Anda di halaman 1dari 4

TINDAKAN KERAJAAN

Keamanan tidak akan tercapai melalui pertempuran dan ekstremisme tetapi


melalui kesederhanaan serta kesanggupan untuk duduk di meja rundingan bagi
menyelesaikan masalah. Malaysia berkongsi sempadan dengan Thailand dan perairan
antarabangsa dengan Indonesia, Singapura dan Filipina dan pelbagai isu sempadan
telah timbul hasil kedudukan itu. Isu yang timbul harus di tangani dengan bijak jika tidak
ia akan meleret sehingga menjadi konflik yang tidak terkawal. Ini boleh menguggat
keamanan dan keselamatan serantau.

Pendekatan yang diambil Malaysia dari perspektif dasar luar, adalah


menyelesaikan apa jua masalah melalui saluran diplomasi Pendekatan ini bertujuan
bagi mengelakkan ianya merebak kepada konflik terbuka. Salah satu mekanisma utama
diplomasi yang digunapakai adalah ‘rundingan’ diantara negara-negara terlibat. Tujuan
ini adalah supaya persoalan tuntutan hak kedaulatan wilayah tidak mengheret negara-
negara yang bertelingkah ke kancah peperangan. Sebagaimana terbukti dalam sejarah,
peperangan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada mana-mana pihak pun.

Memanglah hubungan dua hala Malaysia-Singapura berdepan dengan


perselisihan kerana ia negara jiran terdekat yang berkongsi sejarah dan penjajah.
Lokasi geografi dan sejarah kedua-dua negara juga memainkan peranan dan
menyumbangkan kepada keadaan itu tidak dapat dielakkan dan berlaku. Pada
pendapat saya hubungan Singapura/Malaysia banyak dipengaruhi oleh kerana
penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 serta melibatkan juga watak-
watak pemimpin. Boleh dikatakan sejak dari penyingkiran itu Singapura senantiasa
mahu membuktikan yang ia boleh ‘survive’ tanpa Malaysia. Justru sikap dan cara
Singapura bertindak dan menguruskan hubungannya dengan Malaysia diselubungi oleh
latarbelakangnya. Bila menganalisa isu hubungan Malaysia-Singapura, tidak dapat
dinafikan ia saling bertaut dengan sejarah, hubungan kerajaan dengan kerajaan, dan
rakyat dengan rakyat. Memang tidak dapat dielakkan dari masa ke semasa ia berdepan
dengan pasang surut serta turun naik yang tidak menentu dan adakalanya
membimbangkan.
Konflik tuntutan Pulau Batu Puteh diantara Malaysia-Singapura memperlihat
Pegangan serta pendirian Malaysia yang Pulau Batu Puteh adalah sebahagian dari
wilayah Malaysia dari perspektif sejarah serta undang-undang diakui oleh ICJ dalam
penghakimannya. Diantara lain ICJ menyatakan “The court thus concludes that the
Sultanate of Johor had original title to Pedra Blanca/Pulau Batu Puteh”- Rujuk kepada
penghakiman ICJ pada 23 Mei 2008. Malaysia gagal mempertahankan milik dan
kedaulatan keatas tempat tersebut disebabkan antara lain; (i) surat 1953 yang dihantar
oleh Penolong Setiausaha Kerajaan negeri Johor berbunyi “…the court expresses the
view that the Johor reply is clear in its meaning: Johor does not claim ownership over
Pedra Blanca/Pulau Batu Puteh. That response to the island as a whole and not simply
to the lighthouse……it becomes evident that the letter addresses the issue of
sovereignty over the island. The Court accordingly concludes that Johor’s reply shows
that as of 1953 Johor understood that it did not have sovereignty over Pedra
Blanca/Pulau Batu Puteh.”, (ii) kerana Malaysia telah kelihatan membiarkan Singapura
membina, mengurus dan mentadbir berserta mengadakan kemudahan di Pulau Batu
Putih tanpa menunjukkan bantahannya terhadap apa-apa yang dibuat oleh Singapura
dalam menguruskan Rumah Api yang dinamakan “Rumah Api Horsburg”.

Yang menjadi permasalahan Malaysia apabila kes ini dirujuk ke ICJ adalah
kerana Malaysia telah dikatakan mengabaikan Pulau Batu Putih. Bila ia membenarkan
pihak British membangunkan dan menguruskan Rumah Api Horsburg di pulau tersebut
pada kurun ke 19 tidak ada sebarang perjanjian yang mencatatkan statusnya,
termasuklah tidak ada bukti yang kukuh dan ketara kebenaran diberikan hanya untuk
kegunaan ‘Rumah Api’ sahaja. Lantas terus menguasai tempat tersebut sebagai hak
dan wilayahnya. Berbeza dengan Pulau Pisang, dimana ada perjanjian pajakan untuk
memberi kebenaran kepada Singapura menguruskan Rumah Api.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang akhirnya dengan persetujuan 12-4


memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1
mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula akan
ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.
Berbalik kepada Konflik Pulau Ligitan dan Sipadan Malaysia dengan Indonesia.
Pada tahun 1966 Indonesia bekerjasama dengan Japex (Japan Exploration Company
Limited) untuk mengeksplorasi di wilayah Sipadan. Malaysia pula bereaksi terhadap
perjanjian kerjasama Indonesia-Japex dan melakukan kerjasama dengan Sabah
Teiseki Oil Company di wilayah Sipadan pada tahun 1968.

Malaysia memasukkan Sipadan-Lingitan sebagai wilayahnya. Hal ini dibantah


oleh Pemerintah Indonesia. Kedua-dua buah negara kemudian mengadakan rundingan
berkaitan konflik tersebut. Dalam Peta Malaysia, Pulau Sipadan dan Ligitan merupakan
bahagian dari wilayah Republik Indonesia, namun tidak tertera pada lampiran Perpu
No. 4/1960. Kedua-dua belah pihak sebulat suara menyatakan dua pulau tersebut
dalam “status quo” pada tahun berikutnya dan diikuti Traktat Persahabatan dan Kerja
Sama di Asia Tenggara atau TAC (Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia)
dalam KTT pertama ASEAN di Bali menyatakan bahawa akan membentuk Dewan
Tinggi ASEAN untuk menyelesaikan perselisihfahaman yang berlaku diantara sesama
anggota ASEAN akan tetapi pihak Malaysia menolak dengan beralasankan akan
melibatkan pula konflik dengan negara jiran yang lain.

Kedua Negara juga sebulat suara menyelesaikan masalah Sipadan-Ligitan


secara litereal, didahulukan dengan perundingan kerajaan masing-masing. Hasil
daripada perundingan menyetujui akan membentuk (Joint Commission/JC) dan
Kumpulan Kerja Bersama (Joint Working Groups/JWG). Pemerintah Republik Indonesia
diwakili oleh Mensesneg Moerdiono dan Malaysia diwakili oleh Anwar Ibrahim sebagai
Wakil Khusus pemerintah untuk mencari jalan penyelesaian. Namun, daripada empat
kali pertemuan juga gagal mencapai hasil perundingan. Akhir sekali, Presiden Republik
Indonesia dengan Perdana Menteri Malaysia di Kuala Lumpur bersetuju untuk
menyelesaikan penentuan status kepemilikan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan melalui
Mahkamah Antarabangsa.

Mahkamah Antarabangsa telah member “status quo” Pulau Ligitan dan Sipada
diberikan kepada Malaysai pada 17 Desember 2002 di Den Haag, Belanda oleh 16
orang Hakim menyetujui pulau itu sebagai milik Malaysia dan 1 Hakim menyatakan
sebagai milik Indonesia. Dari 17 Hakim tersebut, 15 adalah Hakim tetap dan 2 adalah
tidak tetap yang masing-masing dipilih oleh Indonesia dan Malaysia.

Melihat kepada konflik Pulau Layang-layang. Malaysia membawa pembangunan yang


paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang
paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-
terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk
mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau. Malaysia turut membina
pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan
menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila
terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia


mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal
Selam. Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh
dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi
ketenteraan secara berkesan. Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM
menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai
udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang
beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan
memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina
sehinggalah ke Sabah.

Anda mungkin juga menyukai