Anda di halaman 1dari 52

TOPIK 1:

ISU-ISU KONFLIK SEMASA


PERSEMPADANAN DAN
TUNTUTAN BERTINDIH DI MALAYSIA
NOR AZIAH BADRI
JABATAN SAINS TEKNOLOGI MATEMATIK SAINS SOSIAL
(JSTEMSS)
16 FEB. 2022 (RABU)
Tuntutan Bertindih
ke atas
Pulau Batu Putih
SEJARAH
PULAU BATU PUTIH

• PULAU BATU PUTEH (BAHASA PORTUGIS: PEDRA


BRANCA) (JUGA DITULIS PULAU BATU PUTIH
MENGIKUT EJAAN BAHARU BAHASA MELAYU)
• MERUPAKAN SEBUAH BATU TUNGGUL YANG
MEMPUNYAI KELUASAN SEBUAH PADANG BOLA
SEPAK, TERLETAK DI SELAT SINGAPURA YANG
MENGHADAP KE ARAH LAUT CHINA SELATAN. 
• RUMAH API HORSBURGH YANG TERDAPAT DI
TUNGGUL BATU INI DIBINA OLEH PIHAK
BRITISH PADA 1851.
SEJARAH
PULAU BATU PUTIH

• SINGAPURA MERUJUK KE ATAS PULAU


INI SEBAGAI "PEDRA BRANCA" (YANG
BERMAKSUD "BATU PUTIH" DALAM 
BAHASA PORTUGIS).
• DINAMAKAN SEBAGAI BATU PUTIH
KERANA TERDAPAT SEKELOMPOK
BURUNG CAMAR LAUT YANG MENDIAMI
PULAU INI PADA MASA YANG LALU
LOKAS
TUNTUTAN BERTINDIH KE ATAS
PULAU BATU PUTIH

• PULAU BATU PUTEH TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN


PULAU-PULAU SEKITARNYA SEPERTI BATUAN TENGAH
 DAN TUBIR SELATAN, YANG MENJADI SUBJEK UTAMA
MENGENAI PERTINDIHAN ANTARA SINGAPURA DAN 
MALAYSIA YANG DIBICARAKAN MENERUSI 
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA.
• PADA 23 MEI 2008, MAHKAMAH MEMUTUSKAN BAHAWA
PULAU BATU PUTEH MILIK SINGAPURA SEMENTARA 
BATUAN TENGAH MILIK MALAYSIA 
• STATUS TUBIR SELATAN PULA AKAN DITENTUKAN
KEMUDIAN BERDASARKAN DI PERAIRAN MANA IA
TERLETAK.
ISU UTAMA:
PERTINDIHAN ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA

• Malaysia memasukkan Pulau Batu Putih dalam sebahagian daripada


perairannya berdasarkan peta malaysia yang dikeluarkan pada tahun
1979.
• Singapura pula mendakwa Pulau Batu Putih sebahagian daripada miliknya
• Kedua- dua negara bersetuju menyelesaikan masalah ini diselesaikan
melalui Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 6 November 2007
di The Hague di Belanda.
• Malaysia dan singapura melalui melalui Menteri Luar masing-masing
bersetuju menerima apa-apa keputusan ICJ.
PERTINDIHAN TUNTUTAN PBP
ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA

DELIGASI YANG TERLIBAT


MALAYSIA SINGAPURA
• Tan Sri Abdul Kadir • Tommy Koh-Duta Kelana
Mohamad(Ketua) –Penasihat
• Chao Hick Tin-Peguam
Perdana Menteri
Negara
• Datuk Noor Farida Ariffin-
Duta Malaysia ke Belanda • S.Jayakumar-T.Perdana
• Tan Sri Abdul Gani Patail- Menteri Singapura
Peguam Negara
HUJAH-HUJAH DIUTARAKAN
OLEH MALAYSIA
Dari aspek sejarah Dari aspek kedaulatan
• BerdasarkanPerjanjian Inggeris- • Sultan johor dan Setiausaha
Belanda 17 Mac dan Perjanjian Johor memberi kebenaran kepada
Crawfurd 2 Ogos, 1824 jelas pihak British untuk membina
megarisakan sempadan dan Rumah Api Horsburgh pada 25
menetepkan bahawa Pulau Batu November 1844
Putih milik Kerajaan Johor pada
• Ini jelas menunjukkan bahawa
masa itu
Kerajaan Johor merupakan ‘tuan’
kepada Pulau Batu Putih
HUJAH-HUJAH DIUTARAKAN
OLEH SINGAPURA
• Kerajaan Malaysia berdiam diri • Terra Nullius
• Malaysia dan rakyatnya tidak • Singapura menyatakan bahawa
pernah membantah Singapura pulau itu berstatus Terra Nullius
menjalankan rondaan maritim (kepada tempat tidak dituntut
di sekitar pulau itu oleh negara berdaulat yang
• Pentadbiran stesen rumah api disahkan oleh kuasa Barat) dan
itu ditakbir sepenuhnya oleh tidak berpenghuni.
Singapura dan Malaysia hanya • Oleh itu, Singapura berhak
berdiam diri. menuntut pulau tersebut
Surat Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor
• Surat ini menyatakan bahawa Johor tidak membuat apa-apa tuntuan terhadap
pulau itu
• Surat ini ditulis pada tahun 1953
KEPUTUSAN MAKHAMAH
KEADILAN ANTARABANGSA
• Hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan dari segi sejarah sebagai sebahagian
dari Johor disahkan, tetapi keputusan mahkamah 16-ahli, dengan majoriti 12-4,
kebanyakannya berdasarkan aktiviti Singapura selama 100 tahun terakhir.
• Selain itu ICJ turut mengambil kira dakwaan Singapura mengenai surat oleh
wakil setiausaha Johor pada 1953 kepada kerajaan Singapura mengenai “tiada
tuntutan oleh kerajaan Johor berhubung dengan permilikan Pedra Branca”. 
• Hujah Singapura berdasarkan doktrin terra nullius (tanah yang tidak
berpenghuni) atau pembinaan rumah api tidak menunjukkan Singapura sebagai
tuan asal Batu Puteh, menurut penghakiman ICJ.
KEPUTUSAN MAKHAMAH
KEADILAN ANTARABANGSA

• Oleh itu singapura diberi kedaulatan


terhadap Pulau Batu Putih manakala
Malaysia diberi kedaulatan Batuan
Tengah.
• Status Tubir Selatan ditetapkan
kemudian berdasarkan perairan mana ia
terletak.
Implikasi keputusan
penghakiman
 Malaysia pemilik asal Pulau Batu Puteh

 Hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan dari segi


sejarah sebagai sebahagian dari Johor disahkan, tetapi
keputusan mahkamah 16-ahli, dengan majoriti 12-4,
kebanyakannya berdasarkan aktiviti Singapura selama
100 tahun terakhir.
Implikasi keputusan
penghakiman
 Selain itu ICJ turut mengambil kira dakwaan
Singapura mengenai surat oleh wakil setiausaha Johor
pada 1953 kepada kerajaan Singapura mengenai
“tiada tuntutan oleh kerajaan Johor berhubung dengan
permilikan Pedra Branca”.
 Hujah Singapura berdasarkan doktrin terra nullius
(tanah yang tidak berpenghuni) atau pembinaan
rumah api tidak menunjukkan Singapura sebagai tuan
asal Batu Puteh, menurut penghakiman ICJ.
Reaksi kerajaan Malaysia

 Keputusan itu dianggap situasi


menang-menang oleh Menteri Luar
Malaysia Datuk Seri Rais Yatim
ketika itu, sewaktu ditemuramah
secara langsung sejurus selepas
keputusan diumumkan.
Reaksi kerajaan Malaysia
 Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak
menganggap keputusan ini seimbang dan memihak
kepada Malaysia.
 Keluasan Singapura tentunya akan bertambah 22 batu
nautika.
 Bagaimanapun perundingan lanjut akan diteruskan
kerana kedua negara mempunyai hak dan kedaulatan
untuk terus beroperasi pada kedua kawasan yang
berdekatan.
Reaksi kerajaan Malaysia
 Baginda Sultan Johor pula ketika merasmikan
pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri
Johor pada 19 Jun 2008 menegaskan bahawa pulau
berkenaan bukan milik Singapura sebaliknya hak
milik kerajaan Johor.
"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada
Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak
Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun
beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula
pulau milik Johor itu," titah baginda.
Reaksi rakyat Malaysia

 Kes ini telah membuka mata semua pihak tentang peri


pentingnya pihak berwajib untuk mendokumentasi
secara teratur, tersusun dan selamat segala sejarah
serta rekod-rekod penting kerajaan.

 Semua kakitangan kerajaan juga disarankan agar lebih


teliti dan berhati-hati dalam menyedia dan
menandatangani sebarang dokumen bagi pihak
kerajaan.
Reaksi rakyat Malaysia
 Hal ini dengan tujuan untuk memelihara kewibawaan
kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan pihak-
pihak yang terdahulu.
 Kerajaan Malaysia disarankan agar lebih berhati-hati
dalam melakukan sebarang perjanjian dengan pihak
berkuasa Singapura.
 Terma dan syarat-syaratnya perlulah diperhalusi agar
tidak berat sebelah dan akhirnya hanya merugikan
seperti kes Tuntutan bertindih mengenai Pulau
Batu Puteh ini.
Reaksi rakyat Malaysia
 Dalam kebanyakan perjanjian antara Malaysia
dan Singapura yang sering mencetuskan
ketegangan diplomatik termasuklah berkaitan
harga air mentah, tanah KTM Bhd;
pengeluaran wang Tabung Simpanan Pekerja
(CPF) serta pemindahan Kompleks Kastam
dan Imigresen di Tanjung Pagar.
Reaksi rakyat Malaysia
 Berdasarkan perjalanan kes Tuntutan
bertindih mengenai Pulau Batu Puteh yang
memihak kepada Singapura, penglibatan
berlebih-lebihan Singapura di kawasan terbabit
dikhuatiri akhirnya akan hanya mengulangi
kisah tuntutan kedaulatan yang berskala lebih
besar daripada republik berkenaan dikemudian
hari
Tuntutan Bertindih
ke atas
Pulau Ligitan
PULAU LIGITAN
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Ligitan
 Ligitan adalah sebuah pulau di bahagian Sabah,
Malaysia. Pulau yang terletak 21 mil (34 km) dari
pantai daratan Sabah dan 57,6 mil (93 km) dari pantai
Pulau Sebatik diujung timur laut pulau Kalimantan /
Borneo ini luasnya 7,9 Ha.

 Pulau ini dari sejarahnya merupakan wilayah kesatuan


Republik Indonesia dan menjadi sengketa wilayah
antara Indonesia dan Malaysia.
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Ligitan
 Namun, kerana lemahnya argumentasi hukum
Indonesia, pulau ini beserta Pulau Sipadan diputuskan
menjadi wilayah Malaysia pada tanggal 17 Desember
2002 oleh Mahkamah Internasional.

 Malaysia, dalam sengketa ini memberikan bukti-


bukti: pertama, hak dari kedua pulau tersebut
didasarkan pada beberapa transaksi dari Sultan Sulu
hingga Inggeris dan terakhir Malaysia.
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Ligitan
 Seterusnya, Malaysia mendakwa bahawa Inggeris
kemudian Malaysia telah melakukan penguasaan
damai secara berkesinambungan sejak tahun 1878.
 Sementara itu, Belanda, kemudian Indonesia, telah
lama menelantarkan kedua pulau tersebut. Dalam
hukum internasional memang hak atas wilayah dapat
diperoleh pihak ketiga apabila wilayah tersebut
ditelantarkan untuk kurun waktu tertentu oleh pemilik
aslinya.
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Ligitan

Perolehan wilayah
semacam ini disebut
daluwarsa atau
prescription.
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Ligitan
 Akhirnya, dengan pertimbangan effectivities Malaysia
dianggap lebih dominan daripada Indonesia dalam
mengelola pulau ini dengan baik sehingga pulau ini
diserahkan pada Malaysia akan tetapi ICJ gagal dalam
menentukan batas di perbatasan laut antara Malaysia
dan Indonesia di selat Makassar, dan menjadi terkenal
karena keindahan alamnya. Selain itu di pulau ini juga
masih sering ditemui penyu-penyu meletakkan
telurnya.
Tuntutan Bertindih
ke atas
Pulau Sipadan
PULAU SIPADAN
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Sipadan
 Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan
berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di
pantai timur Sabah, Malaysia.
 Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau
samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan
ketinggian 600 meter dari dasar laut.
 Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat
bagi aktiviti menyelam skuba (scuba driving) antara
yang terbaik di dunia.
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Sipadan
 Pulau Sipadan di Sabah nampak seperti sebuah pulau
biasa yang terdapat di Malaysia, namun tahukan anda
bahwa pulau ini telah terbentuk berjuta-juta tahun
dahulu daripada sebuah gunung berapi di dasar laut ?
 Hal ini menjadikan pulau Sipadan sangat unik kerana
sebagai satu-satunya pulau di Malaysia yang bersifat
demikian.
Tuntutan bertindih mengenai Pulau Sipadan
(Latar Belakang dan Sejarah)

 Pulau Sipadan terletak lebih kurang 35 kilometer di


selatan Semporna, yaitu bagian tengara negeri Sabah.

 Pulau ini telah diwartakan sebagai tempat


perlindungan kehidupan liar pada tahun 1933.

 Sejak penghujung 1970-an, pulau ini menarik


perhatian penyelam-penyelam rekreasi dari seluruh
dunia.
Tuntutan bertindih mengenai Pulau Sipadan
(Latar Belakang dan Sejarah)

 Pulau Sipadan pernah dituntut oleh dua negara


ASEAN, iaitu Malaysia dan Indonesia.
 Isu tuntutan ini telah dibawa ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa, yang telah menyerahkan pulau Sipadan
bersama pulau Ligitan kepada Malaysia pada akhir
tahun 2002, berdasarkan "Penguasaan Berkesan"
(effective occupation), yang ditunjukkan oleh Britain,
iaitu bekas penjajah Malaysia sebelum ini.
Tuntutan bertindih mengenai Pulau Sipadan
(Latar Belakang dan Sejarah)

o Isu hak pemilikan Pulau Sipadan dan


Pulau Ligitan antara Malaysia dan
Indonesia menjadi kontroversi pada 1969
apabila Indonesia membantah cadangan
wilayah pelantar laut Malaysia yang
memasukkan kedua-dua pulau tersebut.
Tuntutan bertindih mengenai Pulau Sipadan
(Latar Belakang dan Sejarah)

o Sejak sekian lama kedua-dua pulau ditadbir oleh


Malaysia. Pertemuan antara Presiden Soeharto dan
Dato Hussein Onn pada 26 Mac 1980 di Kuantan
memutuskan untuk menyelesaikan masalah melalui
rundingan, namun usaha tersebut gagal.
o Selepas rundingan melalui ASEAN juga gagal
menyelesaikan pertikaian, pada 2 November 1998
kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa kes ini ke
Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Tuntutan bertindih mengenai Pulau Sipadan
(Latar Belakang dan Sejarah)

o Pada 3 Jun 2002 wakil Malaysia dan Indonesia


membentang hujah masing-masing mempertahankan
hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut di
Mahkamah Keadilan Antarabangsa, The Hague.
Keputusan yang dikeluarkan pada 17 Disember
2002 memberi hak kedaulatan terhadap wilayah Pulau
Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Malaysia.
o Pertikaian selama 33 tahun akhirnya ditamatkan
dengan keputusan 16-1 oleh badan perundangan
tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 
Tuntutan Bertindih
ke atas
Pulau Layang-Layang
PULAU LAYANG-LAYANG
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Layang-Layang
 Pulau Layang-Layang merupakan sebahagian daripada
Kepulauan Spratly.
 Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan
bahawa pulau ini adalah kepunyaan Malaysia kerana
kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah.  
 Pulau Layang-Layang terletak 165 batu nautikal dari barat
laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200 km zon esklusif)
di Laut Cina Selatan.
 Juga dikenali sebagai Terumbu Layang-Layang (Swallow
Reefs).
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Layang-Layang
 Kepulauan cecincin (oceanic atoll) Layang-Layang timbul
hampir 200 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang
1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini
amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut
yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan
terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagic) yang
menjadi daya tarikan kepada para penyelam.
 Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan
kepada beribu-ribu ekor burung berpindah
Tuntutan Bertindih ke atas
Pulau Layang-Layang
 Pada masa ini Malaysia mempunyai penempatan tetap
anggota TLDM yang berpangkalan di situ. 
 Pada masa ini Malaysia menduduki dan
mempertahankan hak milik ke atas Terumbu
Laksamana, Pulau Amboyna Kecil, Terumbu Perahu,
Terumbu Layang Layang, Terumbu Ubi, Terumbu
Laya, Terumbu Siput, Terumbu Semarang/ Barat
Kecil (Malaysia ada bina rumah api disini),Terumbu
Mantanani dan Beting Burgai. 
Ketegangan & Konflik
di
Kepulauan Spartly
KEPULAUAN SPARTLY
KETEGANGAN DAN KONFLIK DI
KEPULAUAN SPRATLY
 Penganalisis pertahanan dan sains politik dunia sudah
sejak sekian lama meramalkan konflik terbaru yang
dijangka lebih hebat dari isu kepulauan Falklands
akan meletus di Laut China Selatan, khususnya kerana
terdapat tuntutan bertindih di antara China, Vietnam,
Filiphina, Indonesia, Brunei dan Malaysia.
 Ia bukan sahaja kaya dengan telaga minyak tetapi
merupakan sumber makanan dan ekonomi yang
penting, ia mewah dengan perikanan.
KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN
SPRATLY
 Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan
Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari
Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-
layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer
persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.
 Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar,
stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai
untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing
(STOL) seperti CN235 dan C130. 
KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN
SPRATLY
 Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan
yang lengkap dengan meriam serta “helipad”
di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani. 

 Filipina turut mempunyai kubu tenteranya di


Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan
landasan pesawat yang dikendalikan oleh
Sayap Komposit Taktikal 570th.
STRATEGI MALAYSIA
 Malaysia membawa pembangunan yang paling
pesat di kepulauan itu berbanding negara lain,
Filipina menguasai pulau yang paling besar di
kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain
hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja
sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-
tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-
layang menjadi sebuah pulau.
STRATEGI MALAYSIA
 Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai
kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya
berbanding kesemua kawasan lain di Spratly. 
 Malaysia turut membina pengkalan kapal
selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai
persediaan menghadapi sebarang konflik di
Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang
apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar
seperti China.
STRATEGI MALAYSIA
 Umum mengetahui, China mempunyai armada laut
yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang
agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti
Kapal Selam.  
 Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk
ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu
tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk
menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.
SEKIAN...
TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai