Anda di halaman 1dari 2

Kedaulatan Pulau Spratly Milik Siapa?

Isu Kepulauan Spratly bergema lagi. Seperti biasa, China menggunakan tenteranya untuk mengurus konflik penuntutan Kepulauan Spratly. Filipina pula sudah bersiap sedia untuk menghantar askarnya berlatih bersama Amerika Syarikat. Pulau ini di tuntut oleh banyak negara antaranya oleh Malaysia, Brunei, Vietnam, Filipina, Taiwan, dan China. Pulau tersebut terletak di kawasan 500 batu persegi dengan jumlah keluasan di anggarkan 10 kilometer persegi. Pulau ini penting kerana menjadi laluan kapal-kapal pedagang yang menghubungkan dengan pelabuhan utama di Asia Pasifik. Pulau ini juga amat penting dari aspek kedudukan strategi dan geopolitik kerana terletak di tengah-tengah kedudukan negara-negara Asia Tenggara.

Kepulauan ini pernah di kuasai oleh Jepun yang terlibat secara aktif dalam proses pengeluran guano. Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Jepun telah berundur dan kekosongan kuasa berlaku di pulau ini. Perjanjian antara kuasa-kuasa Berikat dengan Jepun di San Francisco pada September 1951 telah menyebabkan Jepun melepaskan segala hak tuntutan ke atas Kepulauan Spratly tetapi tidak menyatakan secara khusus pihak manakah yang akan mengambil alih kedaulatan kepulauan itu. Dengan itu, muncul kerajaan China dan Perancis [yang menduduki Vietnam ketika itu] menuntut Kepulauan Spratly. Kemudiannya, Taiwan ikut turut menuntut Kepulauan Spratly.

Asas yang di gunakan oleh negara-negara ini untuk menuntut Kepulauan Spratly adalah berasaskan dua perkara iaitu: (A) Berasaskan faktor sejarah dan (B) Berasaskan undang-undang laut antarabangsa. China, Vietnam, dan Taiwan membuat tuntutan kedaulatan dengan menggunakan faktor sejarah kerana suatu ketika dahulu kepulauan ini pernah di letakan di bawah kekuasaan mereka. Filipina dan Malaysia pula menggunakan hujah berasaskan pengiktirafan antarabangsa terhadap prinsip perluasan wilayah tuntutan pantai ke dalam countrys contimental shelf, sebagaimana yang terkandung dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (Law of the Sea) pada tahun 1982. Brunei pula menuntut kedaulatan pulau ini berdasarkan hujah zon perikanan.

Terdapat tiga tahap dalam usaha kerajaan China cuba untuk menguasai pulau ini. Tahap 1: Melibatkan tindakan China menuntut hak ke atas Kepulauan Paracel yang terletak di bahagian utara Kepulauan Spratly pada tahun 1950-an. Tahap 2: Pada tahun 1974, China telah menguasai Kepulauan Paracel daripada Vietnam. Tahap 3: Pada 14 Mac 1988, tentera China telah bertempur dengan pasukan tentera Vietnam dan Vietnam telah kalah teruk. Terdapat tiga sebab utama yang menyebabkan banyak negara mahukan kepulauan ini. Sebab (1) Kepentingan kelautan Pemilikan hak ke atas Kepulauan Spratly dan kawasan perairan sekitarnya adalah penting sebagai jalan laut utama merentasi Laut China Selatan. Sebab (2) Ekonomi Pelantar laut yang di percayai memiliki sumber minyak dan gas. Sebab (3) Keselamatan Dapat di gunakan sebagai benteng pertahanan jika di serang oleh manamana pihak dan juga boleh di gunakan untuk tujuan pemerhatian.

Oleh sebab China telah banyak kali menggunakan kaedah ketenteraan untuk cuba menguasai Kepulauan Spratly, maka China telah menguasai tujuh buah pulau, Vietnam pula dua puluh, Filipina lapan, Malaysia dua, Taiwan dua dan Brunei masih belum menguasai mana-mana pulau.

Rujukan: Pertikaian Tuntutan Kepulauan Spratly oleh Mohd. Samsudin. Label: Politik Global, Pulau Spratly No comments: Post a Comment Newer PostOlder PostHome Subscribe to: Post Comments (Atom)

Anda mungkin juga menyukai