Anda di halaman 1dari 3

AG21603 Geografi Pelancongan

Mohd Nazmi Bin Matrudin

BA18110371

HA24-Sejarah

1) Huraikan secara ringkas empat asas dalam motivasi perjalanan seseorang pelancong.

a. Asas motivasi perjalanan yang pertama bagi seseorang pelancong adalah motivasi fizikal
atau jasmani. Ianya termasuk meynegarkan tubuh badan dan fikiran, penyertaan sukan,
rekreasi pantai, hiburan santai, membeli-belah, dan motivasi lain yang berkaitan dengan
kesihatan.
b. Selain itu, asas yang kedua merupakan motivasi budaya di mana pelancong mempunyai
keinginan untuk mengetahui budaya di kawasan atau negara lain. Motivasi budaya ini
termasuk keinginan untuk mendalami tentang ngeri, bangsa dan tempat asing. Selain itu,
ianya juga didorong oleh minat terhadap seni, muzik, seni bina, cerita rakyat dan tempat
bersejarah seperti tinggalan, monumen dan rumah ibadat. Tambahan pula, motivasi budaya
ini juga disebabkan oleh acara antarabangsa dan kebangsaan yang tertentu seperti sukan
Olimpik dan Oktoberfest.
c. Asas dalam motivasi seseorang pelancong yang ketiga merupakan motivasi interpersonal
atau peribadi dengan memenuhi keinginan untuk bertemu orang lain, mengunjungi rakan
atau saudara, melepaskan diri daripada persekitaran sosial sendiri sama ada bersama
keluarga atau jiran. Motivasi interpersonal ini juga disebabkan keinginan untuk mencari
pengalaman baru dan yang berlainan dalam persekitaran yang berlainan. Sebagai contoh,
keinginan peribadi untuk pergi melancong dan mengunjungi ke tempat-tempat rohaniah
seperti berziarah ke tanah suci di Makkah.
d. Akhir sekali, asas yang keempat adalah motivasi status dan prestasi.
Keperluan ego dan pembangunan peribadi. Motivasi ini adalah perjalanan yang berkaitan
melanjutkan pelajaran dan mencari ilmu, mencari kontak perniagaan dan cita-cita
profesional, persidangan dan konvensi, dan mengejar hobi. Perjalanan akan meningkatkan
pengiktirafan dan reputasi diri.
2) Andaikan anda merancang untuk berkunjung ke sesebuah destinasi pelancongan di negeri
Sabah (sila nyatakan), berdasarkan 11 motivasi perjalanan di slide 19, huraikan secara
ringkas tiga motivasi anda untuk berkunjung ke destinasi berkenaan.

a. Keperluan untuk melepaskan diri atau berubah

Melancong adalah aktiviti santai menjauhkan diri dari kehidupan biasa, pekerjaan dan
masalah. Motivasi saya untuk pergi melancong sudah tentu untuk melepaskan diri
daripada rutin harian dan mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.
Sebagai contoh, di negeri Sabah terdapat tempat-tempat yang menjadi tarikan
pelancong di Asia mahupun di dunia seperti Pulau Sipadan, Pulau Manukan, Pulau
Mabul, dan Gunung Kinabalu. Keindahan semula jadi yang terdapat pada lokasi
pelancongan ini sudah semestinya membawa perubahan yang positif kepada diri kita
iaitu menyumbang kepada ketenangan mental dan fizikal. Selain itu, fikiran kita juga
lebih terbuka malah ia boleh membuatkan seseorang menjadi lebih optimis, penyabar,
insaf serta membantu kehidupan. Dengan perjalanan ia mengajar kita bagaimana untuk
menjadi sangat bersemangat dalam kehidupan.

b. Pengalaman budaya

Selain itu, motivasi saya untuk melancong adalah untuk mengenali dan merasi budaya
baharu yang terdapat di negeri Sabah. Semasa dalam pelancongan di negeri ini, kita
akan melihat dan berhadapan pelbagai orang dengan pelbagai tingkah laku, cara hidup,
bahasa, kepercayaan, adat resam, bahasa dan sebagainya. Pertukaran antara budaya,
mengalami bagaimana orang lain hidup dan memupuk pemahaman antarabangsa
adalah beberapa sebab untuk memuaskan rasa ingin tahu tentang budaya, gaya hidup
dan tempat lain. Melancong di negeri Sabah dapat membuka mata kita bahawa
pentingnya hidup dalam sebuah komuniti yang berlainan agama dan bangsa. Sebagai
contoh, kita boleh melihat sendiri budaya yang terdapat di negeri Sabah iaitu tarian-
tarian seperti Tarian Sumazau, Tarian igal-igal dan Tarian Magunatip, menikmati
makanan tradisional masyarakat Sabah seperti Tuhau, Busou, Penjeram dan lain-lain
lagi, serta dapat melihat rumah-rumah tradisional iaitu yang terdapat di Kampung
Warisan, Muzium Negeri Sabah.
c. Nilai peribadi
Pengertian nilai peribadi adalah motivasi perjalanan yang penting ketika hendak
melancong. Banyak orang digesa melakukan perjalanan untuk memenuhi nilai-nilai
peribadi dan ketika mencari pengalaman kerohanian, patriotisme dan kesejahteraan.
Negeri Sabah adalah tujuan yang sesuai untuk memenuhi nilai-nilai peribadi iaitu dalam
mencari pengalaman tentang kesejahteraan. Masyarakat di Sabah dikatakan lebih
harmoni berbanding di negeri-negeri Semenanjung kerana semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat adalah tinggi walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya. Selain
itu, pertembungan budaya di antara masyarakat yang berlainan bangsa dana gama di
sini dilihat lebih ke arah positif. Hal ini menyebabkan Sabah merupakan negeri yang
patut dikunjungi. Sebagai contoh, kita dapat merasakan keharmonian masyarakat di sini
dengan mengunjungi kawasan yang menjadi tarikan pelancong dan masyarakat tempat
seperti di daerah Semporna terdapat Pesta Regatta Lepa Bajau Laut yang boleh kita
kunjungi, di daerah Kota Belud yang terkenal sebagai “Cowboy Town” di mana kita boleh
memperoleh pengalaman menunggang kuda dan Pesta Perayaan Kaamatan yang sudah
pastinya menjadi tumpuan setiap tahun oleh masyarakat di negeri sabah dengan adanya
pertandingan Ratu Cantik yang lebih dikenali sebagai Unduk Ngadau.

Anda mungkin juga menyukai