Anda di halaman 1dari 62

1

TAJUK 2
Konsep Asas Falsafah
dan Falsafah Pendidikan
2
KONSEP ASAS FALSAFAH
berasal dari perkataan Yunani
philosophia di mana philo bermaksud
cinta dan sophia bermaksud
pengetahuan
Pendek kata cinta kepada
pengetahuan
Berkisar kepada elemen spt
manusia, Tuhan dan alam


3
TAKRIFAN FALSAFAH
Berfikir secara sistematik
Logik dan berurutan

Berfikir secara radikal
Berfikir mendalam dan menyelesaikan
masalah dengan penuh tanggungjawab

Berfikir secara sejagat
Pemikiran makro dan bukan mikro
4
KONSEP ASAS FALSAFAH
Rumusan
Satu sistem idea yang komprehensif
mengenai fitrah manusia dan makna
realiti di mana kita berada
Boleh jadi satu panduan hidup
Bukan setakat mencari jawapan tetapi
untuk mencari pemahaman
Meliputi pelbagai bidang spt sosiologi,
undang-undang, agama, politik, dll
termasuk pendidikan


5
CABANG FALSAFAH
Bahagi kepada 4 cabang
Metafizik
Axiologi
Epistemologi
Logik


6
METAFIZIK
Mengkaji sifat realiti
Merujuk yang jauh melangkau alam
fizikal dan kebendaan
Mengutarakan soalan spt
Apakah itu kebenaran?
Adakah Tuhan wujud?
Siapakah manusia?
Apakah itu hidup?
Apakah kebebasan manusia?
7
AXIOLOGI
Berasal perkataan Yunani maksud
nilai
Mempersoalkan tentang
baik atau buruk
Benar atau salah
Cantik atau hodoh
Merangkumi aspek etika dan estetika
Etika apa yg sepatut kita lakukan
dan apa yang paling sesuai untuk
kita lakukan
8
AXIOLOGI
ETIKA- memberi perhatian kepada
moral dan tingkah laku manusia
Boleh dikategorikan kepada 3 bidang
asas:
Meta ethics kajian ttg konsep etika
Normative ethics- kajian ttg bagaimana
menentukan nilai etika
Applied etihics kajian ttg penggunaan
nilai etika


9
AXIOLOGI
Soalan-soalan etika
Apakah itu kebaikan?
Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu
betul?
Adakah moraliti bersifat objektif atau
subjektif?
Estetika merujuk kepada kriteria kecantikan
dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan.
Lebih bertumpu kepada cita rasa dan sentimen
Cuba menjawab soalan spt:
Apakah itu kecantikan?
Bagaimanakah kita dapat menikimati
keindahan alam semulajadi?
10
EPISTEMOLOGI
Mengkaji ttg ilmu dan
kepercayaan
Berasal dari perkataan Yunani
episteme bermaksud ilmu dan
logos bermaksud keterangan
Berfokuskan penganalisisan dan
penghasilan ilmu dan tuntutan
ilmu

11
EPISTEMOLOGI
Menjawab soalan
Apakah itu ilmu?
Apakah sumber-sumber
pengetahuan?
Apakah yang diketahui oleh
manusia?
Bagaimanakah kita tahu bahawa
kita ketahui sesuatu?

12
EPISTEMOLOGI
Antara sumber ilmu:
Wahyu
Berasaskan pengalaman pancaindera
Intuisi : pengetahuan yagn diperolehi
melalui cetusan idea secara tiba-tiba
tanpa sedar
Pandangan pakar
Logik
Kaedah saintifik
13
LOGIK
Menerangkan hubungan antara idea-idea
di samping memberi alasan bagi jawapan
yang diberi
Cuba membezakan apa yang dikatakan
sah dan mengelirukan
Dua jenis logik
Logik induktif
Logik deduktif
Soalan yang ditanya:
Apakah yg dimaksudkan dgn taakulan baik
atau kurang baik?
Bagaimanakah kita tentukan taakulan itu baik
atau kurang baik?

14
TOPIK 3
Falsafah Pendidikan Islam dan
Timur
15
KONSEP FALSAFAH ISLAM
Falsafah Islam mempunyai tiga aspek
Ilmu Fizik berasaskan benda
Ilmu Matematik ilmu hitung dan astronomi
Ilmu Ketuhanan
Al Kindi (805-873 AD)
Pengertian Falsafah Islam
Boleh dilihat dari dua sudut:
Falsafah teori - mengetahui sesuatu yg ada cth ilmu
fizik, metafizik dll
Falsafah amalan mengetahui sesuatu yg
seharusnya diwujudkan dalam perbuatan cth ilmu
akhlak
Al Farabi (870-890 AD)
16
KONSEP PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan dari perspektif Islam
Satu proses secara berterusan
memupuk seluruh potensi semulajadi
manusia dari segi intelek, akhlak,
rohani dan jasmani secara bersepadu
dan seimbang ke arah pembentukan
insan soleh yang membawa kebaikan
di dunia dan akhirat.

17
TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM
Mendidik murid supaya berakhlak mulia
Mendidik roh supaya halus dan sempurna
Mengasuh murid melakukan yang baik,
terhormat dan mulia
Membiasakan diri murid dengan adab-
adab yg mulia
Membiasakan murid dengan kebersihan,
kesucian dan keikhlasan serta amalan-
amalan yg mulia
18
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Membentuk dan memperkembangkan
insan supaya menjadi muslim yg berilmu,
beriman, beramal soleh dan berperibadi
mulia ke arah melengkapkan diri serta
bertanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah Allah S.W.T. yang bertakwa
Melahirkan insan yg taat kepada Allah
S.W.T. Hidup dalam masyarakat dgn
harmoni, aman dan damai dan seterusnya
mendapat keredaan dan kesejahteraan di
akhirat
19
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan menurut Islam
adalah usaha membaiki diri
supaya membentuk sifat
kesempurnaan.
Falsafah Pendidikan Islam adalah
berdasarkan Al-Quran sbg
rujukan utama.
Pendidikan Islam juga
menyatupadukan pendidikan
ilmu keduniaan dan ilmu akhirat.
20
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam berkaitan
realiti masyarakat dlm
hubungannya dgn kebudayaan
sosial, ekonomi dan politik.
Peningkatan manusia haruslah
berdasarkan aspek kehidupan
dgn ilmu pengetahuan.
21
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Penyampaian ilmu adalah amanah
Allah.
Bersifat dinamik, berkembang sesuai
dgn kajian dan penyelidikan yg
pelbagai bidang.
Dasar Pendidikan Islam ialah
tauhid, ilmu wahyu, manusia
berpotensi memperkembang moral
dan kerohanian serta kehidupan di
dunia dan akhirat.

22
Imam Al-Ghazali
Seseorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir

Didikan kanak-kanak dgn pelajaran agama, adab
sopan supaya menjadi manusia yg baik.

Bersikap tegas dgn kanak-kanak, jgn biasakan
mereka bersenang-senang dan berseronok.

Tidak boleh keterlaluan apabila mendenda
mereka. Jangan mencemoh dan membenci
mereka.

Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri
mereka.
23
Imam Al-Ghazali
. Sambungan
Kanak-kanak digalakkan bermain untuk
kuatkan otot, beri kerehatan selepas
belajar.

Guru perlu mengajar mengikut
kemampuan murid.

Memberi nasihat secara yg baik, bukan
menempelak mereka.

Guru tidak perlu mengharap ganjaran
tetapi menunjukkan tingkah laku yg baik.
24
Ibnu Khaldun
Beliau banyak memperkatakan tentang
persediaan untuk belajar,pemerhatian,
motivasi,berusaha, pengukuhan dan
perbezaan individu.
Kanak-kanak jgn diajar perkara yg susah
yg boleh menyebabkan tidak mahu belajar
dan membenci pengajaran.
Mengajar drp yg mudah kpd yg susah
secara berperingkat-peringkat, latih tubi,
bahan maujud dan gunakan alat bantu
mengajar.
Pengajaran di prasekolah perlu diberi
contoh yg konkrit.

25
Imam Al-Ghazali
sambungan
Pembacaan al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya.

Kanak-kanak harus dididik dgn kasih
sayang.
Masa belajar tidaklah terlalu panjang
kerana boleh menyebabkan lupa.

Bahasa adalah asas kpd semua kanak-
kanak semasa pembelajaran.
26
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR
Kehidupan manusia akan menjadi baik
jika mereka sanggup berubah dan
perubahan ini akan berlaku akibat
bersama guru

Sikap seseorang terhadap kehidupan
faktor penentu kebahagiaan

Manusia belajar melalui pemerhatian alam
semulajadi mereka

Setiap manusia ingin memperolehi
kebijaksanan dan mencapai Nirvana.

27
FALSAFAH PENDIDIKAN CONFUCIUS
Konfusianisme
Diasaskan oleh Confucius, dan pengikutnya ialah
Mengzi, Xunzi dan Hanyu.

Mereka berpendapat peranan utama pendidikan
ialah membina tingkah laku manusia supaya
menjadi manusia berakhlak.

Confucius menegaskan pendidikan adalah satu
proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah
laku manusia.
28
FALSAFAH PENDIDIKAN CONFUCIUS
. Sambungan
Pendidikan menjadi alat penting untuk
mengekalkan nilai dan norma masyarakat untuk
mengekalkan keharmonian masyarakat.

Confucius menganggap fitrah manusia
mengandungi nilai-nilai murni yg perlu
dikembangkan melalui proses pendidikan.

Pelajar perlu dididik nilai murni melalui lima buah
buku klasik

Confucius mengakui setiap individu mempunyai
potensi berbeza, yg perlu diajar mengikut
kebolehannya.
29
FALSAFAH PENDIDIKAN CONFUCIUS
Konsep pendidikan : pendidikan adalah untuk
semua, tanpa mengambil kira status
sosioekonomi

Matlamat pendidikan: menghasilkan individu yg
berkebolehan (zian cai) serta bermoral tinggi

Peranan guru:
Fasilitator
Penyampai ilmu yg mahir
Menunjukkan komitment terhadap tugas
Mengenali dan memahami murid
Memaksimumkan potensi dan kebolehan murid
30
FALSAFAH PENDIDIKAN CONFUCIUS
Kurikulum: berfokuskan mata pelajaran
spt
Pendidikan Moral nilai termasuk hormat kpd
ibu bapa (xiao), hormat kepada orang yg lebih
tua (ti), ketekunan (min), kesetiaan (zhong),
jimat cermat (jian), tolak ansru (rang)
kebijaksanaan (zhi) dan keberanian (yong)
Enam buku yg merangkumi falsafah, politik,
ekonomi dan kebudyaan
Muzik
Puisi
Kesusteraan
Sejarah
Kod dan tatacara kelakuan yang baik

31
RABINDRANATH TAGORE

Seorang ahli falsafah dan penyair
dari India.

Beliau mentafsirkan pendidikan sbg
proses untuk melahirkan manusia yg
berfikiran sempurna supaya
kehidupannya lebih bermakna.

Pendidikan harus menjadi hidup yg
dinamik dan realistik yg tidak terikat
kpd buku tetapi perlu dihubungkan
dgn pengalaman.
32
RABINDRANATH TAGORE
Seseorang yg berpendidikan
hendaklah berfikiran cergas,
saintifik, bersih, berani dan bersikap
nasionalisme yg positif.

Tagore banyak dipengaruhi oleh
falsafah pragmatisme dan
progresitivisme.

33
FALSAFAH PENDIDIKAN
RABINDRANATH TAGORE
Konsep Pendidikan: merupakan satu
proses yg menyediakan setiap
individu utk menyara hidup masing-
masing kelak

Matlamat pendidikan: menghasilkan
individu yg menyeluruh melalui
interaksi dan integrasi dengan
persekitaran
34
FALSAFAH PENDIDIKAN
RABINDRANATH TAGORE
Kurikulum: menekankan komponen ilmu
dan aktiviti fizikal. Mata pelajaran spt:
Muzik
Seni
Kesusasteraan
Drama dan tarian
Sejarah
Pendidikan alam sekitar
Peranan guru:
Fasilitator
Pemangkin utk menggerakkan perbincangan
Penjana idea yg kreatif dan bernas

35
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
TRADISIONAL
MODEN
ESENSIALISME
PERENIALISME
REALISME
IDEALISME
REKONSTRUKTIONISME
EKISTENISIALISME
PRAGMATISME
PROGRESIVISME
36
FALSAFAH PENDIDIKAN
TRADISIONAL BARAT
Perenialisme (Tradisional)
Falsafah ini dipengaruhi oleh idea Plato
dan Aristotle.
Pelopor fahaman ini ialah Hutchins,
Mortimer dan J.Maritain.
KONSEP: ciri-ciri asas semulajadi manusia
berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah
termasuk rasionaliti
Matlamatnya, mengutamakan potensi
rasional dan memahami dunia sebenar.

37
PERENIALISME (Tradisional)

Tujuan pendidikan utk mengajar
pengetahuan dan nilai sejagat, abadi
dan tidak mempunyai had masa

Proses pendidikan ialah mendisiplin
mental dan jiwa pelajar serta
mengembang potensi menaakul.

Pelajar digalakkan membaca tulisan
agong.

38
PERENIALISME (Tradisional)

Pelajar akan dapat berjumpa dgn
pemikiran dan mempelajari ilmu
berdasarkan karya agong.

Tugas pengajar adalah untuk memupuk
kelakuan moral, melatih menguasai 3M
dan mengingat karya agong.

Pendidikan kemanusiaan dan keagamaan
perlu dipelajari dahuli sebelum
mempelajari pendidikan sains.

39
PERENIALISME (Tradisional)

Jenis kurikulum: mata pelajaran
kritikal diberi tumpuan spt bahasa,
seni, sastera, matematik dan sains.
Bantu murid mendapat celik akal
mengenai kehidupan
Peranan Guru: dianggap pakar dan
berwibawa
Kaedah mengajar: berpusat guru
dan tidak mengambil kira pandangan
murid
Peranan Murid: berusaha
bersungguh-sungguh dan
menyiapkan tugasan yg diberikan
40
ESSENSIALISME (Tradisional)
Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh falsafah
idealisme dan realisme.
Pelopornya, William C.Bagley, Thomas Briggs,
Frederick Breed dan Issac L. Kandel.
J.B. Conant dan H.G. Rickover menyetakan fitrah
manusia kurang nilai murni yg sebenar.
Membentuk kesempunaan diri yg sempurna perlu
latihan intelek dan nmental.
Guru memainkan peranan penting dlm
membentuk murid kepada masyarakat yg
berkualiti.
41
ESSENSIALISME (Tradisional)
Guru hendaklah memiliki kelayakan
akademik, emosi yg stabil dan memahami
psikologi.
Rajin, minat dan tumpuan pelajar kunci
utama ke arah kejayaan mereka.
Pembentukan kurikulum hendaklah
berdasarkan keperluan masyarakat.
Asas membaca 3M penting kpd murid
sekolah rendah.
Di sekolah rendah dan menengah
m/pelajaran penting diajar dahulu
sebelum mata pelajaran kurang penting.
42
ESSENSIALISME (Tradisional)
Konsep: terdapat ilmu dan
kemahiran utama yang perlu
diketahui oleh individu agar menjadi
ahli masyarakat yg produktif.
Bersifat praktikal dan prakmatik
Jenis kurikulum: 3M diajar dan mata
pelajaran spt sains, sejarah, seni,
muzik dll.
Peranan Guru: seorang yg
berwibawa dn menjadi rol model
Kaedah mengajar: pendekatan
didaktik
Peranan Murid: perlu rajin belajar
dan menerima apa yg diajar
43
Progresivisme (Moden)
Progesivisme berasaskan drp falsafah
naturalisme dan pragmatisme.
Pelopornya, J. Rousseau, Heinrich
Pestalozzi dan Freidrich Froebel.
Rousseau berpendapat manusia dilahirkan
suci dan semulajadi.
Teori Pembelajaran Semulajadi
menekankan kpd kesediaan pembelajaran
murid.
Naturalisme berpendapat cara
pembelajaran kanak-kanak dan orang
dewasa adalah berbeza.


44
Progresivisme (Moden)
Pragmatisme menyatakan ilmu
pengetahuan diperoleh melalui
perhubungan manusia dgn alam sekitar.
Mereka berpendapat sesuatu idea atau
prinsip dikatakan benar jika diuji secara
objektif dan saintifik.
Cara pengajaran yg paling berkesan
adalah dengan menggunakan kaedah
penyelesaian masalah.
Progresivime berpendapat aktiviti
pembelajaran perlu dirancang
berdasarkan minat, keperluan dan
kebolehan pelajar.

45
Progresivisme (Moden)
Guru adalah sebagai pembimbing
dlm pengajaran menggunakan
kaedah inkuiri penemuan.
Mata pelajaran Sains dan Kemahiran
Hidup sangat sesuai diajar dengan
menggunakan kaedah ini.
Strategi koperatif menggalakkan
murid mengamalkan murid
mengamalkan demokratik.
46
Progresivisme (Moden)
Konsep: melihat perubahan
sebagai intipati realiti. Ilmu
sesuatu yg relatif dan tentatif.
Orang yg berpendidikan
menyesuaikan diri dgnperubahan
melalui penggunaan celik akal

Matlamat pendidikan:
menyediakan murid yg dapat
menyesuaikan diri dgn perubahan


47
Progresivisme (Moden)
Jenis kurikulum: murid diberi kebebasan
utk memilih mata pelajaran supaya
belajar apa yg diminati. Dapat
memaksimumkan potensi dan kebolehan
Peranan Guru: sebagai pembimbing,
pengurus P&P utk wujudkan persekitaran
P&P yg kondusif, merangsang pemikiran
pelajar
Kaedah mengajar: pendekatan induktif
utk beri peluang kpd murid berfikir

48
Progresivisme (Moden)
Kaedah mengajar yang disyorkan
Pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah
yg menggunakan kaedah induktif berpandukan
kaedah saintifik
Kerja makmal dan eksperimen utk penerokaan
alam sekeliling
Pengalaman langsung dengan persekitaran

Peranan murid: tugas mencari penjelasan yg
diperlukan, bertanya soalan
49
REKONSTRUKTIVISME (Moden)
Pelopornya, George S. Counts dan Harold
O. Rugg.
Fahaman ini menggabungkan teori
progresivisme dan behaviorial sains
Mereka berpendapat pengalaman sebenar
adalah hsil interaksi manusia dengan alam
sekitar dan sosial.
50
REKONSTRUKTIVISME (Moden)
Pelajar harus mematuhi prinsip tingkah
laku di samping meningkatkan
pembelajaran mereka.
Teknik perbincangan sesuai untuk
pembelajaran kerana sesuai untuk
diaplikasikan dlm masyarakat.
Rekonstuktif menggalakkkan murid
menyelesaikan masalah secara kritis dan
kreatif.

51
REKONSTRUKTIVISME (Moden)
Konsep : sekolah dianggap pemangkin utk
meningkatkan keadaan hidup manusia,
landasan sesuai utk membina masyarakat
baru,
Matlamat pendidikan: mengasaskan corak
budaya baru serta menghapuskan
penyakit sosial
Jenis kurikulum: terdiri drp bidang sains
sosial berfokuskan isu setempat dan
antarabangsa

52
REKONSTRUKTIVISME (Moden)
Peranan Guru: bertugas sebagai agen
perubahan, bersifat kreatif dan inovatif
Kaedah mengajar: berpusat murid dan
kemahiran menyelesaikan masalah diberi
tumpuan melalui sumbangsaran, main
peranan dan simulasi
Peranan murid: berperanan aktif, berani
mencuba dan sanggup mengubah
paradigm

53
Eksistensialisme (Moden)
Fahaman ini berasaskan
naturalisme dan mazhab
humanis.
Pelopornya, ialah Carl Rogers.
Melalui pengajaran, murid boleh
bertindak berdasarkan ilmu
pengetahuan dan kefahamannya
mengikut masa dan keadaan.
54
Eksistensialisme (Moden)
Menekankan kurikulum dipindahkan
drp alam dunia kpd dunia personaliti.
Kuantiti pembelajaran dan nilainya
hendaklah ditentukan oleh pelajar.
Guru hendaklah menyediakan kpd
murid supaya berfikir secara
reflektif.

55
Eksistensialisme (Moden)
Konsep : individu harus
bertanggungjawab ke atas perkembangan
diri
Matlamat pendidikan: tidak digariskan
kerana sekolah atau guru tidak berak utk
menentukan matlamat pendidikan
Jenis kurikulum: tidak mempunyai mata
pelajaran khusus, mata pelajaran bersifat
estetik dan falsafah spt seni, sastera dan
drama
56
Eksistensialisme (Moden)
Peranan Guru: sebagai pemangkin utk
menyediakan peluang bagi murid
berkembang
Kaedah mengajar : berpusat murid atau
aktiviti spt main peranan, simulasi dl
Peranan Murid: melibatkan diri secara
aktif dan memaksimumkan peluang
pendidikan

57
Implikasi Terhadap Perkembangan
Pendidikan di Malaysia

a)Falsafah Pendidikan Islam
Mewujudkan perkembangan yg
seimbang di dlm diri individu dgn
nilai-nilai keislaman.
Melahirkan manusia yg bertakwa
kpd Allah.
Melahirkan manusia yg berbudi
bahasa.

58
Implikasi Terhadap Perkembangan
Pendidikan di Malaysia

Falsafah Pendidikan Islam
Melahirkan manusia yg bercita-
cita tinggi.
Skop dlm bidang pendidikan
disebarkan secara menyeluruh
dan meluas.
Fahaman idealistik dan realisme
serta usaha untuk membentuk
individu yg beriman

59
Implikasi Terhadap Perkembangan
Pendidikan di Malaysia
b) Falsafah Pendidikan Timur
Pendidikan kerohanian universal yg paling
tinggi menerusi kehidupan dan ciptaan.
Pendidikan realistik iaitu pendidikan yg
tidak semata-mata terikat kpd buku.
Pendidikan yg hidup dan dinamik, bukan
mekanikal dan tidak bermaya.
Pendidikan untuk nasionalisme yg tulen
adalah bertujuan menambahkan ideal-
ideal dan tradisi negara.

60
Implikasi Terhadap Perkembangan
Pendidikan di Malaysia
Falsafah Pendidikan Timur
Pendidikan untuk nasionalisme adalah
bertujuan memupuk perhubungan baik,
persahabatan dan keamanan seluruh
dunia.
Pendidikan untuk perkembangan individu
bertujuan membentuk kuasa kuasa dan
sikap individu sepenuhnya.
Kebolehan individu kpd kebajikan,
masyarakat dan negara serta
menghormati satu sama lain.
61
Implikasi Terhadap Perkembangan
Pendidikan di Malaysia
Falsafah Pendidikan Barat
Memupuk kelakuan moral yg tinggi.
Melatih murid menguasai 3M dlm
mata pelajaran penting.
Guru membantu murid berfikir
secara rasional.
Memahami dunia sebenar dgn
menemui prinsip mutlak.
Mendisiplin/mendidik mental dan
jiwa murid supaya menjadi rasional.
62
Implikasi Terhadap Perkembangan
Pendidikan di Malaysia
Falsafah Pendidikan Barat
Memanamkan sifat intelek dan kemahiran berfikir
murid.
Nilai-nilai masyarakat (sosial, budaya dan politik)
diajar di sepanjang peringkat sekolah.
Membentuk personaliti dan mental serta
keharmonian yg sempurna.
Perihatin dgn keadaan masyarakat sekarang dan
akan datang serta dapat menyelesaikannya.
Mempertingkatkan kehidupan sosial yg
demokratik tanpa perbezaan istimewa.

Anda mungkin juga menyukai