Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Penghargaan

Kami sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan projek kursus Pengenalan


Teknologi Keluarga (RBTS1094) ini dengan jayanya dalam masa yang ditetapkan.
Melalui kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Dr Rohani binti Seman iaitu pensyarah kami yang berdedikasi kerana telah memberi
keyakinan beliau kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau telah memberi
banyak arahan dan penjelasan yang sempurna. Bermula dari huraian kerja,
penyediaan corak, proses penyediaan barang, hiasan dan kemasan, sehinggalah
terhasilnya artikel yang diingini termasuklah dengan laporan yang lengkap. Segala
tunjuk ajar amat membantu kami dalam melaksanakan tugasan projek ini sehingga
berjaya disiapkan.
Selain itu, kami juga amat berterima kasih kepada ibu tersayang yang telah
banyak memberi bantuan dan sokongan sepanjang kerja kursus ini dijalankan.
Walaupun beliau sangat sibuk bekerja, dia sanggup membantu kami melalui
bantuan kewangan dan idea derma.
Kami juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan
saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea sepanjang proses
penyiapan tugasan dilaksanakan. Saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan
tentang teknik penghasilan artikel jahitan.Tanpa sokongan dan dorongan semua
pihak, kami mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Bukan itu sahaja, kami juga ingin berterima kasih kepada diri sendiri kerana
bersikap tidak berputus asa walaupun menghadapi pelbagai Kami ingin
mengucapkan terima kasih kepada diri sendiri kerana percaya pada diri sendiri dan
menyelesaikan kerja kursus ini tanpa hari cuti. Alhamdulillah dan InsyaAllah usaha
kami akan membuahkan hasil.
Akhir kata, kami sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada sesiapa
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan artikel
jahitan ini. Kami amat berterima kasih atas kerjasama dan sumbangan
oleh semua pihak.
4.0 Pencetusan Idea

Ketika menerima soalan tugasan kerja kursus ini, kami telah memilih sarung bantal
sebagai artikel jahitan yang akan dilaksanakan. Memandang ke arah kehidupan
seharian,sarung bantal yang digunakan lembut dan berkualitas, sudah pasti waktu
tidur akan menjadi momen yang tidak tergantikan. Oleh kerana sukar untuk mencuci
bantal, penggunaan sarung yang boleh dibasuh dan mencucinya setiap satu atau
dua minggu dapat membantu mengurangkan jumlah kuman yang tinggal di atas
bantal. Maka, idea ini tercetus setelah kami memikirkan sarung bantal perlu bertukar
setiap tiga hari.Oleh itu, kami ingin menghasilkan sejenis sarung bantal yang
berbentuk segi empat dan menggunakan kain yang lembut.

6.0 Fabrik Yang Digunakan

Fabrik yang digunakan: Abigail

Fabrik kapas
8.0 Melakar Pola

Melakar pola: Abigail


9.0 Langkah Menjahit

1. Menyediakan pengalatan dan bahan jahitan.

2. Mengukur saiz sarung bantal sebenar untuk dijadikan panduan. 

3. Melakar 3 keping pola berukuran 24cm x 24cm dan 1 keping pola berukuran
24cm x 4cm menggunakan kertas pola.

4. Memotong kain kapas dan kertas gam berdasarkan pola yang ditetapkan.

5. Ambil kain kapas, lekatkan kertas gam tadi di atas kain sebelah dalam dan
menggunakan sterika untuk melekatkan kertas gam dan kain kapas.

6. Menggunakan ram sulam untuk mengukuhkan kain pandang hadapan.

7. Menjahit kain pandang hadapan dengan menggunakan pelbagai cara jahitan.

8. Menandakan pita bias kapas yang berukuran 24 cm panjang ke atas kain


yang berukuran 24cm x 4 cm dan seterusnya menjahit di antaranya
menggunakan jahitan jelujur.Langkah ini berulang sebanyak 4 kali.

9. Menggunakan mesin jahitan untuk menutup pita bias kapas.

10. Lipat kain searah panjangnya dengan bagian depan bertemu. Jadi bahagian
belakangnya sekarang di luar.

11. Gunakan mesin jahit atau jahit tangan untuk menjahit bahagian panjang kain.
Balik kain dan terus menjadi satu sisi pendek. Setelah Anda selesai, balik
kainnya dengan bagian muka keluar.

12. Mulai dengan melipat bahagian belakang kain untuk membuat keliman
selebar 1.25 cm. Setrika kain untuk membuat lipatan. Lipat balik lagi, kali ini
membuat keliman 7.5cm. setrika kain lagi dan gunakan mesin jahit atau jahit
tangan untuk menjahit sekeliling keliman agar tetap pada tempatnya.

13. Sarung bantal terhasil.


11.0 Artikel

Artikel Abigail

13.0 Refleksi

Refleksi Abigail

Pada mula-mulanya, saya berasa risau walaupun saya sudah diberi pendedahan awal dalam
pembelajaran sebelum ini tentang tajuk artikel jahitan. Hal ini dikatakan demikian kerana tugasan ini
agak mencabar bagi saya kerana saya kurang kemahiran dalam tajuk jahitan.

Walaupun saya menghadapi kesukaran untuk menyiapkan corak dan jahitan sarung bantal.
Tetapi, dengan tunjuk ajar yang penuh kesabaran daripada Dr Rohani, saya dapat menyelesaikan
kesukaran tersebut dengan jayanya. Oleh itu, saya sangat gembira kerana saya dan rakan-rakan
sebaya telah berjaya menyiapkan tugasan ini dan hantar pada waktu yang telah ditetapkan oleh
pensyarah.

Saya percaya tugasan ini tidak dapat diselesaikan dengan baik sekiranya saya tidak
bersungguh-sungguh ketika melakukan pencarian maklumat, inovasi dan sebagainya.Namun
begitu,saya berasa sangat berpuas hati setelah melihat hasil artikel jahitan yang telah saya hasilkan
selama 2 minggu ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Rohani di atas kesudian
beliau dalam memberi didikan dan tunjuk ajar kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Beliau
juga telah menegur yang mana betul dan yang mana salah saya semasa dalam proses ini. Dengan
sifat prihatin beliau, saya dapat menyiapkan sarung bantal dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai