Anda di halaman 1dari 1

Laporan menghasilkan sudut ilmu Bahasa Inggeris

Antara objektif pelaksanaan projek ini adalah :

1. Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti mebaca.


2. Membina motivasi intrinsik dan penghayatan Bahasa melalui pendekatan bacaan.
3. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan minda dengan input yang berguna dan menarik.
4. Memperkembangkan kemahiran berfikir secara kreatif and kritis semasa aktiviti membaca.
5. Melatih murid mengamalkan nilai membaca untuk menjamin pembelajaran sepanjang hayat.

Penyediaan sudut ilmu yang menarik berasaskan pendekatan yang menceriakan pelajar
telah menawarkan suatu cara yang mampu menarik perhatian dan minat murid untuk membaca buku
yang mampu menambah pengetahuan dan keinginan murid untuk melibatkan diri dalam kelas PdP.
Dalam pada masa yang sama mereka belajar untuk menguasai kemahiran berfikir dengan kritis
dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

Menerusi medium ini, guru- guru secara tidak langsung dapat memupuk minat membaca.
Kawasan yang kondusif dan menarik amat membantu murid berasa selesa untuk mempelajari
pengetahuan baru.Penerapan nilai membaca harus dijadikan budaya suapya ianya selalu diamalkan
dalam kehidupan seharian.Dengan itu, penerapan minat sejak kecil adalah amat penting.

Sudut ilmu amat penting dalam pertumbuhan minat membaca kanak-kanak. Ianya
merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana projek seperti ini
menolong dalam pembangunan kemahiran asas intelek iaitu membaca. Ianya juga meningkatkan
daya berfikir murid supaya lebih kreatif dan kritis. Oleh itu pemilihan projek ini amat bersesuaian untuk
di aplikasikan di sekolah terutamanya terhadap murid tahap 1. Ini kerana mereka akan menjadi cepat
bosan dan kurang berminat sekiranyapersekitaran pembelajaran kurang ceria dan menarik.
Perkembangan literasi dan minat mempunyai peranan yang besar dalam pengajaran mata
pelajaran Bahasa Inggeris bagi murid-murid sekolah rendah .Objektif jangka panjang ini adalah untuk
keseronokan dan minat dalam membaca, yang mana dapat memberi sumbangan yang baik dan
berkesan terhadap perkembangan JERIS murid. Melalui sudut ilmu tersebut, Murid-murid juga dapat
merujuk maklumat yang disediakan dengan lebih mudah kerana kedudukan sudut yang stategik.

Secara keseluruhanya, projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan tidak mempunyai
masalah yang besar.Murid juga secara kasarnya dapat menggunakan Reading coner ini walaupun
ada kekangan kecil .Saya juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah seperti
guru pembimbing dalam menjayakan tugasan ini dimana guru pembimbing saya telah memberikan
banyak cadangan dan bantuan kepada saya.Saya berharap projek ini akan memberikan
sumbangankepada guru guru untuk mengunakan sudut kecil yang kami sediakan ini , yang mana
ianya mampu memberikan keseronokan dan pengajaran yang lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai