Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Krisis pandemik COVID-19 merupakan risiko yang perlu dihadapi oleh pemimpin dan

pengurus dalam sesebuah organisasi. COVID-19 menguji kepemimpinan organisasi

pelbagai sektor di seluruh dunia. Ia mempunyai impak jangka panjang dan sangat

mencabar. Ketidakpastian menghadapi pandemik menyukarkan organisasi dan komuniti,

sekali gus menuntut pemimpin melakukan transformasi dalam corak kepemimpinan.

Pemimpin seharusnya bersedia dan proaktif mengharungi pandemik, mampu menyokong

dan mempersiapkan ahli untuk mengharungi cabaran mendatang. Walaupun krisis tidak

dapat dielak, pendekatan sesuai perlu diambil untuk mencegah berlaku konflik dalam

kalangan pemimpin dan ahli organisasi. Cabaran sangat besar dan mempengaruhi

individu, organisasi serta komuniti adalah dari aspek kemanusiaan. Pesakit perlu dijaga

dan dipulihkan, keluarga dilanda kesempitan kewangan patut dibantu dan mereka terjejas

pekerjaan mesti diyakinkan untuk terus berjuang. Tanggungjawab berat ini terletak pada

bahu pemimpin organisasi dan masyarakat.

Rivai & Arifin (2009) mengatakan bahawa Seorang pemimpin yang berkaliber boleh

dinilai daripada prestasi pencapaiannya, aspek produktiviti serta kebolehannya dalam

memimpin sesuatu organisasi. Manakala pengurus pula merupakan individu yang penting

dan paling dekat dengan pekerja dalam menguruskan tingkah laku pekerja di dalam

sesebuah organisasi. Berdasarkan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2003), pengurus

adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan segala perancangan serta

undang-undang pengurusan dilaksanakan mengikut jadual oleh orang bawahan di bawah

penyeliannya. Pengurus juga merupakan satu entiti dalam organisasi yang

bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku serta kepimpinannya akan


menetapkan hala tuju organisasi, memperjuangkan aspirasi sesebuah organisasi dan

kepentingan organisasinya Ab. Aziz Yusof. (2010).

KAJIAN KES

PANDEMIK Covid-19 ini yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia

merupakan satu ancaman kepada kelansungan kesejahteraan dan kelestarian

hidup masyarakat dunia. Tambahan pula kenyataan daripada Pertubuhan Buruh

Antarabangsa (ILO) menyatakan bahawa krisis coronavirus (Covid- 19) pada

suku kedua tahun 2020, akan menyebabkan 195 juta orang kehilangan

pekerjaan sepenuh masa.ini termasuklan ILO menjangkakan krisis akibat Covid-

19 ini akan mengakibatkan kesan yang mendalam terhadap organisasi

terutamanya dalam sektor perkhidmatan yang melibatkan pelbagai organisasi di

seluruh dunia. Selain itu juga, boleh dilihat pada April 2020, Jabatan Perangkaan

Malaysia telah mengeluarkan hasil dapatan Survey Khas “Kesan Covid-19

kepada ekonomi dan individu- pusingan pertama yang telah dijalankan pada

bulan Mac 2020. Daripada 168,162 responden yang terlibat 52.6% melaporkan

sangat terkesan dengan penularan wabak covid-19.

TEORI YANG BERKAITAN DENGAN ISU


Dalam menghadapi isu penularan wabak Covid 19 ini, penulisan ini akan menggunakan

teori kontigensi daripada Friedler. Teori ini secara ringkasnya menerangkan seseorang itu

menjadi pemimpin bukan kerana sifat-sifat daripada keperibadiannya tetapi adalah

kerana pelbagai factor situasi dan adanya interaksi antara pemimpin dengan situasi

tersebut. Dengan perkataan yang lain, prestasi dan produktiviti organisasi dan warga

organisasinya dipengaruhi oleh sistem motivasi dan sokongan daripada pemimpin dan

sejauh mana pemimpin dalam organisasi tersebut dapat mengendalikan dan

mempengaruhi sesuatu situasi tersebut walaupun situasi tersebut tidak dijangka sama

sekali. Sebagai contoh dalam penulisan ini, situasi covid 19 yang melanda menuntut

setiap pengurus berinteraksi dengan situasi tersebut dan melakukan tindakbalas bagi

memastikan kakitangan atau warga organisasinya senantiasa terjaga dari segi kesihatan,

kebajikan, emosi dan sebagainya.

