Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN...................................................................................................1

2.0 PERMULAAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN...................................................1

3.0 DASAR INDUSTRY4WRD DI MALAYSIA.........................................................5

4.0 PERLAKSANAAN IR 4.0 DI MALAYSIA............................................................6

5.0 CABARAN PERLAKSANAAN IR 4.0 DI MALAYSIA..........................................8

6.0 KESIMPULAN...................................................................................................10

6.0 RUJUKAN.........................................................................................................12
1.0 PENGENALAN

Industri ditakrifkan sebagai sebuah perusahaan, perkilangan, perdagangan,

perniagaan atau pembuatan yang dibuat secara besar-besaran bagi menghasilkan,

membuat atau mengeluarkan barangan bagi daripada sesebuah negara (Kamus

Dewan Edisi Keempat, 2006). Perusahaan juga terbahagi kepada dua iaitu yang

pertama perusahaan kecil dan sederhana yang memiliki modal pusing ganti tidak

melebihi 25 juta serta bilangan pekerja yang tidak melebihi 150 orang manakala

ianya berbeza bagi perusahaan berat yang memerlukan modal pusing ganti lebih 25

juta dan bilangan pekerja lebih daripada 150 orang.

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2006) seterusnya mendefiniskan revolusi sebagai

suatu perubahan yang berlaku di dalam kerajaan, sistem poltik atau sistem sosial

yang dilakukan secara kekerasan atau radikal seperti melalui rusuhan atau

pemberontakan bersenjata. Walaubagaimanapun Kamus Dewan Edisi Keempat

(2006), turut mendefinisikan revolusi sebagai satu perubahan yang dilakukan oleh

kerajaan dalam meningkatkan hasil pengeluaran seperti meningkatkan hasil

pertanian dengan menggunakan teknik-teknik pertanian yang terkini, penggunaan

jentera, kawalan penyakit dan sebagainya. Oleh itu, definisi yang kedua ini lebih

tepat untuk menerangkan mengenai revolusi perindustrian yang sedang rancak

dilaksanakan oleh setiap negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

2.0 PERMULAAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Menurut Rubenstein, (2011), revolusi perindustrian ini bermula di Utara England

bermula pada abad yang ke-18 sebelum ianya mula tersebar ke seluruh negara

disekitar eropah dan juga Amerika Utara. Kenyataan ini turut disokong oleh Arnold

1
Toynbee (1889-1975) iaitu pelopor bagi penggunaan istilah revolusi perindustrian

dimana beliau menyatakan di dalam bukunya “Industrial Revolution of the

Eighteenth Century in England” bahawa revolusi perindustrian boleh dibahagikan

kepada empat fasa iaitu:-

i. Revolusi Perindustrian Pertama

Revolusi ini bermula diantara tahun 1760 sehingga 1830 di England

disebabkan England telah menjadi kuasa besar dunia dan banyak memiliki

tanah-tanah jajahan atau koloni (Tim, 2000). Keadaan sebelum revolusi

adalah amat berbeza sekali dimana manusia terpaksa bekerja untuk satu

jangka masa yang lama dan terpaksa menggunakan sepenuhnya tenaga

manusia serta dengan bantuan haiwan bagi memproses atau membuat

sesuatu barangan. Walaubagaimanapun, keadaan mula berubah setelah

berlakunya revolusi perindustrian dimana mesin-mesin mula digunakan dalam

proses pembuatan yang mana ianya menjimatkan penggunaan tenaga

manusia dan proses pembuatan barangan boleh dilakukan dengan efisien.

Sistem pengilangan moden mula diterapkan dalam proses pengeluaran bagi

penghasilan barangan secara besar-besaran untuk memenuhi keperluan

masyarakat pada ketika itu.

ii. Revolusi Perindustrian Kedua

Revolusi Industri Kedua pula bermula pada tahun 1870 sehingga tahun 1914,

perkembangan ini berlaku disebabkan terdapatnya kemajuan dalam bidang

saibs dan teknologi. Pada ketika ini banyak alatan yang dicipta untuk

membantu kehidupan manusia seperti pencipataan mentol dan sebagainya.

2
Hasil daripada revolusi ini, berlaku banyak perubahan dan peningkatan dalam

produktiviti serta kualiti produk. Disamping itu juga banyak penemuan-

penemuan baru seperti bahan kimia, tenaga dan perubatan yang mana ianya

banyak membantu dalam penyelidikan-penyelidikan yang terbaru (Mokyr,

1998). Bidang pertanian juga melalui perubahan dimana bahan kimia organik

mula digunakan sebagai baja untuk meningkatkan kualiti hasil tanaman, ianya

adalah hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan oleh pakar kimia

Justus Von Liebig.

iii. Revolusi Industri Ketiga

Revolusi industri ketiga bermula sekitahur 1950-an dan ianya turut dikenali

sebagai Revolusi Digital dimana pada zaman ini, komputer telah mula dicipta

dan membawa kepada perubahan yang amat besar dalam kehidupan

manusia. Penciptaan peralatan yang lebih canggih telah meluaskan pasaran

ke peringkat global serta menambah baik industri perkilangan yang sebelum

ini masih mengamalkan kaedah-kaedah dan mesin tradisional kepada industri

perkilangan yang menggunakan teknologi pembuatan yang canggih.

Selain daripada itu juga, revolusi ini lebih menfokuskan kepada sektor

teknologi dan sumber tenaga dimana pada revolusi perindustrian pertama

media komunikasi yang biasa digunakan adalah seperti majalah, akhbar dan

sebagainya, namun dalam revolusi perindustrian ketiga ini penciptaan media

komunikasi seperti telefon, satelit dan internet telah mewujudkan satu dunia

tanpa sempadan di mana semua orang boleh berkomunikasi dan menerima

maklumat daripada seluruh dunia tanpa batasan jarak dan sempadan.

3
iv. Revolusi Industri Keempat (IR 4.0)

Revolusi ini bermula pada tahun 2016 dan ianya merupakan kesinambungan

daripada revolusi yang ketiga. Dalam IR 4.0 ini ianya tidak lagi menfokuskan

kepada penggunaan mesin dan sistem teknologi, namun ianya meliputi

pelbagai aspek kehidupan seperti pembinaan robot, digital, biologi,

nanoteknologi, peranti pintar dan sebagainya. Menurut Klaus Schwab (2017)

yang merupakan “Pengasas dan pengerusi eksekutif World Economic Forum

(WEF) telah menjelasakan di dalam bukunya iaitu “The Fourth Industrial

Revolution” bahawa IR 4.0 ini akan mengubah cara kehidupan manusia,

dimana perubahan ini akan dilaksanakan melalui tiga teknologi utama iaitu

fizikal, digital dan biologikal. Ketiga-tiga teknologi utama ini juga merangkumi

aspek-aspek simulasi atau realiti maya, industri Internet of Things (IoT),

keselamatan siber, analisa data, pengkomputeran awan integrasi sistem

menegak dan melintang, rantaian bekalan, pembuatan bahan tambahan dan

juga automasi robot.”

Selain itu, penciptaan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence telah

mewujudkan bentuk-bentuk perniagaan yang baru seperti pembelian atas

talian iaitu e-dagang dan sebagainya. Keadaan ini turut mentransformasikan

sistem pengurusan serta urus tabir sesuatu organisasi menjadi lebih lancar

dan efektif, malah ianya turut mengubah struktur ekonomi dunia. membuka

ruangkepada kemasukan model perniagaan baharu yang telah

ditransformasikan melalui pengaplikasian, pelbagai jenis perkhidmatan dan

sebagainya yang akan mengubahstruktur ekonomi dunia moden.

4
3.0 DASAR INDUSTRY4WRD DI MALAYSIA

Kerajaan telah memperkenalkan satu dasar bagi memangkin perubahan ini iaitu

Dasar Industry4WRD yang diketuai oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa

dan Industri (MITI) dengan bertujuan untuk mentransformasikan sektor

perkhidmatan dan pembuatan yang berkaitan bagi tempoh 7 tahun iaitu bermula

pada tahun 2018 sehingga tahun 2025. Kerajaan telah menetapkan tiga visi dalam

dasar ini iaitu menjadikan Malaysia sebagai rakan strategik bagi perkhidmatan dan

pembuatan berkaitan peranti pintar, menjadi destinasi utama bagi pelaburan-

pelaburan asing dalam industri teknologi tinggi dan juga sebagai penyedia bagi

perkhidmatan penyelesaian termaju bagi teknologi maju di Asia Pasifik.

Selain daripada itu juga, kerajaan juga telah mengambil tiga asas utama sebagai

objektif Industry4WRD ini iaitu ACT yang merupakan singkatan daripada perkataan

Attract, Create dan Transform. Bagi asas yang pertama iaitu Attract, kerajaan

berhasrat untuk menarik minat pihak-pihak yang berkepentingan bagi

menambahbaik kemudahan dan aplikasi mereka kepada teknologi IR 4.0 sebagai

satu daya penarik kepada pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia dalam sektor

pembuatan pintar. Asas kedua pula iaitu Create, kerajaan ingin mewujudkan sebuah

ekosistem bagi menyokong dan menyelaras inisiatif yang ada dalam semua aspek

bagi setiap industri yang mengguna pakai teknologi IR 4.0. Asas ketiga yang terakhir

iaitu Transform, kerajaan berhasrat untuk mentransformasikan secara menyeluruh

sektor pembuatan bagi meningkatkan produktivit, kecekapan kos, pembangunan

teknologi tempatan dan sebagainya.

5
4.0 PERLAKSANAAN IR 4.0 DI MALAYSIA

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan ingin mencapai

status negara maju dalam masa yang terdekat juga turut mengambil inisiatif dalam

menyahut perlaksanaan IR 4.0. Ini bertujuan untuk mengelakkan negara ketinggalan

jauh ke belakang berbanding negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea Selatan

dan sebagainya. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan iaitu dengan

mengisytiharkan tahun ekonomi internet Malaysia pada tahun 2017. Ekonomi digital

Malaysia telah menyumbangkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

sebanyak 17.8% pada tahun 2015 dan ianya dijangka meningkat ke tahap 18.2%

mejelang tahun 2020. Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM162 dalam

Bajet 2017 bagi memacu pelbagai program bagi IR 4.0 di Malaysia.

Pada 22 Mac 2017, kerajaan Malaysia dengan kerjasama Malaysia Digital Economy

Corporation (MDEC) telah melancarkan penubuhan digital free trade zone yang

pertama di dunia yang menggabungkan dua zon iaitu zon fizikal dan zon maya.

Disamping itu juga beberapa penambahbaikkan perkhidmatan online dan digital

telah dibuat bagi merangsang inovasi berteraskan internet serta memudahkan

urusan e-dagang di peringkat antarabangsa. Satu pelan bagi menentukan hala tuju

strategik berkaitan IoT yang diterajui oleh Malaysian Institute of Microelectronic

Systems (MIMOS). Kerajaan dijangkakan akan memberikan pulangan sebanyak 9.5

bilion kepada KDNK disamping menyediakan peluang pekerjaan kepada 14,270

orang rakyat Malaysia.

Kerajaan di bawah MITI juga telah melaksanakan satu program iaitu “Out Reach

Program” yang bertujuan untuk memberi sokongan serta pendedahan kepada pihak-

6
pihak yang berkepentingan dalam IR 4.0. Diantara program-program yang dijalankan

dibawah Out Reach Program ini ialah “Persidangan Pembangunan dan Peluang

Rantaian Bekalan Antara Syarikat Multinasional Bersama Pengusaha Kecil dan

Sederhana (PKS), “Seminar Pengeluaran Pintar dan Teknologi Automasi”, “Seminar

Berhubung Peluang Perniagaan Dan Pengeluaran Pintar” oleh Malaysian

Investment Development Authority (MIDA). Kerajaan juga turut memberi fokus

kepada pertumbuhan PKS bagi menerima teknologi pemproses pintar dalam sistem

pengeluaran mereka bagi memastikan mereka berdaya tahan dan tidak ketinggalan

dalam IR 4.0.

Perlaksanaan IR 4.0 tidak akan berjaya jika tenaga kerja profesional dan

berkemahiran tidak mencukupi untuk menggunakan sistem dan mesin-mesin pintar

yang disediakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, satu program yang bertujuan untuk

meningkatkan kepakaran tenaga kerja yang ada dalam telah dilaksanakan oleh

pihak kerajaan. Usaha-usaha ini dijalankan bersama Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia bersama Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan tenaga kerja

profesonal ini mencukupi selaras dengan keperluan kerajaan.

Untuk menambahkan lagi pengeluaran dan meningkatkan lagi daya saing kilang-

kilang di Malaysia setaraf dengan negara-negara maju lain, kerajaan telah

mengambil inisiatif dengan membina atau menambahbaik kilang-kilang yang sedia

ada dengan teknologi-teknologi pintar. Kilang-kilang pintar ini akan menambah baik

pengurusan tenaga ,meningkatkan produktiviti, mengurangkan kelewatan dengan

perlaksanaan intergrated remote operation dan juga dapat menganalisa prediktif

penyelenggaraan. Penggunaan teknologi-teknologi pintar seperti embedded system,

7
cloud solution dan juga big data analysis membuat kilang-kilang pintar ini dapat

beroperasi dengan kos yang lebih rendah namun permintaan pengguna dapat

dicapai dengan efektif.

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan ini, sektor pengurusan awam juga perlu

ditambahbaik agar dapat menerapkan aplikasi serta teknologi pintar. Ini bertujuan

untuk memastikan perkhidmatan awam dapat memberikan perkhidmatan yang lebih

lancar, efisen dan segera. Selaras dengan perkembangan teknologi dalam semua

sektor swasta dan global.

5.0 CABARAN PERLAKSANAAN IR 4.0 DI MALAYSIA

Kerajaan telak melaksanakan pelbagai inisiatif dan langkah-langkah untuk

memastikan kejayaan IR 4.0 ini di Malaysia, walaubagaimanapun masih terdapat

beberapa cabaran yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan bagi memastikan

IR 4.0 ini berjaya. Diantara cabaran-cabaran tersebut ialah:-

i. Kekurangan Tenaga Profesional dan Mahir

IR 4.0 sangat memerlukan tenaga kerja profesional dan mahir untuk

mengoptimumkan penggunaan teknologi digital dan sistem pemprosesan

yang ada. Walaubagaimanapun kos untuk menghasilkan tenaga kerja ini

adalah terlalu tinggi dan mencabar. Keadaan ini tidak hanya berlaku di

Malaysia sahaja malah berlaku di negara-negara membangun yang lain,

World Economic Forum (2017) dalam satu tinjauannya di Eropah telah

mendapati masih terdapat 37 peratus pekerja di Eropah yang masih tidak

memiliki kemahiran dalam penggunaan teknologi pintar dan asas digital yang

8
paling minima bagi melaksanakan tugasan mereka. Ini merupakan satu

keadaan yang serius dimana mereka perlu berhadapan dengan revolusi

teknologi baru dan mereka masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan

keperluan IR 4.0.

Ada negara yang berjaya menyesuaikan diri dengan IR 4.0 sebagai

contohnya China yang sebelum ini lebih menumpukan kepada penggunaan

kos buruh yang rendah telah berjaya mengimplimentasikan teknologi IR

dengan jayanya dan memberikan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat

di China.

ii. Ancaman Keselamatan Siber

Kepesatan pembangunan teknologi dan dunia tanpa sempadan telah

membawa kepada berlakunya ancaman keselamatan siber kepada orang

ramai. Menurut Min, David & Suk, (2018) intergrasi sistem fizikal dan siber

akan menimbulkan pelbagai kelemahan dalam sistem rangkaian yang akan

membawa kepada ancaman penggodam, penjenayah siber dan sebagainya.

Diantara ancaman siber yang wujud ialah risiko keselamatan pemilikan data

individu atau syarikat, pendedahan data maklumat peribadi, kehilangan

kawalan data dan sebagainy. Business Insider Intelligence (2019) dalam satu

kajiannya telah mendapati isu keselamatan siber telah meningkat ke 38

peratus pada tahun 2019 daripada 30 peratus pada tahun 2018. Malah pada

tahun 2017, satu serangan siber daripada The WannaCry ransomware telah

memusnakan lebih telah 200,000 komputer di 150 negara termasuklah

Amerika Syarikat dan Jepun. Serangan ini telah menyebabkan kerugian yang

9
besar kepada negara, ini kerana banyak data penting dalam pejabat kerajaan,

syarikat swasta dan industri perkilangan telah hilang akibat serangan

tersebut.

iii. Kesukaran Penyelarasan Organisasi

Sistem pengurusan di sesebuah organisasi secara tidak langsung akan

dipengaruhi oleh perkembangan teknologi IR 4.0 ini, termasuklah dalam

pengurusan sumber manusia (Agostini & Filippini, 2019). Ini kerana pihak

syarikat memerlukan kos serta masa yang tinggi untuk melatih dan para

pekerja yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan IR 4.0.

Keadaan ini akan memberi risiko kehilangan pekerjaan kepada golongan

pekerja bawahan keran mereka tidak memiliki kemahiran yang mencukupi

untuk mengendalikan teknologi baru. Selain daripada itu, proses rantaian

pembekalan syarikat juga akan mengalami kesukaran dalam memenuhi

kehendak pelanggan disebabkan masih terdapat organisasi yang tidak dapat

menggunakan teknologi baru dengan berkesan.

6.0 KESIMPULAN

Sememangya kehadiran IR 430 ini memberikan penekanan kepada sistem

pemprosesan pintar, simulator maya, dunia tanpa sempadan yang semestinya

memberi kesan kepada kesemua lapisan masyarakat dari segi perubahan cara

hidup dan sebagainya. Bermula daripada pengguna sumber tenaga manusia

semata-mata kepada penggunaan sistem automatik dan robot, taraf hidup

masyarakat di seluruh dunia menjadi semakin baik. Oleh itu, perkembangan

teknologi IR 4.0 yang serba maju ini tidak boleh tidak perlu diimplementasikan oleh

10
pihak kerajaan untuk memastikan negara sentiasa berdaya saing selaras dengan

perkembangan teknologi dan digital. Namun begitu, pelbagai aspek dan cabaran

perlu diatasi oleh pihak kerajaan dengan kerjasama rakyat Malaysia untuk

memastikan manfaat yang didapati hasil daripada teknologi IR 4.0 ini dapat dinikmati

oleh semua orang.

11
6.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Embong (2000). Wacana Globalisasi. Bangi, Selangor: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia. Alec, R. (2016).

Maisarah Mohamed Pauzi (2017). Revolusi Perindustrian 4.0: Satu Pengenalan.

(Ahmad Fahmi Mokhtar, Ed.) PAMI Resources.

Min, X., David, J. M., & Suk, H. K. (2018). The Fourth Industrial Revolution:

Opportunities and Challenges. International Journal of Financial Research,

Morrar, R., Arman, H., & Mousa, S. (2017). The Fourth Industrial Revolution

(Industry 4.0): A Social Innovation Perspective. Technology Innovation

Management Review.

Schwab, K., Nicholas, D (2018). Shaping the Future of the Fourth

IndustrialRevolution: A Guide to Build A Better World. United Kingdom:

Penguin UK.

Smith, N. (2009).Events and Outcomes Industrial Revolution. Chiltern Street,

London:Evans Brothers Limited.

Stewart, R. (2008).The Industrial Revolution. Chiltern Street, London: Evans

BrothersLimited

12

Anda mungkin juga menyukai