Anda di halaman 1dari 40

REKOD KERJA JAHITAN

KEMEJA HAWAII KANAK-KANAK

HALAMAN PENGAKUAN

saya akui hasil kerja kursus berasaskan ilmu yang dihasilkan ini adalah hasil kerja saya sendiri, segala contoh dan huraian yang dikemukakan adalah berdasarkan sumber rujukan

Tandatangan :. Nama Penulis :. Tarikh :..

BIODATA

NAMA

: MUHAMAD KHAIRUL ANAM BIN ISHAK

NO. I/C

: 910429 - 05 5155

ALAMAT

: 1000-1 LOT 865 BATU 5, KAMPUNG SUNGAI PUTAT, BATU BERENDAM, 75350 , MELAKA.

PROGRAM

: PISMP AMBILAN JAN 2011

UNIT

: BM/PJ/KH

NO.TEL

: 019-3717986

E-MEL
PENGHARGAAN

: airul_chaos91@yahoo.com

Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan pencipta alam semesta. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W juga kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T yang memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus projek ini.Pada mulanya, saya rasa tugasan ini adalah beban bagi saya tetapi lama kelamaan tugasan ini amat menyeronokan. Di kesempatan ini, saya ingin menyucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang telah memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus projek ini.Beliau telah membantu saya dalam menerangkan serba sedikit mengenai kerja kursus ini secara terperinci.Di samping itu, beliau juga sudi meluangkan masa senggang beliau untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi ketika menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan dan dorongan dalam menyiapkan kerja kursus ini.Di samping itu, mereka juga sering memberi motivasi dan nasihat kepada saya ketika tugasan ini dilakukan. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu bersama-sama mencari maklumat dan saling bertukar pandangan mengenai maklumat yang kami semua dapati. Tanpa bantuan mereka sudah tentu saya sukar untuk menyiapkan tugasan ini.

Intiha kata, ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Jasa dan bakti anda akan dikenang sentiasa dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Insyallah.Amin. Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN Reka bentuk Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Reka bentuk dan Teknologi.Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta menjahit pakaian.Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai pakaian.Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni, sikap positif serta budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini. Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat. Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaan hingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenis-jenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan.Selain itu pelajar juga perlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut.Setelah itu pelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetap dalam syarat-syarat yang ditetapkan. Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiap bahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung pada pelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses yang telah dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja ini.

2.0 MATLAMAT Matlamat membuat pakaian adalah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran kepada individu di samping memupuk minat dan kreativiti. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh memberi peluang guru mempertingkatkan prestasi diri untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dapat membantu guru memperolehi kemahiran mendraf pola kemeja hawai, memilih bahan jahitan dan hiasan yang sesuai, menjahit kemeja hawai serta membuat pengiraan kos.

3.0 OBJEKTIF : Memperolehi pengetahuan tentang fakta, prinsip, kriteria, terminology, kaedah, urutan dan klasifikasi dalam membuat pakaian. Memilih, menjaga dan mengguna alatan membuat pakaian. Memilih fabrik dan bahan jahitan yang sesuai untuk pakaian yang dijahit. Menghasilkan pola mengikut ukuran badan sendiri. Mengubah suai pola mengikut stail pakaian yang dipilih. Membentang fabrik dan menyusun atur pola yang betul. Menggunting fabrik dengan teknik yang betul. Menyedia dan membuat proses jahitan untuk pakaian yang dijahit. Menghasilkan sehelai kemeja hawaii kanak-kanak. Menggunakan kemahiran matematik dalam mengukur, mengira, menanda, dan membuat pengiraan kos pakaian. Mengamalkan nilai murni semasa membuat pakaian.

4.0 CIRI STAIL PAKAIAN 4.1 Menjahit kolar lurus sebagai kemasan garis leher

4.1.1 Definisi

Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar.
4.1.2 Kegunaan kolar

Untuk menyeudahkan garis leher pada pakaian Memberi gaya atau stail pada pakaian Sebagai perhiasaqn supaya pakaian kelihatan lebih menarik Memberikan kepanasan kepada pakaian

4.1.3 Ciri-ciri kolar lurus

Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik Permukaan kolar rata Kolar terletak rata dan kemas di garis leher Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang Kedua-dua hujung kolar sama lebar Camtuman kelim kolar tidak teratur

4.2 Lengan padanan rata dijahit pada bahagian lengan dan dipasang mansit pada hujung lengan

4.2.1 Definisi Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh jadi sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang atau pun tambahan daripada badan. Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan. Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun 4.2.2 Fungsi lengan a) Melindungi kecacatan lengan b) Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk c) Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan fabrik d) Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk belangan dan sari

4.3 Kelepet belah sama lebar dijahit pada bahagian butang dan lubang butang.

4.3.1 Definisi Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.

4.3.2 Jenis jenis penyudah tepi

Kelepet Penjuru Lapik Kun Rendah Ikatan pinggang Kasing Jahitan sulaman

4.4 Lisu bertentang dipasang pada bahagian hadapan dan belakang baju.

4.4.1 Definisi Lisu ini dibuat dengan melipatkan dua lisu beriring yang terletak membelakang di antara satu sama lain. Lipatan lisu-lisu ini hendaklah bertemu di sebelah dalam pakaian,

4.5 Kancing yang digunakan dalam kemeja ini ialah butang dan lubang butang.

4.5.1 Definisi Kancing ialah sejenis alat yang digunakan untuk menutup belah pada pakaian lelaki dan wanita, artikel dan lain-lain lagi supaya dapat mengelakkan bentuk asal pakaian atau artikel. Ia juga digunakan sebagai perhiasan. Kancing-kancing yang dipasang pada pakaian atau artikel hendaklah dijahit dengan kukuh dan kemas. Pemilihannya bergantung kepada fesyen dan kesesuaian fabrik. 4.5.2 Tujuan menjahit kancing

Mengancingkan belah Sebagai perhiasan Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih bawah belah Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing yang dipilih

4.5.3 Jenis-jenis kancing

Butang katup Butang cangkuk dan kancing Butang cangkuk dan rumah Butang cangkuk dan rumah cangkut bersirat

4.6 Kelim belah kangkung dijahit bagi mencantum bahagian bahu dan tepi baju.

4.6.1 Definisi Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk pada pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian

4.6.2 Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian Kelimperlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk dan rupa yang elok Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan pakaian Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak berkedut

Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang rata dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas.

5.0 Penjagaan kain kapas atau cotton Cotton atau kain kapas adalah sejenis gentian lembut yang dibuat daripada benang dengan cara menenun dan sebagainya. Benang tersebut hasil daripada biji pokok kapas yang buahnya mengandungi serat. Sebelum hantar ke tailor utk tempahan atau sebelum buat potongan/jahitan, anda disarankan buat basuhan pertama ke atas fabrik terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan mengecut (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian. Elak menggunakan bleach atau chemical lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan

fabrikcotton anda. Anda boleh basuh fabrik dengan tangan atau dengan washing machine dengan air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya). Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna dryer, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna dryer. Jangan campak dalam bakul selepas guna dryer dan biar terlalu lama, nanti mudah berkedut. Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.

6.0 Senarai Ukuran Badan

Borang Ukuran Individu

Garis Mendatar Bahagian Badan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Bahu Bidang belakang Keliling leher Dada Bidang Hadapan Jarak mercu dada Pinggang Pinggul/Pinggang Keliling lengan Ukuran 47 cm 46 cm 42 cm 97 cm 48 cm 25 cm 83 cm 93 cm 21 cm

Garis Menegak Bahagian Badan 1. 2. 3. 4. 5. Labuh tengah belakang Labuh mercu dada Labuh baju Pinggang ke pinggul Labuh lengan Ukuran 53 cm 22 cm 59 cm 62 cm 62 cm

7.0 Pola Yang Lengkap

Polabahagianbelakang

Polabahagiandepan

Polalengan pendek

Polakolarkemeja

8.0 Fabrik Dan Bahan

Fabrik (bahagian badan dan lengan)

Fabrik (bahagian kolar)

Butang

Benang

9.0 Alatan Jahitan

ALATAN Roda surih

KEGUNAAN Digunakan bersama kertas karbon untuk memindahkan garisan pemadan ke atas fabrik ataupun pola

Kapur

Membuat dan memindahkan garisan pemadan

Pensel

Digunakan untuk menanda garisan pemadan pada permukaan fabrik Membuat dan juga memindahkan tanda pola

Kertas minyak

Bahan yang digunakan untuk membuat lakaran pola

Jarum peniti

Menyemat pola pada fabrik supaya tidak mudah lari terutama sekali pada fabrik yang licin

Menyemat kepingan fabric sebelum menjahit Digunakan untuk kerja mengacu pakaian

Jarum jahit

Alat yang digunakan untuk membuat pelbagai jahitan kemasan tangan pada bahagian lengan dan kaki baju

Gunting fabrik

Untuk menggunting fabrik

Mesin jahit

Menjahit lurus Menjahit sulaman Menjahit lubang butang dan semua kerja mencantum fabrik

Penetas

Menetas mata jahitan dan menanggalkan benang jahitan

Bod seterika

Memudahkan kerja-kerja menyeterika dan menekan fabrik

Seterika

Menekan dan menyeterika fabrik supaya kemas dan rata

Pita ukur

Mengukur dengan tepat ukuran badan

Pembaris sesiku

Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengan

Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan lurus pada kertas pola Mengukur fabrik

Pembaris melengkung

Alat yang digunakan untuk mendapatkan garisan melengkung untuk bahagianbahagian seperti pinggang, punggung dan lengan baju

Gelendung dan sekoci

Alat yang digunakan untuk memasang benang bawah pada mesin jahit

Mesin jahit tepi

Alat yang digunakan untuk mengemas tepi fabrik

Sniper

Alat yang digunakan untuk memotong benang

Gunting kertas

Alat untuk menggunting pola

Kertas karbon

Alat yang digunakan untuk memindah tandatanda, cabang-cabang dan lain-lain ke atas fabrik

10.0 Langkah-Langkah Menggunting Fabrik Dan Memindahkan Tanda Pola Pada Fabrik a. Menggunting fabrik

i.

Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan menggunakan kuak yang panjang.

ii. iii.

Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil. Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas permukaan kerja dengan gunting menyentuh permukaan.

iv. v. vi.

Gunting tanda pemadan menghala ke luar. Gunting kesemua pola dalam satu masa Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.

b.

Memindah tanda pola pada fabrik

i. ii.

Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik. Antara pola yang perlu dipindahkan ialah : Garis pemadan / basi kelim Lisu pemadan Garis kelepet Lubang butang

c.

Tanda pola dipindahkan dengan menggunakan :

Kertas karbon dan roda surih Kapur tukang jahit Jelujur kasar Jarum peniti

10.1 Susun Atur Pola 10.1.1 Menyusun Atur Pola

1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, pastikan :

a) Pola tidak berkedut b) Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkan c) Kedua hujung fabrik telah diluruskan

2. Membentang Fabrik

a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik c) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur pola di atas fabrik

a) Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas sebelah dalam fabrik. b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik. c) Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik. Ukur dari tepi untuk ketepatan. d) Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil. e) Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan. f) Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan kepingan pola apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu bahagian kiri atau satu bahagian kanan. g) Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10 15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting. h) Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa menyemat. i) Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

10.2 Langkah Menjahit Proses menjahit kemaja adalah seperti berikut :

Langkah 1

Proses 1
Tujuan

Jahit kelim belah kangkung pada bahagian bahu dan tepi baju. Mencantum badan hadapan dengan badan belakang kemeja pada bahu dan tepi baju

Langkah 2

Proses 2
Jahit mansit

Tujuan
Mencantum mansit pada lengan

Langkah 3

Tujuan

Mencantum lengan

Proses 3

Jahit kelim lengan

Langkah 4

proses 4
Jahit kelim pada lengan dan bahu

tujuan
Mencantum bahagian baju dan lengan

Langkah 5

Proses 5
Jahit kolar menggunakan jahitan mesin dan jahitan sembat

tujuan
Mencantum bahagian kolar dengan baju

Langkah 6

Proses 6

Jahit butang dan lubang butang pada belah sama lebar dan mansit.

Tujuan

Untuk mengancing belah pada blaus dan mansit.

Langkah 7

Proses 7

Jahit silang pangkah terkumpul pada kelepet belah sama lebar

Tujuan

Sebagai kemasan penyudah tepi

Langkah 8

Jahit silang pangkah pada bahagian kelepet bawah baju

Tujuan
Sebagai kemasan penyudah tepi

Proses 8

11.0 Jumlah Kos

BAHAN

KUANTITI

KOS SEUNIT (RM)

KOS (RM) 8.00 1.00 2.50 0.50 12.00

Fabrik Benang jahit Butang Kertas pola JUMLAH

4 meter 1 buku 5 biji 1 helai

4.00 1.00 0.50 0.50

1) Kos sampingan

RM

i. ii. iii.

