Anda di halaman 1dari 13

Kesan Pelaburan Pendidikan Kepada Trasformasi Pendidikan dalam Ekonomi di

Malaysia

Noornadiah Binti Md Sari & Muhammad Bin Hussin


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor

Abstrak
Perbelanjaan kerajaan persekutuan ke atas sektor pendidikan sentiasa meningkat saban tahun
(2009 - 2013). Ini menandakan pihak kerajaan begitu komited untuk melahirkan masyarakat
yang berpendapatan tinggi pada masa akan datang. Pertambahan peruntukan perbelanjaan setiap
tahun dipengaruhi oleh pelaksanaan dasar kerajaan dan enrolmen pelajar. Namun begitu,
sejauhmana peruntukan tersebut dapat memberi manfaat ke atas masyarakat secara
keseluruhannya. Maka, artikel ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat sumbangan pelaburan
kerajaan atas sektor pendidikan dan impaknya ke atas sumbangan ekonomi di Malaysia.
Perbelanjaan dalam bidang pendidikan yang diperuntukan oleh kerajaan persekutuan digunakan
untuk pembinaan infrastruktur baru, penambahbaikan dan baikpulih infrastuktur sedia ada,
pembelanjaan mengurus, insentif subsidi kewangan termasuk biasiswa dan lain - lain. Individu
yang mempunyai pendidikan mampu untuk memperoleh pendapatan yang lebih baik berbanding
individu yang berpendidikan rendah. Berdasarkan dapatan artikel, kesan pelaburan pendidikan
menunjukkan hubungan yang positif antara pelaburan pendidikan dan perkembangan ekonomi
Malaysia. Implikasi pelaburan tersebut dapat dilihat ke atas pendapatan negara meningkat secara
keseluruhan. Rasionalnya, individu yang mempunyai pendidikan akan memperoleh pekerjaan
yang lebih baik dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada produktiviti negara.

Kata kunci: Pelaburan pendidikan, pendapatan negara, dasar pendidikan

1.0 PENGENALAN

Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara
(Kasim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi, 2009 ). Pendidikan juga merupakan penjana kretiviti
dan pencetus kreativiti bagi melahirkan modal insan dengan kemahiran yang diperlukan untuk
bersaing dalam pasaran kerja dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi keseluruhannya.
Sehubungan dengan itu, kerajaan berusaha memastikan sistem pendidikan negara berfungsi
secara cekap untuk melaksanakan Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi dan
Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam
persaingan ekonomi global ( Laporan Awal PPPM, 2012 ).

*Correspondence author. Tel: +60164655295


E-melAddress: nadfiz86@yahoo.com

2370
Penulisan kertas konsep ini merangkumi beberapa bahagian iaitu latar belakang dasar
pendidikan negara, kajian - kajian literatur, sumbangan pendidikan serta implikasi dasar dan
kesimpulan. Penulisan dalam bahagian latar belakang menerangkan secara ringkas dasar - dasar
pendidikan negara. Sistem pendidikan Malaysia telah mengalami pelbagai tranformasi dari dulu
hingga kini. Penulisan bahagian kajian literatur pula meninjau beberapa kajian oleh penyelidik
terdahulu. Kajian - kajian tersebut mengkaji kesan - kesan pelaburan pendidikan ke atas
pulangan ekonomi. Manakala sub perenggan sumbangan pendidikan menghuraikan faedah -
faedah yang diperolehi daripada pelaburan pendidikan yang dibuat oleh individu dan juga pihak
kerajaan. Sumbangan pendidikan dilihat menunjukkan kesan yang positif baik kepada individu
mahupun negara. Penulisan sub perenggan implikasi pula menghuraikan tindakan pihak kerajaan
dalam usaha memastikan perancangan pelaburan pendidikan ekonomi dilaksanakan dengan
cekap agar tidak berlaku pembaziran pada masa hadapan.

2.0 LATAR BELAKANG

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi dasar sejak sebelum kemerdekaan
lagi. Setiap dasar pendidikan yang dirangka mempunyai matlamat tertentu bagi memastikan
setiap golongan menikmati faedah bersama. Berdasarkan kajian - kajian yang dilaksanakan oleh
penyelidik - penyelidik yang lepas, pelaburan dalam sektor pendidikan sentiasa menunjukkan
pulangan yang positif sama ada kepada individu atau pihak kerajaan ( Rahmah Ismail &
Nanthakumar Loganathan, 2007 ). Pelaburan dalam sektor pendidikan bersifat pelaburan jangka
masa panjang. Hasilnya hanya akan dapat dirasai apabila guna tenaga atau modal insan yang
dilahirkan dapat menyumbang kepada produktiviti negara.

Sistem pendidikan sebelum merdeka adalah bersifat vernakular ( Laporan Awal PPPM, 2012
). Ini bertujuan memudahkan pihak pentadbir iaitu pihak British ketika itu untuk mengawal
kegiatan penduduk. Masyarakat dipisahkan mengikut kaum serta mempunyai sukatan pelajaran
yang berbeza. Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung - kampung menerima pendidikan
yang bersifat keagamaan. Sekolah untuk masyarakat Cina dibina di kawasan bandar menerima
pendidikan yang berorientasikan negara China. Manakala masyarakat India yang tinggal di
kawasan ladang pula, menerima pendidikan yang berorientasikan negara India. Pihak British

2371
ketika itu turut menubuhkan sekolah - sekolah mubaligh yang menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar serta sukatan pendidikan dari negara asal.

Selepas kemerdekaan ( 1957 - 1970 ), sistem pendidikan mula mengalami perubahan bagi
memenuhi keperluan semasa. Pemimpin negara mula sedar untuk membentuk satu sistem
pendidikan kebangsaan yang berorientasikan negara. Oleh itu, Laporan Razak, Laporan Rahman
Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jemaah Menteri ( 1979 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan
( 1988 ) dibentuk menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan yang
berteraskan perpaduan. Dasar - dasar pendidikan seterusnya mengalami transformasi seiring
dengan perubahan arus globalisasi, liberalisasi serta perkembangan ICT iaitu Dasar
Pembangunan Nasional ( 1991- 2000), Dasar Wawasan Nasional ( 2001 - 2010 ), Pelan
Pembangunan Pendidikan ( 2001 - 2010), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( 2006 - 2010),
Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA) ( 2010 - 2012 ) dan kini Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012 ).

Dalam usaha melaksanakan dasar - dasar tersebut, sejumlah pelaburan pendidikan


diperuntukkan bagi memastikan agenda nasional tercapai. Perbelanjaan pihak kerajaan meliputi
perbelanjaan mengurus dan juga perbelanjaan pembangunan. Jumlah perbelanjaan tersebut
bergantung pada jumlah belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri setiap tahun.

3.0 KAJIAN LITERATUR

Kajian yang dilakukan oleh Rahmah Ismail (1998) menunjukkan bahawa sumbangan pendidikan
menyumbang kepada pertumbuhan output negara lebih besar berbanding sumbangan modal
fizikal. Ini terbukti apabila kadar celik huruf dalam kalangan pekerja menggambarkan kualiti
pekerja. Maka, pekerja mampu menjalankan proses pengeluaran dengan cekap melalui
penggunaan teknologi kepada pengeluaran output dengan lebih bermutu secara tidak langsung.
Kajian beliau mendapati kadar celik huruf dan perbelanjaan pendidikan menunjukkan hubungan
yang signifikan dengan pertumbuhan ekonomi negara walaupun terdapat faktor lain.

2372
Kajian seterusnya oleh Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad & Noraziah Ali (2009)
mengkaji kesan pendidikan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menggunakan data
siri masa ( 1973 - 2004 ) merujuk kepada pembolehubah KDNK, gunatenaga, modal dan
perbelanjaan pendidikan. Hasil ujian statistik terdapat bukti menyatakan bahawa KDNK,
gunatenaga, modal dan perbelanjaan pendidikan adalah signifikan dalam menerangkan
perubahan dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Kajian selanjutnya diteruskan oleh Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad & Noraziah
Ali. ( 2008 ) dengan menganalisis buruh, modal dan perbelanjaan pendidikan ke atas kadar
pertumbuhan negara. Berdasarkan kajian tersebut, sektor pendidikan menyumbangkan hasil dan
kesan yang positif kepada dasar pendidikan semasa dan rakyat.. Kesan ini dapat dilihat melalui
pertambahan institusi pendidikan, pertambahan bilangan enrolmen pelajar, pertambahan bilangan
graduan, pertambahan bilangan tenaga mahir negara, kadar penggangguran dan kemiskinan
menurun serta pertumbuhan KDNK yang positif.

Manakala kajian Rahmah Ismail & Nanthakumar Loganathan (2007) pula mengkaji tahap
pelaburan dalam sektor pendidikan mampu memberi sumbangan ke atas modal manusia
berdasarkan pulangan sosial dan pulangan persendirian yang diterima. Secara bandingan, kajian
mendapati pulangan persendirian memberi pulangan lebih tinggi berbanding pulangan sosial. Ini
kerana, jumlah perbelanjaan persendirian secara purata lebih kecil berbanding jumlah
perbelanjaan yang diberikan oleh kerajaan. Selain itu, kajian tersebut menunjukkan kadar
pulangan pendidikan peringkat rendah lebih tinggi.

Kajian oleh Zulkifly Osman, Ishak Yussof & Abu Hassan Shaari Mohd Nor ( 2010) pula
mengkaji pulangan terhadap inflasi pendidikan bagi pekerja dalam pasaran buruh sektor
perkhidmatan terpilih di Malaysia. Kajian beliau membandingkan pencapaian pendidikan pekerja
dengan keperluan kelayakan pekerjaan sebenar. Golongan yang terlibat dalam masalah inflasi
pendidikan adalah golongan berpendidikan tinggi. Masalah inflasi pendidikan masa kini dilihat
positif. Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan mampu mengurangkan masalah
pengangguran siswazah semasa.

2373
Kajian oleh Mohd Fauzi Hamad & Mohd Khairul Naim Che Nordin (2012) pula melihat
peranan pendidikan menyumbang kepada perkembangan modal insan di Malaysia. Pendidikan
adalah salah satu elemen yang penting. Perubahan strategi ekonomi daripada komoditi kepada
modal insan memberi implikasi kepada pembangunan negara yang lestari. Pendidikan dilihat
sebagai satu bentuk pelaburan jangka masa panjang.

Kasim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009) menyatakan bahawa kemiskinan dan arus
globalisasi merupakan cabaran kepada perkembangan modal insan kepada masyarakat tempatan.
Kajian yang dilaksanakan oleh mereka mendapati penduduk Menggatal yang tinggal di kawasan
bandar masih lagi ketinggalan dalam sektor pendidikan walaupun di kelilingi oleh kemudahan -
kemudahan pendidikan. Tekanan hidup menyebabkan ramai indidvidu mengambil keputusan
untuk bekerja berbanding menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Majoriti
penduduk di kawasan tersebut hanya mempunyai pendidikan di peringkat rendah sahaja.

Tajulddin Muhammad, Faridah Karim, Muhammad Hussin & Rahmah Ismail ( 2008 )
menyatakan bahawa gunatenaga, bilangan enrolmen pelajar serta pelaburan pendidikan turut
menyumbang kepada perkembangan KDNK negara. Kajian yang dilaksanakan lebih fokus
kepada sumbangan pendidikan kepada pihak kerajaan. Pelaburan pendidikan dalam kajian
tersebut merujuk kepada pelaburan ke atas pendidikan tertiari. Hasil ujian mendapati bilangan
gunatenaga dan pelaburan pendidikan memberi sumbangan kepada pihak kerajaan dalam tempoh
jangka masa panjang. Maka pihak tindakan kerajaan meningkatkan pelaburan dari tahun ke
tahun akan memberi kesan pada masa hadapan.

Sektor pendidikan di Malaysia turut menarik perhatian masyarakat luar. Kajian oleh Abd
Hair Awang, Zaimah Ramli & Izzurazlia Ibrahim (2012) melihat faktor - faktor utama yang
menarik pelajar antarabangsa peringkat PhD dan sarjana menyambung pelajaran di Malaysia.
Berdasarkan hasil kajian tersebut mendapati antara faktor yang menunjukkan hubungan yang
positif ialah peluang biasiswa / geran, kos pengajian dan kursus yang diiktiraf mengikut benua
asal pelajar. Reputasi dan imej institusi pendidikan Malaysia dikukuhkan lagi sekiranya institusi
pendidikan tersebut mempunyai kedudukan di peringkat antarabangsa (Abd Hair Awang,
Zaimah Ramli & Izzurazlia Ibrahim , 2012 ).

2374
Modal insan juga merupakan salah satu bentuk pelaburan pendidikan bagi melahirkan tenaga
kerja yang dapat memenuhi kehendak pasaran pekerjaan (Noraini & Nooriah 2012). Muhammad
Hazrul Ismail. ( 2012 ) menyatakan bahawa selain kelayakan akademik yang berkaitan, aspek
yang diutamakan oleh pihak majikan dalam memilih pekerja baru adalah aspek kemahiran
berfikir, kemahiran komunikasi dan interpersonal, kemahiran ICT, kebolehan mencari maklumat,
keperibadian dan sahsiah. Kajian yang dilaksanakan oleh beliau mendapati terdapat jurang
negatif antara kemahiran yang dimiliki dan kemahiran yang diperlukan oleh pihak majikan.
Maka, lepasan graduan IPT perlu melengkapkan diri dengan kemahiran - kemahiran tersebut
agar dapat bersaing dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan pada masa hadapan.

4.0 SUMBANGAN.

Perbelanjaan kerajaan ke atas sistem pendidikan sentiasa menunjukkan angka yang meningkat
setiap tahun. Pada tahun 2011 ( RM 35 juta), 2012 ( RM 37.1 juta) dan pada tahun 2013
sebanyak RM 38.7 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ( Jadual 2 ).
Perbelanjaan ini meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan ( Jadual 1 ). Perbelanjaan ini
diharapkan dapat memenuhi permintaan masyarakat. Pelaburan dalam sektor pendidikan secara
tidak langsung memberi pulangan positif ke atas keperluan sosial masyarakat.

i) Penambahkan pembinaan infrastruktur

Bagi menampung pertambahan enrolmen pelajar yang semakin meningkat ini. Maka kerajaan
menambahkan pembinaan infrastruktur untuk memastikan pelajar dapat menimba ilmu dalam
keadaan yang selesa bagi menampung bilangan pelajar yang sedia ada. Prasarana yang dibina
meliputi pembinaan bangunan baru, baik pulih bangunan rosak, dan menaiktaraf kualiti
prasarana. Sebagai contoh pada tahun 2011, jumlah perbelanjaan kerajaan ke atas perbelanjaan
mengurus adalah sebanyak RM 1,371,534,171 dari keseluruhan perbelanjaan negara, manakala
pada tahun 2012 perbelanjaan ini terus meningkat kepada RM 2,496,512,406 ( Jadual 2 ).

2375
ii) Pertambahan Enrolmen Pelajar.

Masyarakat kini semakin sedar akan kepentingan pendidikan pada masa hadapan. Ini terbukti
dengan pertambahan enrolmen pelajar yang semakin bertambah saban tahun. Dasar
pendemokrasian dalam pendidikan dimana setiap warganegara Malaysia mempunyai hak dan
peluang yang sama untuk menerima kemudahan pendidikan di Malaysia ( Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, 2013). Maka lebih ramai individu dapat melanjutkan pendidikan ke
peringkat lebih tinggi. Namun begitu, faktor enrolmen pelajar IPTA memperlihatkan sumbangan
yang agak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara . Contohnya tahun 2010, pelajar adalah
seramai 612, 414 orang pelajar dan ia meningkat kepada 663, 597 orang pelajar menjelang tahun
2000 serta dijangkakan akan terus meningkat ( Buletin Perangkaan Sosial , 2012 ).

iii) Melahirkan tenaga mahir

Sumbangan pendidikan seterusnya ialah dapat melahirkan tenaga mahir. Keupayaan Institusi
Pengajian Tinggi melahirkan bilangan graduan yang menepati kehendak industri. Ini merupakan
langkah ke arah persediaan negara maju seperti yang diharapkan. Salah satu matlamat kerajaan
ialah dapat melahirkan tenaga manusia mahir dalam bidang tenaga kerja profesional dan teknikal.
Selaras dengan itu, sektor pendidikan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan 2.0 dalam
Rancangan Malaysia Ke - 10 ( RMK - 10). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM
2013 ) menjangkau tempoh 13 tahun dan merangkumi inisiatif pendidikan guna tenaga penuh 2.0
dari 2013 - 2015 ( PPPM 2013 ). Sumbangan faktor pendidikan tertiari menerusi pemboleh ubah
enrolmen menjadi penyumbang yang berpotensi tinggi untuk menjadi pemangkin kepada
pembangunan ekonomi pada masa hadapan ( Tajulddin Muhammad, Faridah Karim, Muhammad
Hussin, Rahmah Ismail , 2008 ).

iv) Menambahkan pendapatan individu

Pendidikan juga dijadikan sebagai batu loncatan untuk menambahkan pendapatan individu.
Berdasarkan teori modal manusia, elemen pendidikan, latihan dan pengalaman merupakan faktor
penting dalam penentuan perolehan pendapatan individu. Terutamanya kepada individu yang

2376
meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Penyataan ini disokong oleh Nor Hamiza
Mohd Ghani, Rahmah Ismail & Ishak Yussof (2009). Penyelidikan mereka menyatakan individu
yang mempunyai pendidikan tertiari mampu memperolehi kadar upah yang lebih tinggi
berbanding responden yang berpendidikan SPM, STPM dan Diploma. Manakala kajian
menjelaskan tahun persekolahan memberi kesan positif dan signifikan ke atas pendapatan ( Siti
Mariam Bt Wan Chek, Rahmah Ismail, Ishak Yussof , 2012).

v) Alat untuk membanteras kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat

Setelah mencapai kemerdekaan setengah abad yang lalu, pendidikan merupakan salah satu alat
untuk membanteras kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Langkah ini dilihat berjaya
dalam Dasar Ekonomi Baru ( DEB) dan matlamat ini masih relevan diteruskan bagi
mengekalkan keamanan sedia ada. Pelajar miskin dan luar bandar diberi bantuan Skim Pinjaman
Buku Teks, asrama harian, Rancangan Makanan Tambahan , biasiswa dan sebagainya. Ini bagi
memastikan penduduk yang kurang mampu masih dapat mengikuti persekolahan ( Rahmah Ismail
& Nanthakumar Loganathan, 2007 ). Sekaligus merapatkan jurang pencapaian bumiputera dan
bukan bumiputera.

5.0 IMPLIKASI

Pelaburan yang dilaksanakan mampu untuk memberi implikasi kepada dasar pendidikan semasa
yang baik. Implikasi yang positif dapat memberi impak yang positif ke atas masyarakat secara
amnya. Ini kerana, impak daripada dasar yang dilaksanakan hanya dapat dirasai dalam tempoh
jangka masa panjang.

i) Pelaburan berdasarkan keperluan semasa.

Pelaburan yang dibuat perlu merujuk pada enrolmen pelajar dan keperluan penyaluran
pembangunan serta pengurusan pendidikan terlebih dahulu. Kadar enrolmen pelajar akan sentiasa
berubah setiap tahun di setiap IPT. Ini bagi memastikan keseimbangan peruntukan di setiap
institusi dicapai tanpa mengira peringkat dan kawasan. Dengan itu, setiap institusi dapat

2377
menikmati pembangunan secara sama rata.

ii )Penyaluran peruntukan pendidikan seimbang

Penyaluran peruntukan pendidikan juga harus seimbang di kalangan negeri maju dan negeri
kurang maju. Tidak membezakan pulangan pelaburan yang dapat diberi oleh negeri - negeri
tersebut. Berdasarkan kajian lepas menjelaskan tempat pengajian, jenis dan aliran pendidikan
tidak menunjukkan hubungan yang signifikan ( Nor Hamiza Mohd Ghani, Rahmah Ismail &
Ishak Yussof, 2009 ). Maka, institusi pendidikan Malaysia mempunyai kemampuan bersaing dan
berkembang di peringkat global dalam usaha memasarkan tenaga mahir.

iii) Pemantauan berterusan

Selain itu, perbelanjaan peruntukan harus dipantau dari segi keefisienan. Jawatankuasa dan
laporan perbelanjaan yang dilaksanakan perlu dikaji semula dan dianalisisis. Oleh itu, masalah
pembaziran tidak berlaku dan peruntukan dapat digunakan secara cekap. Masalah yang sama dapat
dikurangkan pada peruntukan perbelanjaan pada tahun hadapan. Setiap perbelanjaan yang hendak
dibuat perlu disertakan dengan perancangan yang rapi. Langkah ini disokong oleh Mohd Nashraf
Mohd Nasruddin ( 2011) bahawa dalam usaha melahirkan tenaga buruh yang berdaya saing
(berkualiti) dan memenuhi keperluan k-ekonomi memerlukan perubahan dan reformasi dalam
sistem pendidikan.

iii )Kurikulum sepadan kehendak pasaran

Manakala untuk memastikan agar tenaga kerja yang dilahirkan menepati piawaian antarabangsa,
kurikulum pembelajaran dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tertiari perlu disemak dan
ditambah baik untuk memastikan ia berpadanan dengan kehendak pasaran kerja semasa. Ini
disokong oleh kajian Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2003 ), persediaan awal dari segi teori dan
kemahiran serta mendedahkan pelajar kepada peluang pekerjaan dan latihan dalam sektor
teknikal dan vokasional. Langkah ini bagi memastikan kebolehpasaran tenaga mahir yang
dihasilkan mampu bersaing di peringkat global. Peningkatan dan pendedahan terhadap "multi

2378
skill" dipelbagaikan terumamanya kepada pelajar ( Zulkifly Osman, Ishak Yussof & Abu Hassan
Shaari Mohd Nor, 2010 )

iv) Pelaburan Asing

Sekiranya Malaysia berminat untuk menjadi pusat pendidikan di rantau ini, pihak kerajaan perlu
menggalakkan pelaburan asing. Pelaburan asing dilihat secara tidak langsung memberi kesan ke
atas perkembangan sektor pendidikan. Berdasarkan kajian Siti Mariam Bt Wan Chek, Rahmah
Ismail & Ishak Yussof ( 2012) di mana negara yang membuka ekonominya kepada perdagangan
dan pelaburan antarabangsa akan dapat meningkatkan kadar pulangan pendidikan pekerjanya .
Secara tidak langsung membawa teknologi, kemahiran dan hasil R&D yang dapat digunakan oleh
masyarakat tempatan. Akhirnya dapat memberi manfaat ke atas permintaan buruh di negara ini
kerana pertumbuhan ekonomi negara yang begitu pesat telah mengakibatkan permintaan tenaga
pekerja teknikal dan vokasional terutamanya dalam kumpulan mahir dan separa mahir ( Asnul
Dahar, Ruhizan dan Ramlee, 2009 ).

v) Pendidikan peringkat rendah

Menurut kajian Rahmah Ismail (1998) menunjukkan pelaburan pendidikan peringkat rendah
mampu membawa pulangan lebih tinggi berbanding peringkat menengah. Maka, kerajaan perlu
berusaha untuk mencapai kadar enrolmen peringkat rendah seratus peratus. Kemudahan latihan
semula dan latihan sambil bekerja kepada generasi kedua yang mempunyai tahap pencapaian
pendidikan yang rendah atau berpendapatan rendah supaya mereka dapat meningkatkan nilai
ekonomi mereka. Pendidikan awal ini merupakan permulaan kepada masyarakat yang berilmu.
Konsep kelestarian sosial menyatakan individu yang berilmu lebih mempunyai keperibadian
yang baik, bersifat matang, bertanggungjawab kerana sudah dididik dengan disiplin dan nilai -
nilai murni ketahanan sosial ( Asnul Dahar, Ruhizan dan Ramlee, 2009 ).

Penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan seiring dengan perkembangan masa dan keperluan
masyarakat. Ini bagi memastikan kuantiti dan kualiti sistem pendidikan dapat memenuhi
keperluan pasaran buruh.

2379
6.0 Kesimpulan

Pihak kerajaan menyedari kepentingan dan kesegeraan dalam melaksanakan perancangan


pendidikan yang telah dirancang. Tindakan awal daripada pihak kerajaan akan menjadi asas
perubahan yang dramatik pada masa hadapan. Pelaburan pendidikan yang dilaburkan memakan
belanja yang sangat besar. Kesungguhan pihak kementerian untuk melaksanakan perubahan yang
dirancang dalam setiap rancangan pendidikan ini bercita - cita tinggi dan membentuk ke arah
menyampaikan transformasi pendidikan yang berterusan, pantas dan komprehensif. Bagi
memastikan sistem pendidikan di Malaysia terus relevan dalam arus globalisasi adalah melalui
gabungan semangat inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikan. Setiap perubahan tersebut
perlu berlaku pada setiap peringkat (pusat, negeri, daerah, sekolah dan guru ). Usaha ini hanya
akan berjaya melalui usaha yang bersepadu dan perubahan pada setiap pihak. Akhirnya, sistem
pendidikan Malaysia dapat menghadapi cabaran abad ke - 21 yang sentiasa berubah.

2380
RUJUKAN

Abd Hair Awang, Zaimah Ramli & Izzurazlia Ibrahim. (2012). Faktor Tarikan Pelajar Siswazah
Antarabangsa Ke Universiti Penyelidikan Di Malaysia. Malaysia Journal of Society and
Space 8 ( 6 ): 32-41.
Asnul Dahar, Ruhizan dan Ramlee, (2009) Penyelidikan Dan Pembangunan Lestari Melalui
Pendidikan Teknik dan Vokasional. Prosiding Pendidikan Serantau Ke - 4 (2009) 93-102
Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad & Noraziah Ali. ( 2008 ). Keperluan Rancangan
Pendidikan Dan Latihan Dalam Pembangunan Negara. Persidangan SEBUMI II: Seminar
Antarabangsa Bersama Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) dan Universitas
Indonesia (UI) “PENGANTARABANGSAAN MELAYU SERUMPUN - KE ARAH
KEGEMILANGAN BERSAMA” 24 – 25 Jun 2008 Universitas Indonesia (UI) Depok,
Jakarta.
Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad & Noraziah Ali. (2009). Keperluan, Kepentingan
dan Sumbangan Perancangan Pendidikan dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia. Jurnal
e-Bangi, 4(1) : 13-29
Kasim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi. (2009). Kajian Kes Pelaburan Pendidikan Modal
Insan Di Kalangan Sama - Bajau di Kota Kinabalu : Halatuju Dan Cabaran. Jurnal
Kemanusiaan ,14
Kementerian Pelajaran Malaysia. Perangkaan Pendidikan Malaysia 2013. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 - 2025
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Buletin Perangkaan Sosial 2012
Mohd Fauzi Hamad & Mohd Khairul Naim Che Nordin. (2012). Tinjauan Kepentingan
Pembangunan Modal Insan Di Malaysia. Jurnal Al- Tamaddun, 7 (1): 75-89
Mohd Nashraf Mohd Nasruddin. ( 2011). Pendidikan Tinggi Dan Pertumbuhan Ekonomi Di
Malaysia. Prosiding PERKEM VI, Jilid 1 : 424 - 428
Muhammad Hazrul Ismail. ( 2012 ). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah Di Malaysia :
Tinjauan Dari Perspektif Majikan. Prosiding ( PERKEM VII) di Ipoh Perak, 4-6 Jun 2012.
Hlm :906 - 913
Noraini Mat Lazim & Nooriah Yusof. (2012). Universiti, Pembangunan Modal Insan dan
Penumpuan Ruang Komuniti Berpendidikan Tinggi Di Malaysia: Suatu Ulasan Kritis.
Journal of Social Sciences and Humanities. 7(2): 308-327.
Nor Hamiza, Rahmah & Ishak Yussof (2009). Analisis Kadar Pulangan Persekolahan Pekerja
Sektor Pendidikan Di Malaysia. Prosiding PERKEM IV, Jilid 2 : 266-276
Nurul Hana Abdullah Ba'awi, Nor Asmah Paiman & Mohammad Bin Hussin. ( 2012). Cabaran
K-Ekonomi Terhadap Pertumbuhan Negara. Prosiding PERKEM VII, Jilid 2 ( 2012): 1032
-1046
Rahmah Ismail, ( 1998 ). Sumbangan Pendidikan kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia,
1970 - 1996. Jurnal Ekonomi Malaysia, 32: 3-20.
Rahmah Ismail & Nanthakumar Loganathan. (2007). Analisis Kadar Pulangan Pendidikan
Di Malaysia. Jurnal Pendidikan. 32: 103-118.
Siti Mariam Bt Wan Chek, Rahmah Ismail & Ishak Yussof . ( 2012). Kadar Pulangan Pekerja
Sektor Perkhidmatan. Prosiding PERKEM VII, Jilid 2 : 1166 - 117

2381
Tajulddin Muhammad, Faridah Karim, Muhammad Hussin & Rahmah Ismail. ( 2008 ).
Analisis Kesan Pelaburan Dalam Pendidikan Tertiari Terhadap Pertumbuhan Ekonomi
Malaysia ( 1970 - 2005). Prosiding PERKEM III di Port Dickson, Negeri Sembilan, 20 -
22 Ogos 2008. Hlm : 887-905.
Zulkifly Osman, Ishak Yussof & Abu Hassan Shaari Mohd Nor. ( 2010). Inflasi Pendidikan
Mengikut Ketentuan Dalam Pasaran Buruh Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia. 44:
61-71

2382

Anda mungkin juga menyukai