Anda di halaman 1dari 27

ISU-ISU UTAMA DAN CABARAN DALAM

HUBUNGAN 2 HALA ANTARA MALAYSIA DAN


SINGAPURA

SITI NUR SAKINAH BINTI TAIP


D20161074641
NURUL BINTI IWAN
D20161074660
VANESSA IMU ANAK SIMON
D20161074660
• Malaysia dan Singapura merupakan sebuah negara jiran yang
sangat dekat sekali dan rapat jika melihat dari sudut sejarah dan
geografi. Namun, setelah Singapura mengambil keputusan untuk
meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 maka di situlah titik
mulanya percetusan antara kedua-dua negara ini sehinggakan
mewujudkan pelbagai konflik sehingga ke hari ini.
SEJARAH
SEJARAH
LAMPAU
LAMPAU

Faktor-
faktor
konflik
Malaysia-
Singapura
PERKAUMA
PERKAUMA PERSAINGA
PERSAINGA
N
N N
N EKONOMI
EKONOMI
FAKTOR SEJARAH LAMPAU
• Menurut Rusdi Omar (2005), salah satu faktor berlakunya konflik antara Malaysia dan Singapura
adalah disebabkan oleh faktor belakang sejarah. Faktor sejarah lampau ini menyebabkan isu-isu
timbul antara kedua-dua negara ini dengan masing-masing menuntut hak mereka berkaitan dengan
penemuan-penemuan sesuatu kawasan.
• Isu Pulau Batu Putih merupakan isu yang sangat hangat apabila Singapura mula mempertikaikan
hak ke atas Pulau tersebut pada tahun 1980 setelah Singapura keluar dari Malaysia selepas dua
puluh lima tahun.
• Pulau Batu Putih dikenali sebagai Pedra Branca yang mana jika dilihat secara geografinya
kedudukan Pulau Batu Putih dengan Malaysia hanyalah sejauh 12.8 KM berbanding Singapura
sejauh 64 KM. Namun begitu, Singapura tidak bersetuju hal ini dilihat melalui dari segi
geografi tetapi melihat dari sudut sejarah siapa yang terlebih dahulu berada di kepulauan
tersebut serta mentadbirnya.
FAKTOR PERSAINGAN EKONOMI
• Ekonomi amat memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara dan sesebuah
negara sanggup melakukan apa sahaja untuk kelansungan pembangunan ekonomi negara mereka
meskipun berdepan dengan konflik-konflik tertentu.
• Konflik antara Singapura dan Malaysia dilihat dari segi persaingan ekonomi hal ini jelas dilihat
dalam isu penambakan laut yang dilihat mempunyai unsur-unsur persaingan ekonomi. Isu ini
bermula apabila Singapura melakukan kegiatan penambakan laut di tenggara Pulau Tekong,
Singapura.
• Hal ini telah menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati Malaysia kerana aktiviti penambakan laut ini
menjejaskan pendapatan nelayan Johor serta memusnahkan ekosistem di dalam laut Malaysia.
• Aktiviti penambakan ini akan menyebakan laluan kapal menjadi semakin cetek dan sempit sehingga
kapal-kapal besar yang menggunakan perairan Malaysia ke Pelabuhan Tanjung Pelepas akan beralih
ke Singapura akibat kawasan laluan ke Tanjung Pelepas agak sempit impak dari penambakan laut.
FAKTOR PERKAUMAN

• Konsep ini memperjuangkan hak sama rata antara setiap warganegara Malaysia tanpa
mengambil kira etnik dan agama yang dianuti. Menurut Lim Kuan Yew, Malaysia akan
menjadi lebih maju berbanding Malaysia sedia ada sekiranya Perdana Menteri Malaysia
pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman yang bersikap tegas dan tidak hanya
mementingkan kepentingan hak istimewa orang melayu sahaja bagi membentuk
Malaysia yang berbilang kaum dengan membenarkan masyarakat Cina dan India
menyertai sistem pentadbiran negara.
• Tanah Melayu dikatakan hanya bersetuju untuk bergabung dengan Sabah dan Sarawak
sahaja tetapi tidak dengan Singapura kerana risau berlakunya ketidakseimbangan kaum
yang mana Singapura mempunyai bilangan masyarakat Cina yang terlalu ramai.
ISU-ISU UTAMA MALAYSIA-SINGAPURA

 ISU AIR
 ISU PULAU BATU PUTIH
 ISU TAMBAKAN LAUT
 ISU PENCEROBOHAN RUANG UDARA OLEH TENTERA UDARA
SINGAPURA
 ISU PENEMPATAN PUSAT PEMERIKSAAN KASTAM, IMIGRESEN DAN
KUARANTIN (CIQ) DI TANJONG PAGAR
ISU AIR
• Pertikaian isu air ini timbul apabila Malaysia menuntut hak untuk menyemak semula
harga penjualan air kepada Singapura.
• Pembekalan air ke negara Singapura adalah melalui Perjanjian Air 1961 dan
Perjanjian Air 1962.
• Melalui Perjanjian Air 1961, kerajaan Malaysia akan membekalkan sumber air
mentah ke Singapura yang diperoleh dari Sungai Tebrau dan Sungai Skudai daripada
kerajaan negeri Johor, manakala untuk Perjanjian Air 1962 pula, kerajaan Singapura
akan mendapat bekalan air dari Sungai Johor.
• Malaysia perlu membekalkan air sebanyak 350 juta gelen air mentah sehari kepada
Singapura dengan harga tiga sen bagi setiap 1000 gelen.
• Singapura pula, mereka akan menjual balik hanya 30 juta gelen air dirawat sehari kepada
kerajaan negeri Johor pada harga 50 sen setiap 1000 gelen.
• Kemudian, kerajaan Singapura telah meminta penambahan bekalan air dari kerajaan
Malaysia sebanyak 50 juta gelen air daripada 350 juta gelen sekarang.
• PENYELESAIAN:
• Melalui beberapa rundingan telah diadakan dari pelbagai peringkat tetapi
sehingga kini masih lagi menemui kegagalan.
• Contohnya, semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir iaitu dalam tahun 1997
dan 1998, sebanyak 12 rundingan telah diadakan antara kedua-dua buah
negara di peringkat tertinggi bagi membincangkan isu air tetapi sehingga
kini masih belum selesai.
• Kerajaan Singapura telah mengambil keputusan drastik dengan tidak menyambung
semula Perjanjian Air 1961 yang tamat pada tahun 2011 dan hanya bergantung
kepada Perjanjian Air 1962 sahaja sehingga tahun 2061.
Kronologi 1979- Malaysia mengesahkan pemilikannya ke atas Pulau Batu
Puteh, Middle Rocks dan South Ledge ketika menerbitkan peta
Tuntutan rasmi baru.
Pulau Batu
Putih
1980- Singapura menghantar Nota Bantahan terhadap peta baru ISU
Malaysia. Bermulalah pertikaian hak Kedaulatan Pulau Batu
Puteh, Middle Rocks dan South Ledge. pul
au
bp
1981- Persetujuan Tun Dr. Mahathir dan Lee Kuan Yew untuk
pertukaran dokumen.
1991& 1992- Tun Dr. Mahathir dan Goh Chok Tong mengulangi persetujuan.
- Persetujuan menyelesaikan isu berdasarkan undang-undang. Pertukaran
memorandum masing-masing antara Malaysia dengan Singapura.

1993&1994- Rundingan pertama dan kedua dimulakan tetapi gagal. Kemudian


persetujuan pemimpin untuk merujuk ICJ.
1995, 1996 & 1998- Rundingan untuk mencapai Perjanjian Khas.

1997-2007- Selama 28 tahun kerajaan Malaysia mula menjalankan penyelidikan


di lebih 40 tempat di sembilan negara bagi mencari fakta-fakta yang menyokong
tuntutan Malaysia.
2003-Perjanjian Khas Malaysia dengan Singapura ditandatangani yang
bersetuju untuk merujuk pertikaian hak kedaulatan Pulau Batu Puteh ke
ICJ.

2003-2004-Perjanjian Khas dikuatkuasakan. Pemberitahuan bersama untuk


merujuk kes ke ICJ. Penyerahan memorial daripada kedua-dua negara

2005- Penyerahan memorial balas dan jawapan balas daripada kedua-dua negara.
2007- Perbicaraan di ICJ berlangsung.
2008- Keputusan dibicarakan dan diputuskan dan diumumkan di The Hague,
Belanda
ISU TAMBAKAN LAUT
• Pertikaian ini timbul apabila Singapura telah melakukan kegiatan penambakan laut di kawasan tenggara Pulau
Tekong yang menyebabkan laluan kapal menjadi semakin cetek dan sempit yang mengakibatkan kapal besar
yang melalui perairan Malaysia beralih atau terpaksa menggunakan laluan perairan Singapura.
• Kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membincangkan isu penambakan laut oleh
Singapura itu.
• Singapura turut memperluaskan kawasan tambakan pantai terutama di perairan Tuas serta kawasan sekitarnya
yang berhampiran dengan Tanjong Pengelih.
• Memaksa kerajaan Malaysia untuk mula memberikan perhatian khusus kerana kawasan tersebut telah melebar
luas ke sekitar Selat Johor.
• Kerajaan Malaysia telah menghantar surat bantahan rasmi kepada Singapura supaya menghentikan serta-merta
projek penambakan tersebut tetapi kerajaan Singapura tidak memberikan kerjasama dengan menyatakan
bahawa itu adalah hak mereka untuk meluaskan negara.
• Kerajaan Malaysia telah memilih untuk menggunakan kaedah timbang tara setelah beberapa rundingan yang
dilakukan oleh kedua-dua buah negara tidak mencapai kata putus.
• Malaysia telah membawa isu tambakan laut ini ke Tribunal Antarabangsa Mengenai Undang-Undang Laut
(ITLOS) di Hamburg, Jerman.
• Pada 8 Oktober 2003, ITLOS telah mengeluarkan keputusan perbicaraan tuntutan kes isu tambakan laut
dimenangi oleh kerajaan Singapura.
ISU PENCEROBOHAN RUANG UDARA MALAYSIA OLEH TENTERA
UDARA SINGAPURA

• Pertikaian tentang isu pencerobohan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara Singapura (RSAF) timbul apabila
dikatakan sering kali menggunakan laluan udara Malaysia yang terletak di Laut China Selatan.
• Hal ini menyebabkan kerajaan Malaysia mendakwa Singapura telah menceroboh ruang udara Malaysia dan
mengundang keancaman kepada rakyat Malaysia.
• Tindakan pesawat Singapura menceroboh ruang udara Malaysia tidak hanya berlaku sekali tetapi kerap kali
walaupun tindakan tersebut hanya untuk tujuan sesi latihan ketenteraan semata-mata oleh kerajaan Singapura.
• Kerajaan Singapura cuba menafikan tindakan mereka yang sengaja memasuki ruang udara
Malaysia.
• Disebabkan kejadian tersebut, kerajaan Malaysia telah menutup ruang udara daripada
dimasuki oleh pesawat RSAF milik Singapura.
• Selain itu, Malaysia juga telah memberikan notis untuk Singapura mendapatkan kebenaran
daripada Malaysia bagi membenarkan kemasukan pesawat RSAF memasuki ruang udara
Malaysia serta menarik balik kemudahan penerbangan yang telah diberikan kepada RSAF
selama ini yang digunakan sepanjang melalui ruang udara Malaysia terutamanya di negeri
Johor.
• Antara langkah yang diutarakan Malaysia terhadap Singapura adalah dengan
menyediakan satu laluan transit untuk kegunaan RSAF melalui ruang angkasa Johor
ke kawasan Laut China Selatan.
• Bagi Singapura pula, mereka meminta supaya Malaysia mengembalikan semula
keistimewaan dan kemudahan terhadap pesawat RSAF dahulu, tetapi Singapura
tidak berjanji untuk memberikan keistimewaan yang serupa kepada negara Malaysia
(Mingguan Malaysia, 2000).
ISU PENEMPATAN PUSAT PEMERIKSAAN KASTAM,
IMIGRESEN DAN KUARANTIN (CIQ) DI TANJONG
PAGAR
• Isu ini timbul ekoran daripada kerajaan Singapura yang telah mendesak kerajaan Malaysia untuk memindahkan
perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresesn dan Kuarantin (CIQ) Malaysia di Tanjong Pagar ke
Woodlands.
• Sebelum Singapura mengarahkan Malaysia untuk memindahkan CIQ ke Woodlands, Malaysia telah bercadang
untuk menyatukan CIQ Malaysia-Singapura di stesen keretapi baru di Kranji.
• Singapura terlebih dahulu telah membina CIQnya sendiri di kawasan Woodlands yang dikenali sebagai Pusat
Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) dan tidak bercadang untuk berpindah.
• Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan masalah ini, rundingan antara pegawai
kedua-dua kerajaan tidak berjaya untuk mencapai jalan penyelesaian memuaskan
antara kedua-dua pihak.
• Kerajaan Malaysia telah membantah pemindahan CIQ miliknya disebabkan oleh
beberapa hal antaranya isu air, isu ringgit dan isu pajakan 999 tahun.
• Keputusan untuk kekal di Tanjong Pagar adalah untuk mengekalkan perkhidmatan
kereta api dari Singapura ke Malaysia .
Isu Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF)
• isu ini mula timbul apabila Singapura bersikap diskriminasi atau dwistandard
mengenai peraturan pengeluaran wang daripada CPF republik itu kepada
pencarum rakyat Malaysia.
• Rakyat Malaysia dari Semenanjung didiskriminasikan oleh Singapura
berbanding dengan penduduk Sabah dan Sarawak dan rakyat asing yang bekerja
di negara tersebut.
• Ketidakadilan itu membolehkan Singapura terus menikmati keuntungan besar
selepas membekukan caruman berjumlah S$1 bilion wang titik peluh lebih
kurang 50,000 orang rakyat Malaysia.
Rundingan Isu Air

Penyemakan semula
Pulau Batu Putih dan
Tubir Selatan

TINDAKAN KERAJAAN Jambatan antara kedua


BAHARU negara

Keseinambungan isu
pencerobohan ruang
udara

Isu sempadan Maritim


CABARAN HUBUNGAN 2 HALA

CABARAN DARI SEGI ASPEK LUARAN


(KARESTERISTIK PEMIMPIN)

CABARAN DARI ASPEK EKONOMI

CABARAN DARI ASPEK SOSIAL


CABARAN DARI SEGI ASPEK LUARAN (KARESTERISTIK PEMIMPIN)

• Sikap pemimpin-pemimpin di Malaysia yang menjadi cabaran dalam meyelesaikan masalah yang dihadapi kedua-
dua negara ini. Misalnya, kita dapat lihat pendekatan yang digunakan oleh Perdana Menteri pertama sehingga
sekarang setiap satunya mempunyai pendekatan sendiri dalam menyelesaikan konflik dengan Singapura secara
diplomasi mahupun tegas. Berbanding dengan Singapura, mereka lebih gemar untuk menyelesaikan masalah atau
konflik secara formal iaitu terus merujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) setelah mendapat
persetujuan daripada Malaysia untuk membawa sesuatu isu di peringkat antarabangsa.
• Pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri Malaysia dahulu jelas kelihatan antara Tun Dr. Mahathir
Mohammad dan Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura. Contohnya,
dalam usaha menangani isu-isu yang timbul dalam hubungan dua negara ini di mana Tun Dr Mahathir lebih
bersikap tegas terhadap singapura dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan hak Malaysia manakala,
Tun Abdullah pula lebih bersikap diplomasi dan lebih tertarik kepada jalan penyelesaian yang lebih lembut
CABARAN DARI ASPEK EKONOMI

• Perbezaan nilai matawang - Perbezaan ini akan memberi kesan kepada ekonomi
negara. Nilai matawang Malaysia lebih rendah berbanding dengan Singapura

• Pertikaian mempengaruhi kadar pelaburan - pertikaian antara kedua negara berkaitan


dengan beberapa isu berkemungkinan akan mempengaruhi kadar pelabur Singapura yang
melabur dalam sektor ekonomi di Malaysia. Ketidaksefahaman ini akan menyebabkan
pelabur sedia ada atau bakal pelabur menarik diri dengan menjual saham mereka dan
keluar dari pasaran saham
CABARAN SOSIAL
 GLOBALISASI - merupakan antara penghalang sebenar dalam hubungan dua hala
Malaysia-Singapura untuk mewujudkan hubungan kejiranan yang kurang mesra.
Globalisasi banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat yang tidak terbatas di seluruh
dunia.
 PERTAHANAN - Kedua-dua negara harus memastikan pertahanan negara masing-
masing adalah ketat dan sentiasa dikawal rapi bagi mengelakkan berlakunya jenayah
dalam mahupun luar negara. Ancaman keselamatan adalah sesuatu yang tidak dapat
dijangkakan oleh kedua-dua negara sekiranya rakyat terlibat dalam kegiatan jenayah
antabangsa.
KESIMPULAN
Hubungan antara Malaysia dan Singapura ini memberi banyak kesan
positifnya. Melalui beberapa isu-isu pertikaian yang timbul, kerajaan
Malaysia-Singapura pelbagai pendekatan yang diambil oleh kedua-dua
negara bagi menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat perbezaan daripada
segi pendekatan yang diambil oleh kedua-dua buah negara dalam
menyelesaikan pertikaian yang mana Singapura lebih kepada pendekatan
undang-undang antarabangsa manakala Malaysia pula menggunakan
pendekatan berbentuk diplomasi. Oleh itu, kedua-dua negara perlu lebih
matang dan telus dalam menangani setiap isu yang timbul.

Anda mungkin juga menyukai