Upah jahit kemas tepi Elektrik Upah jahit lubang butang

2.00 0.30 4.00

2) Kos projek

Kos projek = Kos bahan + Kos upah + Kos sampingan = 12.00 + 6.30 = RM 18.30

Gambar Blaus Pandangan Hadapan

Gambar Blaus Pandangan Belakang

REFLEKSI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabat. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya ini

menyiapkan kerja kursus projek ini. Pada mulanya, saya mengangap tajuk tugasan

merupakan satu bentuk tugasan yang boleh dianggap mudah namun tidak seperti yang saya fikirkan.Namun,berkat usaha yang tidak pernah padam, saya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki. Tugasan menjahit baju hawaii kanak-kanak merupakan satu tugasan yang agak mencabar dan sukar sepanjang saya mengikuti kursus Kemahiran Hidup. Hal ini kerana bidang jahitan bukanlah satu bidang saya mahir.Namun begitu, dengan tugasan sebegini saya mampu mempelajari banyak perkara tentang jahitan seperti teknik menjahit dan sebagainya. Dengan teknik yang betul semasa bimbingan dari pensyarah, saya mampu menyiapkan baju hawaii tersebut dalam keadaan yang betul. Bagi memastikan jahitan yang kemas dan tidak merosakkan kain, saya perlu menitik beratkan pelbagai faktor.Selain itu, juga dalam projek jahitan ini, saya dapat mempelajari penggunaan alatan yang bersesuaian dengan bidang jahitan. Sebenarnya, sebelum mempelajari bidang jahitan saya tidak pernah mengenali alatan dan bahan yang digunakan dalam proses menjahit kain. Seterusnya, projek jahitan ini juga mengajar saya untuk menggunakan mesin jahitan.Sebelum ini saya tidak tahu cara menggunakan mesin jahit tersebut. Maka dengan projek ini, saya sudah mempelajari cara menggunakan mesin jahit dan langkah-langkah untuk mengendalikan mesin tersebut. Tambahan lagi, saya dapat mengenali beberapa jenis alatan yang digunakan untuk menjahit.Selain itu, saya juga dapat mempelajari susun atur pola.Susun atur pola merupakan lamgkah penting dalam sebelum menggunting fabrik. Hal ini kerana, seandainya pola yang di susun tidak mengikut susunan yang betul mengakibatkan kain tersebut tidak dapat dijahit kerana setiap bahagian kain yang digunting mengikut pola dengan betul akan menghasilkan bahagian-bahagian baju yang tepat untuk dijahit.

Justeru, saya dapat mengenali jenis-jenis fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat blaus, memilih rekaan yang terbaik berdasarkan jenis fabrik dan kesesuaian si pemakai, mengukur saiz baju dan juga membuat pola. Selain daripada itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan tentang proses-proses menjahit bahagian-bahagian pakaian dengan cara yang betul. Dalam pakaian yang dihasilkan, antara ciri-ciri yang terdapat pada blaus tersebut ialah kolar lurus, lengan padanan rata berserta mansit, kelepet belah sama lebar, kelepet bawah baju. Selain itu kelim belah kangkung telah digunakan untuk mencantum bahagian bahu dan tepi baju manakala lisu cekung pula telah dijahit pada bahagian hadapan dan belakang baju. Perkara yang paling penting saya dapat pelajari semasa melakukan projek jahitan ini adalah dapat menghayati kesusahan jurujahit dalam membuat baju.Sekarang baru saya fahami bahawa bukan mudah untuk menyiapkan sehelai baju kerana saya telah mengalami situasi tersebut.Saya dapati saya telah mengambil jangka masa yang agak lama untuk menyiapkan baju kemeja hawai tersebut. Setelah saya menyiapkan baju tersebut saya mulai sedar bahawa kesusahan dan kepayahan yang dialami penjahit untuk membuat baju Melalui tugasan ini juga, saya dapat menanamkan nilai murni kerjasama antara saya dan rakan-rakan bagi memastikan tugasan kami berjalan dengan lancar Akhir kata, semoga apa yang saya pelajari dan saya tempuh dalam kursus ini membantu saya menjalani dan meneruskan cita-cita saya sebagai seorang bakal guru yang berjaya kelak. Insyallah. Sekian terima kasih.

RUJUKAN Mariam Abu Bakar. (2003). Panduan Membuat Pakaian. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Sarimah Binti Abd. Razak, Zahrah Binti Esa. (2003). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5. Selangor Darul Ehsan: Blue-T Communication Sdn. Bhd.

http://randomsfabric.blogspot.com/2012/07/tips-penjagaan-kain-cotton.html http://srohana.blogspot.com/2013/04/tips-penjagaan-pakaian-daripada-100.html http://cikgusidah.blogspot.com/2010/09/jahitan-elektif-ting-2.html http://www.slideshare.net/ideal90/asimen-jahitan http://www.scribd.com/doc/163468532/Bab-2-Jahitan

Anda mungkin juga menyukai