Anda di halaman 1dari 18

PENDIDIKAN ISLAM GPI 1083

Wan Rohaizad Muhamad Kamil Muhamad Nur


Bin Wan Zulkefli Bin Mohamad Aliff Bin Mat
980122-14-5803 Yussuf Saad
970225-38-5229 980209-35-5053
KEPENTINGAN SOLAT
DALAM KEHIDUPAN
MUSLIM

ASAS PEMBINAAN
SAHSIAH KE ARAH
MEMBANGUN DIRI
TAKRIF SOLAT
Solat berasal daripada bahasa Arab iaitu (‫ )ص الة‬merujuk kepada
sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada dua iaitu solat
fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang
baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat
fardu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat daripada segi bahasa bermaksud doa manakala daripada segi istilah
pula ialah ialah ibadat yang terdiri daripada perkataan-perkataan tertentu
dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir Allahu
Akbar (takbiratul ihram) dan diakhiri dengan salam
(Assalamualaikum).
1. SOLAT MENDIDIK AKIDAH MUSLIM

 Seseorang yang bersolat dengan penuh keyakinan bahawa dia


sedang berhadapan dengan Allah s.w.t akan menyedari bahawa
setiap saat Allah s.w.t memerhatikannya.

 Oleh itu, mereka mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk


menjaga akhlak mereka daripada melakukan perkara yang
dimurkai oleh Allah.

 Manusia yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap tindak


tanduknya dikatakan orang yang berakhlak paling mulia
sebagaimana firman Allah s.w.t. :
‫ُون فِي‬ َ ‫ين يَ ْذ ُكر‬
َ ‫ُون هَّللا َ قِيَا ًما َوقُعُو ًدا َو َعلَى ُجنُوبِ ِه ْم َويَتَفَ َّكر‬ َ ‫الَّ ِذ‬
َ َ‫اطال ُس ْب َحان‬
‫ك‬ ِ َ‫ت هَ َذا ب‬ َ ‫ض َربَّنَا َما َخلَ ْق‬
ِ ْ
‫األر‬ ‫و‬
َ ‫ت‬
ِ ‫ا‬ ‫و‬
َ ‫ا‬ ‫م‬
َ َّ
‫س‬ ‫ال‬ ‫ق‬ ْ
ِ ‫َخ‬
‫ل‬
)١٩١( ‫ار‬ ِ َّ‫اب الن‬
َ ‫فَقِنَا َع َذ‬
“Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaringnya dan
memikirkan kejadian langit dan bumi, (lalu berkata), Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya engkau jadikan ini sia-sia, Maha Suci Allah, jauhkan kami dari
azab api neraka”

( Surah Ali Imran, 3:191 )


2. MEMBUANG SIFAT MAZMUMAH
Sifat perhambaan yang hadir dari setiap gerakan solat melahirkan individu yang
bersih hati dan ikhlas amalannya.

Individu yang solat dengan penuh penghayatan akan menyedari bahawa mereka
hanyalah seorang hamba yang hina disisi Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. :

‫صاَل ةَ تَ ْنهَى‬
َّ ‫صاَل ةَ ِإ َّن ال‬ َّ ‫ب َوَأقِ ِم ال‬ ِ ‫ْك ِم َن ْال ِكتَا‬ َ ‫وح َي ِإلَي‬ِ ‫ا ْت ُل َما ُأ‬
َ ‫صنَع‬
‫ُون‬ ْ َ‫َع ِن ْالفَ ْح َشا ِء َو ْال ُم ْن َك ِر َولَ ِذ ْك ُر هَّللا ِ َأ ْكبَ ُر َوهَّللا ُ يَ ْعلَ ُم َما ت‬
Firman Allah: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa
yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah
sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan
sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan (al-‘Ankabut [29:45]).
 Apabila individu menyedari betapa hinanya diri disisi Allah, maka sifat
takabbur akan terbuang dengan sendiri dari hatinya kerana dia menyedari
bahawa segala kelebihannya adalah daripada Allah.

 Begitu juga dengan sifat mazmumah yang lain seperti riak dan ujub.

 Dengan itu akan masuklah dalam hati sifat-sifat mazmudah seperti taqwa,
amanah, jujur dan sabar serta sifat-sifat mahmudah yang lain.
3. MENDIDIK MUSLIM MENJAGA MASA
Masa adalah sangat penting bagi manusia. Allah s.w.t sendiri berfirman mengenai
masa.

Firman Allah :

‫ص ِر‬ْ ‫َو ْال َع‬


‫ان لَفِي ُخ ْس ٍر‬ َ ‫ِإ َّن اِإْل ن َس‬
‫ص ْب ِر‬ ِّ ‫ص ْوا بِ ْال َح‬
َ ‫ق َوتَ َوا‬
َّ ‫ص ْوا بِال‬ ِ ‫ين آ َمنُوا َو َع ِملُوا الصَّالِ َحا‬
َ ‫ت َوتَ َوا‬ َ ‫ِإاَّل الَّ ِذ‬
Maksudnya : Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-
menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran”.
( Surah Al-Asr. )
Solat adalah suatu ibadah yang ditetapkan pada waktunya.

Allah membentuk akhlak menjaga waktu melalui ibadah solat.

Seseorang Muslim perlu menepati masa dalam kehidupan sama ada semasa
melaksanakan tugas, menunaikan amanah, tanggungjawab sesama manusia.

Falsafah yang dibawa oleh Allah melalui ibadah solat tentang masa ialah, sesuatu
tugasan perlu disiapkan pada masanya, biarpun apa halangannya, selagi ia bukan halangan
yang dibenarkan oleh syara’, maka ianya perlu disiapkan biarpun sebesar mana urusan
kita.

Jadi, setiap insan yang beriman kepada Allah SWT sudah tentunya dapat menilai nikmat
masa yang Allah anugerahkan kepadanya. Selain itu, mereka juga akan menyedari
kepentingan masa, maka mereka akan bersegera mematuhi masa dengan mengisi masa
dengan amalan-amalan kebajikan sepertimana yang dituntut Allah SWT.
4. SOLAT MENDIDIK SIFAT SABAR
Firman Allah:

‫ين‬ ِ ‫صاَل ِة َوِإنَّهَا لَ َكبِي َرةٌ ِإاَّل َعلَى ْال َخ‬


َ ‫اش ِع‬ َّ ‫َوا ْستَ ِعينُوا بِال‬
َّ ‫ص ْب ِر َوال‬

Maksudnya: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk;
(al-Baqarah [2:45]).

 Seseorang Muslim perlu bersabar untuk menolak semua dugaan yang hadir ketika
ingin bersolat kerana ia wajib dilakukan dalam apa jua keadaan.
 Sifat sabar sangat penting dalam pembinaan sahsiah kerana ia melahirkan individu
yang istiqamah, gigih, teliti dan berhati-hati dalam kehidupan.

 Dengan sifat sabar, seseorang Muslim mempunyai kekuatan untuk melakukan ibadah
dan meninggalkan larangan Allah.

 Sifat sabar dalam melaksanakan solat perlu diaplikasikan di luar solat kerana
manusia berdepan dengan pelbagai cabaran yang menggugat iman dalam kehidupan.
5. MENDIDIK MUSLIM MEMENTINGKAN
KEBERSIHAN
Syarat sah solat ialah memakai pakaian yang bersih, membersihkan diri dan tempat
solat daripada sebarang najis.

Firman Allah s.w.t. :

ْ ‫يَ ٰـبَنِ ٓى َءا َد َم ُخ ُذ‬


‫وا ِزينَتَ ُكمۡ ِعن َد ُكلِّ َم ۡس ِج ٍد‬

  ( Surah Al-A’raf, 7 : 31 )

“Wahai orang-orang beriman, pakaikanlah dirimu dengan pakaian indah pada


setiap kali menghadiri masjid (untuk solat ) “
 Sebelum menunaikan solat, kita wajib membersihkan diri. Secara tidak lansung akan
melatih diri kita untuk menjaga kebersihan setiap masa.

 Kebersihan merupakan aspek zahir penilaian seseorang yang lain terhadap umat
Islam. Jika umat islam tidak mengamalkan kebersihan, golongan yang tidak faham
tentang agama Islam akan mendakwa Islam sebagai agama yang pengotor, tidak
syumul(menyeluruh) dan dilabel negatif.

 Kebersihan yang dididik di dalam solat bukanlah terhad kepada aspek lahiriah
semata, ia termasuk juga aspek batiniah. Seorang muslim perlulah membersihkan dirinya
daripada sifat riak, takabbur,hasad dengki, bakhil, dan sifat-sifat mazmumah yang lain.
6. MEMBENTUK SIKAP DISIPLIN

 Maksud disiplin : Disiplin merupakan latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan


supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini
berlaku sebaliknya hukuman atau denda akan dikenakan. (Kamus Dewan, 1989)

 Sikap disiplin terbentuk melalui ibadah solat 5 waktu yang dilakukan pada awal waktu
pada setiap hari.

 Solat pada awal waktu menunjukkan ciri-ciri seorang imam yang berdisiplin dan bersedia
untuk menjalankan tanggungjawabnya.

 Seorang ketua yang mempunyai sikap berdisiplin pastinya akan memimpin dengan baik
kerana mereka patuh kepada undang-undang Islam dan negara.
‫ين ِكتَ ٰـ ۬بًا َّم ۡوقُو ۬تًا‬ َّ ‫صلَ ٰو ۚ‌ةَ ِإ َّن ٱل‬
َ ِ‫صلَ ٰوةَ َكانَ ۡت َعلَى ۡٱل ُم ۡؤ ِمن‬ ْ ‫فََأقِي ُم‬
َّ ‫وا ٱل‬
Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu difardhukan kepada orang-orang

beriman mengikut ketetapan waktunya’


( Surah An-Nisa, 4:103)
SEJARAH ISLAM
Muhammad Al-Fateh

Rasulullah SAW bersabda :

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam, pemimpin yang


menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin, dan pasukan tenteranya adalah
sebaik-baik tentera." (H.R Ahmad Bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Pada usia seawal 21 tahun Sultan Muhammad telah berjaya menakluk


Konstantinopel yang merupakan empayar utama byzantine (Rom), iaitu satu
kuasa kuat yang amat sukar ditumbangkan pada zaman itu.
Selepas Konstantinopel berjaya ditakluk, umat Islam ingin mengerjakan solat
jumaat yang pertama di Masjid Aya Sophia (sebelum ni sebuah gereja
termasyhur). Sultan Muhammad membuat pemilihan imam untuk mengetuai
solat Jumaat, semua tenteranya diminta berdiri.. beliau melaung : 

" siapa-siapa yang sejak baligh pernah meninggalkan solat fardu sila duduk!"
tidak ada seorang pun tenteranya yang duduk..

Soalan seterusnya beliau bertanya,


"siapa-siapa yang sejak baligh pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila
duduk "
Subahanallah.. hanya separuh daripada tenterannya yang duduk, 

Soalan terakhir yang ditanya beliau,


"siapa-siapa yang sejak baligh pernah meninggalkan solat tahajud sila duduk!"
semua tenteranya duduk, KECUALI seorang..iaitu..?? beliau sendiri.., SULTAN
MUHAMMAD AL-FATEH!

Anda mungkin juga menyukai