Anda di halaman 1dari 25

CTU231:

Asas Perakaunan Islam

Topik 3: Disusun Oleh:


Ustazah Noor
Objektif dan Kepentingan Perakaunan Islam Hasyimah Sulaiman
Hasil Pembelajaran 2

Selepas mempelajari topik ini pelajar


akan dapat:

• Memahami objektif dan kepentingan


perakaunan dalam Islam.
3
Senarai Isi Kandungan

3.1 Merancang Aktiviti Kewangan

3.2 Keseimbangan Dalam Pengurusan


Perbelanjaan

3.3 Merekod Aktiviti Kewangan

3.4 Mengelakkan Dari Terlibat Dengan


Aktiviti Tak Patuh Syariah

3.5 Tujuan Pembayaran Zakat

3.6 Pembahagian Harta Secara Faraid


3.1 Merancang Aktiviti Kewangan
4

• Bertitik tolak dari salah satu elemen Maqasid Syariah yang


digariskan iaitu Hifz Mal (penjagaan harta), Islam
sememangnya meletakkan kepentingan untuk menjaga dan
menguruskan kewangan dengan baik.
• Islam menggalakkan umatnya untuk menghasil, mengembang
dan menggunakan harta dengan bijaksana dan tersusun.
• Malah, melalui harta yang dikurniakan kepada manusia, akan
menjadi medan ujian kepada mereka sama ada terus merasa
bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ataupun berada di
dalam kufur serta bongkak dengan kemewahan dunia yang
sementara.
• Harta jugalah yang akan menjadi wasilah atau jambatan
kepada kelestarian taqwa manusia kepada Allah SWT.
Berpandukan kepada kewajipan yang diamanahkan oleh Allah
SWT seperti zakat, nafkah, sedekah dan sebagainya, manusia
dapat menjadikan harta itu pemangkin kepada jawapan syurga
yang didambakan di akhirat kelak.
5

4
3.1.1 Dalil al-Quran 6

Raja berkata “Aku bermimpi melihat tujuh


ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh
ekor lembu yang kurus, dan tujuh tangkai
bijibijian yang hijau serta tujuh tangkai lagi
yang kering”
Yusuf menjawab “Hendaklah kamu
menanam bersungguh sungguh tujuh tahun
berturut-turut…kemudian akan datang
selepas itu tujuh tahun kemarau
menghabiskan makanan kamu kecuali
sedikit dari apa yang kamu simpan.”
Surah Yusuf Ayat 43 – 49
Samb… Dalil al-Quran 7

“Hai orang-orang yang beriman,


bertakwalah kepada Allah dan hendaklah
setiap diri memperhatikan apa yang telah
diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),
dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang kamu kerjakan”.
(al-Hasyr:18)
3.1.2 Perkara Yang Perlu Diteliti Dalam
Membuat Perancangan Kewangan 8

• Adakah Aliran tunai kita (+) atau (-)?


• Adakah Nilai bersih (Networth) (+) atau (-)
?
• Menyediakan Bajet – Mengetahui Corak
Perbelanjaan
• Rancang Perbelanjaan – Kurangkan mana
yang tidak perlu.
• Kenalpasti antara ‘keperluan’ dan
‘kehendak’.
3.1.3 Kepentingan Perancangan Kewangan 9

Dengan adanya perakaunan Islam, aktiviti kewangan


akan dapat dirancang sebelum ianya dilaksanakan.

Langkah ini dapat mengelakkan masalah pembaziran


dan ketidakcukupan daripada berlaku.

Perancangan aktiviti kewangan yang teliti mampu


mewujudkan perbelanjaan dan pengagihan yang
seimbang pada masa hadapan.
3.2 Keseimbangan Dalam Pengurusan Perbelanjaan 10

Dalam Islam sifat bersederhana amat MASLAHAH HAJIYYAH:


dianjurkan terutamanya dalam • Sesuatu yang menjadi keperluan manusia
membelanjakan harta benda. bagi menyelesaikan masalah hidup seharian
cotohnya sesuatu yang bermutu/ berzat/
selesa.
• Bagi menguruskan perbelanjaan, • Tanpanya akan menyukarkan dan
sewajarnya perbelanjaan perkara menyempitkan kehidupan tetapi tidaklah
DHARURIYYAH (keperluan asas yang sampai memusnahkan kehidupan.
merujuk kepada maqasid Shariah) Contoh: rumah teres, kereta viva, makanan
terlebih dahulu dipenuhi kemudian berkhasiat.
barulah diikuti dengan memenuhi
perkara hajiyyah dan akhirnya
tahsiniyyah. MASLAHAH TAHSINIYYAH:
• Contoh: makanan, pakaian dan tempat • Sesuatu yang menjadikan taraf kehidupan
tinggal yang asas. manusia menjadi lebih baik/lebih cantik/
lebih selesa.
• Contoh: rumah bunglow, kereta mewah,
makanan dari restoren mewah, baju
berjenama terkemuka.
Samb… 3.2 Keseimbangan Dalam Pengurusan
Perbelanjaan 11

DHARURIYYAH

HAJIYYAH

TAHSINIYYAH
3.3 Merekod Aktiviti Kewangan 12

• Semua aktiviti kewangan yang dijalankan mestilah dicatat dan


direkod dengan teliti.

