Anda di halaman 1dari 2

MENGAPA BERLAKU TUNTUTAN BERTINDIH PULAU LIGITAN DAN SIPADAN

MALAYSIA-INDONESIA

Pertikaian mengenai “status quo” pulau Ligitan dan Sipadan yang berada di Selat
Makassar iaitu pulau Sipadan (luas: 50.000 meter²) dengan koordinat: 4°6′52.86″N
118°37′43.52″E dan pulau Ligitan (luas: 18.000 meter²) dengan koordinat: 4°9′N
118°53′E. Malaysia telah memulakan kerja mencari gali hasil petroleum di kawasan
Pulau Ligitan dan Sipadan.

Isu hak pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Malaysia dan
Indonesia menjadi kontroversi pada 1969 apabila Indonesia membantah cadangan
wilayah pelantar laut Malaysia yang memasukkan kedua-dua pulau tersebut.

Sikap Indonesia bermula dengan ingin membawa masalah ini melalui Dewan
Tinggi ASEAN namun akhirnya keduah-dua buah Negara berstuju untuk menyelesaikan
tuntutan ini melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Sejak sekian lama kedua-
dua pulau ditadbir oleh Malaysia. Pertemuan antara Presiden Soeharto dan Dato
Hussein Onn pada 26 Mac 1980 di Kuantan memutuskan untuk menyelesaikan
masalah melalui rundingan, namun usaha tersebut gagal.

TEMPOH TUNTUTAN PULAU LIGITAN DAN SIPADAN MALAYSIA-INDONESIA

Konflik ini berlanjutan lama 33 tahun iaitu bermula pada 1969 hingga 2002.
Setelah rundingan melalui ASEAN juga gagal menyelesaikan pertikaian, pada 2
November 1998 kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa kes ini ke Mahkamah
Keadilan Antarabangsa.

Pada 3 Jun 2002 wakil Malaysia dan Indonesia membentang hujah masing-
masing mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut di Mahkamah
Keadilan Antarabangsa, The Hague. Keputusan yang dikeluarkan pada 17 Disember
2002 memberi hak kedaulatan terhadap wilayah Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan
kepada Malaysia. Pertikaian selama 33 tahun akhirnya ditamatkan dengan keputusan
16-1 oleh badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Pada 29 Mac 2001, Malaysia menentang usaha Filipina yang memohon Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda untuk campur tangan dalam
menyelesaikan konflik hakmilik Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang melibatkan
negara ini dan Indonesia. Permohonan itu dibuat di bawah Perkara 53 (1) Undang-
Undang Mahkamah tetapi gagal.

Anda mungkin juga menyukai