Anda di halaman 1dari 10

SOALAN 1

Lokasi industri merupakan unsur penting dalam menentukan corak pertapakan


aktivitiperkilangan kerana ianya dapat mempengaruhi kecekapan dan keuntungan bagi
sesebuahpengeluaran. Maka tidak menghairankan sekiranya perletakan industri lebih
tertumpu terhadapruang-ruang tertentu. Keadaan Lokasi mengenalpasti ciri-ciri yang
berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang mana memberi kesan secara langsung dan
tidak langsung kepada industri kilang. Keadaan Lokasi merupakan perbezaan lokasi yang
wujud untuk kesemua industri. Hal ini menunjukkan bahawa proses membuat keputusan
dalam memilih lokasiindustri merupakan hasil keputusan sekumpulan orang ataupun
individu yang bertindaksedemikian bagi memenuhi matlamat firma mahupun objektif sendiri
(Smith 1981). Keadan lokasi mestilah sangat rumit yang mana ia meliputi ciri-ciri nyata
(tangible) dan bukan nyata (non-tangible) serta ianya sangat sukar diukur. Tambahan pula,
berhati-hati semasa menginterpretasi keadaan lokasi setiap individu juga diperlukan dan
kategori yang pelbagai terhadap keadaan lokasi tidak semestinya digunakan. Ciri-ciri
keadaan sifat nyata (tangible) suatu keadaan lokasi adalah yang penting sekali.

Ciri pertama untuk keadaan lokasi yang hendak dibina untuk menentukan
kesesuaian lokasi industri ialah mestilah meliputi kesampaian bahan mentah, pasaran dan
pengangkutan ke tempat lokasi tersebut. Bahan mentah dan pasaran merupakan ciri penting
dalam perletakan sesuatu lokasi industri sama ada firma baru mahupun membuka
cawangan kerana ia akan mempengaruhi hasil keuntungan syarikat. Lantaran itu,
kebiasaannya para pengusaha membuat penilaian ke atas kapasiti pasaran dengan
mempertimbangkan aspek permintaan pengguna dan kewujudan persaingan daripada
industri lain yang mengeluarkan barangan homogenus. Pengangkutan dan angkutan
barangan juga sering mendapat perhatian yang penting dalam menentukan keadaan lokasi
industri. Hal ini dikatakan demikian kemudahan pengangkutan masih merupakan ciri penting
dalam sesuatu industri contohnya adalah tentang harga perkhidmatan untuk barangan.
Menurut penjelasan Mountjoy (1971), kos pengangkutan yang rendah membantu keperluan
terhadap berat bersih nilai bahan mentah dan komponen supaya dapat digunakan
diperingkat tempatan. Oleh yang demikian, kemudahsampaian bahan mentah, pasaran dan
juga pengangkut adalah ciri yang penting mempengaruhi keadaan lokasi industri.

Selain itu, ciri-ciri yang kedua dalam menentukan keadaan lokasi untuk industri adalah
sudah semestinya terdapat sumber tenaga. Kewujudan sumber tenaga merupakan keadaan
lokasi yang signifikan untuk sesuatu industri. Sebagai contoh, sumber tenaga seperti tenaga
air, tenaga wap air, tenaga elektrik, minyak dan Kawasan Kuasa Hidro adalah penting dalam
meningkatkan keupayaan sesebuah industri untuk menghasilkan hasil industri yang
membawa impak yang positif. Tambahan pula, sumber tenaga mampu untuk
mempercepatkan proses pengeluaran barangan di industri di samping mengambil masa
yang agak singkat untuk menghasilkan produk yang pelbagai. Oleh itu, Dalam industri
moden tenaga elektrik merupakan sumber utama dalam kebanyakan kilang yang
digunakkan untuk menggerakkan jentera pengeluaran di samping kepentingan pengunaan
sumber tenaga lain untuk membantu memantapkan kelancaran sektor industri.

Seterusnya, Ciri keadaan lokasi yang sesuai untuk dijadikan kawasan lokasi industri
adalah mengambil kira bentuk muka bumi dan tanah yang sesuai. lokasi industri perlu
bersesuaian dan mematuhi dasar dan garis panduan yang telah ditetapkan di dalam mana-
mana rancangan pemajuan. Keperluan tapak dan lokasi baru juga bergantung kepada
pertimbangan lokasi industri alternative oleh pengusaha. Penyediaan lokasi dengan
kemudahan yang ada tidak semestinya akan memberi jaminan terhadap harga sewa dan
beli tapak yang walaupun kos ini merupakan komponen kos peringkat pertama dalma
pembinaan sesuatu kilang dan kepentingan jangka waktu yang panjang akan berkurangan.
Dalam hal ini syarikat sudah tentu membuat perbezaan harga tapak lokasi yang relatif
murah daripada alokasi industri yang telah lama wujud. Selain itu, lokasi kawasan industri
perlu sesuai dari segi perletakan agar mudah sampai supaya kawasan sekitarnya dan
kawasan semulajadi tidak terjejas dan terjamin. Kawasan bentuk muka bumi dan tanah
tersebut mestilah membawa ke impak yang positif kepada industri. Sebagai contoh, bentuk
muka bumi dan tanah yang mempunyai keluasan yang sesuai, tidak seharusnya di kawasan
tanah tinggi dan tidak terlalu sempit untuk mewujudkan kawasan perindustrian. Oleh itu,
keadaan tanah yang baik dan harga tapak yang murah sudah semestinya menjadi
keutamaan untuk kesesuaian lokasi industri.

Akhir sekali, ciri keadaan lokasi mestilah mematuhi polisi kerajaan kerana kerajaan
sudah tentu mengemukakan dasar untuk menentukan kawasan untuk perindustrian. Polisi
yang jelas adalah polisi dari atas-bawah yang diimplementasi oleh kerajaan untuk menjana
perindustrian di kawasan-kawasan tertentu melalui insentif atau subsidi. Dengan polisi
penyelerakan industri, Malaysia telah mengadakan insentif-insentif bagi pengalakkan
pelaburan untuk menarik pelabur luar negara dan tempatan melabur di estet perindustrian
yang disediakan. Jenis insentif yang ditawarkan adalah seperti Tarif Perintis, Elaun Cukai
Pelaburan (ECP), Pengurangan Pendapatan Larasan dan Skim Pembiayaan Semula Kredit
Eksport. Walau bagaimanapun, untuk memperolehi insentif, syarikat industri perlu
melengkapkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Oleh itu, polisi atau dasar
kerajaan mestilah dipatuhi untuk mencari lokasi yang sesuai untuk sektor perindustrian.
SOALAN 2

(i) Teori Lokasi Von Thunen(1826) adalah perintis dalam kumpulan Teori Sewa
Tawaran yang pertama kali muncul pada abad ke-19 di Jerman. Pada masa itu
keadaan ekonomi pada umumnya berbentuk kegiatan pertanian yang dikendalikan
oleh sistem tuan tanah. Raja dan bangsawan adalah tuan tanah yang menyewakan
tanah mereka untuk diuruskan oleh orang-orang yang bekerja sebagai petani
menggunakan ahli keluarga sebagai buruh tani. Sewa dibayar untuk hasil pertanian,
yang ditentukan oleh tuan tanah. Sedangkan hasil yang diterima oleh petani dapat
dijual atau digunakan untuk keperluan mereka sendiri. Ini bermaksud bahawa sistem
perdagangan pada waktu itu sudah ada walaupun masih dijalankan secara
tradisional.
Teori Von Thünen (1826) pertimbangkan empat jenis aktiviti ekonomi dan
pertanian yang dikategorikan berdasarkan hasil keuntungan ekonomi per unit
kawasan dan mudah rosak atau kesukaran menghantar produk ke pasaran. Andaian
teori ini adalah lanskap mesti homogenus iaitu pembajaan dan perolehan air mesti
sama rata dan sistem yang bersendirian (isolation of the system) iaitu tidak ada
hubungan dagangan dengan negeri luar. Antara andaian teori ini juga ialah terdapat
kawasan yang merupakan komoditi pertanian (isolated stated), Kawasan bandar
hanya menjual lebihan pengeluaran di kawasan pedalaman (single market), kawasan
luar bandar hanya menjual lebihan pengeluaran ke kawasan bandar, bukan ke
wilayah lain (single destination) dan kawasan luar bandar atau bandar mempunyai
ciri yang sama (homogen) dengan keadaan geografi bandar itu sendiri.
Von Thünen mengemukakan tiga faktor yang boleh memberi kesan terhadap
pengagihan spatial jenis pertanian. Antaranya ialah produk mudah rosak ditanam
berdekatan dengan pasar, produk dengan produktiviti ekonomi yang tinggi bagi per
kawasan akan ditanam berdekatan dengan pasar dan produk yang sukar diangkut
juga dibuat berdekatan dengan pasar.Pendekatan Teori Lokasi Von Thünen (1826)
diambil kira berdasarkan pusat bandar dan kawasan sekitarnya secara global. Teori
ini juga dapat memaksimumkan efisiensi dan meminimumkan kos secara
keseluruhan. Perancang Luar Bandar yang menggunakan teori ini akan
memaksimumkan efisiensi melalui penzonan tanah atau turutan pemusatan yang
lain.
MODEL PENGGUNAAN TANAH TEORI VON THUNEN

P= Pasar
1) Yang paling dekat dengan bandar / pasar, menanam tanaman yang mudah rosak
(highly perishable) seperti sayuran dan kentang (free cash cropping).
2) Zon hutan dengan hasil kayu (foresting)
3) Zon yang menghasilkan biji seperti gandum, dengan hasil yang agak lama dan kos
pengangkutan yang murah.
4) Zon tanah dan rumput yang subur, menekankan produk perahan seperti susu, mentega
dan keju.
5) Zon untuk pertanian yang pelbagai, dua hingga tiga jenis tanaman.
6) Zon tanah yang paling jauh dari pusat, digunakan untuk penternakan seperti lembu.

Andaian Teori Von Thunen ini telah dilihat dan diaplikasi di Malaysia. Sebagai contoh
di kawasan pulau Sebatik di Tawau, Sabah. Keadaan sedia ada ini telah dapat dilihat
memenuhi andaian Teori Von Thunen. Hal ini kerana andaian Von Thunen ini ialah
terdapat kawasan terpencil yang terdiri daripada kawasan bandar dengan kawasan luar
bandar dan satu-satunya kawasan yang menyediakan keperluan asas yang merupakan
komoditi pertanian. Pulau Sebatik adalah kawasan terpencil sementara potensi sumber
semula jadi di Pulau Sebatik dapat memenuhi daerahnya dan daerah lain. Oleh kerana
kemudahsampaian ke bandar di Kalimantan sukar, maka potensinya tepat untuk
memenuhi keperluan negara jiran. Selain itu, kawasan bandar merupakan kawasan
pengeluaran berlebihan di kawasan luar bandar dan tidak menerima penjualan hasil
pertanian dari wilayah lain. Pulau Sebatik tidak menerima penjualan pertanian dari
daerah lain, tetapi Pulau Sebatik hanya menerima penjualan barang yang diproses dan
menjual hasil pertaniannya ke kawasan bandar iaitu di bandar Tawau, Sabah. Oleh itu,
Pengaplikasian Andaian Von Thunen ke atas Pulau Sebatik di Tawau, Sabah adalah
jelas.

ii) Ekstensifikasi pertanian adalah pemprosesan tanah pertanian yang ada sebaik
mungkin untuk meningkatkan hasil pertanian dengan menggunakan pelbagai cara.
Ekstensifikasi pertanian itu sendiri dapat dilakukan oleh petani dan berdasarkan program
yang dibuat oleh kerajaan. Secara amnya, pengembangan tanah pertanian dilakukan secara
bebas, dilakukan secara berterusan, dan mendapat pengawasan secara keseluruhan dari
pemerintah. Langkah yang tepat untuk memenuhi permintaan makanan yang tinggi juga
banyak jenisnya, bergantung pada tanah yang digunakan. Antaranya ialah pembukaan
hutan baru, pembukaan lahan kering, hingga pengembangan lahan pertanian melalui
pembukaan lahan gabut.

Ekstensifikasi dalam pertanian juga adalah proses penurunan penggunaan modal


dan input seperti baja, racun perosak, mesin berbanding kawasan tanah. Akibat penurunan
input per area tanah, tekanan terhadap lingkungan dapat berkurang. Penurunan racun
perosak yang digunakan, misalnya, menurunkan risiko sisa racun perosak di permukaan
dan air tanah. Namun, kesan sebenarnya dari penurunan penggunaan input pada
lingkungan tidak hanya bergantung pada jumlah input yang digunakan tetapi juga pada cara
penerapannya. Oleh itu, ekstensifikasi tidak semestinya membawa kepada keadaan yang
lebih bermanfaat dari persekitaran.

Intensifikasi pertanian adalah satu usaha untuk meningkatkan produktiviti pertanian.


Intensifikasi pertanian itu sendiri adalah salah satu usaha untuk meningkatkan hasil
pertanian dengan mengoptimumkan tanah pertanian yang ada. Penggiatan pertanian
dilakukan melalui program Panca Usaha Tani, yang kemudian diikuti dengan program Sapta
Usaha Tani. Panca Usaha Tani ialah meliputi aspek penanaman yang baik, pengairan,
pemilihan biji unggul, pembajaan, pembasmian penyakit perosak dan tumbuhan. Usaha
untuk meningkatkan produktiviti pertanian biasanya digunakan sebagai penyelesaian untuk
menyempitkan tanah pertanian.

Intensifikasi meningkatkan tekanan pada lingkungan, karena peningkatan


penggunaan input. Ianya juga mengoptimumkan tanah pertanian juga dapat menjadikan
produktiviti lebih optimum.pertanian adalah proses meningkatkan penggunaan modal dan
tenaga kerja seperti baja, racun perosak dan mesin relatif terhadap luas tanah, untuk
meningkatkan pengeluaran pertanian per hektar.

Penggunaan baja dan racun perosak yang lebih tinggi, misalnya, meningkatkan
risiko nutrien dan racun perosak mengalir ke permukaan dan air tanah. Walau
bagaimanapun, kesan sebenar penggunaan input terhadap alam sekitar tidak hanya
bergantung pada jumlah input yang digunakan tetapi juga pada cara penggunaannya. Oleh
itu intensifikasi tidak semestinya membawa kepada kemerosotan persekitaran.

SOALAN 3
i) Kesatuan Eropah

Kesatuan Eropah merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh


kebanyakan negara di Eropah. Pertubuhan pendahulunya, "Komuniti Ekonomi
Eropah" diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Perjanjian Mastricht pada
tahun 1992 melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan ini, terutamanya dalam
hal ehwal kewangan dan politik dan juga pengenalan nama "Kesatuan Eropah".
Pada hari ini, EU mempunyai 27 negara ahli dan beberapa negara lagi yang sedang
memohon untuk memasukinya dan 1 negera telah keluar dari persatuan itu.
Kelebihan yang ada pada Kesatuan Eropah ialah EU adalah salah satu kawasan
ekonomi terkuat di dunia. Dengan 500 juta orang, ia mempunyai 7.3% populasi dunia
tetapi menyumbang 23% daripada KDNK global nominal. Selain iu, Perdagangan
bebas dan penghapusan halangan bukan tarif telah membantu mengurangkan kos
dan harga bagi pengguna. Kestabilan politik dan integrasi yang lebih besar antara
negara-negara Eropah. Tekanan untuk menjaga norma demokratik.
Kesatuan Eropah juga menyebabkan peningkatan dalam perdagangan. Hal
ini akan membawa kepada kelebihan seperti harga yang lebih rendah untuk
pengguna dan lebih banyak eksport untuk industri dengan kelebihan perbandingan.
Persaingan meningkat juga kelebihan yang ada pada Kesatuan Eropah di mana
peningkatan pelaburan masuk Ini disebabkan oleh kestabilan ekonomi yang lebih
besar, Kos perdagangan yang lebih rendah dan penyelarasan yang lebih besar dan
manfaat ini termasuk pengganda wilayah yang positif dan bantuan teknikal yang
lebih besar. Kelebihan Kesatuan Eropah juga dapat dilihat pada Dasar Sosial dan
subsidi. Negara-negara baru akan mendapat keuntungan dari Wilayah, Sosial dan
CAP kerana mereka cenderung lebih miskin. Kurangkan jurang pendapatan.
Keanggotaan EU akan membantu ekonomi timur untuk 'mengejar' rakan-rakan barat.
Pergerakan bebas pekerja membolehkan pekerja di timur melakukan perjalanan ke
barat dan memperoleh pendapatan lebih tinggi yang kemudian dapat dilaburkan
semula dalam perniagaan di timur.
Kelemahan yang terdapat di dalam Kesatuan Eropah ialah kos keahlian yang tinggi.
Hal ini dikatan demikian kerana menjadi ahli EU tidak begitu mudah. Dikatakan
bahawa kos per kepala bervariasi antara £ 300 dan £ 873, yang menjelaskan
mengapa perbelanjaan pemerintah UK mencapai nilai bersih £ 6,883 mil, tidak
termasuk biaya peraturan. Walaupun dengan banyak faedahnya, Negara Anggota,
dan mereka yang merancang untuk menjadi ahli, harus mempertimbangkan dengan
serius apakah kosnya berbaloi. Selain itu, masalah dengan mata wang Tunggal.
Walaupun EU tidak menghendaki semua anggotanya menukar ke Euro, mereka
memberi penekanan dan menekankan penggunaan Mata Wang Tunggal.
Malangnya, Euro menimbulkan masalah di seluruh EU, termasuk kadar
pengangguran yang tinggi, pertumbuhan ekonomi yang perlahan, dan kadar faedah
yang tidak sesuai di kawasan zon Euro. Jelas bahawa Inggeris membuat keputusan
yang tepat dengan tetap berada di luar Euro, kerana mereka dapat menikmati dasar
monetari bebas dan tidak diwajibkan untuk berjimat cermat.

ii) Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)

Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ataupun dikenali sebagai NAFTA


merupakan perjanjian perdagangan bebas di Amerika Utara dengan mempunyai tiga
negara iaitu Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico. Sebelum perjanjian ini, Kanada
dan Amerika Syarikat melakukan kerjasama yang rapat dalam pelbagai aspek
dengan membuat Perjanjian Perdagangan Bebas Kanada-Amerika Syarikat
(CUFTA) pada 2 Januari 1988 untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi. Pada
tahun 1994, Mexico turut serta dalam perjanjian ini dan menjadikannya Perjanjian
Perdagangan Bebas Amerika Utara untuk meluaskan lingkungan perdagangan
bebas.

Kelebihan yang terdapat pada Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara


atau NAFTA adalah merangsang pertumbuhan ekonomi. Walaupun sekatan terhad
seperti tarif digunakan, semua negara yang terlibat cenderung untuk merealisasikan
pertumbuhan ekonomi yang lebih besar. Sebagai contoh, Pejabat Wakil
Perdagangan Amerika Syarikat menganggarkan bahawa menjadi seorang
penandatangan NAFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara) meningkat
pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat ‘sebanyak 5% setiap tahun.
Selain itu, Ianya juga membantu pengguna. Hal ini kerana sekatan
perdagangan seperti tarif dan kuota dilaksanakan untuk melindungi perniagaan dan
industri tempatan. Apabila sekatan perdagangan adalah dikeluarkan, pengguna lebih
cenderung untuk melihat harga yang lebih rendah kerana lebih banyak produk yang
diimport dari negara yang mempunyai kos buruh yang lebih rendah boleh diperolehi
di peringkat tempatan.

Kelebihan NAFTA yang seterusnya ialah meningkatkan pelaburan asing.


Apabila tidak berhadapan dengan sekatan perdagangan, pelabur asing cenderung
untuk mencurahkan wang ke dalam perniagaan tempatan membantu mereka
berkembang dan bersaing. Selain itu, banyak negara membangun dan yang terpencil
mendapat manfaat daripada kemasukan wang daripada pelabur AS. Peningkatan
pelaburan asing ini juga menyebabkan pengurangan perbelanjaan kerajaan.
Kerajaan sering memberi subsidi industri tempatan, seperti pertanian, kehilangan
pendapatan mereka kerana kuota eksport. Apabila kuota ditarik balik, hasil cukai
kerajaan boleh digunakan untuk tujuan lain.

Walau bagaimanapun, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara atau


NAFTA juga mempunyai kekurangan. Antaranya ialah menyebabkan kehilangan
pekerjaan melalui penyumberan luar. Tarif cenderung untuk mengelakkan
penyumberan luar pekerjaan dengan mengekalkan harga produk pada tahap yang
kompetitif. Percuma tarif, produk yang diimport dari negara-negara asing dengan gaji
yang lebih rendah kos ditolak. Walaupun ini mungkin kelihatan baik untuk pengguna,
ia menjadikan ia sukar bagi syarikat-syarikat tempatan untuk bersaing, memaksa
mereka untuk mengurangkan tenaga kerja mereka. Sesungguhnya, salah satu
bantahan utama kepada NAFTA ialah ia disalurkan pekerjaan Amerika ke Mexico.

