Anda di halaman 1dari 1

Kesan-kesan angin terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman termasuklah penyebaran penyakit dan

perosak. Spora-spora kulat yang dihasilkan pada permukaan daun mudah dipindahkan oleh angin
kerana ringan. Cara memindahan ini merupakan kaedah penyebaran penyakit yang paling berbahaya
seperti penyakit hawar.

Selain itu, kesan angin terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman termasuklah transpirasi.
Kehilangan air dari tumbuhan dipengaruhi oleh angin mempercepatkan proses traspirasi melalui
gerakan udara yang tepu dengan wap air ke tempat lain. Apabila angin bertiup kelembapan dialihkan
oleh angin. Ini menyebabkan kadar ternspirasi bertambah.

Seterusnya, angin juga mempengaruhi proses pendebungaan. Debunga halus yang diterbangkan
oleh angin dipindahkan ke permukaan stigma bunga lain. Sebagai contoh,debunga halus seperti
debunga jagung mudah diterbangkan oleh angin ke pokok-pokok lain. Di samping itu, kesan angin
menyebabkan kerosakan secara mekanik ke atas tanaman. Tanaman yang mempunyai daun lebar
dan lembut seperti pisang lebih mudah rosak apabila ditiup angin. Tiupan kencang menumbangkan
pokok. Daun tumbuhan yang kerap terdedah kepada tiupan angin kencang akan layu dan menjadi
kering kerana kehilangan air yang berlebihan. Daun mungkin akan tercedera oleh pakulan pasir atau
kumin-kumin tanah yang dibawa oleh angin. Ini menyebabkan tompok-tompok tisu mti pada daun
atauu pokok.

Akhir sekali, kesan angin terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman termasuklah hakisan tanah.
Angin boleh menyebabkan hakisan tanah melalui tiupan angin kencang yang berupaya mengangkat
kumin-kumin tanah daripada permukaan tanah. Hakisan tanah melalui tiupan angin dipengaruhi
oleh faktor-faktor yang tertentu. Comtohnya, kandungan kelembapan tanah,laju tiupan angin,
keadaan permukaan tanah, sifat fizik tanah dan susunan tumbuhan.

Anda mungkin juga menyukai