Anda di halaman 1dari 5

Amalan-amalan pertanian di Malaysia

Pertanian Sara Diri


 
Pertanian sara diri ialah petani sendiri atau bersama ahli keluarganya mengerjakan sebidang
tanah yang kecil yang ditanam dengan tanaman untuk memenuhi keperluannya dan tidak
berpindah-pindah kawasan. Petani-petani yang terlibat adalah terdiri daripada masyarakat
luar bandar dan pendapatan bulanan biasanya rendah. Kaedah pertanian yang diamalkan
adalah cara lama, pengeluaran hasil rendah, dan lebihan hasil disimpan untuk kegunaan
masa hadapan. Taraf pertanian sara diri dikira lebih maju sedikit daripada pertanian pindah.
Jenis tanaman yang dijalankan ialah padi huma, jagung, sayuran, dusun buah-buahan dan
sedikit aktiviti penternakan seperti ayam itik, lembu, kambing dan babi.
Pada hari ini agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, Agensi
Pembangunan Wilayah, Pejabat Daerah turut campur tangan dalam membantu dan
membangun taraf hidup petani dalam bentuk bantuan teknikal, benih, baja, racun serangga
dan penyakit, serta khidmat nasihat dan pemasaran.

Pertanian Kebun Kecil

Jenis tanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil adalah sama dengan sektor perladangan
tetapi daya pengeluaran adalah rendah. Purata saiz kebun adalah diantara 0.4 hingga 4 hektar.
Daya pengeluaran rendah disebabkan saiz tanah yang diusahakan tidak ekonomik,
penggunaan teknologi moden agak terhad, tanah mengalami kesan pemecahan hak milik dan
sistem pengeluaran yang tidak teratur. Kesannya ialah mutu pengeluaran yang rendah, harga
pun rendah, dan akhirnya pendapatan pekebun kecil juga rendah.

LADANG KONTRAK

Konsep ladang kontrak adalah memadankan pengeluaran hasil pertanian tanaman


dengan permintaan dipasaran. Pelaksanaan program ini mengambil kira semua aktiviti
yang berkaitan di sepanjang rantaian bekalan pengeluaran pertanian di mana
khidmat-khidmat sokongan untuk menjayakan projek ini seperti kemudahan lepas tuai
yang merangkumi pusat pengumpulan, pusat penggredan yang akan dibina dan
disediakan.
LADANG KONTRAK (di bawah seliaan FAMA)
Konsep ladang kontrak adalah memadankan pengeluaran hasil pertanian tanaman dengan
permintaan dipasaran. Pelaksanaan program ini mengambil kira semua aktiviti yang berkaitan
di sepanjang rantaian bekalan pengeluaran pertanian di mana khidmat-khidmat sokongan
untuk menjayakan projek ini seperti kemudahan lepas tuai yang merangkumi pusat
pengumpulan, pusat penggredan yang akan dibina dan disediakan.

Pertanian Perladangan (estet)

Pertanian perladangan atau secara estet ini dijalankan pada skala yang besar iaitu melebihi
100 ekar.  Pengkhususan tanaman adalah kepada satu jenis sahaja. Kos menguruskan ladang
adalah tinggi dan bersistematik iaitu secara syarikat yang mempunyai lembaga pengarah,
pengurus, penyelia ladang, dan pekerja. Sebelum 1970 sebahagian besar ladang adalah milik
pelabur asing. Kini pembukaan tanah baru diusahakan oleh FELDA, FELCRA, RISDA dan
badan swasta tempatan. Sektor perladangan berkemampuan melabur modal yang tinggi dan
menggunakan teknologi moden seperti jentera, benih yang terpilih, baja kimia, racun, teknik-
teknik yang baru, dan tenaga pakar. Ladang-ladang berkeupayaan menghasilkan keluaran
yang bermutu tinggi. Pada tahun 1970 kira-kira 70% daripada 2492 buah estet dimiliki oleh
rakyat Malaysia.
 

Tanaman ladang di Malaysia 1960.

Jenis Luas (ekar)


Getah 1,942,00
Kelapa Sawit 135,000
Kelapa 86,000
Nenas 15,000
Teh 9,000
Jumlah 2,187,000
Jenis-jenis bidang usaha dan hasil
pengeluaran pertanian

Tanaman hiasan

Tanaman hiasan atau pokok hiasan adalah tumbuhan yang ditanam untuk tujuan


hiasan pada taman dan projek reka bentuk landskap, sebagai tanaman rumah, untuk
bunga potong dan pameran spesimen. Penanaman ini membentuk satu cabang
besar hortikultur.

Tanaman herba

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan sumber khazanah


alam semulajadi dan sesuai dijadikan sebagai pusat penghasilan dan perubatan
herba tradisional secara komersial. Usaha memperkembangkan industri ini
memerlukan penglibatan petani dan pengusaha sama ada secara langsung atau
tidak langsung.

Bagi pengusaha tanaman herba, mereka mudah untuk mendapatkan tanaman ini


terus dari kawasan hutan atau melakukan proses perkembangbiakan tanaman
daripada benih yang diperolehi.Tanaman herba yang diperolehi akan digunakan
sebagai bahan dalam perubatan herba tradisional. Industri perubatan
herba tradisional di Malaysia diyakini mampu meningkatkan sumber ekonomi
negara.

Malaysia memiliki sebanyak 7,000 spesies tanaman herba yang berkhasiat.


Walau bagaimanapun, khasiat tanaman herba masih belum dapat dlmanfaatkan
sebaik mungkin dalam mengubati sesuatu penyakit. Keadaan ini amat merugikan
masyarakat secara Umumnya dan juga perkembangan ekonomi negara. Bagi 
masyarakat terutamanya masyarakat Melayu, mereka menganggap kaedah rawatan
melalui penggunaan tanaman herba merupakan satu kaedah perubatan tradisional
bersifat alternatif yang memiliki keunggulan dan keunikan yang tersendiri.

Tanaman makanan
Tanaman makanan adalah penting dalam sektor pertanian selain daripada tanaman bukan
makanan bagi mempastikan penduduk dunia mempunyai sumber makanan yang
mencukupi. Secara amya tanaman makanan di kawasan tropikan boleh dibahagikan kepada
TANAMAN BIJIRIN, TANAMAN SAYURAN, TANAMAN KEKACANG dan TANAMAN UMBISI.

JENIS LANDSKAP
Dalam sesuatu landskap terdapat dua jenis landskap yang digunakan disesuatu kawasan
iaitu menggunakan landskap lembut (semulajadi) atau juga dikenali sebagai soft landscape
yang melibatkan penggunaan elemen-elemen semulajadi seperti tumbuhan dan air.
Manakala penggunaan jenis landskap kejur (buatan manusia) atau hard landscape pula
melibatkan elemen-elemen buatan dan keras seperti batu, kayu, lampu dan wakaf. Kedua-
dua jenis landskap ini memainkan peranan penting dalam membina sesebuah landskapa
agar ianya tidak terlalu sesebuah landskap itu tidak terlalu kejur dan tidak terlalu lembut.
Oleh yang demikian kedua-dua jenis landskap akan digunakan untuk menghasilkan
pemandangan yang menarik dan indah dipandang. Sebagai contoh, landskap bangunan-
bangunan konkrit akan dimasukkan elemen-elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan
renek dan penutup bumi serta pancuran air agar pemandangan landskap bangunan tidak
terlalu kejur.

Tanaman ladang
Sektor perladangan merupakan salah satu sektor penyumbang kepada pembangunan
ekonomi negara yang mempunyai daya tahan terhadap perubahan-perubahan ekonomi
global. Namun agak membimbangkan apabila melihat kepada profil guna tenaga di sektor
perladangan yang menunjukkan bilangan pekerja asing lebih tinggi berbanding pekerja
tempatan. Ini menunjukkan terdapat pengurangan minat rakyat tempatan untuk menceburi
atau bekerja di sektor perladangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor
diantaranya tiada daya tarikan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang, penghijrahan
keluar penduduk luar bandar ke bandar-bandar yang selesa untuk bekerja di sektor-sektor
perindustrian dan kemudahan asas ladang yang tidak lagi menarik dan tidak seiring dengan
peningkatan keuntungan dan kemajuan sektor perladangan.

Tanaman industri
Tanaman industri adalah tanaman yang digunakan sebagai bahan dasar industri. Seiring
perkembangan zaman modern ini tidak diragukan lagi supaya tidak mengalami
ketertinggalan terhadap kebutuhan bahan dasar industri karena kebanyakan dalam hal
tersebut sering membutuhkan yang namanya tanaman dalam pembuatannya barang-
barang.

Di dalam kehidupan sehari-hari sering kita menjumpai berbagai keperluan pokok dan hasil
dari keperluan tersebut yang merupakan dari tanaman sebagai bahan dasar industri dan
tentunya terdapat banyak kegunaan yang bisa kamu dapatkan dari hasil yang telah jadi
tersebut.
Telah kita ketahui bahwa sebelumnya terdapat macam-macam komoditi tanaman yang
dapat digunakan sebagai pengolahan bahan dasar industri, pastinya berasal dari hasil alam
yang diperoleh lebih bermanfaat apabila diolah dengan baik, tetapi alangkah lebih baik tidak
dilakukan hal yang berlebihan atau biasa dikenal dengan istilah eksploitasi supaya tetap
menjaga keasrian alam dan tidak dirusak oleh tangan manusia.

Anda mungkin juga menyukai