Anda di halaman 1dari 51

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 6/2016

RBT 3203E
TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PETANIAN
TUGASAN KUMPULAN
NAMA PELAJAR
MUHAMMAD FARUQ HUSAINI BIN MOHD ROSLI
PRISCA LIM LI JAN
NOMBOR MATRIK
0612/2957
012/2962
NOMBOR KAD PENGENALAN
941203-11-5479
941206-12-6632
NAMA KUMPULAN
TESL
NAMA PENSYARAH
PUAN ROHANI BINTI SEMAN
TARIKH SERAHAN
07 OKTOBER 2016

1.0 PROFIL
PELAJAR

2.0

PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan

folio RBT 3203E Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian ini. Sebagai individu yang tidak
pernah didedahkan secara lansung dalam proses jahitan, ilmu kali ini dikira sangat
bermanfaat terutamanya dalam kehidupan seharian. Sejujurnya, banyak cabaran dan
halangan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan.
Namun, dengan bantuan yang diberikan pelbagai pihak, kami tetap berjaya menyelesaikan
tugasan dengan sebaik mungkin.
Pertama sekali, jutaan terima kasih ingin kami ucapkan kepada pensyarah
kesayangan kami, Puan Rohani Binti Seman atas tunjuk ajar yang diberikan tanpa rasa
jemu. Kami bertuah kerana dikurniakan seorang pensyarah yang sangat komited dalam
mencurahkan ilmu tanpa mengira penat lelah. Proses pembelajaran bersama Puan Rohani
sangat menarik dengan lawak jenaka yang sentiasa menghiburkan kami semua.
Selain itu, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada rakan-rakan yang tidak
putus-putus menghulurkan bantuan terutamanya ketika ketiadaan pensyarah. Kami
bersyukur kerana rakan-rakan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang tugas kali ini. Tanpa
mereka, agak sukar untuk kami menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.
Seterusnya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa kami yang
sentiasa menyokong gerak kerja kami. Walaupun tidak bersua muka, namun kami tahu
bahawa doa ibu bapa kami tidak pernah putus mengharapkan yang terbaik buat kami.
Akhir kata, terima kasih juga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara lansung mahupun tidak lansung kerana tanpa anda semua, kualiti kerja kami tidak
mungkin akan mencapai tahap ini.

3.0

PENGENALAN
Reka bentuk pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Teknologi

Rumah Tangga Dan Pertanian. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan
teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai
kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta menjahit pakaian.
Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai pakaian. Murid
juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni, sikap positif serta budaya
kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.
Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih pelajar
untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidak langsung dapat
melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan menjahit pakaian
dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat.
Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaan hingga
ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenis-jenis jahitan dan
juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan. Selain itu pelajar juga perlu mengenal pasti
beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut. Setelah itu pelajar berpeluang untuk
mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetap dalam syarat-syarat yang ditetapkan.
Di samping itu, proses yang terlibat dalam penghasilan baju ini juga boleh dipelajari
oleh semua pelajar dengan mudah. Oleh itu, diharap penerangan daripada folio ini, di
samping bahan-bahan lampiran dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

JENIS JAHITAN
1. Jahitan Kia
- Jahitan kia digunakan untuk menyambung kain bagi menggantikan jahitan mesin.
- Jahitan ini adalah kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahit mesin pada sebelah
luar dan seperti jahit batang di sebelah dalam.

2. Jahitan Silang Pangkah


- Jahitan ini digunakan untuk menetapkan kelepet, lipatan atau mengemas
tepi kain.

3. Jahitan sembat susut


- Jahitan ini digunakan untuk menentapkan dan mengemaskan kelepet.

4.0 SENARAI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

1.0

PROFIL PELAJAR

2.0

PENGHARGAAN

3.0

PENGENALAN

4.0

SENARAI KANDUNGAN

5.0

LAKARAN STAIL PAKAIAN

6.0

CONTOH FABRIK YANG DIGUNAKAN

7.0

UKURAN BADAN

8.0

ALATAN DAN BAHAN

9.0

SUSUN ATUR POLA

10.0

LANGKAH MENJAHIT

11.0

PENGIRAAN KOS

12.0

LAMPIRAN

13.0

RUJUKAN

5.0
LAKARAN STAIL
PAKAIAN

HURAIAN STAIL PAKAIAN

Lapik
-

Lapik merupakan proses menjahit fabrk yang ditambah pada tepi fabrik, atau

pakaian dengan tujuan mengemas tepinya.


