Anda di halaman 1dari 1

Toturial 1

Nilaikan keberkesanan usaha-usaha menyelesaikan masalah persempadanan dan isu


pertindihan tuntutan dalam kalangan negara yang terbabit.

Masalah persempadanan dan isu pertindihan tututan dalam negara yang terbabit

1 Pulau Batu Puteh

 Malaysia memasukkan Pulau Batu Puteh dalam sebahagian daripada perairannya


berdasarkan peta Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1979.
 Singapura pula mendakwa Pulau Batu Puteh sebahagian daripada miliknya.
 Kedua-dua negara bersetuju menyelesaikan masalah ini diselesaikan melalui
Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 6 November 2007 di The Hague di
Belanda.
 Malaysia dan singapura melalui melalui menteri luar masing-masing bersetuju
menerima apa-apa keputusan ICJ.
2 Pulau Sipadan dan Ligitan

 Pada 1960 berlaku kontroversi antara Malaysia dan Indonesia mengenai hak
pemilikan ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan.
 Status pulau berbangkit pada 1969 kerana Indonesia membantah cadangan wilayah
pelantar laut Malaysia yang memasukkan kedua-dua pulau tersebut.
 Malaysia menolak dakwaan itu kerana kedua-dua pulau itu ditakdbir olehnya sejak
berpuluh-puluh tahun dan disahkan dalam perairan Malaysia oleh konvensyen AS-
Britain pada 1930.
 Keadaan makin tegang apabila Malaysia mengeluarkan peta baharu dan
memasukkan kedua-dua pulau itu dalam wilayahnya.
 Tun Hussein Onn dan Soeharto membuat rundingan tetapi tidak berjaya dan
akhirnya dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICI) di Belanda pada 2
November 1998.
 Masing-masing membawa bukti yang kukuh untuk mempertahankan hak wilayah dan
kedaulatan bagi menentukan sama ada kedua-dua buah pulau itu milik
Malaysia atau Indonesia.
3 Pulau Layang-layang

 Pulau Layang-Layang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Spratly.


 Kepulauan ini dibatasi oleh wilayah perairan dari beberapa negara iaitu China,
Filipina, Vietnam, Brunei, Taiwan dan Malaysia.
 Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini
adalah kepunyaan Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran
dengan Sabah.
 Perebutan kepulauan ini adalah disebabkan keinginan mengeksploitasi kekayaan
hasil bumi, hasil laut dan menguasai kedudukan laluan utama perdagangan yang
strategik.

Anda mungkin juga menyukai