Anda di halaman 1dari 74

HALAMAN PENGAKUAN

TARIKH SERAHAN: 26 Februari 2016

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.

Tandatangan

: ...

Nama Penulis

: Gunesvari a/p Balakrishnan

Tarikh

: 26 Februari 2016

PENGHARGAAN
Syukur kepada tuhanl kerana, dengan rahmat dan limpah
kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Reka Bentuk
Pakaian ( RBT 3203E ) di semester ke-6 ini disamping menimba
ilmuNya yang amat luas.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
pensyarah, Puan Ashmahan BT MD Yusoff Aizudin dan rakanrakan seperjuangan RBT 3203E yang bersama-sama membantu
dan menyumbangkan idea dengan saya semasa menyiapkan
tugasan ini. Tidak dilupakan kepada ahli keluarga saya yang
turut memberikan nasihat dan bimbingan tanpa jemu. Terima
kasih.

Isi Kandungan
A.

Profil pelajar

B.

Pengenalan

C.

Tujuan

D.

Lakaran dan stail


pakaian

E.

Contoh fabrik
yang digunakan

F.

Alatan dan bahan

G.

Ukuran badan

H.

Proses menjahit

I.

Langkah menjahit

J.

Pengiraan Kos

K.

Hasil Penghasilan Blaus

L.

Refleksi

M.

Bibliografi

N.

lampiran

Profil
pelajar

BIODATA

NAMA

: GUNESVARI A/P BALAKRISHNAN

UMUR

: 28 TAHUN

TARIKH LAHIR

: 17 JUNE 1988

TEMPAT TINGGAL

: TAIPING, PERAK

NO KAD PENGENALAN

: 88017-08-6050

KUMPULAN

: 6 PISMP PT/PJ/RBT

HOBI

: MEMBACA NOVEL

G-MEL

: gunesvari.balakrishnan@gmail.com

NO TELEFON

: 016-5420703

1.0 Pengenalan
Reka bentuk pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major
Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang
berteraskan teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada
pelbagai kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta
menjahit pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan
pelbagai pakaian. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni,
sikap positif serta budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.
Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih
pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidak
langsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan
menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat.
Subjek ini memerlukan pelajar untuk

menguasai kemahiran dari permulaan

hingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenisjenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan. Selain itu pelajar juga
perlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut. Setelah itu
pelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetap dalam
syarat-syarat yang ditetapkan.
Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiap
bahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung pada
pelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses yang telah
dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja ini.

2.0 Tujuan

Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang


berbagai bentuk dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut
diminati oleh kebanyakan masyarakat di negara ini selain ia mudah dijahit
dan mudah untuk didapati. Blouse bermaksud baju pendek bagi
perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Kemeja direka
dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal
bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk
dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki kemeja.

Semasa proses penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu


perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan
menyediakan rekod kerja, alatan dan bahan jahitan dan seterusnya
pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan
dengan menilai hasil kerja. Rekod kerja mengandungi lakaran stail pakaian
hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran badan, proses
menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan
pengiraan kos.

TUJUAN REKOD KERJA


Untuk membuat perancangan yang rapi supaya
pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen
yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat
mengelakkan pembaziran.
Mendokumentasikan

perancangan

membuat

pakaian yang diperlukan


Melakar stail pakaian
Mengenal pasti proses menjahit
Menyusun atur pola
Menamakan tanda pola
Membentang fabrik dan menyusun atur pola
Menyatakan

peraturan

mencantum fabrik
Mengira kos projek

menggunting

dan

3.0 Lakaran
Dan huraian
Stail Pakaian

Lakaran stail pakaian

Pandangan hadapan

Lakaran stail pakaian

Pandangan belakang

Huraian stail pakaian

Stail blaus yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti
warna, corak, tekstur, garis lengan, kolar dan fungsi blaus tersebut.
Warna pemilihan blaus ini adalah warna terang iaitu merah. Warna terang
sesuai untuk orang yang kurus kerana warna ini menampakkan pemakainya
kelihatan gempal.
Corak blaus ini bahagian badan kelihatan kosong dan tangan mempunyai bunga
kecil. Corak kecil akan menampakkan tangan seseorang yang gempal itu akan
kelihatan lebih kurus dan langsing.
Tekstur fabrik blaus ini adalah daripada fabrik tenun biasa. Fabrik kapas yang
sederhana halus dan lembut ini sesuai untuk semua bentuk badan.
Garis lengan yang digunakan pada blaus ini adalah lengan padanan rata iaitu
garis lengan yang dicantum. Lengan padanan rata sesuai untuk orang yang
rendah dan gempal supaya kelihatan kurus dan kecil.
Leher yang dipadankan pada blaus ini adalah leher bulat. Leher ini sesuai
untuk orang yang bertubuh gempal dan tinggi agar pemakainya kelihatan kurus.
Fungsi blaus ini merupakan pakaian kasual. Blaus ini lasak, selesa dipakai dan
ringkas. Amat sesuai dipakai ketika bersiar-siar dan berehat di tepi pantai.

Huraian stail pakaian

Belah
Fungsi belah pada pakaian ialah untuk
memudahkan

pemakai

memakai

dan

menanggalkan pakaian.
Rekaan stail pakaian ini mengunakan
belah kelepet sama lebar yang dibuat pada
bahagian tengah hadapan blaus.
Belah jenis ini memerlukan lapik dalam
nipis dan lembut untuk memberikan bentuk
yang elok dan rata.
Lapik ini akan ditetapkan pada pakaian
dengan jahit silang pangkah.

Huraian stail pakaian

Leher
Antara kegunaan leher bulat pada
pakaian ialah sebagai penyudah garis leher,
perhiasan, memberi kepanasan, menutup
kecatatan pada leher dan memberi gaya.

Huraian stail pakaian

Lengan
Lengan dibuat pada pakaian untuk
mengemas lubang lengan. Selain itu ia juga
memberi gaya kepada pakaian.
Bagi rekaan stail pakaian ini lengan
padanan rata digunakan. Ini menekankan
lagi kekemasan pada bahagian lengan blaus
ini.

Huraian stail pakaian

Kelim
Kelim yang digunakan adalah jahit
mesin. Kegunaan kelim pada pakaian ini
ialah

untuk

memberi

bentuk

dan

juga

sebagai hiasan. Kelim ialah sejenis proses


jahitan yang menyambungkan dua keping
fabrik

bagi mendapatkan bentuk pakaian

atau artikel.

Huraian stail pakaian

PENYUDAH TEPI
Penyudah tepi ialah satu proses yang
digunakan di hujung pakaian. Penyudah tepi
pada pakaian
digunakan

Lapik berbentuk kelepet


untuk

mengemaskan garis leher.

melapik

atau

Huraian stail pakaian

Kancing
Kancing dibuat pada pakaian untuk menutup
dan membuka belah pada pakaian. Kancing
juga berfungsi sebagai hiasan. Blaus ini
menggunakan :
1. Butang lubang satu

4.0 Contoh fabrik


yang digunakan

FABRIK DAN BAHAN


Fabrik juga dikenali sebagai tekstil dan perkataan ini berasal daripada
perkataan textilis yang bermaksud tenunan. Walau bagaimanapun secara amnya
perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik bertenun tetapi juga untuk fabrik tanpa
tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang dibina khas iaitu fabrik terikat dan
bernep. Fabrik tebahagi kepada dua iaitu fabrik asli dan fabrik buatan.
Fabrik yang sesuai untuk membuat blaus ialah fabrik sederhana tebal
bercorak atau tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu jenis pakaian terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabrik
yang digunakan ialah fabrik kapas campuran. Corak pada fabrik yang dipilih juga
perlu menepati citarasa pemakai.
Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan untuk
menghasilkan berbagai artikel rumah tangga dan pakaian. Gentian kapas didapati
daripada daripada pokok kapas yang ditanam dikebanyakan negara seperti India,
Mesir, China, Mexico dan Amerika Syarikat.Terdapat pelbagai mutu dan gentian
kapas. Gentian yang halus dan panjang akan menghasilkan fabrik kapas yang
bermutu tinggi.
Fabrik yang saya gunakan untuk membuat blaus ini ialah fabrik kapas
bercorak bunga kecil dan fabrik tanpa corak.. Warna yang saya pilih adalah warna
merah dan merah kekuningan. Fabrik kapas campuran ini merupakan daripada
gentian kapas yang dicampur dengan gentian lain seperti gentian buatan manusia
untuk menghasilkan fabrik kapas campuran. Kelebihan mengunakan fabrik ini
adalah :
tahan lasak.
mudah dikendalikan.
tahan panas dan tidak mudah mengembang.
mudah dijahit.

Peta minda : ciri ciri pemilihan fabrik kapas

Kain
bercorak
bunga

Kain tanpa
corak

5.0 Alatan
dan bahan

5.1 Pemilihan Alatan Jahit

ALATAN
Roda surih

KEGUNAAN

Digunakan bersama kertas karbon untuk


memindahkan garisan pemadan ke atas
fabrik ataupun pola

Kapur

Membuat dan memindahkan garisan


pemadan

Pensel

Digunakan untuk menanda garisan

pemadan pada permukaan fabrik


Membuat dan juga memindahkan tanda
pola

Kertas karbon

Digunakan untuk memindahkan motif


sulaman ke atas fabrik

Jarum peniti

Menyemat pola pada fabrik supaya tidak


mudah lari terutama sekali pada fabrik

yang licin
Menyemat kepingan fabric sebelum

menjahit
Digunakan untuk kerja mengacu pakaian

Untuk menggunting fabrik

Menjahit lurus
Menjahit sulaman
Menjahit lubang butang dan semua kerja

Gunting fabrik

Mesin jahit

mencantum fabrik

Penetas

Menetas mata jahitan dan menanggalkan


benang jahitan

Bod seterika

Memudahkan kerja-kerja menyeterika dan


menekan fabrik

Seterika

Menekan dan menyeterika fabrik supaya


kemas dan rata

Pita ukur

Mengukur dengan tepat ukuran badan

Pembaris sesiku

Membuat garisan bersudut tepat dan

garisan lurus pada pola atau fabrik


Bahagian melengkung digunakan untuk
membentuk garis leher dan lubang lengan

Pembaris lurus

5.2 Pemilihan Bahan

Mengukur dan menanda garisan lurus

pada kertas pola


Mengukur fabrik

Benang jahit

Butang

Fabrik

6.0 Ukuran
badan

Garisan Mendatar
Bahagian

Keterangan

Bahu

Ukur dari sendi bahu


kanan ke sendi bahu
kiri melalui tulang
tengkuk.

Bidang
belakang

Ukur dari pangkal


ketiak kanan ke
pangkal ketiak kiri
(lebih kurang 15cm
bawah tulang tengkuk)

Keliling leher

Ukur keliling pangkal


leher.

Gambar

Dada

Ukur keliling dada


yang paling penuh.

Bidang
hadapan

Ukur dari pangkal


ketiak kanan ke
pangkal ketiak kiri
(lebih kurang 7cm di
bawah garis leher)

Jarak mercu
dada

Ukur dari mercu dada


ke mercu dada kiri.

Pinggang

Ukur keliling bahagian


yang telah diikat
dengan tali.

Pinggul /
Punggung

Ukur keliling bahagian


pinggul yang paling
penuh.

Keliling lengan

Ukur keliling lengan.

Ukuran Menegak

Bahagian

Keterangan

Labuh tengah
belakang

Ukur dari tulang


tengkuk ke paras
pinggang yang diikat.

Labuh mercu
dada

Ukur dari pangkal


bahu ke mercu dada.

Gambar

Labuh baju

Ukur dari tulang


tengkuk ke paras
labuh yang
dikehendaki.

Pinggang ke
pinggul

Ukur dari pinggang ke


pinggul (lebih kurang
20cm ke bawah)

Labuh lengan

Letakkan tangan ke
pinggul.

7.0
PROSES
MENJAHIT

PROSES MENJAHIT

1) Mengambil hukuran badan

Kawan saya tolong saya untuk mengambil ukuran badan seperti bahu, bidang
belakang, keliling leher, dada, pingggang, pinggul, lengan dan sebagainya.

2) Draf ukuran atas kertas

Saya telah menggunakan ukuran badab yang telah diambil untuk memnbuat draf
diatas kertas.

3) Melukis pola

Seterusnya saya melukis pola atas kertas bagi memudahkan kerja menjahit
kelim, kancing lengan dan sebagainya.

4) Memilih bahan dan hiasan

Saya telah memilih kain berwarna merah untuk badan, kain berwarna kuning dan
berbunga kecil untuk bahagian tangan dan butang kuning untuk menghiaskan blaus
saya.

5) Menyusun atur pola diatas fabrik

Saya telah menyusun atur kesemua pola keatas fabrik


Seterusnya, mencucuk fabrik dan pola dengan jarum peniti untuk memudahkan
proses memotong fabrik

6) Menggunting fabrik

Fabrik dipotong mengikut pola yang disediakan

7) surih

Saya mengggunakan surih untuk menandakan bahagian basi, butang, garis


pemadan dan sebagainya untuk memudahkan proses menjahit.

8) Jahit tepi

Fabrik yang telah dipotong akhirya dijahit tepi supaya nampak kemas.

8.0 LANGKAH
LANGKAH
MENJAHIT

8.0 LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT

1.

Mendraf dan Mengubahsuai Pola Blaus.


Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, pola
bahagian badan belakang, pola lengan padanan rata dan pola kolar
lurus. Draf pola tersebut
pada kertas pola dan
semua

Ira lurus

pola

perlu

ditambah

basi

kelim

sebanyak

1.5

cm.

( Rujuk pola pakaian


yang telah dilakar )
Tanda pola
Tanda Imbangan

Huruf-huruf Ringkas Pada Pola

Garisan Pemadan
Cm

Sentimeter

S.L

Sebelah Luar

S.D

Sebelah Dalam

G.P
Tanda Lipatan
G.T.H

Garisan Pemadan
Garisan Tengah Hadapan.
(satu garisan di pertengahan pada
sehelai pakaian iaitu pada
hadapan skirt atau baju)

G.T.B

Garisan Tengah Belakang


(satu garisan ini menentukan
kedudukan pertengahan pada
sehelai pakaian, pada belakang
skirt atau baju)

Memilih Bahan Jahitan Dan Hiasan


Bahan jahitan yang digunakan untuk membuat blaus ini adalah fabric
kapas kosong 1.5 meter, fabrik kapas corak bunga sebanyak 0.5 meter,
benang jelujur, benang jahit dan 5 biji butang.

3. Menyediakan Fabrik
Kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik, melipat dua fabrik ikut ira
lurus, menekan fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin

dan rata. Kemudian fabrik dibentangkan di atas permukaan meja yang besar
dan luas.
.

Menyusun
Atur
Polapola
Di Atas
Fabrik
Patuhi
arahan
tanda
yang
ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah
selari dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan
diletakkan pada lipatan fabrik.Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulu
kemudian yang kecil. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.

Menggunting Fabrik
Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu, diikuti
dengan kepingan yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabila menggunting
fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan gunting. Gunting dengan gerakan sekata.
Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik. Selepas menggunting,
jangan tanggalkan pola.

Memindahkan Tanda Pola Ke Fabrik

Dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon kain, pindahkan tanda pola
ke fabrik mengikut garisan pemadan yang dilakar.

Jahit Kemas Tepi


Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi.

Menjahit Blaus

Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung


Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah Kangkung

A) Proses

menjahit Kelim Belah Kangkung

Langkah 1

Jahit tepi semua kepingan fabrik tersebut.


Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan.
Semat dengan peniti dan jelujur .
Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

Rajah 8.1 Proses menjahit kelim belah kangkung

Langkah 2

Cabut benang jelujur .


Susup benang jahit mesin yang lebih .

Sekiranya tepi kelim tidak dikemaskan dengan jahit mesin tepi ia boleh
dikemaskan dengan jahit insang pari atau jahit mesin.
Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan
luar kelim.

Rajah 8.2 Proses menjahit kelim belah kangkung

B) Menyediakan kolar lurus, mencantum dan mengemas kolar.

Langkah 1

Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar.
Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis
leher.
Buka jelujur
Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di
penjuru.

Rajah 8.3 Proses menjahit kolar lurus

Langkah 2

Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika.


Jelujur di sekeliling tepi kolar
Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.

Rajah 8.4 Proses menjahit kolar lurus


C) Menyediakan Badan Pakaian
Langkah 1

Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik.


Jelujur dan mesin .

Rajah 8.5 Proses menyediakan badan pakaian


Langkah 2

Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian.


Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah
hadapan.
Buka jelujur.
Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di sudut
hingga tinggal 6mm.

Rajah 8.6 Proses menyediakan badan pakaian

Langkah 3

Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.

Rajah 8.7 Proses menyediakan badan pakaian

Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan.


Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.
Mencantum dan mengemas kolar lurus.

Rajah 8.8 Proses menyediakan badan pakaian

D) Menjahit Kolar ke Pakaian


Langkah 1

Letakkan kolar bawah ke sebelah luar pakaian dengan memadankan hujung


kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis
tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.
Jelujur kedua-dua lapis kolar dari garis tengah hadapan hingga ke kelim bahu.
Snip kolar atas yang terletak di kelim bahu hingga ke garis leher
Jelujur hanya kolar bawah ke bahagian belakang pakaian.

Rajah 8.9 Proses menjahit kolar ke pakaian

Langkah 2

Balikkan lapik badan ke sebelah luar pakaian mengikut garis lipatan.


Jelujur garis leher lapik badan ke garis leher pakaian.
Jahit mesin di atas garis leher.
Buka jelujur.
Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
Snip basi penjahit 6mm 1.3mm jarak.

Rajah 9.0 Proses menjahit kolar ke pakaian

Langkah 3

Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian dan tarik kolar keluar dari
pakaian dan seterika.
Tepi kolar atas yang bebas dilipat mengikut garis leher ke sebelah dalam fabrik.
Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
Letakkan tepi yang berlipat ini ke atas garis leher badan belakang dan di atas
jahitan mesin.
Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin.
Sembat hujung lapik badan ke kelim bahu.

Rajah 9.1 Proses menjahit kolar ke pakaian

E) Menyedia dan mencantum lengan blaus


Langkah-langkah Menjahit Lengan Padanan Rata

Langkah 1

Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian.

Rajah 9.2 Proses menjahit lengan blaus

Langkah 2

Jahit dua garisan longgar di kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas garisan
pemadan atau baris pertama 3 mm di atas gp dan jahitan mesin longgar yang ke
dua 3 mm di bawah gp. Jahitan longgar.

9.3 Proses menjahit lengan blaus


Tanda imbang
Temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan semat
Jahit dengan jahitan mesin di garisan pamadan lengan
Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim

Kemaskan hujung lengan dengan kelepat


Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan.

Rajah 9.4 Proses menjahit lengan blaus

Langkah 3

Proses mencatumkan lengan ke lubang lengan


Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk menyeratakan
ukuran lengan dengan lubang lengan.
Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu.

Rajah 9.5 Proses menjahit lengan blaus


Langkah 4

Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan

hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim
bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan
belakang.
Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan
dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya.
Jejulur pada garis pemadan
Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari SD lengan.
Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih
atas.

Rajah 9.6 Proses menjahit lengan blaus

Jahit dengan jahitan mesin di GP lubang lengan. Mata jahitan mesin yang akhir
menindih mata jahitan mesin yang awal 3 hingga 4 cm.
Untuk mengukuhkan kelim, tekan dan seterika kelim dari SD supaya rata.

Rajah 9.7 Proses menjahit lengan blaus

F) Menyedia dan menetapkan kelepet lurus


Proses menjahit kelepet lurus
Langkah 1

Tandakan kedudukan kelepet

Rajah 9.8 Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 2

Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam selebar 6 mm

Rajah 9.9 Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 3

Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti selebar 2 6 1/2 cm.

Rajah 10.0 Proses menjahit kelepet lurus


semat dan jelujur
Menetapkan kelepet pada pakaian Memetapkan kelepet pada pakaian dengan
jahit silang pangkah

Rajah 10.1 Proses menjahit kelepet lurus

Proses menjahit penjuru Jahit tindih


i.Penjuru jahit tindih

Langkah 1

Lipat dan tekan supaya mendapat - Buka penjuru yang telah ditekan kesan
garisan kelepet dan gunting bahagian X 6 mm

Langkah 2

Tandakan dengan peniti dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti.

Rajah 10.2 Proses menjahit penjuru


lipat semula kelepet dan jahit jelujur jahit lilit ubi
Kemas kelepet dengan jahit sembat susup
Jahit sembat halus
Jahit lilit ubi

Rajah 10.3 Proses menjahit penjuru


G) Menjahit lubang butang dan butang

Langkah 1

Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti tepi belah dan


GTH

Rajah 10.4 Proses menjahit lubang butang

Langkah 2

Ukuran

lubang butang

Ukuran

garispusat
butang+
3mm(1/8 inci )

Semat

dan jelunjurkan

lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada

kedua-dua belah

lubang butang

Rajah 10.5 Proses menjahit lubang butang

Langkah 3

Gunting lubang butang mengikut urat benang


Lubang butang boleh digunting dengan gunting kecil yang tajam

Rajah 10.6 Proses menjahit lubang butang

Langkah 4

Mulakan menjahit dari hujung segiempat dengan menyusupkan jarum di antara


2 lapisan kain.
Masukkan jarum di hujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam
garisan jelunjur halus.Jarum hendaklah tegak dan menghala ke penjahit.

Rajah 10.7 Proses menjahit lubang butang

Langkah 5

kain

Jahit lubang butang di sepanjan tepi lubang hingga ke hujung bulat.


Pada hujung yang bulat , jahitkan 7 atau 9 mata jahitan lilit kemas.
Pusingkan kain supaya sebelah lubang yang belum dijahit terletak berdekatan
dengan penjahit.
Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segiempat.

Rajah 10.8 Proses menjahit lubang butang

Langkah 6

Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segiempat


masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang akhir.
Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segiempat

Rajah 10.9 Proses menjahit lubang butang

Langkah 8

Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segiempat.


Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam
baju.

Rajah 11.0 Proses menjahit lubang butang

Langkah 9

Mulakan dengan jahit kia pada tempat butang


Terus menjahitkan butang pada fabrik melalui lubang butang sebanyak 3 atau 4
kali.
Sudahkan di sebelah dalam dengan jahit ulat-ulat.
Ukuran lubang butang untuk butang bertangkai = lebar butang bertangkai +6mm.

Rajah 11.1 Proses menjahit butang bertangkai

H) Menekan dengan seterika


Setelah selesai proses menjahit blaus, blaus hendaklah ditekan dengan
seterika mengikut laras suhu kepanasan yang sesuai. Tekan bahagian
badan dahulu diikuti dengan bahagian lengan dan kolar. Sesudah selesai
ditekan gantung blaus untuk dianginkan seketika.

Rajah 11.2 Proses seterika blaus

9.0 PENGIRAAN KOS


PENGIRAAN KOS

A.

Kos Bahan

Bil

Bahan

Kos seunit

Harga

(RM)

(RM)

1. Fabrik Kosong

1.5 meter

11.00/meter

16.50

2. Fabrik berbunga

0.5 meter

11.00/meter

5.50

3. Benang

1 buku

0.80/buku

0.80

4. Butang

5 biji

0.30/biji

1.50

5. Kertas Mahjung

1 helai

0.50/helai

0.50

JUMLAH :

24.80

6.

B.

Kuantiti

Kos Upah (tiada)

C.

Kos Sampingan

Bil Bahan

Harga
(RM)

Elektrik

1.00

Jahit Kemas Tepi

4.00

Jahit Butang dan Lubang Butang

5.00
JUMLAH

D.

Kos Projek

Kos projek = Kos bahan + Kos upah + Kos sampingan


= RM 24.80 + RM 0.00 + RM 10.00
JUMLAH = RM 34.80

10.00

10.0 HASIL
PENGHASILAN
BLAUS

HASIL PENGHASILAN BLAUS

Pandangan hadapan

HASIL PENGHASILAN BLAUS

Pandangan belakang

11.0 REFLEKSI

Bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat


menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas
praktikum.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek RBT 3203E Ekonomi
Rumah Tangga dan Pertanian, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk
dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baharu kepada saya. .Saya berasa
begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia
ada saya tentang jahitan amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai jahitan dapat saya meneruskan tugasan
ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu.
Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang
telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah
yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari
bahan rujukan tajuk mengenai fabrik yang digunakan untuk menjahit blaus. Selepas itu,
saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai rekod kos untuk melihat kos sepasang
blaus untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan
ini kerana tidak begitu faham untuk menjahit blaus dan membuat rekod laporan jahitan
tetapi setelah di terangkan oleh Pn. Asmahan, saya akhirnya dapat mengetahui
bagaimana cara-cara untuk menjahit leher, lengan dan membuat pola baju blaus.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk
diisi dalam kerja kursus saya. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum
dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn.
Asmahan telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Ini

merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini.
Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemahiran dalam
bidang jahitan kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat sepasang blaus. Perkara
ini tidak mudah kerana banyak langkah-langkah dan teknik yang saya perlu mahir untuk
menyiapkan sepasang blaus.
Melalui pembuatan blaus yang telah berjaya disiapkan dalam masa yang
ditetapkan dan juga rekod kerja ini, banyak ilmu yang telah saya berjaya perolehi
berkaitan dengan pembinaan pakaian.
Antara ilmu yang telah saya perolehi ialah tentang jenis-jenis fabrik yang sesuai
digunakan untuk membuat blaus, memilih rekaan yang terbaik berdasarkan jenis fabrik
dan kesesuaian si pemakai, mengukur saiz baju dan juga membuat pola. Selain
daripada itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan tentang proses-proses menjahit
bahagian-bahagian pakaian dengan cara yang betul.
Dalam pakaian yang dihasilkan, antara ciri-ciri yang terdapat pada blaus tersebut
ialah kolar lurus, lengan padanan rata, kelepet belah sama lebar. Selain itu kelim belah
kangkung telah digunakan untuk mencantum bahagian bahu dan tepi baju. Walaupun
terdapat halangan yang dihadapi sepanjang usaha untuk menghasilkan pakaian ini,
namun segalanya dapat diatasi dan blaus ini berjaya disiapkan. Antara masalah yang
wujud ialah kekangan masa dan masalah teknikal seperti kerosakan mesin yang
melambatkan masa menyiapkan proses jahitan. Namun berkat tunjuk ajar pensyarah
pembimbing dan bantuan daripada rakan-rakan masalah ini berjaya diselesaikan.
Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba
menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan
seterusnya mengkaji bagaimana sehelai blaus boleh dihasilkan.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang jahitan
dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui bukubuku terutamanya buku Kemahiran Hidup dan sumber internet.

Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya
perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya menjahit sehelai blaus akan
dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat
sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.
Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang
disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan
yang lebih meluas mengenai ilmu yang berkaitan dengan jahitan. Sebagaimana yang
kita ketahui jahitan merupakan seni yang tidak semua orang boleh buat.
Saya tidak pernah tahu adanya alat untuk mencucuk benang ke dalam jarum.
Jika dahulu saya hanya mencucuk benang tanpa sebarang alat yang digunakan.
Berbanding sekarang dengan mata yang kurang jelas penglihatannya, saya masih
dapat mencucuk benang ke dalam jarum denagn menggunakan alatannya (Threader).
Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang
diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, tugasan ini akan
saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk
mengajar subjek ini nanti.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada yang telah banyak membantu saya dalam memberi tunjuk
ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak
lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian
tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak
tuan/puan.

12.0 BIBLIOGRAFI

BUKU

Ahmad, M. J. (1987). Asas Merangka Pola Pakaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Modul Reka Bentuk Dan Teknologi, PPG Bahagian Pendidkan Guru.
Razak, S. B. Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5 KBSM. Selangor: Blue T
Communication Sdn Bhd.
Shamsudin, A. Ekonmmi Rumahtangga Fokus Jingga SPM. Kuala Lumpur: Pelangi.

INTERNET

https://syahirahbpsrt.wordpress.com/pakaian/membuat-pakaian/
http://mte3012-meihui.blogspot.my/2015/10/proses-menjahit.html
http://www.inayus.com/2015/08/nota-jahit-lengkap-dalam-proses.html

13.0
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai