Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1: Gibson Hill (1955) menyatakan pelabuhan dan perkembangan KMM dari sebuah

perkampungan nelayan kepada pusat perdagangan antarabangsa adalah sesuatu yang


terancang.Bahaskan.

PENGENALAN

- Kerajaan Melaka merupakan kerajaan warisan srivijaya.


- Srivijaya adalah sebuah kuasa kelautan Melayu yang kuat dan telah meraih segala keuntungan
hasil daripada kegiatan perdagangan dan perkapalan di Selat Melaka Sepanjang beberapa
abad sebelum kemunculan kerajaan Melayu Melaka.
- Kegiatan ekonomi perdagangan adalah mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta
melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain.
- Gibson-Hill telah membuat kesimpula bhawa perubahan dan perkembangan Melaka adalah
dirancang iaitu daripada sebuah perkampungan nelayan yang kecil telah dijadikan pusat
perdagangan antarabangsa.
- Gibson Hill adalah seorang doktor yang berkhidmat di bawah pentadbiran british yang banyak
mengetahui tentang sejarah-sejarah yang telah berlaku di Tanah Melayu
- Perancangan yang teliti ini adalah kerana beberapa faktor semulajadi yang terdapat di Melaka.
- Malah kejayaan sebagai pusat perdagangan antarabangsa juga adalah berkat pengetahuan
dan pengalaman raja-raja awal Melaka mengenai kegiatan sosioekonomi kerajaan Srivijaya
dahulu dan bukannya secara kebetulan.
- Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelabuhan dan perkembangan KMM menjadi
sebuah pelabuhan entreport antarabangsa iaitu pengalaman pemerintah dari kerajaan yang
lepas, Peranan orang laut, kedatangan agama islam, sistem pengurusan pelabuhan di Melaka,
Hubungan diplomatic dan kedudukan Geografi Melaka yang strategic.

1) Pengalaman Pemerintah dari kerajaan lepas


-Menurut O.W Walters, Parameswara merupakan putera dari Kerajaan Srivijaya yang telah
melarikan diri ke Temasik sehinggalah ia tiba di Melaka pada tahun 1400. Peristiwa
Parameswara melarikan diri dari Palembang adalah usahanya untuk membebaskan
Palembang dari kekuasaan Majapahit gagal dan dia juga mengingkar taat setia daripada
Maharaja Majapahit dan dihantar panglima perang untuk menghalau Parameswara dari
Palembang. Temasek diperintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh
Raja Siam bernama Temagi. Parameswara telah membunuh gabenor itu dan mengisytiharkan
dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Kejadian ini
menimbulkan kemarahan kepada Siam. Parameswara telah melarikan diri ke Muar sebelum
Siam sempat menyerangnya dan akhirnya di dengan pengikutnya tiba di Melaka selepas
melihat keajaiban pelanduk putih yang berjaya menewaskan anjing buruannya.

-Parameswara bijak dengan menuntut bahawa Melaka adalah waris Srivijaya.

2) Hubungan diplomati dengan kerajaan luar

- mengadakan hubungan diplomatic dengan siam, majapahit dan China.

- Hubungan dengan kerajaan Siam-> Tun Telanai dan Menteri Jana Putera

- Sebab2- 1) Hubungan dengan Siam dikatakan Sepi..” tidak berkelahi dan tidak berdamai”.
- 2) Melaka ingin berbaik-baik dengan Siam dan menghantar utusan sebagai satu tanda
“menghulurkan tangan persahabatan”.

- Membawa surat persembahan -> bawa surat Sultan Melaka untuk tidak bermusuhan dengan Siam.

-Kesan Hubungan, siam menaruh kepercayaan dan keyakinan pada Melaka sebagai negeri yang kuat
dan negeri besar setaraf dengan kebesaran siam.

- Memberi peluang membangunkan Melaka. Soal keselamatan dapat dikawal. Musuh telah menjadi
kawan.

- Hubungan diplomatic dengan China

3) Kedatangan Agama Islam

4) Sistem Pengurusan Pelabuhan Melaka

5) Kedudukan Strategik Singapura

- iklim dan tanah tidak sesuai untuk pertanian

Anda mungkin juga menyukai