Bagi penulis, teori ini berseseuaian dengan situasi Covid19 ini kerana teori ini berteraskan
kepimpinan ialah proses mempengaruhi. Semakin tinggi kuasa dan
pengaruh pemimpin untuk mempengaruhi orang bawahannya semakin
berkesan sifat kepimpinannya. Tiga dimensi utama tahap pemimpin dalam menghadapi covid

19 ini ialah:

Kuasa Kedudukan

Prestasi dan mutu kerja warga organisasi dapat dikekalkan oleh seorang pengurus dalam
organisasi melalui pengaruh kuasa atau kedudukan kuasa dalam organisasinya.
Tahap ini merujuk kepada kuasa yang wujud daripada autoriti organisasi.
Ini bermakna kedudukan dan jawatan itu sendiri membolehkan
pemimpin mengawal subordinatnya supaya akur kepada segala arahan
yang diberikan. Oleh itu, Fiedler percaya bahawa kuasa yang dimiliki hasil
daripada kedudukan yang tinggi dalam carta organisasi akan
memudahkan urusan-urusan pemimpin dan mampu membawa organisasi
ke arah hala tuju yang betul.

Sebagai contoh dalam menghadi penularan wabak ini, seorang pengurus boleh membuat
keputusan terhadap subordinatnya walaupun mendapat tentangan daipada beberapa pihak. Ini
dapat dilihat sekiranya pengurus mengenakan peraturan yang ketat terhadap bekerja dari
rumah walaupun ianya ditentang oleh persatuan sekerja ddi organisasi tersebut kerana telah
melanggar hak kebebasan asasi pekerja tersebut.

Di sini, seseorang pengurus dengan kuasa kedudukan yang


tinggi boleh mendapatkan kerjasama yang lebih mudah daripada
seseorang yang tidak mempunyai kuasa sedemikian asalkan matlamat organisasi tercapai.

Struktur tugas
Tahap membayangkan bagaimana tugas yang diberikan dapat dihuraikan dengan jelas dan
timbul rasa tanggungjawab terhadap tugas tersebut. Ini
penting supaya tugas-tugas yang dilaksanakan jelas dan mendapat
perhatian daripada semua pihak. Apabila tugas yang diamanahkan jelas,
maka tidak hairanlah kualiti kerja yang dihasilkan ditingkatkan dan
dikawal dengan mudah.

Perhubungan antara pemimpin dan pengikut


Berdasarkan kepada kedua-dua dimensi di atas, didapati bahawa keadaan
tersebut dikawal oleh organisasi. Namun untuk dimensi ini, segala
keputusan bergantung kepada tahap kesukaan dan keyakinan pihak
subordinat kepada pihak atasannya. Ini penting dalam menentukan tahap kesetiaan seorang
pekerja kepada majikannya. Semakin tinggi tahap
kesetiaan pekerja tersebut, maka semakin tinggilah tahap keyakinan yang
lahir dari dalam diri setiap pekerja bagi menghasilkan kualiti kerja yang
lebih baik.

Menyesuaikan kerja fleksi

Lankah intervensi seterusnya yang boleh diambil oleh pengurus organisasi ialah

menyesuaikan kerja fleksi dan membantu meningkatkan prestasi BDR. Tambahan pula,

Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia dengan peningkatan kes

yang dilaporkan meningkat secara mendadak menyebabkan arahan untuk pekerja

kembali menyesuaikan diri untuk bekerja dari rumah (BDR) atau Work from Home

dilaksanakan. Arahan ini berkuatkuasa dengan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan

pada 20 Oktober 2020 yang memutuskan pekerja di sektor awam dan swasta untuk
kembali BDR terutama di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB) .

Sebagai seorang pengurus arahan untuk kembali BDR ini diterima baik sebagai

langkah pencegahan awal dan sokongan kepada kerajaan untuk bersama-sama

memutuskan rantaian Covid-19 disamping mengekalkan prestasi warga organisasinya.

Pengurus perlu membuat hebahan dan peringatan bahawa persekitaran yang baharu

dengan bekerja dari rumah menuntut komitmen tinggi dari semua pihak dalam sesebuah

organisasi. ini kerana bekerja dari rumah tampak mudah kerana hanya perlu menyiapkan

tugasan kerja yang tertangguh tanpa terikat dengan masa sebenar waktu kerja di pejabat,

namun ia mempunyai cabaran tersendiri kepada setiap individu.

Pengurus juga boleh membuat peringat mesra setiap seminggu sekali bagi

memastikan warga organisasinya mengekalkan prestasi kerja dan memperingati tentang

pengurusan masa supaya warga organisasinya dapat mungurus masa dalam mengimbangi

antara tugasan pejabat dan tnaggungjawab di rumah. Paling mudah, pengurus meletakkan

Key Performance Indicator KPI dan meminta laporan BDR setiap minggu kepada

anggota organisasinya. Selain itu, pengurus perlu memberikan kepercayaan kepada

warga organisasinya dalam menjalankan tugasan di rumah. Ini penting dalam

memastikan prestasi pekerja berada di aras yang lebih tinggi kerana melaksanakan BDR

ini juga memerlukan meter kepercayaan majikan kepada anak buah berada pada tahap

yang baik.

Menambahbaikan Polisi Sedia Ada


Bagi menghadapi cabaran-cabaran ini, pengurus bertanggungjawab mengurus modal

insan perlu menjadi lebih kreatif dan mencipta formula baru dalam norma baru

pengurusan dan pentadbiran. Kemampuan memahami situasi, berfikir tahap tinggi atau di

luar kebiasaan serta meraikan kepelbagaian adalah sesuatu yang dituntut.  Tempoh yang

sangat kritikal terutama semasa fasa awal PKP telah mengharuskan para pengurus untuk

mengurus modal insan mereka dengan sebaik mungkin agar moral dan prestasi mereka

tidak terganggu atau menurun dek cabaran atau kekangan yang mereka hadapi sewaktu

PKP. Dengan pelbagai cabaran di atas, pelbagai strategi sebagai langkah intervensi yang

boleh diketengahkan untuk terus memastikan impak pandemik COVID-19 ini dapat

ditangani dengan baik dan diantaranya ialah:

Mengekalkan tahap konsistensi kerja para staf

Langkah yang pertama ialah dengan megekalkan tahap konsistensi kerja para staf atau

warga organisasi. engekalan fokus adalah penting memandangkan staf bekerja dari

rumah dan berada dalam persekitaran berbeza. Mengekalkan fokus staf menjadi satu

keutamaan, khususnya dengan sentiasa memperingatkan staf tentang matlamat utama

pekerjaan dan cara-cara mencapainya, menyediakan platform kepada staf untuk

merekodkan kemajuan tugasan mereka sebagai ukuran prestasi semasa, dan meminta

agar staf terus berhubung dengan penyelia bagi membolehkan segala maklumat penting

disalurkan kepada pihak berwajib.

Pembagunan Modal Insan

Lankah Intervensi yang seterusnya ialah memperkukuh nilai-nilai kebersamaan antara

para staf atau pekerja. Pada ketika PKP dilaksana di awal-awal gelombang kedua Covid
19 ini, satu kajian mendapati bahawa terdapatnya staf yang memerlukan sokongan moral

dan motivasi kerana inilah kali pertama negara berdepan bencana wabak yang besar.

Untuk tujuan tersebut, pengurus boleh membuat atau mengadakan pelbagai program

berunsur kerohanian dalam usaha membantu pekerja kerana ia dipercayai mampu untuk

menjadi benteng dalam diri dalam memastikan amanah pekerjaan dapat terus

dilaksanakan sebaiknya. Selain itu, pengurus juga boleh memberikan nasihat, pandangan,

dan ceramah dalam talian untuk berpesan-pesan secara berhikmah kepada warga

organisasinya.

Selain aktiviti kerohanian, pengurus juga boleh membuat program seperti

program yang dinamakan “Santai dari Rumah” yang mana turut telah dijalankan semasa

PKP berlansung bagi membentuk kebersamaan para staf. Perkongsian ilmu daripada

bahan bacaan dan hobi-hobi staf yang bersifat produktif seperti bercucuk tanam telah

dilakukan bagi membentuk persekitaran bekerja dari rumah yang lebih bersifat bersahaja

namun tetap berpegang kepada prinsip bekerja secara konsisten. Selain itu, pengurus

boleh mengadakan intensif tambahan dengan mempelbagaikan kelas bahasa dalam talian

dengan memanfaatkan kelebihan sebilangan staf dari luar negara yang boleh bertutur

dalam bahasa lain seperti bahasa Jepun dan bahasa Korea. Kepelbagaian bahasa ini

mencorakkan persekitaran yang tampak lebih global dan menonjolkan citra institusi yang

mendokong nilai-nilai universalisme. Selain itu, bagi memastikan pekerja terus menjiwai

nilai-nilai utama yang dipegang oleh majikan ialah dengam menjalankan program High

Performance Delivery.

MELAKUKAN PENGDIGITALAN OPERASI


Menurut Gardner dan Blondeau (2020), dengan menerapkan amalan dan menggunakan

perkhidmatan digitalisasi organisasi, mampu mengurangkan kekangan pergerakan yang

disebabkan oleh wabak tersebut membantu mengatasi masalah lambakan produktiviti

disebakan tempoh yang diambil oleh mengatasi masalah penularan wabak ini. Di

Malaysia, amalan digitalisasi ini mula diperkenalkan secara menyeluruh apabila kerajaan

melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac yang lalu.

Menerusi kajian oleh Lundin (2020) di China, semasa berlakunya pandemik COVID-19,

medium digital sememangnya telah memainkan peranan yang penting sebagai pemacu

pertumbuhan ekonomi dan transformasi sosial. Kajian yang dilakukan oleh Tencent

Research Institute di China terhadap 1638 orang pengurus yang berorientasikan

organisasi digital semasa tempoh pandemik COVID-19 mendapati, majoriti pengurus

bersetuju bahawa operasi organisasi yang dijalankan secara digital mampu mengekalkan

prestasi dan mutu pekerja selain meningkatkan produktiviti organisasi. Ini selari dengan

kenyataan daripada Saari (2020) yang mengatakan bahawa setiap pengurus perlu

mengoptimumkan penggunaan digital dalam organisasi semasa pandemic Covid 19 ini

dalam memperbagaikan sumber pendapatan.

Wujudkan Suasana Positif

Dalam menghadapi pandemik atau krisis, pemikiran manusia semestinya akan berkisar

mengenai kemandirian dan keperluan asas. Di sini, sebagai seorang pemimpin dalam
sesebuah organisasi, pengurus seharusnya berperanan dalam membentuk perubahan

positif dalam kehidupan ahli organisasi. sebagai seorang pengurus, ia perlulah teliti

menangani kebimbangan dan persoalan ketika berkomunikasi. Kadangkala

berkomunikasi dengan nada terlalu yakin dan menyembunyikan sebahagian fakta untuk

tidak mencetuskan panik menimbulkan keraguan dalam kalangan pihak berkepentingan.

Mereka akan mempersoalkan apa yang tersirat dan sejauh mana kecekapan pemimpin

mengendalikan organisasi. Ketelusan dalam dan luar organisasi akan meningkatkan

reputasi baik bagi sesebuah organisasi, sekali gus membantu mengurangkan

kebimbangan ahli.

Terdapat perbezaan persepsi antara pemimpin dan ahli organisasi terhadap tahap

ketelusan serta kebolehpercayaan sesuatu komunikasi. Dalam kajian terkini Leadership

Communications During COVID-19: A Survey of US Organizations oleh Orangefiery

terhadap 454 responden pekerja organisasi dari seluruh Amerika Syarikat (AS),

mendapati 75 peratus majikan berpandangan komunikasi disebarkan majikan adalah

sangat telus dan boleh dipercayai berbanding hanya 63 peratus pekerja yang

mempercayai sedemikian. Memandangkan ada jurang persepsi ini, pemimpin perlu

sentiasa mengambil pendekatan komunikasi telus dan berintegiriti bagi memastikan ahli

organisasi lebih yakin serta bersedia menjalankan tugas.

Kebertanggungjawaban dan kecekapan pemimpin akan memastikan organisasi berjaya

mengharungi pandemik ini. Respon efektif pemimpin pada era pandemik bukan sekadar

membolehkan organisasi meneruskan operasi lebih cepat dan meningkatkan produktiviti

ahli organisasi, malah meningkatkan reputasi organisasi. Faktor signifikan dalam

menentukan ketahanan sesebuah organisasi bukan semata-mata dari sudut prestasi


kewangan, bahkan kebolehupayaan organisasi untuk mengharungi waktu sangat

mencabar.

KEPIMPINAN PARTISIPAtif

Sememangnya diakui bahawa pengurus sesebuah organisasi berdepan dengan kesukaran

dalam menghadapi pandemic Covid-19 ini, terutama apabila berlaku secara tiba-tiba dan

tiada persediaan dibuat ke arah itu. Walau bagaimanapun, ia bukan kesalahan

keseluruhannya kepada seorang pengurus atau pimpinan atasan, kerana inilah buat

pertama kalinya dalam sejarah berlakunya risiko di luar jangka seperti ni. Namun begitu,

sebagai seorang pengurus, ianya harus segera bertindak kepada kesesuaian dan kehendak

situasi semasa walaupun keadaan tersebut  tidak terkandung dalam perancangan

organisasi kerana dipengaruhi keadaan tidak menentu dan bukan sesuatu rutin.

Ia membabitkan bukan sekadar keputusan sementara atau jangka pendek seperti

mewujudkan polisi kerja dari rumah, bahkan perubahan dari segi keseluruhan amalan

organisasi seperti fleksibiliti, fasiliti dan penggunaan teknologi membantu operasi

organisasi. Pendekatan yang boleh digunakan oleh seorang pengurus adalah dengan

mengubah corak kepimpinan autokratik kepada partisipasi. Pendekatan kawal dan

perintah perlu diubah pemimpin kepada kaedah lebih fleksibel dengan perlu memberi

kuasa kepada ahli organisasi dalam pelbagai aspek apabila berlaku krisis. Ini termasuk

memberikan autoriti dan kepercayaan membuat keputusan serta melaksanakannya segera

tanpa melalui proses birokrasi. Walaupun mungkin ada kesilapan dalam pembuatan

keputusan, pemimpin perlu segera belajar dan melakukan penambahbaikan serta

pembetulan tanpa melumpuhkan organisasi atau menyalahkan antara satu sama lain.
Pemimpin mengendalikan sebarang krisis ketika pandemik perlu mempunyai karakter

boleh menyatukan ahli organisasi dan mempunyai sikap tenang serta berfikir jelas

sebelum memberi sebarang respon. Sikap optimis juga wajar dimiliki pemimpin yang

perlu yakin dan realistik ketika memimpin agar tidak hilang kredibiliti sebagai pemimpin.

Pemimpin juga perlu sentiasa bersedia dan tidak boleh melengahkan masa sebelum

membuat keputusan. Ia membabitkan kejutan dalam perkara tidak diketahui dengan lebih

awal, maka fakta mungkin tidak dapat dikumpul tempoh singkat. Pemimpin perlu cepat

membuat keputusan, pada masa sama kena menitikberatkan akibat keputusan bakal

dibuat. Mereka perlu sentiasa melakukan refleksi dan menilai semula situasi dari pelbagai

segi dan menjangkakan apa bakal berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya.

Walaupun dalam situasi memerlukan tindakan segera, pemimpin perlu meluangkan masa

untuk berhenti seketika, refleks dan fikir ke hadapan sebelum membuat tindakan

selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai