Anda di halaman 1dari 16

NAMA & KOD SUBJEK:

AKHLAK ISLAMIAH (KUD2313)

TAJUK:
MODEL AKHLAK ISLAMIAH DALAM SURAH AN-NUR

NAMA & NO. MATRIK:


NUR SABRINA BINTI MOHD YAHYA (KTD190503049)
AZZIADATUL UMAIRA BINTI AZMAN (KTD190503012)

NAMA PENSYARAH:
DR. MOHD AZMAN BIN MOHSIN

DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT


SEMESTER 5 (MEI – OKTOBER 2021)
1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan akhlak merupakan sebuah usaha menumbuh kembangkan watak, contoh


serta tingkah laku yang sesuai dengan apa yang sudah diwariskan dan sudah diajarkan oleh
Nabi Muhammad SAW dan yang tercurah dalam pedoman kehidupan manusia yakni Al-
Quran. (Jabar,2020)

Akhlak yang baik adalah sesuatu kelebihan yang tidak dapat disembunyikan dalam


Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap individu Muslim menzahirkan akhlak yang
mulia. Perkara ini adalah sesuatu yang dipuji oleh Allah SWT sebagaimana pujianNya
terhadap Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
mempunyai akhlak yang terpuji." Surah al-Qalaam ayat 4.

Surah An-Nur mempunyai banyak pengajaran kepada semua umat Islam. Dalam
sebuah riwayat daripada Harith Ibn Mudarrib r.a., menceritakan bahawa “Umar bin al-
Khattab r.a. yang ketika itu menjadi khalifah telah menulis surat dari Madinah ke tanah
jajahan negeri Kufah. Surat tersebut meminta supaya pesuruhjaya jajahan itu mewartakan
supaya setiap kaum wanita mempelajari surah al-Nur. Ini kerana dalam surah tersebut ada
diterangkan hukum-hukum bagaimana seseorang itu memelihara kesucian maruah atau
kehormatannya serta bagaimana menutupinya supaya tetap terpelihara dengan baik.
(Muhammad Talib,2001)

Surah An-nur adalah surah ke 24 dari Al-Quran. Surah ini terdiri daripada 64 ayat dan
termasuk golongan surah-surah madaniyyah. Antara kelebihan surah ini ialah memberi
ketenangan kepada pembaca yang menghayati dan mengamalkannya kerana ia menuju
kepada kesucian diri dan kelembutan hati serta mengelakkan dari prasangka buruk, tuduhan
yang sembarangan dan segala perkara yang membawa kepada kerosakkan. (Dr.Wahbah Al-
Zuhaili,1991) Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a. bahawa surah ini digalakkan untuk
diajar kepada kaum perempuan.

Surah ini sebahagian besar isinya memuatkan memuatkan petunjuk- petunjuk Allah
yang berhubungan dengan soal kemasyarakatan dan rumah tangga. Sayyid alQutb dalam
tafsirnya Fi Zilal al-Qur’an menyebut bahawa ketetapan syariat yang diturunkan oleh Allah
dalam surah ini meliputi adab orang perseorangan, akhlak kekeluargaan dan etika sosial,
memelihara nama baik, maruah dan keturunan manusia. (Sayyid Quttub,1971)

1
2.0 PENGENALAN SURAH AN-NUR

Surah ini dinamakan An-Nur kerana surah ini menerangi jalan kehidupan sosial
manusia dengan menjelaskan adab, etika, dan keutamaan-keutamaan, menggariskan
banyaknya hukum, tata nilai dan pedoman. Selain itu, terdapat ayat yang bersinar di dalam
surah ini iaitu pada ayat 35:

ِ ْ‫ت َوٱَأْلر‬
‫ض‬ ِ ‫ٱهَّلل ُ نُو ُر ٱل َّس َم ٰـ ٰ َو‬

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi,"

Dengan Nur atau cahaya Allah SWT langit dan bumi menjadi terang bersinar. Dengan
Nur-Nya, orang-orang yang kebingungan dan tersesat bisa mendapat petunjuk dan
menemukan arah menuju ke jalan mereka

Antara intipati utama surah ini ialah permulaan surah ini dimulai dengan isu hukuman
kepada penzina, had qazaf, dan hukum li’an dengan tujuan untuk menyucikan manusia
daripada tidak mempedulikan perintah Allah SWT dan percampuran nasab keturunan.
Kemudian diterangkan kisah al-ifk iaitu sangkaan buruk dengan tujuan untuk membersihkan
Aisyah r.a. daripada fitnah dan melawan golongan yang cenderung kepada kejahatan
melakukan fitnah tersebut. (Dr.Wahbah Al-Zuhaili,1991)

Seterusnya surah ini membincangkan tentang adab-adab kemasyarakatan dalam


kehidupan seorang muslim seperti meminta izin sebelum masuk ke rumah, menjaga
pandangan dan kemaluan, larangan memperlihatkan perhiasan bagi kaum wanita selain
daripada mahramnya dengan tujuan untuk menyatakan keharaman percampuran antara lelaki
dan perempuan, galakan berkahwin bagi orang-orang bujang supaya dapat istiqamah dengan
syariat Allah SWT, menjaga keluarga dan kaum belia, serta terhindar daripada fitnah.

Kemudian diterangkan tentang keistimewaan syariat Islam iaitu ia menjadi cahaya


petunjuk, kelebihan ayat al-Quran dan keistimewaan masjid-masjid. Selain itu, diterangkan
sifat-sifat orang munafik dan orang-orang mukmin yang menjaga hukum Allah SWT serta
janji-janji kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh. (Dr.Wahbah Al-
Zuhaili,1991)

Seterusnya, surah ini kembali menerangkan hukum meminta izin ketika masuk ke
rumah atau bilik bagi kanak-kanak pada tiga waktu yang telah ditetapkan, hukum bagi orang

2
yang mempunyai keuzuran untuk pergi jihad, hukum makan di rumah kerabat dan adab-adab
ketika dalam majlis keramaian. (Dr.Wahbah Al-Zuhaili,1991)

3
3.0 MODEL AKHLAK ISLAMIAH DALAM SURAH AN-NUR

3.1 KISAH AL-IFK (BERITA BOHONG TENTANG KECURANGAN


AISYAH R.A.)

Al- Ifk adalah kisah yang menceritakan tentang fitnah terhadap isteri Rasulullah
SAW, Aisyah r.a Ummul Mukminin. Kisah ini terdapat pada ayat 11-18 surah An-Nur:

‫س َب ِمنَ ٱِإْل ْث ِم ۚ َوٱلَّ ِذى ت ََولَّ ٰى‬ َ َ‫ش ًّرا لَّ ُكم ۖ بَ ْل ُه َو َخ ْي ٌر لَّ ُك ْم ۚ لِ ُك ِّل ٱ ْمرٍِئ ِّم ْن ُهم َّما ٱ ْكت‬
َ ُ‫سبُوه‬ ْ ‫ِإنَّ ٱلَّ ِذينَ َجٓا ُءو ِبٱِإْل ْف ِك ع‬
َ ‫ُصبَةٌ ِّمن ُك ْم ۚ اَل ت َْح‬
۟ ُ‫س ِه ْم َخ ْي ًرا َوقَال‬
‫وا َه ٰـ َذٓا ِإ ْف ٌك ُّمبِينٌ * لَّ ْواَل‬ ِ ُ‫ظنَّ ٱ ْل ُمْؤ ِمنُونَ َوٱ ْل ُمْؤ ِمنَـٰتُ بَِأنف‬ َ ُ‫س ِم ْعتُ ُموه‬َ ‫اب َع ِظي ٌم * لَّ ْوٓاَل ِإ ْذ‬ٌ ‫ِك ْب َرهۥُ ِم ْن ُه ْم لَهۥُ َع َذ‬
ْ َ‫ش َهدَٓا ِء فَُأ ۟ولَ ٰـِٓئ َك ِعن َد ٱهَّلل ِ ُه ُم ٱ ْل َك ٰـ ِذبُونَ * َولَ ْواَل ف‬
‫ض ُل ٱهَّلل ِ َعلَ ْي ُك ْم َو َر ْح َمتُهۥُ فِى‬ ۟ ‫ش َهدَٓا َء ۚ فَِإ ْذ لَ ْم يَْأت‬
ُّ ‫ُوا بِٱل‬ ُ ‫َجٓا ُءو َعلَ ْي ِه بَِأ ْربَ َع ِة‬
‫س لَ ُكم بِ ِهۦ ِع ْل ٌم‬ ِ ‫اب َع ِظي ٌم * ِإ ْذ تَلَقَّ ْونَهۥُ بَِأ ْل‬
َ ‫سنَتِ ُك ْم َوتَقُولُونَ بَِأ ْف َوا ِه ُكم َّما لَ ْي‬ ٌ ‫ضتُ ْم فِي ِه َع َذ‬ ْ َ‫س ُك ْم فِى َمٓا َأف‬ َّ ‫ٱل ُّد ْنيَا َوٱ ْلـَٔا ِخ َر ِة لَ َم‬
* ‫س ْب َح ٰـنَكَ َه ٰـ َذا بُ ْهتَـٰنٌ ع َِظي ٌم‬ َ ‫سبُونَ ۥهُ َهيِّنًا َوه َُو ِعن َد ٱهَّلل ِ َع ِظي ٌم * َولَ ْوٓاَل ِإ ْذ‬
ُ ‫س ِم ْعتُ ُموهُ قُ ْلتُم َّما يَ ُكونُ لَنَٓا َأن نَّتَ َكلَّ َم ِب َه ٰـ َذا‬ َ ‫َوت َْح‬
۟ ‫* يَ ِعظُ ُك ُم ٱهَّلل ُ َأن تَ ُعود‬
ِ ‫ُوا لِ ِم ْثلِ ِٓۦه َأبَدًا ِإن ُكنتُم ُّمْؤ ِمنِينَ * َويُبَيِّنُ ٱهَّلل ُ لَ ُك ُم ٱ ْلـَٔايَ ٰـ‬
‫ت ۚ َوٱهَّلل ُ َعلِي ٌم َح ِكي ٌم‬

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada
golongan kamu juga. Janganlah kamu fikir berita itu buruk bagi kamu, bahkan itu baik bagi
kamu. Setiap orang daripada mereka akan mendapat balasan daripada dosa yang dibuatnya.
Dan barang siapa yang mengambil bahagian terbesar daripada dosa itu, dia mendapat azab
yang besar. Mengapa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, tidak berbaik
sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata,
“ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” Mengapa mereka yang menuduh itu tidak
dating membawa empat orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka
mereka itu dalam pandangan Allah adalah orang-orang yang berdusta. Dan seandainya
bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatnya kepadamu di dunia dan akhirat, nescaya kamu
ditimpakan azab yang besar disebabkan oleh kata-kata kamu tentang hal itu (berita bohong
itu). (Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu daripada mulut ke mulut dan kamu
katakan dengan mulutmu apa yang kamu tidak ketahui sedikit pun, dan kamu
menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar. Mengapa kamu
tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak layak untuk kita bercakap soal ini. Maha Suci
Engkau, ini adalah pembohongan yang besar.” Allah memperingatkan kamu agar (jangan)
mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman, Dan Allah menjelaskan
ayat-ayat (Nya) kepada kamu. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Quran Amazing,2014)

4
Peristiwa ini berlaku setelah perang dengan Bani Mustaliq pada bulan Sya’aban 5H.
Peperangan itu diikuti kaum munafik dan turut pula Aisyah r.a bersama Nabi SAW
berdasarkan undian yang diadakan isteri-isteri Baginda. Dalam perjalanan pulang dari
peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. Aisyah r.a keluar dari sekedupnya untuk
suatu keperluan, kemudian kembali. Tiba-tiba dia merasa rantainya hilang, lalu dia pergi lagi
mencarinya.

Sementara itu, rombongan berangkat dengan menyangka bahawa Aisyah masih ada di
dalam sekudupnya. Setelah Aisyah r.a mengetahui sekudupnya sudah tiada, dia duduk di
tempatnya dan mengharapkan sekedup itu akan kembali. Kebetulan, seorang sahabat Nabi
SAW, Safwan ibnu Mu’attal, lalu ditempat itu dan melihat Aisyah r.a tidur sendirian. Lalu
dia dipersilakan oleh Safwan untuk menunggang untanya. Safwan berjalan menuntun unta
sehingga mereka tiba di Madinah. Orang-orang yang melihat mereka bercakap mengikut
pendapat masing-masing. Mulalah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar-
besarkannya, Maka fitnah atas Aisyah r.a itu pun bertambah luas, sehingga menimbulkan
kegoncangan di kalangan kaum muslimin. Di antara sahabat yang mempercayai berita ini dan
terlibat dalam penyebaran ialah Mistoh Bin Uthathah, Hamnah Binti Jahsyi dan Hasan Bin
Thabit. Keadaan ini berlarutan sehingga sebulan lamanya dan wahyu tertahan tidak turun.
Sehinggalah kemudiannya Allah menurunkan ayat ke 11 daripada Surah Al-Nur
membebaskan Aisyah daripada tuduhan jahat kaum munafik. (Al-Quran Amazing,2014)

Islam mendidik umatnya untuk memastikan dan menyelidik (tabayyun) setiap sumber
agar tidak menghebahkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan permusuhan dan
perkelahian kepada orang lain. Akhir zaman menyaksikan begitu banyak fitnah dan penipuan
berleluasa. Ada pihak yang tuduh menuduh tanpa bukti yang kukuh dan ada pihak yang
begitu dangkal mempercayai berita yang tiada pucuk pangkalnya. Nabi SAW pernah
memberikan amaran kepada sesiapa yang suka bercakap tentang perkara yang tidak diketahui
kebenarannya. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Seorang hamba
apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan
kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah
timur.” (Shahrulnizam Muhadi,2019)

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Cukuplah seseorang (dianggap berbohong apabila dia menceritakan semua


yang didengar.”

5
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis diatas memberikan beberapa pelajaran antaranya keharusan menjaga dalam menerima
dan menyampaikan berita dan tidak membenarkan semua yang dikatakan. Ibnu Ala’an
berkata, makna hadis ini ialah larangan untuk membicarakan perkara yang di dengar kerana
dapat jadi benar atau salah. Jika dia membicarakan tiap-tiap yang didengar, maka dia telah
berdusta terhadap berita yang berlaku. (Mustafa Said Al-Khin,1987)

3.2 ADAB BERKUNJUNG ATAU BERTAMU

Islam mengatur adab dan sopan santun dalam bertamu ke rumah orang lain. Salah satu
adab yang menjadi sebahagian peraturan kehidupan adalah adab minta izin seperti yang
tercatat dalam surah al-Nur ayat 27-28:

‫وا َعلَ ٰ ٓى َأ ْهلِهَا ۚ ٰ َذلِ ُك ْم خَ ْيـ ٌر لَّ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم تَ َذ َّكرُونَ * فَِإن لَّ ْم‬
۟ ‫ُوا َوتُ َسـلِّ ُم‬
۟ ‫وا بُيُوتًا َغ ْي َر بُيُوتِ ُك ْم َحتَّ ٰى تَ ْستَْأنِس‬
۟ ُ‫وا اَل تَ ْد ُخل‬۟ ُ‫يَ ٰـَٓأيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءامن‬
َ
۟ ۟ ۟
‫* تَ ِجدُوا فِيهَٓا َأ َحدًا فَاَل تَ ْد ُخلُوهَا َحتَّ ٰى يُْؤ َذنَ لَ ُك ْم ۖ َوِإن قِي َل لَ ُك ُم ٱرْ ِجعُوا فَٱرْ ِجعُوا ۖ ه َُو َأ ْز َك ٰى لَ ُك ْم ۚ َوٱهَّلل ُ بِ َما تَ ْع َملُونَ َعلِي ٌم‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memasuki rumah yang
bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Demikian
itu lebih baik bagimu agar kamu ingat. Dan jika kamu tidak menemui seorang pun di
dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan
kepadamu "pulanglah", maka (hendaklah) kamu pulang. Itu lebih suci bagimu dan Allah
Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

(Al-Quran Amazing,2014)

Ayat di atas menerangkan tentang larangan masuk ke rumah orang lain tanpa meminta
izin terlebih dahulu. Hal ini supaya mengelakkan daripada terlihatnya aurat, tersingkapnya
aib dan menyebabkan tuan rumah terganggu. Oleh kerana itu hendaklah meminta izin dan
mengucapkan salam di luar pintu terlebih dahulu. (Dr.Wahbah Al-Zuhaili,1991)

Meminta izin di sunnahkan sebanyak tiga kali. Jika orang yang berkunjung di
persilakan masuk, baru boleh masuk. Jika tidak, hendaklah pergi. Hal ini sebagaimana di
tetapkan dalam potongan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Malik, Ahmad,
Bukhari, Muslim dan Abu Daud maksudnya:

6
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian sudah
meminta izin sebanyak tiga kali, lalu tidak ada yang mempersilakannya masuk, maka
hendaklah ia pergi.

Jumhur mengatakan bahawa mengucapkan salam didahulukan dari meminta izin


berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Jabir r.a

‫السالم قبل الكالم‬

Maksudnya: Salam adalah sebelum pembicaraan.

Diriwayatkan oleh Qasim bin Ashbagh dari Ibnu Abbas r.a maksudnya:

Umar bin Khattab r.a meminta izin untuk masuk menemui Rasulullah SAW dengan ucapan
“Assalamu a’laa Rasulillah, Assalamualaikum, bolehkan Umar masuk?

Salam juga dilakukan sebanyak tiga kali sebagaimana dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Anas r.a maksudnya:

Rasulullah SAW meminta izin masuk menemui Sa’ad Ibnu Ubadah r.a dengan mengucapkan
“Assalamualaikum warahmatullahi” Lalu Sa’ad r.a pun menjawab salam beliau itu
“waalaikas salam wa rahmatullahi”, namun suaranya tidak didengari oleh Nabi SAW
hingga beliau mengulangi ucapan salam sebanyak tiga kali dan Sa’ad pun menjawabnya
tiga kali.

Imam Malik mengatakan “meminta izin adalah tiga kali. Aku tidak suka jika ada
seseorang yang melakukannya lebih dari tiga kali. Kecuali jika ia yakin bahawa suaranya
belum didengar oleh tuan rumah, aku melihat tidak mengapa melakukannya lebih dari tiga
kali.

Seterusnya, antara adab dan etika meminta izin masuk ke rumah orang ialah tidak
berdiri menghadap tepat di depan pintu rumah yang dikunjung. Kedudukannya adalah di sisi
kanan atau sisi kiri pintu dan tidak boleh melihat bahagian dalam rumah. (Dr.Wahbah Al-
Zuhaili,1991). Diriwayatkan bahawa Abu Sa’id al-Khudri r.a meminta izin kepada Nabi
SAW dengan menghadap tepat di hadapan pintu. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya,

‫ال تستأذن وأنت مستقبل‬

Maksudnya: “Janganlah kamu meminta izin dengan menghadap tepat di depan pintu.”

7
Hal ini termasuklah pintu dalam keadaan terbuka atau tertutup. Orang yang meminta
izin dengan menghadap tepat di depan pintu berpotensi pandangannya melihat pada sesuatu
yang tidak boleh dilihat atau pada sesuatu yang tuan rumah tidak suka dilihat. (Dr.Wahbah
Al-Zuhaili,1991)

Dalam pada itu, memperkenalkan diri dengan menyebut nama kepada tuan rumah
termasuk adab berkunjung ke rumah orang. Dalil tentang keharusan memperkenalkan diri
bagi orang yang ingin berkunjung adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
dari Jabir bin Abdillah r.a berkata,

Maksudnya: Aku meminta izin untuk masuk menemui Rasulullah SAW, lalu beliau bertanya,
“Siapa itu” Lalu aku menjawab “Saya.” Lalu beliau berkata, “Saya, saya!” dengan nada
yang menunjukkan beliau tidak suka dengan jawapanku.

(HR Bukhari dan Muslim)

Hal ini kerana jawapan “Saya” belum cukup untuk digunakan memperkenalkan diri.
(Dr.Wahbah Al-Zuhaili,1991) Akhir sekali, seharusnya kita mengucapkan rasa syukur dan
ucapan terima kasih kepada tuan rumah atas layanan dan hidangan jamuan yang disediakan.
Juga, di atas kesudian mereka meluangkan masa untuk menerima kita sebagai tetamunya.
(Marina,2019)

3.3 MENJAGA PANDANGAN DAN KEHORMATAN

Allah s.w.t. memerintahkan agar orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan
menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya dalam surah al-Nur ayat 30-31
sebagai salah satu tanda mensyukuri nikmat-Nya iaitu penglihatan mata.

ِ ‫صـنَعُونَ * َوقُــل لِّ ْل ُمْؤ ِمن َٰــ‬


‫ت‬ َ ِ‫وا فُرُو َجهُ ْم ۚ ٰ َذل‬
ْ َ‫ك َأ ْز َك ٰى لَهُ ْم ۗ ِإ َّن ٱهَّلل َ َخبِــي ۢ ٌر بِمَا ي‬ ۟ ُ‫ص ٰـر ِه ْم َويَحْ فَظ‬ ۟
ِ َ ‫قُل لِّ ْل ُمْؤ ِمنِينَ يَ ُغضُّ وا ِم ْن َأ ْب‬
‫ظنَ فُرُو َجه َُّن َواَل يُ ْب ِدينَ ِزينَتَه َُّن ِإاَّل َما ظَهَ َر ِم ْنهَا ۖ َو ْليَضْ ِر ْبنَ بِ ُخ ُم ِر ِه َّن َعلَ ٰى ُجيُوبِ ِه َّن ۖ َواَل‬ ْ َ‫ص ٰـ ِر ِه َّن َويَحْ ف‬
َ ‫يَ ْغضُضْ نَ ِم ْن َأ ْب‬
‫يُ ْب ِدينَ ِزينَتَه َُّن ِإاَّل لِبُعُولَتِ ِه َّن َأوْ َءابَٓاِئ ِه َّن َأوْ َءابَٓا ِء بُعُولَتِ ِه َّن َأوْ َأ ْبنَٓاِئ ِه َّن َأوْ َأ ْبنَٓا ِء بُعُولَتِ ِه َّن َأوْ ِإ ْخ ٰ َونِ ِه َّن َأوْ بَنِ ٓى ِإ ْخ ٰ َونِ ِه َّن َأوْ بَنِ ٓى‬
۟ ‫ظهَر‬ ِ ‫ـر ُأ ۟ولِى ٱِإْل رْ بَ ِة ِمنَ ٱلرِّجَ ا ِل َأ ِو ٱلطِّ ْفـ‬
ْ َ‫ـل ٱلَّ ِذينَ لَ ْم ي‬
‫ُوا َعلَ ٰى‬ ِ ‫ت َأ ْي َم ٰــنُه َُّن َأ ِو ٱلتَّ ٰــبِ ِعينَ َغ ْيـ‬
ْ ‫َأ َخ ٰ َوتِ ِه َّن َأوْ نِ َسـٓاِئ ِه َّن َأوْ مَا َملَ َك‬
َ‫ت ٱلنِّ َسٓا ِء ۖ َواَل يَضْ ِر ْبنَ بَِأرْ ُجلِ ِه َّن لِيُ ْعلَ َم َما ي ُْخفِينَ ِمن ِزينَتِ ِه َّن ۚ َوتُوب ُٓو ۟ا ِإلَى ٱهَّلل ِ َج ِميعًا َأيُّهَ ْٱل ُمْؤ ِمنُونَ لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْفلِحُون‬ ِ ‫* عَوْ ٰ َر‬

Maksudnya: Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga


pandangannya, dan memelihara kemaluannya, demikian itu lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan

8
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya
(auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya
hingga ke dada, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki
mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara
perempuan mereka, atau para perempuan sesama Islam, atau hamba-hamba mereka,
atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-
kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka
menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan
bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu
beruntung.

(Al-Quran Amazing,2014)

Inilah perintah Allah SWT kepada hambanya yang mukmin, agar menundukkan
pandangan daripada perkara yang diharamkan dan tidak memandang kecuali kepada
perkara yang dibolehkan. Dalam kitab Sahih Al-Bukhari, daripada Sahl bin Sa’d As-
Sa’idi, ia berkata, Nabi SAW bersabda,

Maksudnya: “Sesiapa menjamin untukku keselamatan apa yang ada di antara kedua
kaki dan apa yang di antara kedua rahangnya, maka aku jamin untuknya syurga.”

Pandangan dapat menuntun pada kerosakkan hati, sebagaimana mengikut sebahagian


ulama salaf, pandangan itu ibarat sebuah panah yang meracuni hati. Oleh sebab itu,
Allah memerintahkan untuk memelihara atau menjaga farji (kemaluan) sebagaimana
perintah untuk menjaga pandangan, kerana pandangan dapat mendorong kepada zina.
(Ibnu Kathir,2000)

Seterusnya, Allah SWT menjelaskan hikmah di sebalik dua perintah tersebut, ( َ‫ٰ َذلِك‬
‫ )َأ ْز َك ٰى لَهُ ْم‬menahan pandangan dan memelihara kemaluan lebih baik dan lebih suci bagi
hati dan agama mereka. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah r.a dari
Rasulullah SAW maksudnya: “Tidak ada seorang muslim yang pandangannya terjatuh
pada keindahan-keindahan seorang perempuan, lalu ia menahan dan menundukkan
pandangannya, melainkan Allah SWT akan memberinya ganti sebuah ibadah yang ia
boleh rasakan kemanisannya.

9
Menahan pandangan bukan bererti menutup atau memejamkan mata hingga tidak
melihat sama sekali atau menundukkan kepala ke tanah, kerana bukan ini yang
dimaksudkan di samping ianya tidak akan mampu dilaksanakan. Tetapi yang
dimaksudkan adalah menjaganya dan tidak melepas pandangannya hingga menjadi liar.
Pandangan yang terpelihara adalah apabila seseorang memandang sesuatu, lalu ia tidak
mengamat-amati kecantikannya, tidak berlama-lama memandangnya, dan tidak
memerhati apa yang dilihatnya.

Rasulullah SAW menganggap pandangan liar, sebagai suatu perbuatan zina mata.
Sabda beliau:

Maksudnya: “Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya ialah melihat.”

(HR Bukhari)

Seorang penyair mengatakan: Semua peristiwa, asalnya kerana pandangan.


Kebanyakkan orang masuk neraka kerana dosa kecil. Permulaannya pandangan,
kemudian senyum, lalu beri salam, kemudian berbicara, lalu berjanji, dan sesudah itu
bertemu. (Yusuf Al-Qaradhawi,1993)

Adapun pada ayat yang ke 31 khusus buat orang perempuan. Yang dimaksudkan
dengan perhiasan adalah apa sahaja yang dipakai untuk mempercantikkan diri sama ada
bentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, atau buatan seperti
pakaian, perhiasan, alat solek dan sebagainya. Islam menitikberatkan tentang aurat dan
wanita. Hanya sedikit sekali rukhsah yang diberikan, contohnya perempuan-perempuan
yang sudah tua. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang
tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka
menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan
mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak
menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah An-Nur:60)

10
Kesimpulannya, menjaga pandangan adalah antara faktor utama sesuatu masaalah
sosial seperti pergaulan bebas, khalwat, sumbang mahram, perzinaan dan sebagainya
dapat dielakkan.

3.4 ADAB-ADAB DI DALAM MASJID

‘Masjid’ ialah kata pinjaman dari bahasa Arab yang bermaksud ‘tempat sujud’. Bagi
umat Islam, ia adalah satu tempat suci dan mulia yang dijadikan sebagai tempat ibadat
khusus. Selain sebagai tempat solat, masjid juga menjadi tempat untuk mengembangkan
dakwah Islamiah. Allah SWT perintahkan kita untuk memuliakan masjid sebagaimana
firmanNya dalam surah An Nur ayat 36-37:

‫ال * ِر َجا ٌل اَّل تُ ْل ِهي ِه ْم تِ َج ٰـ َرةٌ َواَل بَ ْي ٌع عَن ِذ ْك ِر‬ِ ‫اص‬ َ َٔ‫ت َأ ِذنَ ٱهَّلل ُ َأن تُرْ فَ َع َوي ُْذ َك َر فِيهَا ٱ ْس ُمهۥُ يُ َسبِّ ُح لَ ۥهُ فِيهَا بِ ْٱل ُغ ُد ِّو َو ْٱلـ‬
ٍ ‫فِى بُيُو‬
َ ‫صلَ ٰو ِة َوِإيتَٓا ِء ٱل َّز َك ٰو ِة ۙ يَخَافُونَ يَوْ ًما تَتَقَلَّبُ فِي ِه ْٱلقُلُوبُ َوٱَأْل ْب‬
‫ص ٰـ ُر‬ َّ ‫* ٱهَّلل ِ َوِإقَ ِام ٱل‬

Maksudnya: (Cahaya itu) ada di rumah-rumah yang telah diperintahkan oleh Allah untuk
memuliakan dan menyebut namaNya pada waktu pagi dan petang. Orang yang tidak
dilalaikan oleh perdagangan dan jual-beli daripada mengingat Allah, mendirikan solat
dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan pandangan menjadi
goncang (hari kiamat).

(Al-Quran Amazing,2014)

Allah SWT memerintahkan supaya masjid-masjid itu dihidupkan dan dimuliakan


dengan menghindarkan daripada najis zahir dan najis-najis yang batin seperti syirik,
bercakap yang sia-sia dan tiada guna. Masjid adalah tempat yang dikhusukan untuk
berdoa dan beribadah kepada Allah SWT, menyemarakkannya dengan berzikir kepada
Allah SWT atau membaca kitab suci Al-Quran. (Dr.Wahbah Al-Zuhaili,1991)

Ibnu Abbas r.a mengatakan, masjid adalah Baitullah di muka bumi yang menyinari
para penduduk langit, sebagaimana bintang di langit menyinari penduduk bumi. Amirul
Mukmin Uthman bin Affan r.a, ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya: “Barangsiapa membangun masjid hanya kerana Allah SWT, maka Allah
SWT akan membangunkan untuknya sebuah bangunan yang sama di dalam syurga.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Penggunaan kata(‫ )رجال‬dalam ayat 37 menunjukkan dalil bahawa solat berjemaah di


masjid diperintahkan bagi kaum lelaki. Adapun kaum wanita solat di rumah lebih utama.

11
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Mas’ud r.a dari
Rasulullah SAW, beliau bersabda,

Maksudnya: “Solatnya seorang perempuan di dalam rumahnya adalah lebih utama


daripada solatnya diluar rumah, dan solat di dalam biliknya lebih utama daripada
solatnya di bahagian dalam rumahnya.”

Sesungguhnya tempat pertama yang menjadi sumber hidayah dan cahaya Allah SWT
adalah di masjid. Kaum mukmin memakmurkan masjid dan menyemarakkannya dengan
solat dan zikir. Allah SWT memerintahkan untuk memakmurkan dan menyemarakkan
masjid secara zahir dengan membinanya dan secara rohani dengan solat, membaca al-
quran, zikir dan majlis-majlis ilmu. Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya: Jika kalian melihat seseorang rajin ke masjid, maka bersaksilah untuknya
bahawa ia adalah orang yang beriman. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (surah at
taubah ayat 18) “Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-
orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian.”

(HR Ahmad, At Tirmizi,Ibnu Majah)

Seterusnya, sebahagian ulama memperbolehkan untuk menghias masjid.


Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.a bahawa ia membina masjid Nabawi dengan
menggunakan kayu as-Saaj (kayu jati) dan memperindahkannya. Sementara ada
sebahagian ulama lain memakruhkannya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Daud dari Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya: Tidak berlaku Kiamat sehingga orang ramai bermegah pada masjid

mereka.

Masjid harus dijaga dan dihindarkan dari bau-bau yang busuk. Hal ini termasuk dalam
bahagian mengagungkan dan memuliakan masjid. Dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Jabir r.a Rasulullah SAW bersabda.

Maksudnya: “Barangsiapa makan bawang putih atau bawang merah, maka janganlah
ia mendatangi kami dan bercampur dengan kami di masjid-masjid kami, maka
hendaklah ia menjauhi kami dan menjauhi masjid kami, dan hendaklah ia duduk di
rumah.

12
Masjid juga harus dipelihara dan dijauhkan dari aktiviti jual-beli serta pelbagai
kesibukkan duniawi. Antara perkataan dan perkara yang dilarang ketika berada di dalam
masjid adalah berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW adalah dilarang meninggikan suara
ketika bertanya akan barang-barang yang hilang berdasarkan hadith yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ِ ‫ فَِإ َّن ْال َم َس‬، ‫ك‬


‫اج َد لَ ْم تُ ْبنَ لِهَ َذا‬ َ ‫ اَل َر َّدهَا هللاُ َعلَ ْي‬: ْ‫ْج ِد فَ ْليَقُل‬
ِ ‫ضالَّةً فِي ْال َمس‬
َ ‫َم ْن َس ِم َع َر ُجاًل يَ ْن ُش ُد‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendengar seseorang lelaki mengumumkan barang


yang hilang di masjid, hendaklah dia berkata: Semoga Allah SWT tidak
mengembalikannya kepadamu kerana masjid tidak dibina disebabkan ini”

(HR At Tirmizi)

Dilarang bersyair berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr, bahawa
Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang melantunkan syair di dalam masjid”.

(HR At-Tirmizi)

Ketika masuk masjid disunnahkan untuk membaca doa. Imam Muslim meriwayatkan
dari Abu Usaid, ia berkata, "Rasulullah saw bersabda,

Maksudnya: "Apabila salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia
membaca doa, Allaahummaftah lii abwaaba rahmatik (ya Allah, bukakanlah untukku
pintu-pintu rahmat-Mu). Dan jika keluar maka hendaklah membaca doa,
Allaahumma innii as'aluka min fadhlik (Ya Allah, hamba memohon kurnia-Mu)."

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita memelihara kesucian masjid dan menjauhkan


diri kita daripada perkara-perkara yang boleh mencemarkan sebuah tempat yang mulia
ini. Ini kerana fungsi utama masjid adalah tempat untuk melaksanakan ibadah dan
mendekatkan diri kepada Allah SWT. (Dr.Wahbah Al-Zuhaili,1991)

4.0 KESIMPULAN

Konklusinya, akhlak merupakan antara aspek terpenting dalam agama Islam. Ini
adalah kerana ia menjadi punca kepada perbuatan yang dilakukan oleh manusia sama

13
ada perbuatan baik ataupun buruk. Ilmu akhlak merujuk kepada disiplin seseorang
manusia ketika mengharungi sesuatu situasi.

Dengan kata lain, ia juga menunjukkan adab seseorang itu yang dapat melambangkan
ajaran agama islam dan Nabi saw yang sentiasa mengajar kita dan menunjukkan suri
teladan yang baik sepertimana yang difirmankan dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 yang
bermaksud, Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari
Kiamat dan yang banyak mengingat Allah. Kesimpulannya, wajib untuk kita menjadikan
akhlak Rasulullah saw sebagai ikutan supaya kita boleh menjadi insan yang cemerlang
di dunia dan akhirat.

RUJUKAN

Ahmad Mustafa Al Maraghiy, (2001) Tafsir Al Maraghiy Terj. Muhammad Thalib, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Cet 1.

Al-Quran Amazing (2014) Grup Buku Karya Bestari, Kumpulan Media Karangkraf dan
Cordoba Internasional Indosiea.

Dr.Wahbah Al-Zuhaili (1991) Tafsir Al-Munir Jilid 9 (Surah An-Nur)

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. (2019, June 13). Peristiwa Al Ifki.
  https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3482-bayan-linnas-siri-ke-181-peristiwa-al-
ifki-fitnah-terhadap-aisyah-r-anha-pengajaran-dan-petunjuk-menghadapi-fitnah-semasa

Dr. Mustafa Said Al-Khin (1987) Syarhu Riyadus Salihin, Juz 2. (m/s 1065)

Ibnu Kathir. (2000) Tafsir al-Qur’an al-Azim, Jilid 10 (m/s 212-214)

Jabar. (2020, April 21). Konsep pendidikan akhlak dalam al-qur’an Surat an-nur ayat 31:
Analisis ilmu pendidikan Islam. Welcome to Digital Library UIN Sunan Gunung Djati
Bandung - Digital Library UIN Sunan Gunung Djati Bandung. 
https://digilib.uinsgd.ac.id/32676/

14
Marina. (2019, June 9). 12 Adab Penting Yang Perlu Diketahui Ketika Berziarah. tzkrh.com.
 https://tzkrh.com/12-adab-penting-yang-perlu-diketahui-ketika-berziarah/

Sayyid Quttub (1971) Tafsir Fi Zilal Al-Quran

Yusuf Al-Qaradhawi. (1993) Halal dan Haram Dalam Islam Terj. Muammal Hamidy.

15

Anda mungkin juga menyukai