Di samping itu, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara atau NAFTA ini
menggalakkan kecurian harta intelek. Banyak kerajaan asing, terutamanya di
negara-negara membangun, sering gagal untuk mengambil hak-hak harta intelek
serius. Tanpa perlindungan undang-undang paten , syarikat sering mempunyai
inovasi dan teknologi baru dicuri, memaksa mereka untuk bersaing dengan produk
palsu dalam negara buatan yang lebih murah.

Akhir sekali, Perjanjian NAFTA ini juga boleh membahayakan alam sekitar.
Hal ini dikatakan demikian kerana negara-negara sedang pesat membangun
mempunyai sedikit, jika ada undang-undang perlindungan alam sekitar. Kerana
banyak peluang perdagangan bebas melibatkan mengeksport sumber semula jadi
seperti kayu atau besi bijih, jelas memotong hutan dan perlombongan jalur un-
ditambak sering menghapuskan persekitaran tempatan.

iii) Kesatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)


Kesatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN ialah
sebuah pertubuhan antara kerajaan serantau yang terdiri daripada sepuluh negara di
Asia Tenggara, yang menggalakkan kerjasama antara kerajaan dan memudahkan
integrasi ekonomi, politik, keamanan, ketenteraan, pendidikan, dan sosial budaya di
antara anggotanya dan negara-negara lain di Asia.ASEAN juga sering melibatkan
negara lain di rantau Asia-Pasifik dan seterusnya. Rakan kongsi utama Pertubuhan
Kerjasma Shanghai, ASEAN mengekalkan rangkaian perikatan global dan dialog
rakan kongsi dan dianggap oleh ramai sebagai kuasa besar global, kesatuan pusat
untuk kerjasama di Asia Pasifik, dan sebuah pertubuhan yang terkenal dan
berpengaruh. Ia terlibat dalam banyak urusan antarabangsa, dan mengadakan misi
diplomatik di seluruh dunia.
Kelebihan yang terdapat pada ASEAN adalah terdapat bantuan integrasi
ASEAN. Hal ini menyebabkan pembeli berpeluang untuk membeli barang atau
perkhidmatan yang lebih murah di rantau ini dengan mudah menjadi lebih mudah
untuk diakses di wilayah ini. Menjadi lebih mudah untuk melakukan perjalanan di
ASEAN kerana harganya lebih murah, bebas visa, dan yang penting hanya
memerlukan beberapa jam. Memimpin lebih banyak peluang pekerjaan di seluruh
ASEAN lebih banyak pelaburan asing di negara kita, dan bagi pemilik perniagaan
lebih banyak pelanggan berpotensi untuk menjual produk mereka. Peluang untuk
mendapatkan lebih banyak pekerjaan di dalam negara, ekonomi ASEAN akan
bermakna lebih banyak peluang pekerjaan tidak hanya di negara kita tetapi di
seluruh rantau ASEAN. Peluang bekerja di mana-mana negara di rantau ini.
Mempunyai pekerjaan sambil dapat melibatkan diri dengan negara dan budaya yang
berbeza adalah perkara yang mesti kita impikan sebelum ini.
Sebaliknya, terdapat juga kelemahan ASEAN. Integrasi ASEAN
menyebabkan pasaran dibanjiri oleh produk yang lebih murah. Contoh produk
pertanian seperti gula dan beras lebih murah di tempat seperti Kemboja dan India.
Orang Filipina akhirnya akan membeli produk import yang lebih murah daripada
produk yang lebih mahal dari tempatan. Sebagai pengguna, kami lebih suka membeli
yang lebih murah daripada produk yang lebih mahal. Situasi yang sama seperti kita
lebih memilih produk negara lain daripada produk tempatan kita. Sektor Pertanian
Thailand berdampak negatif oleh penurunan tarif kerana lebih banyak barang
pertanian yang diimport. Ia mempunyai keadaan yang serupa di negara kita yang
memberikan keburukan kepada Komuniti Ekonomi ASEAN.

Anda mungkin juga menyukai