Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 3 : ULASAN KRITIS

TUNTUTAN BERTINDIH SEMPADAN MARITIM NEGARA

Artikel yang dipilih bagi ulasan kritis ini bertajuk “Tuntutan bertindih sempadan maritim
negara” yang ditulis oleh Lt Kol (B) Ab Aziz Ahmad. Artikel ini telah diterbitkan oleh Berita
Tentera Darat Malaysia pada Mei 2005.

Artikel ini menerangkan mengenai tuntutan bertindih sempadan maritim yang


dihadapi oleh Malaysia dengan negara-negara lain di Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan
Selat Melaka. Antara negara-negara yang terlibat adalah Brunei, Indonesia dan Filipina.
Malaysia banyak terlibat dengan tuntutan bertindih sempadan maritim negara kerana
banyak berkongsi sempadan darat dan laut dengan negara lain. Sebagai contoh, Malaysia
berkongsi sempadan darat dengan Thailand dan Brunei manakala berkongsi sempadan laut
dengan Singapura serta Filipina.

Berdasarkan artikel ini dapat saya ringkaskan bahawa kawasan sempadan maritim
yang terlibat dalam tuntutan bertindih ini antaranya adalah Kepulauan Spratly. Kepulauan
Spratly terletak di Laut China Selatan dan ia telah dituntut oleh Brunei, Filipina, China,
Taiwan dan juga Vietnam. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh negara-negara tersebut
bagi membuat tuntutan keatas Kepulauan Spratly. Contohnya, negara China telah
menggunakan kaedah penemuan sejarah pulau-pulau di Laut China Selatan bagi
mengukuhkan lagi tuntutannya terhadap Kepulauan Spratly. Negara China juga turut
menyatakan bahawa pulau-pulau tersebut merupakan tempat persinggahan bagi armada
China yang belayar ke Asia Tenggara dan Lautan Hindi bermula dari tahun 1405 hingga
1433. Pengisytiharan penguasaan ke atas Kepulauan Spratly berterusan di antara negara
China, Vietnam , Taiwan, Jepun, Filipina, Brunei dan juga Malaysia.

Vietnam telah mengisytiharkan penguasaan ke atas Kepulaun Spratly berdasarkan


atas dasar pewarisan dari Kerajaan Perancis. Vietnam telah meningkatkan kehadiran
tenteranya dan menduduki beberapa buah walaupun tidak mendapat pengiktirafan daripada
kerajaan Perancis. Malaysia pula mengisytiharkan Peta Baru dan sekali gus menuntut
beberapa pulau dalam Kepulauan Spratly. Pendudukan tentera Vietnam telah menimbulkan
pertempuran dengan tentera China dan menyebabkan tentera Vietnam kalah. Setelah
Vietnam mengalami kekalahan, China telah menuntut keseluruhan Kepulauan Spratly.

Seterusnya, Pulau Layang-Layang telah dituntut secara rasmi oleh Malaysia pada
tahun 1979 dengan mengisytihrakan Peta Baru. Pasukan tentera Malaysia telah
ditempatkan di Pulau Layang-Layang pada tahun 1983. Pulau Layang-Layang telah
dibangunkan dengan pesat sebagai tempat pelancongan, pusat kajian perikanan, kawasan
perlindungan burung serta mempunyai landasan kapal terbang. Selain itu, Pulau Sipadan
dan Pulau Ligitan turut menjadi perebutan antara Indonesia dan juga Malaysia. Namun
begitu, hasil daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah menetapkan
bahawa Malaysia yang berhak ke kedua-dua pulau tersebut.

Pada pandangan saya, buat pertama kalinya negara anggota ASEAN gagal
mencapai kata sepakat. Hal ini demikian kerana tuntutan bertindih bagi gugusan Kepulauan
Spratly ini mewujudkan konflik kerana dituntut oleh empat buah negara ASEAN, iaitu
Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam. Taiwan juga menyertai ASEAN dan menuntut antara
gugusan kepulauan ini. Keseluruhan kepulauan ini dituntut oleh China.

Konflik berlaku apabila China gagal mematuhi Deklarasi Tatacara Pihak Berkenaan
di Laut China Selatan yangditandatangani bersama ASEAN pada tahun 2002. Tindakan
agresif antara China dengan dua anggota ASEAN tersebul berisiko menjadi krisis lebih
besar dalam konflik Kepulauan Spratly. Kemboja pula seolah-olah menyebelahi China yang
mahu diselesaikan secara bilateral. Manakala Malaysia, Filipina, Brunei dan Vietnam
mahukan isu ini dijadikan isu bersama oleh anggota ASEAN. Keadaan ini memberi kesan
kepada kekuatan ASEAN.

Konflik Kepulauan Spratly telah mempengaruhi negara terlibat dalam


meningkatkan perbelanjaan pertahanan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini
kerana peningkatan perbelanjaan pertahanan ini didorong perlumbaan senjata oleh kuasa
besar. Sebagai contoh yang dapat dilihat, pendudukan tentera Vietnam di Kepulauan Spratly
telah menyebabkan tercetusnya ketegangan yang mengakibatkan beberapa pertempuran
dengan China. Perkara ini menyebabkan negara yang terlibat terpaksa menanggung
kerugian bagi peningkatan perbelanjaan pertahanan yang dilaburkan sewaktu pertempuran.

Peningkatan perbelanjaan pertahana ini juga berlaku disebabkan oleh keperluan


yang dikeluarkan oleh Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa yang menyatakan
dan menggariskan penaklukan berterusan dan berkesan sebagai dasar utama pemilikan. Ini
telah menyebabkan beberapa negara telah mula meletakkan pasukan tentera masing-
masing di beberapa pulau yang dituntut.

Seterusnya, Persidangan Undang-Undang Laut di Caracas, Venezuela pada tahun


1974 telah membuat penetapan bahawa Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) meliputi jarak sejauh
320 km (200 batu) dari sempadan pantai yang sah bagi sesebuah negara. Penetapan ini
telahmembawa kepada usaha menetapkan sempadan baru kawasan perairan. Perkara ini
telah menyebabkan berlaku pertindihan tuntutan wilayah maritim. Sebagai contoh, wujud
tuntutan pertindihan kawasan perairan antara Malaysia dengan Indonesia. Tuntutan
bertindih yang melibatkan Pulau Sipadan dan Ligitan ini telah mendapat penyelesaian
melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ).

Namun begitu, sebahagian konflik pertindihan wilayah terpaksa dibawa kepada


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan sama ada satu wilayah yang
dituntut kekal atau terpaksa dilepaskan kepada negara lain. Sebagai contoh, kes tuntutan
Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura membawa kepada penyerahan pulau
berkenaan kepada Singapura atas arahan ICJ berkenaan. Begitu juga, konflik pertindihan
Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dengan Indonesia yang membawa pemilikan
kepada Malaysia. Keputusan yang ditentukan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa ini
terpaksa diterima oleh pihak yang terlibat sama ada pulau tersebut masih kekal menjadi hak
miliknya atau terpaksa dilepaskan.

Kesimpulannya, berdasarkan pertindihan tuntutan ke atas wilayah maritim negara,


setiap negara mesti memainkan peranan dan bekerjasama dalam menyelesaikan konflik
tersebut. konflik ini seharusnya diselesaikan dengan aman dan bukan dengan kekerasan
selaras dengan Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(UNCLOS) pada tahun 1982. Apa yang dinyatakan semasa Konvensyen ini adalah
penetapan sempadan perlu diselesaikan secara damai. Pihak antarabangsa perlu
memantau dan turut menyelesaikan masalah pertindihan tuntutan ini tanpa sikap berat
sebelah seperti kes tuntutan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang dihakimi oleh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa secara adil.

Anda mungkin juga menyukai