• Akan tetapi aktiviti tersebut mestilah mempunyai bukti


transaksi yang sah sebelum ianya direkodkan dalam catatan
perakaunan.

• Walaubagaimanapun, hanya aktiviti yang patuh Shariah sahaja


yang perlu direkod dalam perakaunan Islam.
13
3.4 Mengelakkan Dari Terlibat Dengan
Aktiviti Tak Patuh Syariah

Riba Gharar Maisyir


Samb… 14

Riba:
• Dalam bahasa Arab, perkataan riba membawa maksud lebih ataupun bertambah.
Mengikut hukum syarak, riba merupakan bayaran kembali terhadap sesuatu pinjaman
yang dibayar secara lebihan yang diperolehi oleh peminjam.

• Pengharaman riba jelas dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud seperti berikut:
• “Orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat bangun melainkan seperti
bangunnya orang yang kemasukan syaitan lantaran gila. Keadaan mereka yang
demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat) sesungguhnya jual
beli itu sama dengan riba’ pada hal Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba. Maka orang yang telah sampai kepadanya larangan daripada
Tuhan, yang telah diamal dahulu (sebelum larangan) dan urusannya terserah kepada
Allah. Dan barang siapa yang kembali (mengamalkan riba selepas larangan), maka
orang itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya.”
(al-Baqarah: 275)
Samb… 15

Gharar:
• Menurut bahasa Arab, makna gharar adalah al-khathr yang bermaksud pertaruhan ataupun
pengambilan risiko. Gharar juga bermaksud ketidakpastian iaitu terdapat sesuatu yang ingin
disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkanrasa ketidakadilan serta
penganiayaan kepada pihak yang lain. Larangan tentang penglibatan gharar juga jelas daripada
hadith Nabi Muhammad (riwayat Al Bukhary dan Muslim) yang bermaksud:

• “Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam melarang dari menjual anak dari anak yang
berada dalam perut unta”

• Larangan tersebut menunjukkan terdapat kriteria yang menjadikannya gharar haram di sisi
Islam. Nabi Muhammad s.a.w melarang kita dari menjual anak unta yang masih di dalam perut
atau kandungan ibu unta kerana disitu wujudnya gharar iaitu ketidakpastian yang anak unta itu
akan hidup ataupun tidak dan sebagainya.
Samb… 16

Maisyir:
• Masyir merupakan judi yang terdiri daripada permainan yang mengandungi
taruhan dari kedua belah pihak. Pada masa yang sama, judi adalah setiap
permainan yang di dalamnya disyaratkan adanya sesuatu yang diambil dari
pihak yang kalah untuk diberikan kepada pihak yang menang. Setiap
permainan yang menimbulkan keuntungan bagi satu pihak dan kerugian bagi
pihak lain juga diklasifikasikan sebagai judi.

• Pengharaman judi telah jelas dinyatakan dalam surah al-Maidah ayat 90 yang
bermaksud:

“Hai orang orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak),


maisir, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah
perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-
perbuatanitu agar kamu mendapat keberuntungan”.
3.5 Tujuan Pembayaran Zakat 17

• Di antara tujuan perakaunan yang utama pada zaman awal Islam ialah untuk
mengetahui hasil-hasil perdagangan di akhir tahun, sehingga mudah bagi mereka
untuk mengetahui modal pokok, untung dan rugi.

• Dengan demikian mereka dapat mengukur jumlah zakat harta yang perlu
dibayar.

• Rujuk video dalam ruangan Maklumat Tambahan di Learning Activity, UFuture.


3.6 Pembahagian Harta Secara Faraid 18

• Perakaunan Islam juga dapat membantu mengenalpasti berapakah jumlah harta yang
akan dibahagikan secara faraid kepada ahli waris.
• Setiap ahli waris akan menerima harta mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarat
Islam.
• Contohnya sekiranya isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami sahaja (tidak
mempunyai anak), maka bahagian harta yang akan diterima oleh suami adalah satu
perdua (1/2).
• Tetapi, sekiranya isteri tersebut mempunyai anak, maka bahagian harta yang diterima
oleh suami adalah satu perempat (1/4) sahaja.
3.6.1 Definasi Faraid 19

• Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah
menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

• Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah
meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum
kematiannya.

• Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak,
isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam.

• Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah
ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan
wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).
3.6.2 Dalil Pensyariatan Faraid 20

• Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu;


bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika
anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta
yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi
separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari
harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang
meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya
mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka
ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi
wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan
anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak)
manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(Surah an-Nisa: 11)
3.6.3 Bentuk Harta Yang Boleh Dibahagikan Secara Faraid
(Tanah, bangunan (rumah), barang kemas (emas, perak dll),
Takaful dan wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak), 21
binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
Sila rujuk: http://faraid.usm.my/msl/default.html

22
23

Sumber: http://faraid.usm.my/msl/default.html
24

Sumber: http://faraid.usm.my/msl/default.html
25

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai