Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN .............................................................................................................. 2

2.0 KONSEP RIBA AL-QARD ........................................................................................... 3

2.1 Definisi al-qard

2.2 Rukun al-qard

3.0 HARTA ............................................................................................................................ 5

3.1 Klasifikasi penjenisan harta dalam muamalat

4.0 GHARAR DALAM KONTRAK INSURANS .............................................................. 8

4.1 Kewujudan riba dan gharar dalam kontrak jual beli insurans

4.2 Implikasi riba dan gharar ke atas kontrak insurans

5.0 KESIMPULAN .............................................................................................................. 12

Rujukan ................................................................................................................................ 13

1
1.0 PENGENALAN

Sistem ekonomi Islam adalah sistem yang sempurna bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
Ekonomi Islam yang berteraskan akidah, syariah, akhlak dan ilmu adalah bertujuan untuk
menjamin kesejahteraan sosial. Disebabkan itu segala perkhidmatan dan produk yang
ditawarkan haruslah menepati prinsip ekonomi Islam itu sendiri yang menekankan aspek
pemilikan, kebebasan, keadilan dan kesejahteraan individu dan masyarakat. Di Malaysia
sistem ekonomi Islam dan prinsip muamalah turut dipraktikkan dalam sistem kewangan dan
perbankan. Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia kini dilihat telah melalui
transformasi yang pesat dalam memenuhi permintaan masyarakat.

Realiti kehidupan zaman kini dilihat manusia bekerja dan berusaha keras siang dan
malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup. Sudah menjadi lumrah manusia
mendambakan kehidupan yang serba mewah. Sebagai contoh, berkereta besar, mendiami
rumah yang dilengkapi dengan perabot dan kemudahan yang serba canggih dan eksklusif,
berpakaian dan memiliki aksesori diri berjenama terkenal, tampak bergaya dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, tidak semua orang dapat menikmati keindahan dan keseronokan dunia
meskipun setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas mencari rezeki. Hal ini kerana, soal
takdir, rezeki, nasib baik dan buruk seseorang itu terletak dibawah kekuasaan dan rahmat
Allah SWT yang Maha Mengetahui segala hikmah dan rahsia lagi Maha Bijaksana dalam
mengatur perjalanan kehidupan seluruh umat manusia.

Oleh yang demikian, rata-rata masyarakat pada hari ini terpaksa berhutang atau
membuat pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa. Hal ini
bertujuan untuk memiliki keperluan asas seperti kenderaan, rumah, perabot dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga mereka yang berhutang bagi tujuan menceburkan diri dalam bidang
perniagaan atau meluaskan lagi empayar perniagaan. Malah seakan-akan sudah menjadi trend
dalam dunia hari ini, ramai yang terpaksa mendapatkan pinjaman kewangan bagi tujuan
melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pendidikan dengan dibiayai oleh pihak-pihak
tertentu. Dalam situasi ini, seseorang itu boleh berhutang tetapi jumlah hutang tersebut
mestilah berkadaran dengan jumlah pendapatan di mana individu tersebut dapat melunaskan
hutangnya dan menjalani kehidupan dengan baki pendapatan yang ada.

2
2.0 KONSEP RIBA AL-QARD

Dari kaca mata perundangan Islam, pinjaman dibahagikan kepada dua kategori iaitu al-‘ariyah
dan al-qard. Al-‘ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu
barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan
manfaat barang atau harta tersebut secara percuma. Hak pemilikan ke atas barang tersebut
masih kekal pada pemberi pinjaman dan peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan atau susut nilai bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca daripada
peminjam sendiri. Barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada tuannya dan bukan
memulangkan gantian barang tersebut. Pinjaman secara ‘ariyah hanya melibatkan barangan
atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan
asal. Sebagai contoh, kereta, telefon bimbit, baju dan buku. Sekiranya barang tersebut
merupakan barang yang mudah musnah atau susut nilai seperti sabun, maka akad pinjaman
tersebut tidak sah.

Disamping itu, al-qard pula ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan
barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau
timbangan. Selain itu, orang Arab menyebut al-qard sebagai salaf (hutang) iaitu pinjaman
yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan. Kesan daripada transaksi ini
ialah wujudnya hutang atau keberhutangan daripada satu pihak iaitu penghutang kepada satu
pihak yang lain iaitu pemberi hutang (pemiutang). Peminjam (penghutang) hendaklah
memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan
benda yang asal. 2.1 Definisi al-qard

Al-qard dari segi bahasa bermaksud al-qat’u (potong). Harta yang diberikan kepada orang
yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong iaitu mengambil sebahagian
hartanya untuk diberikan kepada penghutang. Dari segi istilah, al-qard merujuk kepada
penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat
barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada
pemilik asal tanpa sebarang penambahan. Sebarang tambahan terhadap barang atau wang
yang diberi pinjam adalah ditegah dalam Islam kerana ia dianggap sebagai riba atau lebihan
yang tidak mempunyai ganti yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu
bayaran balik.

Selain itu, orang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan


barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap

3
harta yang dipinjam itu. Kebiasaannya barang yang menjadi objek bagi akad qard ialah wang
atau lain-lain medium pertukaran yang diterima oleh orang ramai. Al-qard dikategorikan
sebagai akad tabarru’ iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan. Hal ini kerana,
faedah atau manfaat daripada transaksi yang berlaku hanya diperolehi oleh satu pihak sahaja
iaitu penghutang.

2.2 Rukun al-qard

1. Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman)

a) Seorang ahli tabarru’ yang boleh menguruskan harta, berurus niaga (ahliyyah al-
mu’amalah) dan memiliki harta tersebut. Bukan seorang yang gila atau kanak-kanak
atau mahjur ‘alaih iaitu orang yang disekat daripada menguruskan harta disebabkan
safih (bodoh dalam hal ehwal pengurusan harta).
b) Tiada unsur paksaan iaitu redha

2. Penghutang/ peminjam

a) Bukan seorang yang mahjur ‘alaih kerana safih, orang gila atau kanak-kanak. Bagi
kanak-kanak dan anak-anak yatim, mereka harus meminjam sekiranya mempunyai
wali yang boleh menguruskannya. Imam Subki berpendapat bahawa mereka hanya
boleh meminjam sekiranya terdapat darurah dan jika sebaliknya, maka pinjaman itu
terbatal.
b) Tiada unsur paksaan iaitu redha.
c) Berkemampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat.

3. Barang yang dipinjam

a) Fuqaha’ berselisih pendapat tentang barang-barang yang sah diberi pinjam atau
hutang. Fuqaha’ mazhab Hanafi mengatakan sah berhutang barang-barang mithliy
iaitu yang mempunyai unit yang serupa di pasar seperti yang boleh disukat, ditimbang
dan dibilang dan mempunyai saiz yang hampir serupa seperti wang, telur, buah kelapa
dan sebagainya.
b) Fuqaha’ mazhab Maliki, Syafi‛i dan Hanbali mengatakan harus diberi hutang bagi
barang-barang yang boleh disukat atau ditimbang seperti emas, perak dan makanan
termasuk barang-barang qimiy seperti batu permata. Walau bagaimanapun, pandangan
yang asah/rajih mengatakan barang-barang yang jarang atau sukar atau tidak boleh
dipulangkan seperti batu permata adalah tidak sah dijadikan hutang.

4
4. Sighah

Mestiah mempunyai lafaz ijab dan qabul yang membawa maksud pemberian pinjaman dan
hutang. Sebagai contoh “Aku membenarkan kamu meminjam RM50 dan hendaklah
digantikan kembali wang ini”. Kemudian hendaklah disusuli dengan lafaz penerimaan atau
persetujuan daripada peminjam.

3.0 HARTA

Salah satu perkara penting dalam fiqah muamalat adalah mengenai konsep harta. Kita tidak
dapat lari dari menyentuh persoalan mengenai penjenisan harta dalam Islam. Hal ini amat
penting bagi kita kerana ia membolehkan kita memahami perbezaan antara satu jenis harta
dengan jenis harta yang berlawan dengannya. Perbezaan ini juga bukan sahaja membolehkan
memudahkan seseorang memahami konsep harta dalam fiqah muamalat, malah dapat
mengaplikasikannya dalam sesuatu pengurusan hartadalam Islam dengan betul. Sebagai
contoh, jenis harta yang boleh diwakafkan dalam Islam atau sebaliknya. Begitu juga halnya
dalam pertukaran harta yang berlainan kuantiti, ianya menjadi riba dalam kuantiti harta yang
tertentu tetaoi tidak menjadi riba pada satu jenis harta yang lain.

Pada dasarnya, Islam adalah agama yang sempurna mencakupi segala bidang
kehidupan manusia. Oleh yang demikian, segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah s.w.t.
termasuklah segala harta di muka bumi ini adalah untuk keperluan manusia seluruhnya.
Manusia yang memahami pengertian Islam dengan sebenar-benarnya pasti berpegang teguh
bahawa Allah s.w.t. adalah pemilik mutlak dan pemilik hakiki segala-galanya dan kedudukan
manusia hanyalah sebagai melaksanakan amanah khilafah dalam menunaikan tanggungjawab
mentadbir dan mengurus bumi ini berlandaskan kepada peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Menyentuh penakrifan tentang harta, para sarjana Islam mahupun barat telah
menghasilkan berbagai takrifan khusus untuk memberikan gambaran yang jelas dan tepat
tentang apa yang dimaksudkan dengan harta. Dari sudut bahasa, perkataan harta adalah sama
dengan perkataan mal dalam bahasa Arab. Perkataan mal adalah mufrad dari perkataan
amwal. Ia juga bermaksud apa-apa yang dimiliki dari segala sesuatu. Ibn Athir berpendapat,
5
harta pada asalnya ialah sesuatu yang dimiliki, terdiri dari emas dan perak dan kemudian telah
diguna pakai dari setiap sesuatu yang diperolehi dan dimiliki dari wang. Selain itu, pemakaian
istilah mal disisi orang-orang Arab adalah merujuk kepada unta kerana harta mereka
kebanyakan terdiri daripada unta.

Disamping itu, menurut kamus al-Munjid pula, harta bererti sesuatu yang dimiliki
dan dipakai oleh orang-orang Badwi kepada binatang ternakan seperti kambing biri-biri dan
unta sama ada jantan atau pun betina. Ia juga membawa maksud tiap-tiap benda, barang
perniagaan, harta alih, wang atau binatang yang dimiliki sama ada secara individu atau
kumpulan. Mengikut pengertian umum, maksud perkataan ‘harta’ (mal) yang paling mudah
difahami adalah peredaran wang di antara manusia sama ada dari bahan galian mahupun
kertas.

Selain itu, dari sudut ekonomi pula, harta dapat difahami sebagai tiap-tiap sesuatu
yang boleh dimanfaatkan dalam semua aspek sama ada boleh dinilaikan dengan harga dan
jenis seperti tanah, pokok, barang-barang dagangan yang berharga dan semua benda yang
boleh dimanfaatkan daripadanya. Manakala dari aspek undang-undang pula, takrifan harta
adalah hak dalam menguasai sesuatu dan memanfaatkan serta menggunakannya secara mutlak
dari semua sudut undang-undang.

3.1 Klasifikasi penjenisan harta dalam muamalat

Penjenisan harta ini akan diklasifikasikan kepada tiga kategori besar iaitu penjenisan harta
yang berkaitan dengan takrif harta, penjenisan harta yang berkaitan dengan pemilikan harta
dan penjenisan harta yang berkaitan dengan pengaplikasiannya terhadap pengurusan harta
umat Islam. Oleh yang demikian, setiap jenis-jenis harta yang dinyatakan akan dipadankan
dengan salah satu kategori tersebut mengikut kesesuainya. Alasan pengklasifikasian
penjenisan-penjenisan harta tersebut kepada salah satu daripada kategori besar yang
dimaksudkan tersebut akan diperjelaskan di bawah ini.

Kesesuaian setiap penjenisan harta tersebut untuk dipadankan kepada tiga kategori besar yang
dimaksudkan itu adalah seperti berikut:

a) Penjenisan harta yang berkaitan dengan takrif harta.

i. Perbandingan di antara al-mal al-‘ayni dengan al-mal al-dayni.


ii. Perbandingan di antara al-mal al-ayni dengan al-mal al-manfa’i.
iii. Perbandingan di antara al-mal al-mutaqawwim dengan al-mal ghayr al-mutaqawwim.

6
Alasan bagi ketiga-tiga perbandingan penjenisan harta tersebut di atas untuk diletakkan di
bawah kategori ini adalah kerana ketiga-tiganya menerangkan tentang takrif harta dalam fiqah
muamalat.

b) Penjenisan harta yang berkaitan dengan pemilikan harta.

i. Perbandingan di antara al-mal al-asli dengan al-mal al-thimari.


ii. Perbandingan di antara al-mal al-khas dengan al-mal al-‘am.
iii. Perbandingan di antara al-mal al-mamluk, al-mubah dengan al-mal al-mahjur.

Bagi ketiga-tiga perbandingan penjenisan harta di atas pula, alasan diletakkan di bawah
kategori ini adalah kerana ianya berkait rapat dalam menerangkan konsep pemilikan harta
dalam fiqah muamalat.

c) Penjenisan harta yang berkaitan dengan pengaplikasiannya terhadap pengurusan harta umat
Islam.

i. Perbandingan di antara al-mal al-istihlaki dengan al-mal isti’mali.


ii. Perbandingan di antara al-mal al-‘aqar dengan al-mal al-manqul.
iii. Perbandingan di antara al-mal al-mithli dengan al-mal al-qimi.
iv. Perbandingan di antara al-mal al-qabil li al-qismah dengan al-mal al-ghayr al-qabil li
al-qismah.

Oleh itu, alasan bagi meletakkan perbandingan penjenisan harta tersebut dalam kategori ini
adalah kerana semuanya berkaitan dengan pengaplikasian terhadap pengurusan harta umat
Islam.

7
4.0 GHARAR DALAM KONTRAK INSURANS

Perkataan gharar berasal dari kata dasar gharara yang bermaksud mendedahkan diri seseorang
atau hartanya kepada kemusnahan secara tidak sedar. Secara umumnya, gharar bermaksud
bahaya, bencana atau risiko. Dalam istilah perundangan Islam gharar dikaitkan dengan
kontrak jual beli yang diharamkan. Hal ini kerana, ia mengandungi unsur-unsur keraguan
yang mungkin akan menyebabkan perselisihan faham antara pembeli dengan penjual.

Selain itu, terdapat nas al-Quran yang memberi panduan tentang perlunya dielakkan
keraguan dan risiko yang menjadi punca perselisihan. Contohnya sepeti “wahai orang-orang
yang beriman, jangan kamu makan harta orang lain dengan cara yang dilarang, sebaliknya
berdaganglah sesama kamu dengan saling redha meredhai...” (al-Nisa’: 29).

Disamping itu, contoh-contoh kontrak yang mengandungi gharar seperti yang


terdapat dalam hadith diatas telah menjadi inferen kepada pakar perundangan Islam klasik
dalam memberikan definisi gharar masing-masing. Sesetengah mereka mengaitkannya dengan
ketidaktahuan (jahalah) tentang hasil kontrak seperti yang diutarakan oleh Imam Malik dan
Ibn Taymiyyah. Imam al-Syafi’ mengganggap ketidaktahuan ini menyebabkan adanya unsur
bahaya dan Ibn Qayyim pula mengaitkannya dengan apabila seseorang itu gagal menyerahkan
barangan yang dijual atau ketidakpastian sama ada akan menerima atau sebaliknya barangan
yang dibeli.

Namun begitu, walaupun terdapat pelbagai definisi yang diutarakan, secara


umumnya mereka bersetuju bahawa kehadiran gharar iaitu sesuatu yang tidak pasti di dalam
sesebuah kontrak termasuklah kontrak jual beli telah menimbulkan keraguan yang seterusnya
menyebabkan wujudnya unsur-unsur membahayakan pihak-pihak berkontrak.

Keraguan atau gharar boleh hadir di dalam sesebuah kontrak sama ada kerana
kejahilian sesuatu pihak berkontrak atau kesamaran yang wujud pada harga dan barangan
yang dikontrakkan. Kejahilan pihak berkontrak mungkin timbul akibat tiada pengetahuan
yang jelas terhadap elemen-elemen yang dikontrakkan atau disebabkan oleh satu pihak yang
sengaja menyembunyikan fakta berkenaan barangan atau harga yang dikontrakkan. Manakala
kesamaran boleh berlaku apabila barangan atau harga tidak dinyatakan dengan jelas atau
terperinci. Sebagai contoh, suatu kontrak yang membolehkan pembeli mendapat mana-mana

8
barangan yang gambarnya dicabut daripada satu kotak cabutan setelah membuat bayaran
sebanyak RM500.

Selain itu, secara dasarnya gharar atau keraguan akan wujud pada setiap kontrak
tetapi gharar yang mampu memyebabkan sesebuah kontrak itu tidak sah ialah gharar yang
dianggap melampau. Sesetengah Fuqaha’ seperti al-Baji cuba meletakkan satu ukuran bagi
menentukan sama ada gharar yang terdapat dalam sesebuah kontrak adalah melampau atau
sebaliknya. Beliau menganggap gharar adalah melampau apabila kontrak tersebut sendiri
mengandungi elemen yang tidak pasti atau gharar. Al-Suwailem pula menyatakan jika
terdapat tiga perkara berikut, gharar akan dianggap sebagai tidak membahayakan. Hal ini
kerana, risiko itu boleh diendahkan dengan kata lain kesan atau kehilangan disebabkannya
adalah kecil. Ia dibawah kawalan seseorang dan tidak disengajakan.

Oleh itu, unjuran yang paling menarik dikemukakan oleh al-Darir apabila beliau
menyenaraikan empat syarat yang akan membolehkan gharar menjadikan sesuatu kontrak jual
beli tidak sah. Pertama, gharar tersebut mestilah melampau dan ini bergantung pada keadaan,
masa dan tempat. Kedua, kontrak yang terlibat ialah kontrak pertukaran dua hala yang
melibatkan harta termasuklah jual beli, sewa dan perkongsian. Ketiga, gharar melibatkan
komponen utama kontrak seperti harga, barangan, bahasa yang dipakai dan sebagainya. Dan
keempat, terdapat kontrak lain yang tidak mengandungi gharar seumpama kontrak terlibat.

4.1 Kewujudan riba dan gharar dalam kontrak jual beli insurans

Secara dasarnya kontrak insurans adalah kontrak yang melibatkan pertukaran kewangan dua
hala iaitu bayaran premium dari pemegang polisi dan bayaran pampasan oleh syarikat
kewangan. Oleh kerana barangan tukaran kontrak ini adalah wang dan wang merupakan
barangan ribawi iaitu bagi pendapat yang mengatakan wang memenuhi sifat emas dan perak
sebagai medium pertukaran, maka pertukaran wang mestilah mengikut syarat pertukaran emas
dan perak iaitu:

i. Mestilah pada kadar yang sama.


ii. Penyerahan al-ma’qud alayh mesti dilakukan dalam masa yang sama.

Memandangkan premium biasanya dibayar berkala atau sekali gus semasa kontrak
ditandatangani manakala penyerahan pampasan pula dilakasanakan pada satu masa hadapan
bergantung pada berlakunya peristiwa yang dilindungi, maka wujudnya lompang masa antara
keduanya dan ianya melibatkan unsur riba. Begitu juga wujudnya unsur riba kerana nilai

9
bayaran premium dan wang pampasan lazimnya adalah tidak sama. Apabila jumlah wang
berbeza bertukar tangan antara pemegang polisi dan syarikat insurans, sudah tentu kontrak
insurans mengandungi riba.

Selain itu, kontrak insurans dikaitkan dengan gharar pada empat tempat iaitu:

i. Keraguan pada tempoh kontrak berlangsung


ii. Kewujudan kontrak dan pampasan
iii. Pembayaran pampasan
iv. Jumlah pampasan atau premium yang sebenarnya dijelaskan.

Memandangkan keraguan atau gharar tersebut terkandung pada elemen-elemen asas kontrak
insurans, ia akan menyebabkan kontrak tersebut tidah sah. Apatah lagi pada masa sekarang,
sudah terdapat kontrak lain yang mampu mengisi fungsu kontrak ini umpamanya takaful.

Oleh yang demikian, kesemua gharar ini adalah berpunca dari ketidakpastian
peserta-peserta kontrak tentang bilakah peristiwa yang dilindungi akan terjadi dan sejauh
mana kesannya terhadap pemegang polisi semasa kontrak ditandatangani. Masalah ini timbul
kerana hasil kontrak insurans itu sendiri dipengaruhi oleh nasib dan jumlah wang yang
diberikan oleh setiappihak adalah berbeza. Bagi sesuatu kontrak yang melibatkan pertukaran
kewangan antara dua pihak yang berkontrak adalah perlu dinyatakan dengan pasti jumlah
bayaran bagi barangan atau perkhidmatan yang dikemukakan. Tanpanya sudah tentu unsur
gharar akan wujud dan menyebabkan kontrak itu tidak sah.

4.2 Implikasi riba dan gharar ke atas kontrak insurans

Kesan gharar pada sesuatu kontrak jual beli adalah berbeza kerana gharar itu sendiri terbahagi
kepada dua tahap iaitu gharar melampau dan gharar kecil. Gharar kecil ialah ketidakpastian
biasa yang terdapat didalam semua transaksi seperti ketidakpastian sama ada mendapat
keuntungan atau sebaliknya di dalam perniagaan dan sebagainya. Gharar ini tidak akan
menjadikan sesuatu kontrak tidak sah kerana ia merupakan ketidakpastian yang mesti
ditempuhi oleh semua manusia. Hanya gharar melampau yang akan menjadikan sesuatu
kontrak yang mengandunginya tidak sah. Dan bagi mana-mana pihak berkontrak yang sedar
atau sengaja mewujudkan gharar tersebut, hukumnya adalah berdosa.

Apabila sesuatu kontrak yang ditandatangani tidak sah, maka terdapat beberapa
kesan pada pemilikan harga dan barangan yang ditukarkan. Pertamanya pemilik asal masih
kekal walaupun barangan telah bertukar tangan. Sebagai contoh, dalam jual beli kereta yang

10
disembunyikan kecacatannya oleh penjual. Pemilik sebenar kereta masih lagi penjual
walaupun harga telah dibayar oleh pembeli. Keduanya, pembeli tidak sedar kecacatan kereta
yang dibeli, dalam kes ini berhak menuntut pampasan bagi kerugian yang ditanggungnya
untuk tempoh selama mana beliau tidak menyedari kecacatan kereta tersebut.

Pada kontrak insurans, gharar wujudsecara langsung pada kedua-dua al-ma’qud


‘alayah yang menyebabkan keraguan yang jelas pada kewujudan kontrak itu sendiri serta
tempoh kontrak itu berlangsung. Malah kontrak insurans itu sendiri terbentuk dari unsur
ketidakpastian iaitu peristiwa yang diinsuranskan yang belum atau belum tentu berlaku.
Dengan kata lain, gharar yang wujud pada kontrak insurans adalah dari jenis gharar
melampau yang akan menyebabkan kontrak ini tidak sah. Tuntutan pampasan kerugian bagi
kontrak ini pula adalah sesuatu yang agak tidak mungkin kerana biasanaya kedua-dua pihak
berkontrak sedar tentang kewujudan unsur ketidakpastian ini.

11
5.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, realiti kehidupan zaman kini dilihat manusia bekerja dan berusaha keras
siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup. Sudah menjadi lumrah
manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah. Oleh yang demikian, rata-rata
masyarakat pada hari ini terpaksa berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk
menikmati taraf hidup yang lebih selesa.

Selain itu, salah satu perkara penting dalam fiqah muamalat adalah mengenai konsep
harta. Kita tidak dapat lari dari menyentuh persoalan mengenai penjenisan harta dalam Islam.
Hal ini amat penting bagi kita kerana ia membolehkan kita memahami perbezaan antara satu
jenis harta dengan jenis harta yang berlawan dengannya. Perbezaan ini juga bukan sahaja
membolehkan memudahkan seseorang memahami konsep harta dalam fiqah muamalat, malah
dapat mengaplikasikannya dalam sesuatu pengurusan hartadalam Islam dengan betul.

Disamping itu, riba dan kontrak insurans boleh dikatakan seiring. Hal ini kerana,
barangan dan harga yang dijual beli adalah wang dan wang adalah barangan ribawi. Begitu
juga gharar dan kontrak insurans, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan kerana kontrak ini
pada asasnya terbentuk atas unsur-unsur ketidakpastian iaitu bagi memberi jaminan kewangan
pada peristiwa-peristiwa yang belum berlaku dan myngkin juga tidak akan berlaku.
Ketidakpastian ini menyebakan bayaran premium atau pampasan yang ditukarkan tidak
diketahui jumlahnya dan ini menjadikan syarat-syarat sah kontrak tidak dipenuhi. Gharar
sebegini juga wujud dalam kedua-dia insuran sama ada insurans hayat mahupun insurans am.

(2979 patah perkataan)

12
Rujukan

Abd. Ghafar Ismail & Surtahman Kastin Hasan. 1993. Bank Perdagangan Di Malaysia:
Struktur Dan Pengurusan Dana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abd. Latif Muda. 2003. Pengantar Syariah dan Teori Fiqh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Abdul Halim El-Muhammady. 2001. Undang-Undang Muamalat & Aplikasinya Kepada


Produk-Produk Perbankan Islam. Fakulti Undang-Undang: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faizah Hj. Ismail. 2000. Asas-asas Muamalat Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad. 2009. Aplikasi Fiqh Muamalat Dalam Sistem Kewangan
Islam. Universiti Teknologi Mara.

M. Abdul Mujied et al. 1997. Kamus Istilah Fiqh. Kuala Lumpur: Advance Publication.

Md. Akhir Yaacob. 2002. al-Ahkam al-‘adliyyah: Undang-undang Sivil Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Redmond, P.W.D. & Chears, Peter. 1993. General principles of English Law. London:
Pigmen Publishing.

Salihin Ramli. 2000. Pesaran Niaga Hadapan: Melindung Nilai Dan Spekulasi. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Tun Mohamed Sufian. H.P.Lee & S. A. Trindade (pnyt.) 1983. Perlembagaan Malaysia -
perkembagannya 1957-1977. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wahbah Al-Zuhaili. 1996. Terj. Md. Akhir Haji Yaacob et al. Fiqh & Perundangan Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

13
14

Anda mungkin juga menyukai