Anda di halaman 1dari 32

AKHLAK DALAM PEMBENTUKAN JATI

DIRI MUSLIM
OLEH: KHAFIZATUNNISA’ BINTI
JAAPAR
TAJUK KECIL :

PENGERTIAN AKHLAK
KATEGORI AKHLAK
PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
CABARAN DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK
shahadah

AKHLAK
 Ch: Sembahyang
haji SYARIAH  Akidah: Beriman
solat
sembahyang wajib
AKIDAH
 Syariah:
Melaksanakan
semua hukum
sembahyang
 Akhlak: Khusyuk
anggota dan hati
puasa zakat

DIN AL-ISLAM
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Sesungguhnya aku hanya diutuskan
untuk menyempurnakan akhlak (‫م كارم‬
‫”) ا الخالق‬
 Maksud akhlak daripada sudut bahasa:Berasal
daripada perkataan Arab iaitu kata jama’(plural) dari
perkataan al-khuluq yang bermaksud:
1. Budi pekerti
2. Tingkah laku
3. Tabiat
 Daripada sudut istilah:
Imam Ghazali: "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa
yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah
tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.“Jika daripadanya
terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah
maka ia dinamakan akhlak yang baik tetapi jika sebaliknya ia
dinamakan akhlak yang buruk
Ibnu Miskawayh : “Mengatakan akhlak ialah suatu keadaan bagi
diri atau jiwa yang mendorong (diri atau jiwa itu) untuk melakukan
perbuatan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran
kerana sudah menjadi kebiasaan”
Profesor Dr Ahmad Amin, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan
dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.“
Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak
merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa
seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam
melakukan sesuatu tindakan.
 Dengan ini dapat dikatakan akhlak itu ialah :
◦ Budi pekerti
◦ Ilmu yang dapat memperbaiki hati dan Panca Indera
◦ Menjadi perhiasan kepada manusia
 Akhlak haruslah mempunyai 3 ciri utama : (Mohd Nasir
Omar)
1. Aspek batin atau keadaan dalaman (jiwa) seseorang yang
menjadi tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah
laku.
2. Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan
bukan kerana tekanan emosi, desakan atau tekanan.
3. Perbuatan-perbuatan itu mestilah berterusan sehingga
menjadi kebiasaan.
 Akhlak dalam Islam adalah tindakan yang merangkumi
aspek:
 Lahiriah (perilaku perbuatan luaran)
 Batiniah (keadaan dalaman {spiritual} seseorang) =
Keimanan & ketaqwaan yang ada dalam diri seseorang
sehingga mereka melakukan sesuatu berdasarkan suruhan
iman dan taqwa tersebut

Firman Allah : ‘Sesungguhnya beruntunglah orang yang


menjadikan dirinya (yg sedia bersih) betambah-tambah
bersih (dengan iman dan amal kebajikan) dan dan
sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (dgn
sebab kekotoran maksiat) (surah as-Syams ayat 9-10)
Perbezaan Akhlak dengan
Moral dan Etika
 Apakah sama antara Akhlaq, moral dan etika ?
 Etika : Teori yang berkaitan dgn peraturan,
adat, kebiasaan dan budi dari pemikiran
manusia.
 Moral → Mores (Latin): Disiplin/peraturan yg
berkaitan hukum, peraturan, tatasusila
masyarakat yg ditentukan oleh fikiran manusia,
dan persekitaran.
 Etika dan moral adalah dua perkara yg berkaitan
kerana kedua-duanya berdasarkan kepada
pemikiran manusia. 9
Perbezaan Akhlaq dan Moral/ Etika
  AKHLAQ MORAL
1 Bersepadu Zahir/ Batin Zahir sahaja
2 Syumul-Hubungan dgn Bersifat sekular , tiada
Allah,makhluk &alam kaitan dengan agama
3 Sumber Quran & Sunnah Akal dan sentimen
individu & masyarakat
4 Nilainya mutlaq dan abadi Berubah2 ikut
suasana dan tempat
5 Matlamat : Mencari Nafsu dan
keredhaan Allah keseronokan dunia
10
 Akhlak yang terpuji yang dituntut dalam Islam
 Ia merupakan segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh
manusia daripada sekecil2 perbuatan sehingga sebesar
perlakuan dalam hidup. Firman Allah :’Barangsiapa yang
mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan
melihat (balasan)nya’
 Cth : Keimanan & ketaqwaan kp Allah, ihsan, jujur, amanah
dll
 Ia juga merupakan semua perbuatan pelaksanaan
tanggungjawab kp perintah Allah dan akur kp laranganNya
dengan cara tidak melanggar arahan tersebut
 Melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya
walau di mana berada
 Meliputi aspek perbuatan zahir dan dalaman (batin)
 Menurut Imam Ghazali, akhlak yang mulia mempunyai empat
perkara iaitu bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak
baik, keberanian (menundukkan hawa nafsu) dan bersifat adil.
 Seperti kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei "hanya
saja bangsa itu kekal selama berakhlak, bila akhlaknya telah
lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu”
 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang
paling baik akhlaknya."(Hadith Riwayat Ahmad).
 Akhlak yang keji dan cela sebagai lawan kepada sifat akhlak
mahmudah.
 Ia merupakan segala bentuk perlakuan, sifat dan tabiat dan
perangai buruk yang dicela oleh syara’.
 Cth : syirik, derhaka, khianat, sombong, benci, fitnah dll
 Semua perbuatan yang melaksanakan larangan Allah dan
meninggalkan suruhanNya
HAKIKAT AKHLAK BERDASARKAN AL-
QURAN DAN AL-SUNNAH
a) al-Quran
- Menjelaskan akhlak yang baik dan buruk

1. Konsep kebaikan dan keburukan secara


terperinci
- Kebaikan : Istilah : Khair, haq, birr
( Kebenaran ),makruf, qist ( Saksama ),
taqwa ihsan
- Keburukan : Istilah : al-Sayyiaat, al-Su’,
al-Fahsya’, al-Mungkar, Rijsu ( Najis )
2. Pujukan dan ancaman
- Surah al-Isra’ : 7 : “ sekiranya kamu
berbuat baik maka kebaikan itu untuk
kamu namun sekiranya berbuat jahat
kembali kepada kamu jua”
- Surah al-Zalzalah : “ Sesiapa yang
berbuat baik sebesar zarah maka
kebaikan baginya, siapa yang berbuat
jahat sebesar zarah maka keburukan
baginya”

3. Sejarah
- Cth : Kaum Nabi Lut, Firaun, Kaum Ad
dan Thamud
al-Sunnah

- Amalan Rasullullah S.A.W. meliputi kata-


kata, perbuatan dan taqrir ( pengakuan )
- Banyak hadith mencerminkan tentang
akhlak yang baik spt:
“ Tidak beriman seseorang itu sehingga dia
mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri”
“ Tanda orang munafik 3 perkara : Apabila
bercakap dia bohong, berjanji tidak tepati
dan apabila diberi amanah dia khianati “
“ Siapa yang menipu bukan dikalangan
kami
SKOP AKHLAK

a) AKHLAK DENGAN ALLAH


- Iman yang mendalam, bersyukur dengan
anugerahNya, beribadah dengan ketakwaan
dan keimanan yang jitu

b) AKHLAK DENGAN MANUSIA


- Hak diri, keluarga dan masyarakat

c) AKHLAK DENGAN ALAM


- Menjaga alam dengan sebaiknya tanpa
melakukan kerosakan melampau
- Sebab : Ekosistem alam seimbang dan
membolehkan perjalanan kehidupan yang
harmoni
PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
PENGHAYATAN AL-QURAN

 Jadikan ayat al-Quran sebagai wirid harian


 Penghayatan makna tersurat dan tersirat
 Abdullah Nasih Ulwan:
“Didiklah anakmu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu,
cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran”

 Penghayatan al-Quran mendidik hati-hati supaya sentiasa


akur dan patuh kepada Allah s.w.t.
 Takut akan ancamannya dan gembira dengan janjiNya yg
sentiasa benar
PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
MENGAMBIL RASULULLAH
SEBAGAI USWAH HASANAH
 Rasulullah s.a.w. adalah sumber rujukan dan ikutan terbaik
(uswah hasanah) ; Disebabkan :
Rasulullah mempraktis dan menjalani kehidupan berasaskan
didikan al-Quran.
 Pengiktirafan, pujuan dan anjuran Allah supaya berakhlak
sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w., Firman Allah :
“Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan
yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah” (al-Ahzab:21)
Praktis hidup seharian baginda juga berasaskan al-Quran. Baginda
tidak memperkata sesuatu menurut hawa nafsu. Firman Allah:
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut
kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah
wahyu yang diwahyukan (kepadanya)” (al-Najm:3-4)
PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
MENGAMBIL RASULULLAH
SEBAGAI USWAH HASANAH
 Aisyah r.a. menjelaskan bahawa : “Sesungguhnya akhlak
Rasulullah s.a.w. adalah menurut al-Quran”
 Akhlak Baginda dengan Allah s.w.t.
 Akhlak Baginda sesama manusia
 Akhlak Baginda dengan alam
PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
PELAKSANAAN IBADAH

 Melaksanakan rukun Islam secara menyeluruh

ILMU PENGETAHUAN :
DIDIKAN & LATIHAN

 Didikan ilmu pengetahuan amat penting bagi memantapkan


akhlak
 Ilmu mengenai akhlak terpuji perlu dididik dari kecil sampai
mati
 Pendidikan yg berkesan : contoh teladan, adat kebiasaan,
nasihat & bimbingan, pemerhatian & pengawasan dan denda
& hukuman
 Pendidikan akhlak perlu disertakan dgn latihan
 Cth: didik anak beribadah kp Allah semenjak kecil dan jika
berusia 10 tahun tak buat dirotan
PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
TARBIYYAH RUHIYYAH

 Pendidikan dalaman
 Pendidikan yang mengikat jiwa manusia dgn Allah melalui
lidah yg basah dan lembut dlm menyebut dan mengingatiNya
 Melalui zikrullah pd bila2 masa dan tempat
 Hati dapat dilembutkan melalui istighfar, selawat, tasbih, zikir
munajat, qiamulail dll
PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
MUHASABAH DIRI

 Firman Allah : (al-Hasy:18)


“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah
diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah
kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa
yang kamu kerjakan”
 Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung
CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
SERANGAN IDEOLOGI BARAT YANG
BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

 Ideologi yg dihasilkan menjadi prinsipkp kemajuan bersifat
duniawi dan tidak melihat agama sebagai sesuatu yg penting
 Barat telah mengeksport ideologi mereka ke negara2 lain
 Bertentangan dgn Islam
 Lahirnya ideologi seperti sekularisme yg memisahkan urusan
agama dlm kehidupan seharian
CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
PENGARUH BUDAYA KUNING

 Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan


oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang
Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi.
 Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai,
berlarutan hingga ke hari ini walaupun negara kita telah
bebas dari cengkaman penjajah.
 Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat
terus melanda, malah menjadi kian dominan.
 Program-program pembangunan dan perindustriaan
yang dilancarkan oleh negara-negara membangun
termasuk Malaysia hari ini, masih mengambil model
Barat.
CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
PENGARUH BUDAYA KUNING

 Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat


menjadikan dunia kini semakin kecil.
 Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di
negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan
begitu cepat di seluruh dunia.
 Pengaruh barat ini dapat dilihat yang mana semakin
menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini
terutamanya golongan muda-mudi yang mudah
terpengaruh dengan aliran muzik dan budaya Barat
seperti Black Metal, Punk dan Skinhead.
 Aliran-aliran ini jelas sama sekali bertentangan dengan
ajaran agama Islam.
CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
PENGARUH MEDIA MASSA

 Medium paling berkesan utk menyebarkan maklumat dgn


cepat dan berkesan
 Boleh digunakan utk pelbagai tujuan samada utk kebaikan
atau keburukan
 Penyebaran maklumat yg kurang beretika seperti tahyul,
keganasan, khurafat, menjolok mata dll yg bertentangan dgn
nilai2 Islam
CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
KERUNTUHAN AKHLAK
 Berdasarkan statistik ; (majalah Siti, 2006).
 1.13 peratus remaja terlibat dengan kes buang bayi,
 40 peratus menonton bahan lucah
 16 peratus berjudi
 70 peratus merokok
 14 peratus terlibat dalam penyalahgunaan dadah
 25 peratus mengambil minuman keras
 18 peratus melakukan seks bebas
 Keruntuhan akhlak yang menjadi ancaman rakyat Malaysia
bermula dari diri individu itu sendiri.
 Mereka ini berjiwa kerdil, pasif, tidak menghargai diri, tidak
berpendirian dan tidak berwawasan.
CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
KERUNTUHAN AKHLAK

 Mereka juga tidak mempunyai identiti sendiri, mudah


terpengaruh dan lebih mengagung-agungkan budaya kuning
dari Barat.
 Mereka juga lemah minda, malas berfikir dan mengambil
jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu atau menyelesaikan
masalah sehingga ada yang mengambil dadah dan yang
paling kritikal sehingga membunuh diri.
CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
PERSEKITARAN YANG MENDORONG
PERLAKUAN NEGATIF

 Termasuklah keluarga, kaum kerabat, sahabat handai, jiran


tetangga dll
 Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Sesiapa yg berkawan dgn penjual minyak wangi sudah pasti
tempias kewangian minyak akan terlekat pd dirinya, dan
sesiapa yg berkawan dgn tukang besi sudah pasti percikan
bunga api pembakaran akan terkena dirinya”
CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK
PENGABAIAN PENDIDIKAN AGAMA

 Menyebabkan masyarakat mengalami masalah sosial yg


kronik
 Muncul golongan yg tidak membezakan antara yg hak
dengan yang batil
 Cth ; ajaran sesat dll

Anda mungkin juga menyukai