Anda di halaman 1dari 5

Faktor-faktor tercetusnya Perang Tiga Segi (Johor-Acheh-Portugis)

Pendahuluan

• Iskandar Muda juga digelar Iskandar Agung dari Tanah Acheh. Di bawah kepemimpinannya
selama lebih kurang selama 30 tahun, Acheh benar-benar berada di era kegemilangan sejarah.
Acheh memiliki undang-undang dasar negara yang teratur dan kuat yang dikenali dengan
nama Qanun Meukuta Alam.

• Sumber-sumber Aceh seperti Bustanul Salatin, memberikan pujian-pujian sifat Sultan ini.
Antara lain menyebutkan: “Ialah yang Johan pahlawan lagi perkasa, dan kebijaksanan pada
segala barang perkataannya, dan pada segala kelakuannya, dan telah elok sikapnya".
Sebaliknya sumber-sumber Barat seperti laporan perjalanan Augustin de Beaulieu yang
datang ke Aceh pada tahun 1621 menyebutkan sifat-sifat kekejaman Sultan Iskandar Muda.

• Para penulis sejarah Inggeris dan Belanda mengejek Iskandar Muda sebagai seorang Raja
Imperialis kerana baginda berjaya memperluaskan kekuasaan wilayah Acheh dengan
menakluki pelbagai wilayah di Tanah Melayu.

• Iskandar Muda juga digelar Iskandar Agung dari Tanah Acheh. Di bawah kepemimpinannya
selama lebih kurang selama 30 tahun, Acheh benar-benar berada di era kegemilangan sejarah.
Acheh memiliki undang-undang dasar negara yang teratur dan kuat yang dikenali dengan
nama Qanun Meukuta Alam.

• Sumber-sumber Aceh seperti Bustanul Salatin, memberikan pujian-pujian sifat Sultan ini.
Antara lain menyebutkan: “Ialah yang Johan pahlawan lagi perkasa, dan kebijaksanan pada
segala barang perkataannya, dan pada segala kelakuannya, dan telah elok sikapnya".
Sebaliknya sumber-sumber Barat seperti laporan perjalanan Augustin de Beaulieu yang
datang ke Aceh pada tahun 1621 menyebutkan sifat-sifat kekejaman Sultan Iskandar Muda.

• Para penulis sejarah Inggeris dan Belanda mengejek Iskandar Muda sebagai seorang Raja
Imperialis kerana baginda berjaya memperluaskan kekuasaan wilayah Acheh dengan
menakluki pelbagai wilayah di Tanah Melayu.
PERANG TIGA SEGI

• Pada awalnya, Portugis memulakan beberapa serangan ke atas Acheh atas faktor kemajuan
pelabuhan Acheh. Namun, Portugis gagal. Acheh berjaya menghalau Portugis di kawasan
yang dikenali sebagai Pedir.

• Pada tahun 1537, di bawah pemerintahan Iskandar Muda, dasar peluasan kuasa yang agresif
oleh Acheh merupakan ancaman bagi Portugis kerana Portugis masih mempunyai dendam
lama terhadap Acheh. Serangan terhadap Portugis berlanjutan sekian lamanya.

• Dalam masa yang sama, Acheh turut bermusuhan dengan Kerajaan Melayu yang lain seperti
Johor, Perak dan Siak.

• Menurut Rahiman Abd. Aziz (1997), Perang Tiga Segi bermula apabila Portugis berjaya
menguasai Melaka dan kawasan perairan Selat Melaka pada tahun 1511. Perang Tiga Segi
telah melibatkan tiga kuasa besar yang utama pada ketika itu iaitu Portugis (Melaka), Johor
dan Acheh. Kemudian Belanda campur tangan di dalam peperangan ini dengan membantu
kerajaan Johor.

Faktor-Faktor

1) Ekonomi:

- Faktor yang paling dominan yang mencetuskan peperangan ini ialah faktor ekonomi.
Sebelum bertapaknya Portugis di Melaka, Melaka merupakan salah sebuah empayar
perdagangan yang sangat berpengaruh di Nusantara. Sejarahnya bermula apabila Sultan
Melaka yang kedua iaitu Mahkota Iskandar Syah telah memeluk agama Islam pada tahun
1414.
- Keputusan baginda itu telah membawa kebaikan kepada Melaka. Berikutan dengan itu,
semakin ramai pedagang Islam datang dari Tanah Arab, Parsi dan India berdagang ke
Melaka. Pedagang bukan Islam, terutamanya dari China, Jawa dan kawasan lain di Asia
Tenggara juga semakin ramai datang ke Melaka membawa barang dagangan mereka.
Mereka mendapati Melaka adalah sebuah bandar pelabuhan yang baik untuk berdagang.
- Kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan yang sangat penting telah menyebabkan
Portugis berniat untuk menakluk Melaka. Mereka memerlukan pelabuhan Melaka untuk
mengawal perniagaan rempah di Maluku.
- Niat mereka itu tercapai pada tahun 1511 setelah Melaka kalah dalam pertarungan yang
tidak seimbang kerana Portugis pada masa itu mempunyai alat atau senjata perang yang
lebih canggih daripada askar Melaka. Berikutan kemenangan Portugis itu, maka
bermulalah era keganasan di Melaka.
- Orang Portugis telah melakukan keganasan dan pembunuhan yang kejam terhadap orang
Melaka, sama ada lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak, terutamanya yang beragama
Islam. Mereka juga telah merampas banyak harta khazanah di Melaka khususnya yang
terdapat dalam istana Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud serta rumah pembesar-
pembesar.
- Semasa Portugis menakluk Melaka, kerajaan Acheh sedang berkembang di bawah
pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah. Apabila Portugis menakluk Melaka, pedagang-
pedagang Islam yang dahulunya berkunjung ke Melaka mula menumpukan kegiatan
mereka di Acheh. Hal ini demikian kerana keadaan di Melaka pada masa itu tidak lagi
tenang dan aman disebabkan layanan buruk Portugis terhadap pedagang Islam. Acheh
pula pada masa itu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan pedagang Islam serta
mengenakan cukai pelabuhan yang rendah dan tidak membebankan para pedagang. Hal
ini sekaligus menjadikan Acheh sebagai tumpuan ekonomi yang baru dan bukan lagi
Melaka.
- Kemajuan perdagangan di Acheh dan kemerosotan perdagangan di Melaka tidak
menyenangkan Portugis. Oleh itu, Portugis telah mengambil keputusan untuk menyerang
Acheh. Pada tahun 1521, Portugis telah melancarkan serangan terhadap Acheh tetapi
gagal dan pada tahun 1524, pasukan Acheh menghalau Portugis dari Pedir. Semenjak itu,
beberapa siri pertempuran telah berlaku di antara Portugis dan Acheh.
- Oleh itu, Portugis sedaya-upaya ingin menarik saudagar-saudagar ini ke Melaka,
sementara Johor pula enggan membenarkannya. Tetapi kedudukan Johor yang mengawal
jalan masuk ke Selat Melaka dari Selatan, membolehkannya mengatur strategi supaya
pedagang-pedagang China dan Jawa datang ke Johor dengan lebih berkesan. Taktik yang
digunakan ialah dengan menenggelamkan kapal di Selat Singapura yang sempit dan
sekaligus menutup jalan untuk ke Utara Selat Melaka. Keadaan ini menyebabkan Portugis
menyerang Johor.
- Oleh itu, keinginan untuk memajukan dan menjaga perkembangan ekonomi di negeri
masing-masing menyebabkan ketiga-tiga kuasa ini saling jatuh-menjatuhkan.
Walaubagaimanapun, permusuhan Portugis dan Johor ini tidaklah berpanjangan kerana
kedua-dua kerajaan ini masih boleh bekerjasama untuk melawan kuasa Acheh yang
semakin berkembang, tetapi mereka bermusuhan semula apabila kembali lemah.

2) Politik:

- Faktor yang tidak kurang pentingnya dalam mencetuskan Perang Tiga Segi ini ialah faktor
politik. Ketiga-tiga kuasa berlumba-lumba untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh
politik masing-masing tetapi yang paling ketara ialah kerajaan Acheh dan Johor.
- Kerajaan Portugis pula pada masa itu hanya mementingkan perkembangan ekonominya
dan tidak begitu berminat terhadap bidang politik, tetapi Acheh pula berminat terhadap
kedua-duanya iaitu politik dan ekonomi. Pengaruh politik Acheh berkembang semasa
zaman pemerintahan Iskandar Muda Mahkota Alam.
- Tanah-tanah jajahannya meluas di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu. Di Pantai
Barat Sumatera, pengaruh Acheh meluas sampai ke Padang sementara di Pantai Timurnya
pula sampai ke Siak. Di Semenanjung pula, Acheh menakluk Kedah, Perak dan Pahang.
- Sementara itu, kerajaan Johor yang baru berkembang pula turut berusaha untuk
mengembangkan pengaruh politiknya. Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis,
Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah telah mengundurkan diri dan
berlindung di Bentan dan mangkat di Kampar. Putera baginda iaitu Raja Ali telah
menggantikan baginda dan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah II. Sultan
Alauddin Riayat Syah II telah mengasaskan Johor pada tahun 1528.
- Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah II, kerajaan Johor telah beberapa kali
melancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka. Tujuannya adalah untuk
mengembalikan takhta Kesultanan Melaka daripada Portugis, namun tidak berjaya.
Tindakan baginda ini menyebabkan Portugis menyerang Johor pada tahun 1535 dan 1536.
Oleh itu, Sultan Alauddin terpaksa melarikan diri ke Muar untuk membina kekuatannya
semula.
- Selain itu, untuk mengukuhkan kuasa politiknya, Sultan Alauddin Riayat Syah II juga telah
menjalankan pakatan dengan negeri yang bermusuh dengan Acheh kerana pada masa itu,
Acheh juga merupakan salah satu kerajaan yang menjadi ancaman kepada Johor.
- Antara negeri yang menjadi naungan Johor ialah Aru. Aru terletak di bahagian Selatan
Acheh. Sebagai satu strategi politik, Sultan Alauddin Riayat Syah II telah berkahwin dengan
Aru untuk menjalinkan persahabatan, ketenteraan dan kuasa politik yang mantap. Dalam
tahun 1539, Acheh telah menyerang Aru. Permaisuri Aru telah melarikan diri dan telah
meminta bantuan Johor. Sebagai tindakbalas terhadap perbuatan Acheh itu, Johor telah
melancarkan serangan dan berjaya mengalahkannya.
- Walaubagaimanapun, selepas itu Johor hanya dapat mempertahankan dirinya daripada
serangan Acheh yang bertubi-tubi. Acheh telah melancarkan serangan terhadap johor
sekitar tahun 1564, 1570, 1582, 1618 dan 1623.
- Dapat dirumuskan bahawa pengaruh politik merupakan antara punca tercetusnya perang
tiga segi ini. Acheh yang ingin memperluaskan wilayah takluknya telah tersilap langkah
apabila melanggar Aru yang merupakan negeri naungan Johor pada masa itu yang
akhirnya mencetuskan peperangan.
- Johor pula pada awalnya menumpukan perhatian penuh terhadap usaha untuk mengusir
Portugis dari Melaka tetapi terpaksa berdepan pula dengan kuasa Acheh yang semakin
berkembang. Manakala Portugis pula tidak begitu berminat untuk memperkukuhkan
bidang politiknya dan hanya bertindak apabila kepentingan ekonominya terjejas.

3) Agama:

- Selain daripada itu, faktor agama turut mendorong lagi Perang Tiga Segi antara Portugis,
Acheh dan Johor. Sebelum pertapakan Portugis di Melaka, orang-orang Portugis memang
sudah mempunyai keinginan untuk menyebarkan agama Kristian. Malah, mereka juga
berhasrat untuk memerangi perkembangan agama Islam.
- Keagungan Melaka yang menjadi pusat penyebaran agama Islam telah mendorong orang-
orang Portugis untuk menaklukinya pada tahun 1511. Selama beberapa abad sebelum ini,
mereka juga telah memerangi orang-orang Islam sama ada dalam negaranya mahupun
sehingga ke Afrika Utara.
- Dengan demikian, orang-orang Portugis melakukan pelayaran mengelilingi Selatan Afrika
sampai ke India, dan terus ke Kepulauan Melayu. Ke mana sahaja mereka pergi, agama
Islam dan penganutnya dilihat oleh orang-orang Portugis sebagai musuh utamanya.
- Di Melaka, Portugis telah bersungguh-sungguh untuk menyebarkan agama Kristian.
Buktinya, selain membina Kota A Famosa, albuquerque juga mengarahkan supaya dibina
sebuah gereja. Kegiatan mubaligh dimulakan dengan bersungguh-sungguh setelah Francis
Xavier tiba di Melaka pada tahun 1550 hingga 1553. Beliau menubuhkan Pusat Mubaligh
Jesuit serta Sekolah St. Paul, menyelenggarakan terjemahan Rukun Sepuluh dan beberapa
doa ke dalam Bahasa Melayu.
- Pihak Portugis memberi layanan buruk dan bertindak kejam terhadap pedagang-
pedagang Islam. Oleh itu, kebanyakan pedagang-pedagang Islam mula mencari tempat
perdagangan baru dan mula berpaling tadah ke Acheh dan bukan lagi di Melaka. Hal ini
sekaligus menjadikan Acheh sebagai pusat ekonomi yang baru. Malah, Acheh turut
menjadi pusat penyebaran agama Islam sehingga dianggap sebagai Pusat Serambi Mekah.
Keadaan ini tidak menyenangkan Portugis dan mula berkeinginan untuk menghapuskan
Kerajaan Acheh. Kebencian Portugis terhadap agama Islam menyebabkan Portugis
melakukan serangan terhadap Acheh. Kebencian orang-orang Portugis ini juga turut
didorong oleh semangat Perang Salib yang berlaku di antara kaum Islam dan Kristian.

KESIMPULAN

- Secara kesimpulannya, Perang Tiga Segi ini merupakan perang yang melibatkan tiga kuasa
besar iaitu kerajaan Johor yang dibantu oleh pihak Belanda, kerajaan Acheh serta Portugis.
Perang Tiga Segi ini berlaku kerana semua pihak mempunyai kepentingan yang tersendiri.
- Kerajaan Johor berusaha merebut kembali Melaka dari tangan Portugis untuk
mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
- Kerajaan Acheh pula merupakan satu kuasa yang baru wujud selepas kejatuhan Melaka.
Kerajaan Acheh berusaha meluaskan pengaruhnya setelah pelabuhannya muncul sebagai
pusat perdagangan yang penting di sekitar Kepulauan Melayu selepas kejatuhan kerajaan
Melaka.
- Bagi pihak Portugis pula, mereka mahu mengekalkan pengguasaan mereka terhadap
Melaka kerana pelabuhan Selat Melaka merupakan pusat ekonomi utama yang
membekalkan sumber rempah ratus kepada pihak Portugis di sekitar Kepulauan Melayu.
- Selain itu, pihak Belanda pula melihat peperangan ini sebagai satu peluang untuk
menghapuskan Portugis yang merupakan pesaing sengit dalam usaha memajukan
perdagangan Belanda di Betawi.
-

Anda mungkin juga menyukai