Lapik ini digunakan untuk menambahkan kecanntikan pada bahagian hujung
lengan.

Kolar lurus
-

Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher.
Kegunaan kolar adalah untuk memberi gaya atau stail pada pakaian dan untuk
menyeudahkan garis leher pada pakaian

Kelepet
-

Kelepet merupakan penyudah tepi yang dibuat untuk mengemas tepi lurus atau
melengkung pada pakaian seperti di bawah baju.

Belah
-

Belah merupakan proses jahitan pada pakaian untuk memudahkan pakaian


tersebut dipakai atau ditanggalkan.

6.0
CONTOH FABRIK
YANG DIGUNAKAN

7.0
UKURAN BADAN

UKURAN BADAN
Langkah-langkah mengambil ukuran badan adalah seperti berikut:

Gunakan pita ukur yang tegap dan jelas nombornya untuk mendapatkan
ukuran yang tepat. Mulakan bahagian yang melintang diikuti dengan bahagian

menegak.
Ambil ukuran di sebelah kanan, perlu berpakaian ringkas dan memakai pakaian

asas yang sama sendatnya.


Tandakan ukuran pnggang dengan mengikat pita atau tali dan ukuran

hendaklah tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.


Berikut adalah rekod ukuran

Bil

Ukuran ( cm )
Bahagian Badan
Faruq

Prisca

1.

Leher

42

39

2.

Dada

60

66

3.

Pinggang

45

42

5.

Bahu

31

30

6.

Bidang dada

32

36

7.

Bidang belakang

28

30

8.

Labuh tengah belakang

40

36

9.

Labuh lengan

27

23

10.

Labuh baju

50

46

8.0
BAHAN DAN
ALATAN

1. Pita pengukur

Alat ini digunakan untuk mengukur segala objek yang perlu diukur, tidak kiralah di
permukaan rata mahupun tidak rata.

2. Pembaris sesiku L

Alat ini digunakan semasa proses melangkah pola dan membuat garisan.

3.

Roda surih dan kertas karbon

untuk memindah pola ke fabrik

Kedua-dua alat ini digunakan

4. Kapur tanda

Alat ini digunakan untuk menanda tanda- tanda pola ke atas fabrik.
Kesan dari alat ini akan ditanggalkan selepas dicuci.

5. Gunting Fabrik

Alat ini digunakan untuk mengunting kain fabrik.

6. Gunting pucuk rebung

Alat ini digunakan untuk menggunting tepi fabrik

supaya tidak terurai.


7. Jarum

Alat ini digunakan bersama benang untuk menjahit kain.

8. Jarum Peniti

Alat ini digunakan untuk menyemat kain untuk


senangkan jahitan

9. Benang

Benang digunakan bersama jarum untuk menjahit kain.

10. Snipper Kain

atau menetaskan jahitan.

Alat ini digunakan untuk menanggalkan benang jelujur

9.0
SUSUN ATUR
POLA

SUSUN ATUR POLA


1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, kita perlu pastikan bahawa :
a) Pola tidak berkedut
b) Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkan
c) Kedua dua hujung fabrik telah diluruskan

2. Membentang Fabrik
a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik
b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik
c) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur pola di atas fabrik


a) Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas
sebelah dalam fabrik.
b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik.
c) Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik. Ukur
dari tepi untuk ketepatan.
d) Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil.
e) Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan.
f) Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan kepingan pola
apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu bahagian kiri atau
satu bahagian kanan.
g) Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10 15 cm.
Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting.
h) Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa menyemat.
i) Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk
memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

10.0
LANGKAH
MENJAHIT

SEBELUM JAHITAN

Melakar Dan Merekacipta Baju

Mengenalpasti Ukuran Baju Yang Ingin Dihasilakan

Melakar Pola

Menyediakan Fabrik

Menyusun Atur Pola Di Atas Fabrik

Menggunting Fabrik

Memindahkan Tanda Pola Ke Fabrik

Jahit Kemas Tepi

SEBELUM MENJAHIT
1. Melakar dan merekacipta baju yang mempunyai ciri-ciri:

Berkolar
Lengan padanan rata
Belah hadapan atau belakang

2. Mengenalpasti ukuran baju yang ingin dihasilakan.

Ukuran boleh diambil dengan menggunakan pita pengukur.

3. Melakar pola

Pola dilakarkan dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas.


Kemudian, membuat pengubahsuaian mengikut ukuran yang dikehendaki.
Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, pola bahagian badan

belakang, pola lengan padanan rata dan pola kolar lurus.


Berikut merupakan simbol-simbol yang perlu diambil kira semasa penghasilan pola:

Berikut merupakan huruf-huruf ringkas pada pola:

Ira lurus

Tanda Imbang

Tanda Lipatan

Huruf Ringkas

Keterangan

Cm

Sentimeter

Mm

milimeter

S.L

Sebelah Luar

S.D

Sebelah Dalam

G.T.H

Garis Tengah Hadapan

G.T.B

Garis Tengah Belakang

L.T.H

Lipatan Tengah Hadapan

G.L

Garisan Lipatan

L.T.B

Lipatan Tengah Belakang

Garis Pemadan

4. Menyediakan fabrik.

Kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik, melipat dua fabrik ikut ira lurus,
menekan fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata.

5. Menyusun Atur Pola Di Atas Fabrik

Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari
dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada
lipatan fabrik. Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulu kemudian yang
kecil. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.

6. Menggunting Fabrik

Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu, diikuti
dengan kepingan yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabila menggunting
fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan gunting. Gunting dengan gerakan sekata.
Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik. Selepas menggunting,
jangan tanggalkan pola.

7. Memindahkan Tanda Pola Ke Fabrik

Dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon kain, pindahkan tanda pola ke
fabrik mengikut garisan pemadan yang dilakar

8. Jahit Kemas Tepi

Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi.

SEMASA JAHITAN

Menjahit Belah Kelepet Yang Sama Lebar.

Menjahit Bahu Mendatang Selapis

Menjahit Kelim Baju

Menyedia Dan Mencantumkan Kolar

Menyedia Dan Mencantum Lengan

Menjahit Kelepet

Menjahit Lubang Butang Dan Butang

LANGKAH 1

MENJAHIT BELAH KELEPET YANG SAMA LEBAR.


Meletakkan lapik dalam nipis yang berpelekat di sebelah dalam lapik belah
kelepet yang sama lebar.
Menekankan dengan menggunakan seterika.
Melekatkan lapik pada pakaian dengan jahitan silang pangkah.

LANGKAH 2
MENJAHIT BAHU MENDATANG SELAPIS
Mencantumkan bahu mendatang pada badan belakang dengan kelim lipat
tindih.
Menggunting besi kelim yang berlebihan dan mengemaskan dengan mesin
pengemas tepi.

MENJAHIT KELIM BAJU


LANGKAH
3
Mencantumkan dengan bahu mendatang.
Menggunting basi kelim yang berlebihan dengan mengemaskan dengan
jahitan mesin pengemas tepi.

PROSES MENJAHIT KELIM BELAH KANGKUNG


Langkah 1

Rajah 3.1: Proses menjahit kelim belah kangkung


1. Jahit tepi semua kepingan fabrik tersebut.
2. Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan.
3. Semat dengan peniti dan jelujur.
4.

Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

Rajah 3.2: Proses menjahit kelim belah kangkung

Langkah 2
1. Cabut benang jelujur.
2. Susup benang jahit mesin yang lebih.
3. Sekiranya tepi kelim tidak dikemaskan dengan jahit mesin tepi ia boleh dikemaskan
dengan jahit insang pari.

4.

Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan luar
kelim.

Rajah 3.3: Proses menjahit kelim belah kangkung

MENYEDIA DAN MENCANTUMKAN KOLAR


Menyediakan kolar dengan melekatkan lapik dalam tebal berperekat pada
sebelah dalam bagi lapisan atas bagi fabrik kolar.

LANGKAH 4

Jahit mesin di sekeliling bahagian atas kolar.

Guntuing basi kelim yang berlebihan dan snip bahagian yang melengkung.
Balikkannya di sebelah luar.
Camtumkan kolar ke garisan leher.

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KOLAR LURUS


(Menyediakan Kolar Lurus)
Langkah 1
1. Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar.
2. Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher.
3. Buka jelujur
4. Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di penjuru.

Rajah 4.1: Proses menjahit kolar lurus


Langkah 2
1. Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika.
2. Jelujur di sekeliling tepi kolar
3. Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.

Rajah 4.2: Proses menjahit kolar lurus

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIA DAN MENCANTUMKAN KOLAR


(Menyediakan Badan Pakaian)
Langkah 1

1. Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik.


2. Jelujur dengan menggunakan mesin.

Rajah 4.3: Proses menyediakan badan pakaian


Langkah 2
1. Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian.
2. Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah hadapan.
3. Buka jelujur.
4. Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di sudut
hingga tinggal 6mm.

Rajah 4.4: Proses menyediakan badan pakaian

Langkah 3
1. Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.

Rajah 4.5: Proses menyediakan badan pakaian


2. Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan.
3. Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.

Rajah 4.6: Proses menyediakan badan pakaian

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIA DAN MENCANTUMKAN KOLAR


(Menjahit Kolar ke Pakaian)

Langkah 1
1.

Letakkan kolar bawah ke sebelah luar pakaian dengan memadankan hujung kolar
ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah
belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.

2. Jelujur kedua-dua lapis kolar dari garis tengah hadapan hingga ke kelim bahu.
3. Snip kolar atas yang terletak di kelim bahu hingga ke garis leher
4. Jelujur hanya kolar bawah ke bahagian belakang pakaian.

Rajah 4.7: Proses menjahit kolar ke pakaian

Langkah 2
1. Balikkan lapik badan ke sebelah luar pakaian mengikut garis lipatan.
2. Jelujur garis leher lapik badan ke garis leher pakaian.
3. Jahit mesin di atas garis leher.
4. Buka jelujur.
5. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
6. Snip basi penjahit 6mm 1.3mm jarak.

Rajah 4.8: Proses menjahit kolar ke pakaian

Langkah 3
1. Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian dan tarik kolar keluar dari pakaian
dan seterika.
2. Tepi kolar atas yang bebas dilipat mengikut garis leher ke sebelah dalam fabrik.
3. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
4. Letakkan tepi yang berlipat ini ke atas garis leher badan belakang dan di atas
jahitan mesin jelujur.
MENYEDIA LENGAN GELEMBUNG
5. Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin.
Menjahit kedut mesin pada kepala lengan dari noch belakang ke noch
6. Sembat hujung lapik badan ke kelim bahu.
hadapan.
Mencantumkan kelim lengan dengan kelim yang sesuai, kemudian kelim
di hujung lengan untuk kemasan.

MENCANTUM LENGAN
Melekatkan lengan kanan ke lubang lengan kanan sebelah luar
Rajah 4.9: Proses menjahit kolar ke pakaian
bertemu.
Menemukan garis pemadam, kelim lengan ke kelim rusuk badan, noch
lengan hadapan ke noch lubang lubang lengan badan, garis atas lengan
ke kelim bahu badan dan juga noch lengan belakang ke noch lubang
lengan badan belakang.
Menarik benang jahit kedut kepada lengan supaya lengan menjadi
sama lebar dengan lubang lengan badan.
Melilitkan benang jahit kedut pada peniti yang telah disematkan pada

LANGKAH 5

hujung jahit kedut.

Membahagikan kedut tersebut supaya sama rata.


Dengan menggunakan peniti yang menegak ke lubang lengan,
menyemat lengan ke lubang lengan dengan memadankan kedua-dua
garis pemadannya.
Jahit lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari S.D lengan
tersebut.

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT LENGAN PADANAN RATA


Langkah 1
1. Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian.

Rajah 5.1: Proses menjahit lengan baju

Langkah 2

Rajah 5.2: Proses menjahit lengan baju


1. Temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan semat
2. Jahit di garisan pamadan lengan
3. Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim
4. Kemaskan hujung lengan dengan kelepat
5. Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan.

Rajah 5.3: Proses menjahit lengan baju

PROSES MENCATUMKAN LENGAN KE LUBANG LENGAN


Langkah 1
1. Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk menyeratakan ukuran
lengan dengan lubang lengan.
2. Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu.

Rajah 5.4: Proses menjahit lengan baju


Langkah 2
1. Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan hadapan
ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim bahu badan dan
notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan belakang.
2. Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan dengan
memadankan kedua-dua garis pemadannya.
3. Jejulur pada garis pemadan
4. Jahit lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari SD lengan.
5. Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih atas.

Rajah 5.5: Proses menjahit lengan baju


6. Jahit di GP lubang lengan. Mata jahitan mesin yang akhir menindih mata jahitan
mesin yang awal 3 hingga 4 cm.
7. Untuk mengukuhkan kelim, tekan dan seterika kelim dari SD supaya rata.

Rajah 5.6: Proses menjahit lengan baju

LANGKAH 6
MENJAHIT KELEPET
Melipat dan menggosok bahagian kelepet.
Menyematkan jarum peniti di bahagian tersebut supaya proses menjahit
sembat mudah untuk dilakukan.
Proses menjahit sembat dan juga silang pangkah.

Menyedia dan menetapkan kelepet lurus


(Proses menjahit kelepet lurus)
Langkah 1
1. Tandakan kedudukan kelepet

Rajah 6.1: Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 2
1. Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam selebar 6 mm

Rajah 6.2: Proses menjahit kelepet lurus


Langkah 3
1. Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti selebar 2 6 1/2 cm.

Rajah 6.3: Proses menjahit kelepet lurus


2. semat dan jelujur.
3. Menetapkan kelepet pada pakaian Memetapkan kelepet pada pakaian dengan jahit
silang pangkah.

Rajah 6.4: Proses menjahit kelepet lurus

PROSES MENJAHIT PENJURU JAHIT TINDIH


Langkah1
1. Lipat dan tekan supaya mendapat kesan garisan kelepet dan gunting bahagian buka
penjuru yang telah ditekan.

Langkah 2
1.

Tandakan dengan peniti dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti.

Rajah 6.5: Proses menjahit penjuru

2.
3.
4.
5.

lipat semula kelepet dan jahit jelujur jahit lilit ubi.


Kemas kelepet dengan jahit sembat susup.
Jahit sembat halus
Jahit lilit ubi

Rajah 6.6 Proses menjahit penjuru

LANGKAH 7
MENJAHIT LUBANG BUTANG
Menanda kedudukan lubang butang dengan jarum peniti.
Semat dan jelunjurkan lebar butang dengan jelunjur halus pada kedua-dua
belah lubang butang.
Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat.

MENJAHIT BUTANG
Letakkan sebatang jarum peniti dia atas butang. Jahit butang dengan
melilitkan benang di atasnya.
Mulakan dengan jahitan kia pada tempat butang.
Tanggalkan jarum peniti dan tarik butang ke atas.
Lilit benang pada tangkai butang sehingga ketat.

MENJAHIT LUBANG BUTANG


Langkah 1
1. Menanda kedudukan lubang butang dengan jarum peniti.

Rajah 7.1: Proses menjahit lubang butang


Langkah 2
1. Ukuran lubang butang
2. Ukuran garispusat butang+ 3mm(1/8 inci )
3. Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada
kedua-dua belah lubang butang

Rajah 7.2: Proses menjahit lubang butang

Langkah 3
1. Gunting lubang butang mengikut urat benang
2. Lubang butang boleh digunting dengan menggunakan sepasang gunting kecil
yang tajam

Rajah 7.3: Proses menjahit lubang butang


Langkah 4
1. Mulakan menjahit dari hujung segiempat dengan menyusupkan jarum di antara 2
lapisan kain.
2. Masukkan jarum di hujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam kain garisan
jelunjur halus.
3. Jarum hendaklah tegak dan menghala ke penjahit.

Rajah 12.4: Proses menjahit lubang butang


4. Tarikkan kedua-dua benang dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah jarum. Tarik
benang ke atas sehingga simpul terjadi.
Langkah 5
1. Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat.
2. Pada hujung yang bulat, jahitkan 7 atau 9 mata jahitan lilit kemas.

Rajah 7.5: Proses menjahit lubang butang


Langkah 6
1.

Pusingkan kain supaya sebelah lubang yang belum dijahit terletak berdekatan

dengan penjahit.
2. Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segiempat.

Rajah 7.6: Proses menjahit lubang butang


Langkah 7
1. Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segiempat, masukkan
jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang akhir.
2. Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segiempat

Rajah 7.7: Proses menjahit lubang butang


Langkah 8

1. Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segiempat.


2. Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam baju.

Rajah 7.8: Proses menjahit lubang butang

MENJAHIT BUTANG
LANGKAH 1
1. Lipat fabrik yang disediakan dan tandakan kedudukan butang.

Rajah 7.9: Proses menjahit butang


2. Letakkan sebatang jarum peniti di atas butang. Jahit butang dengan melalukan
benang di atasnya.
3. Tanggalkan jarum peniti dan tarik butang ke atas.

4. Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat.


5. Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik
6. Pada sebelah dalam fabrik, jahit insang pari

SELEPAS JAHITAN

Membuat Kemasan

Kemasan baju.
1. Baju dicuci untuk menghilangkan tanda kapur.
2. Kemudian, seterika digunakan untuk menghilangkan kedutan.
3. Baju hendaklah ditekan dengan seterika mengikut aras suhu kepanasan yang
sesuai.
4. Bahagian badan di seterikakan dahulu, diikuti bahagian lengan dan kolar.
5. Setelah diseterika, gantung baju untuk dianginkan seketika.

11.0
PENGIRAAN KOS

PENGIRAAN KOS
A) Kos Bahan

Bil

Bahan

Kuantiti

Kos Seunit
(RM)

Kos
(RM)

0.20

2.00

Kertas surih

1 set

2.

Roda surih

1 unit

2.00

2.00

Kapur pengukur

1 unit

0.50

0.50

Pembaris sesiku L

1 batang

3.50

3.50

Jarum peniti

1 kotak

2.00

2.00

Benang jahit

1 lembar

0.80

0.80

Butang

5 biji

0.10

0.50

Gunting

1 unit

10.00

10.00

1.

Jumlah

RM 21.30

B) Kos upah
RM 5 (kelim)
C) Kos sampingan
RM 5

Jumlah:
Kos Bahan + Kos Upah + Kos sampingan
RM 21.30 +

RM 5

+ RM 5

= RM 31.30

12.0
LAMPIRAN

13.0
RUJUKAN

BIBLIOGRAFI
Sarimah binti Abd Razak, Zahrah binti Isa. Ekonomi Rumahtangga Tingkatan
5.KBSM. Blue T Communication Sdn Bhd.Selangor.
Mohamed Jalal Ahmad.Asas Merangka Pola Pakaian. (1987). Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Robaayah Hj Abd Wahab, Susan Manikam.(1978).Panduan Sains
Rumahtangga.
Modul Reka Bentuk Dan Teknologi. PPG,Bahagian Pendidikan Guru.

Edisi Percubaan Modul Pembelajaran Rekaan Dan Jahitan Pakaian. Pusat


Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (1999).Ekonomi Rumahtangga Fokus Jingga
SPM. Pelangi. Kuala Lumpur.
Azmawati binti abdul Aziz, Zaitun Zakian binti Mohd Noor dan Lamah binti Abdul Ghani
(2002). Pengurusan Pakaian Tingkatan 4, Bahan Sumber Pengajaran:

Edu Sysrem

Sdn Bhd. Kuala lumpur


Noor Habibah Hassan bt Othman, Faudziah binti Md Din dan Zahrah binti Esa
(2002).Pengajian Pakaian Tingkatan 5. Edu System Sdn Bhd . Kuala Lumpur.
Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah
Demi Langkah Teknik menjahit. Kuala Lumpur.
Zaitun Zakiah binti Noor, Norzaini binti Abdul Ghani dan Nawawi bin Mohd Jan (2006).
KBSM Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bajhasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai