya), begitu juga kejahatan yang telah
dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu
ada masa yang jauh”

5.2 Impak Kepada Amal Ibadah Dan Pekerjaan


Konsep hadis ini sangat bersesuaian dapat memberi keberkesanan kepada
pelaksanaan ibadah antaranya ialah:
i. Menjadikan seseorang sentiasa berwaspada dan
memastikan segala amalan yang dilakukan bertepatan
dengan kehendak syarak. Contohnya majlis walimatul
urus. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk
mempereratkan tali persaudaraan namun ianya dicemari
dengan pergaulan bebas Antara lelaki dan wanita yang
bukan mahram, tari menari dan sebagainya.
ii. Menjadikan seseorang itu lebih tekun untuk bekerja
dengan berbekalkan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.
Contohnya seorang yang bekerja sebagai seorang pegawai
bank. Sentiasa tekun dan bersungguh-sungguh dalam

10
menjalankan amanah yang diberikan kerana mengharapkan
ganjaran pahala daripada Allah SWT.

5.3 Impak Kepada Pendidikan


Keberkesanan hadis ini juga memberi impak kepada pembelajaran kerana
dapat mendidik seseorang untuk:
i. Membulatkan keazaman yang tinggi untuk menuntut ilmu
Allah SWT bermula dengan memperbetulkan niat. Dengan
adanya niat, maka Allah permudahkan segala kefahaman
dalam memahami ilmu. Contohnya, seorang pelajar
menuntut ilmu bukan semata-mata untuk kecemerlangan
dalam peperiksaan tetapi kerana ingin mendalami sesuatu
bidang ilmu untuk kesejahteraan masyarakat.
ii. Menjadikan seseorang bersifat rendah diri dan tawaddu’
dengan ilmu yang dipelajarinya. Mendalami ilmu bukan
kerana ingin menunjuk-nunjuk atau mencari kesalahan
orang lain.

6.0 Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa segala amal yang
dilakukan hendaklah diqasadkan kepada Allah SWT. Ini diperkuat dengan
pandangan ulama’ yang menyatakan niat itu wajib dalam setiap amal (Mustafa,
2017). Keberkesan fadilat niat dapat diterjemahkan dengan mengetahui fungsi-
fungsi dan peranan-peranan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Menurut
Idris Al-Marbawi, (2004) Seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW tentang
keutamaan niat sebelum melaksanakannya daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi
SAW bersabda: ‫ نية المؤمن خير من عمله‬maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih
baik daripada amalannya” (Riwayat al Thabarani).
Kesimpulanya, niat merupakan kayu ukur bagi sesuatu amalan atau perbuatan
yang ingin dilakukan dan ianya perlu diqasadkan hanya kepada Allah SWT.
Tambahan pula, asbab penerimaan dan penolakan sesuatu amalan hanyalah
ditentukan melalui niat seseorang. Dari Abu Hurairah Nabi SAW bersabda:

11
‫انما يبعث الناس على نياتهم‬
Terjemahan: (Pada hari kiamat) seluruh manusia akan dibangkitkan mengikut
niat-niat mereka yakni setiap orang akan diperlakukan berdasarkan niat-niat
mereka”. (HR Ibu Majah).

(2555 patah perkataan)

12
RUJUKAN

Dr. Fauzi Deraman. (2006). Ikhlas, Ulasan Hadis-Hadis Ikhlas Daripada Kitab Riyadhus Solihin
(Edisi Pertama 2006). Batu Caves, Selangor: Pupuk Murni Berhad.
Ilham Bahakamah, Junaidi Ibrahim, Dhiyaudin Dib Mahmud, & Miftahuddin. (2013). Tafsir Al-
Quran Muhaimin (2013). Puchong, Selangor: Dar Hakamah.
Imam Jalaluddin Abdul Rahman as-Suyuti. (2016). Kaedah-Kaedah Hukum Islam Mazhab
Syafi’I (Edisi 2016). Batu Caves, Selangor: Crescent News.
Kosmo Online. (2018, Jun 22). Penting Niat Dalam Ibadah. Dicapai dari
http://www.kosmo.com.my/k2/pesona/penting-niat-dalam-ibadah-1.694164
Muhammad Idris al Marbawi. (2004). Bahrul Mazi Juz 1 (Cetakan Pertama 2004). Kuala
Lumpur: Al Hidayah.
Mustafa ‘Abdul Rahman. (2017). Hadis 40 (Cetakan 2017). Shah Alam, Selangor: Dewan
Pustaka Fajar.
Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili. (2007). Fiqih Islam WaAdillatuhu (Cetakan 2010). Kuala Lumpur:
Darul Fikir.
Suriani Sudi. (2018). ADSH2103 Hadis-Hadis Pilihan (Edisi Kedua 2018). Open University
Malaysia: Kuala Lumpur.

13

Anda mungkin juga menyukai