Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN


KEPUJIAN
Semester 3

RBT 3173E
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH
RENDAH

TUGAS PROJEK BERKUMPULAN


NAMA PELAJAR
:
ANGKA GILIRAN
:
NO. KAD PENGENALAN :

YAKEASWARI A/P MAHENDRA RAJ


2013023500001
820531058246

NAMA PELAJAR
:
ANGKA GILIRAN
:
NO. KAD PENGENALAN :

SHARVNI A/P ARUMUGAM


2013023500001
820531058246

NAMA PELAJAR
:
ANGKA GILIRAN
:
NO. KAD PENGENALAN :

PRISCA LIM LI JAN


2013023500001
820531058246

KUMPULAN/ UNIT

TESL

NAMA PENSYARAH

DR. NAZERI BIN MOHAMMAD

TARIKH SERAHAN

04 APRIL 2015

Dalam pengajaran Reka bentuk dan technologi, terdapat tiga kaedah/pendekatan


yang boleh diguna. Pertama sekali ialah konstruktivisme. Idea asal konstruktivisme
berasal daripada teori Perkembangan Kognitif Piaget dan teori Zon Perkembangan
Prokimal (ZPD) Vygotsky (1896-1934). Oleh yang demikian, konstruktivisme boleh
didefinisikan sebagai pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap
individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan
daripada orang lain. (Mok Song Sang, 2008)
Ini bermakna murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan
pendekatan

berdasarkan

pengetahuan

dan

pengalaman

sedia

ada,

mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru


yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Kaedah pengajaran konstruktivisme mempunyai beberapa ciri-ciri. Pertama
adalah, murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
Murid bebas membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada demi
mencapai kefahaman tentang sesuatu konsep. Murid juga berpeluang berkongsi
persepsi antara satu sama lain. Ini bermakna, murid menggunakan pemikiran yang
sama berdasarkan membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sendiri
untuk menyelesaikan sesuatu perselisihan pandangan.
Kedua adalah, murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya.
Pengalaman yang sama atau hampir sama membuatkan murid menghargai
sebarang pendapat rakan-rakan lain. Justeru, untuk mencapai keberkesanan
pembelajaran, murid merancang strategi, berfikir dan akhirnya menilai aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan.
Ketiga adalah, berpusatkan murid. Guru cuma berperanan sebagai
pembimbing supaya murid dapat mencari makna, terutamanya dalam merancang,
mengarah dan menilai pemikirannya. Selain itu juga, kaedah pengajaran ini bersifat
hands-on dan minds-on.

Keempat adalah, pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir.


Murid diajar mengenai perkembangan operasi yang mengarahkan dan mengawal
kemahiran serta proses kognitif (proses metakognitif). Oleh yang demikian, tindakan
rasionalisasi amat dititik beratkan dalam setiap pemikiran murid.
Ciri-ciri yang kelima pula adalah, renungan kembali proses pembelajaran
yang telah dilaksanakan. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru
yang menerangkan teori. Guru hanya sebagai pembimbing yang membawa kepada
proses pemikiran dan aktiviti yang dijalankan.
Keenam adalah, hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Perkara
terpenting

dalam

menghubungkaitkan

kaedah

pengajaran

konstruktivisme

adalah,

murid

mesti

pengalamannya dengan maklumat baru yang diterimanya.

Seterusnya, murid akan mengaplikasikan idea yang baru dibina dalam kehidupan
seharian.
Ciri-ciri yang selanjutnya adalah, prihatin kepada keperluan kebolehan dan
minat guru. Ini bermakna, kaedah pengajaran ini mengutamakan keupayaan guru
dalam penyampaian ilmu dan minatnya supaya murid dapat mengaplikasikan teori
berdasarkan pengalaman masing-masing. Lagipun pentafsiran murid terhadap apa
yang diajar guru, berlainan antara satu sama lain.
Ciri-ciri yang terakhir adalah, murid selalunya bekerja secara kumpulan. Guru
akan membuat aktiviti berkumpulan agar murid dapat melontarkan pandangan
masing bersama-sama rakan-rakan sebaya mereka. Setiap persoalan dalam
kumpulan akan diselesaikan berdasarkan pengalaman sendiri dan dibimbing melalui
maklumat yang baru disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, ia akan
mengwujudkan kerjasama dan perasaan muhibbah. (Mok Song Sang, 2008)
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan
isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti handson. Pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada pelajar. Teori ini
menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di
bilik darjah, makmal,tempat bekerja atau kehidupan seharian.Teori ini menggalakkan
pendidik (guru) memilih persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai

pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi bagi
mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

Pendekatan yang kedua ialah Kontekstual. Menurut Pusat Perkembangan


Kurikulum (2001), Pembelajaran Kontekstual ialah satu kaedah pembelajaran yang
menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian
individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. Pembelajaran
Kontekstual menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran yang
pelbagai. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila murid dapat memproses
maklumat yang disampaikan dengan cara menggabungkan atau menghubungkaitkan
pengalaman

sedia

ada

dengan

pengetahuan

baharu

secara

bermakna.

Pembelajaran berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama
ada melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu
melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam
fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja atau tempat tinggal, pelbagai bidang
ilmu, dan sebagainya.
Di samping itu, pembelajaran melalui pendekatan kontekstual juga adalah
merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai bentuk dan kompleks serta
mengatasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Maka
itu konsep kontekstual diberi penekanan sebagai salah satu teknik pengajaran.
Melalui persekitaran tersebut, para pelajar berupaya mengenalpasti perhubungan
yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang
nyata.

Konsep

dihayati

melalui

proses

penemuan,

pengukuhan

dan

menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Kesihatan


berkenaan tajuk Penyakit berjangkit mungkin mengetahui bagaimana penyakit itu
merebak dan bagaimana penyakit tersebut bertindak balas dengan persekitaran dan
apakah langkah pencegahan penyakit-penyakit tersebut. Satu kelas Biologi atau
Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari
penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang
kepada kemerosotan persekitaran.
Kaedah ketiga ialah pendekatan berasaskan projek. Pembelajaran berasaskan
projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara
sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan
kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan
projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam

bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan
pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.
Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor
William

Kilpatrick

(1871-1965),

dengan

pengubahsuaian

daripada

kaedah

penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam
pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik
apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran
melalui projek yang dilaksanakan.
Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam sesuatu

bidang atau domain interdisiplinari. Projek

pelajar

boleh

dilaksanakan secara berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar
memberi

kebaikan kepada

diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara

berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan


kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara individu (Johnson dan
Johnson, 1999).

Anda mungkin juga menyukai