Anda di halaman 1dari 21

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN..............................................................................................................1

2.0 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.........................................................................2

2.1 SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN....................................................3

2.2 PERANAN PERLEMBAGAAN................................................................................5

2.3 UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN....................................................6

2.4 KETINGGIAN PERLEMBAGAAN..........................................................................8

2.5 KEDUDUKAN YDPA DAN RAJA-RAJA DALAM PERLEMBAGAAN............10

2.6 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.........................................11

3.0 KES-KES YANG BERKAITAN DENGAN PERLEMBAGAAN..............................17

4.0 KESIMPULAN.............................................................................................................18

5.0 RUJUKAN....................................................................................................................20
1.0 PENGENALAN

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan demokrasi sebagai satu sistem

pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan

pemerintahan demokrasi dijalankan secara berparlimen atau perwakilan. Selain daripada itu,

demokrasi menurut Moten (2005) adalah rule by the people yang membawa maksud sebuah

kerajaan atau pemerintahan yang yang diperintah oleh rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat.

Oleh itu, demokrasi adalah sebuah sistem pemerintahan yang ditentukan oleh rakyat dan

kerajaan yang dibentuk melalui pilihan raya adalah di atas pilihan rakyat.

Ini menunjukkan bahawa peranan dan kedudukan rakyat amat dititikberatkan dalam

menentukan siapa yang berhak memerintah. Menurut Moten (2005) lagi, demokrasi di

pecahkan kepada dua bentuk iaitu demokrasi secara langsung dan demokrasi tidak langsung

dimana dalam sistem demokrasi secara langsung, penyertaan rakyat dalam proses

pemerintahan diambil kira seperti yang telah diamalkan oleh penduduk Athens semasa

pemerintahan Tamadun Yunani. Namun begitu, terdapat diskriminasi terhadap wanita, hamba

dan imigran pada ketika itu di mana penyertaan mereka dalam pemerintahan dan proses

penggubalan undang-undang dinafikan. Hanya lelaki dewasa sahaja yang dibenarkan untuk

terlibat di dalam sistem pemerintahan.

Manakala bagi sistem demokrasi secara tidak langsung atau juga dikenali sebagai demokrasi

berparlimen merujuk kepada penyertaan rakyat dalam proses pemerintahan yang diwakili

oleh wakil yang dipilih oleh rakyat dan amalan demokrasi yang dijalankan ini adalah melalui

sistem pilihan raya bagi memilih perwakilan untuk mewakili suara rakyat seperti yang

diamalkan di Malaysia. Konsep ini memperlihat fungsi rakyat hanya memilih wakil ke

1
Parlimen manakala ketua kerajaan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang dipilih

dari parti yang mendapat kerusi paling banyak di Parlimen.

Malaysia juga turut mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan

yang mana merupakan sebuah kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan

dimana ianya mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Pada masa kini prinsip Raja

berperlembagaan biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai

iaitu badan legislatif (perundangan), eksekutif (pelaksana) dan judiasari (kehakiman).

Peranan raja di dalam konsep ini adalah sebagai ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif

dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Justeru itu, kerajaan masih dibawah

kuasa rakyat namun raja tetap mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara

seperti membubarkan parlimen, melantik perdana menteri dan sebagainya. Terdapat

sesetengah negara yang mengamalkan prinsip Raja berperlembagaan adalah berlandaskan

Sistem Perwarisan iaitu mewarisi takhta dan terdapat juga yang melalui sistem demokratik

seperti di Malaysia di mana YDPA adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

2.0 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan juga dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia yang merupakan

satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen

terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan

tahun 1957. Ianya merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca

kepada semua undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia.

Perlembagaan Persektuan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan

dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran

2
sesebuah negara. Pada ketika ini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183

Perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Diantara kandungannya menyebut mengenai

bentuk dan tugas YDPA, parlimen, kabinet, kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat serta

keadilan sosial kepada semua kaum di negara ini tanpa sebarang bias dan sebagainya. Selain

itu ia juga menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

2.1 SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pada hari kemerdekaan pada tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan dikenali sebagai sebagai

Perlembagaan Tanah Melayu dan ianya telah diubah kepada Perlembagaan Persekutuan

Malaysia pada 16 September 1963. Proses pembentukan perlembagaan bagi Tanah Melayu

melalui proses yang sangat panjang dan lama dimana ianya bermula dengan penguasaan

British ke atas negeri-negeri melayu bersekutu iaitu negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan

dan Pahang. Perang Dunia Kedua yang telah meletus pada tahun 1942 sehingga tahun 1945

telah menyebabkan Tanah Melayu telah di duduki dan diperintah oleh Jepun. Seusai

tamatnya perang tersebut dan Jepun berjaya di kalahkan, British kembali menduduki Tanah

Melayu dan telah memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baru iaitu Malayan Union

pada April 1946 yang bertujuan untuk mengekalkan kepentingan-kepentingan British di

Tanah Melayu.

Walaubagaimanapun, pemerintahan Malayan Union ini mendapat tentangan yang hebat

daripada orang melayu terutamanya prinsip memberi kerakyatan kepada semua kaum di

Tanah Melayu secara Jus Soli. Penentangan yang hebat ini telah menyebabkan British

memperkenalkan satu bentuk pentadbiran yang baru iaitu Perjanjian Persekutuan 1948.

3
Dalam perjanjian ini, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi

British, sebuah majlis perundangan dan sebuah majlis mesyuarat. Majlis perundangan akan

dianggotai oleh beberapa anggota rasmi dan anggota tidak rasmi yang akan dilantik oleh

pesuruhjaya tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini, maka lahirlah satu perlembagaan

baharu bagi Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948 yang dikenali sebagai

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Pilihan raya pada tahun 1955 menyaksikan Parti Perikatan menang majoriti dan menjadi

kerajaan pemerintah buat pertama kalinya telah menuntut agar pihak penjajah British

mengadakan satu persidangan perlembagaan di London. Ini bertujuan untuk menggubal satu

perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Persidangan tersebut telah

berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang

dipengerusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (United Kingdom), Hakim

Abdul Hamid (Pakistan) , Sir Wiliam Makell (Australia) dan B. Malik (India). Perlantikkan

beberapa orang dari luar Tanah Melayu adalah bagi mengelakkan berlakunya masalah berat

sebelah semasa penggubalan perlembagaan persekutuan ini.

Suruhanjaya Reid telah mengadakan referedom yang meliputi seluruh penduduk Tanah

Melayu termasuklah orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya. Pada bulan

Okteber 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk

Tanah Melayu dan akhirnya pada 31 Ogos 1957 draft perlembagaan bagi persekutuan Tanah

Melayu telah berjaya di bentuk.

Suruhanjaya Reid merupakan kunci utama dalam pembentukkan Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 juga telah

4
mengalami beberapa pindaan, sebagai contoh pindaan akta Malaysia yang di luluskan pada

tahun 1963 bertujuan untuk meminda Pekara 1(1) dan (2) bagi kemasukkan Sabah, Sarawak

dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan

Malaysia.

2.2 PERANAN PERLEMBAGAAN

Peranan perlembagaan adalah amat penting bagi sesebuah negara, ini kerana ianya akan

menjamin kelansungan sesebuah negara itu serta memastikannya sentiasa relevant dengan

peredaran masa dan perubahan zaman. Secara amnya, perlembagaan berperanan dalam

memastikan perkara-perkara seperti berikut :-

i. Mewujudkan pemerintahan yang adil

Kewujudan perlembagaan adalah berpunca daripada sifat tolak ansur antara kaum

yang wujud di dalam beberapa pekara seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa

Melayu, Agama Islam dan lain lain lagi. Perkara ini dapat dilihat dimana walaupun

perlembagaan memperuntukkan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan

seperti yang termaktub dalam bahagian 1, pekara 3(1), namun agama lain tetap bebas

di amalkan di Malaysia

ii. Mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakkan

kerajaan dan rakyat

Dengan mewujudkan pembahagian kuasa kepada tiga bahagian iaitu legislative,

eksekutif dan judisuari yang bertujuan untuk mengelakkan dominasi kuasa oleh

sesuatu pihak dan berlakunya penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, YDPA

5
mempunyai bidang kuasa tertentu, namun segala tindakan mereka adalah tertakluk

seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

iii. Sebagai satu alat bagi menyelesaikan masalah

Perlembagaan menjadi sumber rujukan utama dalam penggubalan undang-undang

persekutuan dan negeri sefrta menjadi undang-undang tertinggi negara. Malah,

sebarang masalah yang wujud dalam perlaksanaan undang undang sebarang hukuman

hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.

iv. Menjaga kestabilan negara

Perlembagaan penting dalam membentuk keamanan dan kestabilan negara. Ini kerana

dalam perlembagaan terdapat sekatan-sekatan yang tidak boleh dilanggar oleh setiap

warganegara Malaysia walaupun mereka telah diberikan keistimewaan dan kebebasan

yang tertentu seperti dalam Bahagian 2, Pekara 10.

2.3 UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN

Perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi Persekutua dan mana-mana undang-

undang yang diluluskan selepas Hari Merdekadan tidak selaras dengan Perlembagaan adalah

tidak sah setakat mana yang ia tidak selaras. Mana-mana undang-undang yang salah tidak

boleh dipersoalkan atas alasan berikut:

i. wujudnya undang-undang yang mengenakan sekatan ke atas hak-hak yang disebut

dalam Perkara 9(2) namun tidak berhubung dengan perkara-perkara yang disebut

dalam Perkara itu atau

6
ii. wujudnya undang-undang yang mengenakan mana-mana sekatan ke atas Perkara

10(2) namun sekatan-sekatan itu tidak ditafsirkan perlu atau suai manfaat oleh

Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam Perkara itu.

Kesahan pada mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau badan

Perundangan daripada mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa

undang- undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan,

Selain daripada itu, Badan Perundangan Negeri juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat

undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa

undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau:

i. jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara

Persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri

ii. jika undang - undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu negeri, dalam

prosiding antara Persekutuan dengan negeri itu.

Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah

atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam

perenggan (a) atau (b) Fasal itu, tidak boleh dimulakan tanpa sebarang kebenaran daripada

Hakim mahkamah persekutuan dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-

mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana-mana negeri yang akan atau mungkin

menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah

perenggan (a) atau (b) Fasal itu.

7
2.4 KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

Tiada undang-undang atau peruntukan yang lebih tinggi kuasanya selain Perlembagaan

Persekutuan di Malaysia. Perlembagaan menjadi rujukan bagi pemerintah serta rakyat dalam

melaksanakan sesuatu perkara atau penggubalan undang-undang sejak kemerdekaan sehingga

ke hari ini. Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah perlembagaan bertulis dan menurut

Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Ketertinggian Perlembagaan ini dapat

dilihat dalam peruntukan-peruntukan seperti berikut:

i. Kedudukan YDPA

YDPA sebagai Raja Beperlembagaan merupakan Ketua Negara, lambang negara,

Ketua Parlimen, Ketua pemerintah lambing, kesetiaan rakyat, dan sebagainya ada di

peruntukkan dalam perlembagaan persekutuan. Namun begitu segala keputusan yang

dibuat oleh YDPA adalah tertakluk kepada halangan-halangan yang digariskan oleh

Perlembagaan.

ii. Parlimen

Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan bagi menentukan kuasa

perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak dan bagi setiap buah negeri pada

pihak yang lain. Dalam hal ini, perlembagan memperuntukkan bidang kuasa serta

perkara-perkara yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan

negeri.

iii. Perlembagaan

Perlembagaan juga turut digunakan bagi menentukan perkara bersama bagi

membenarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-

8
undang mengenainya seperti undang-undang dalam pertahanan, pendidikan dan

sebagainya. Parlimen hanya mempunyai kuasa tertinggi melibatkan perkara-perkara

Persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar

perkara persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak sah. Undang-undang

Persekutuan juga boleh diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara 4(1) dalam Perlembagaan

Persekutuan.

iv. Kuasa Perundangan

Kuasa perundangan yang dilaksanakan oleh semua badan perundangan adalah

tertakluk kepada sekatan-sekatan yang digariskan dalam Perlembagaan, malah kuasa

kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan dalam

Perlembagaan.

v. Kebebasan Hak Asasi

Kebebasan hak asasi merupakan elemen paling penting dalam sesebuah negara yang

mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh melucutkan atau

menarik status seorang warganegara, menahan seseorang warganegara daripada

pulang ke tanah airnya, memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan

memenjarakan mana-mana orang melainkan ianya dibenarkan menurut undang-

undang.

9
2.5 KEDUDUKAN YDPA DAN RAJA-RAJA DALAM PERLEMBAGAAN

YDPA atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

merupakan gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. YDPA Agong adalah salah satu

daripada beberapa bentuk monarki di dunia dimana konsep raja berperlembagaan di amalkan.

Peranan YDPA adalah besar namun baginda masih tertakluk kepada perlembagaan. Dalam

perlembagaan telah menyatakan dengan jelas kuasa Eksekutif secara teorinya di bawah kuasa

ketua kerajaan dan melaksanakan tugasnya dengan nasihat kabinet atau jemaah menteri yang

diketuai oleh perdana menteri

Namun begitu, YDPA masih memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik

sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat bagi kerajaan Baginda. YDPA bagaimanapun

tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. YDPA boleh

menolak atau menangguhkan permohonan perlantikkan seorang perdana menteri untuk

membubarkan parlimen. Kuasa untuk membubarkan atau menggantung Parlimen juga berada

di bawah YDPA tetapi baginda hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana

Menteri. Selain daripada itu, Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan

undang-undang sedia ada dan sekiranya baginda tidak membuat keputusan mengenai perkara

tersebut, ianya akan secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari

pembentangan awalnya.

Dalam peruntukkan perlembagaa juga menyatakan bahawa YDPA hendaklah berhenti

daripada menjalankan fungsinya sebagai Agong sekiranya baginda menghadapi tindakan

undang-undang. Begitu juga dengan Raja-Raja di negeri masing-masing sekiranya raja

menghadapi tindakan undang-undang maka raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi

10
baginda. Jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari, baginda akan

diturunkan takhta melainkan jika baginda diampunkan.

Sewaktu raja berhenti daripada menjalankan fungsi-fungsinya, seorang Pemangku Raja atau

Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri bagi tujuan

menjalankan fungsi-fungsi raja negeri berkenaan. Oleh itu, bagi membolehkan fungsi-fungsi

raja tersebut dijalankan oleh seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja maka

Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda. Keadaan ini diperlukan bagi mengelakkan

tanggapan negatif masyarakat terhadap institusi diraja.

Selain itu mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan

Negeri mestilah mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam Jadual 8

Perlembagaan Persekutuan dan bagi memastikan ianya selaras dengan pindaan yang

diperbuat Jadual 8, kerajaan negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda

Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukan Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.

2.6 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Peruntukkan-peruntukkan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyeluruh

bagi memastikan keamanan serta kedaulatan undang-undang dapat dapat dikekalkan di

negara Malaysia. Ia juga menunjukkan sifat tolak ansur diantara kaum bumiputera dan kaum

bumiputera dalam berganding bahu bagi mencapai kemerdekaan di Malaysia. Diantara

perkara-perkara utama yang ada dalam perlembagaan persekutuan ialah:

i. Perkara 3

11
Perkara 3 adalah mengenai agama bagi persekutuan. Agama Islam ialah ugama bagi

Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di

mana-mana bahagian Persekutuan. Selain itu dalam tiap-tiap Negeri melainkan

Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama

Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh

Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada perlembagaan Negeri itu, segala

hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua

ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan

atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh

Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua

ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan

Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang

di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu. Tiada

apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam

Perlembagaan ini. Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan

Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Labuan; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-

undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-

ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-

Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.

ii. Perkara 4

12
Perkara 4 adalah mengenai undang-undang utama persekutuan yang mana

Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-

undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan

Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

iii. Perkara 5

Perkara 5 adalah mengenai kebebasan diri atau nyawa dimana tidak ada seorang pun

boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-

undang. Seseorang perlu diberitahu dengan kadar segera sebab-sebab penangkapan,

hak untuk mendapat pembelaan dari mana-mana peguam pilihan, habeas corpus dan

dihadapkan kemahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap.

iv. Perkara 6

Perkara 6 adalah mengenai larangan terhadap keabdian dan kerja paksa dimana tiada

seorang pun boleh ditahan sebagai abdi dan segala jenis kerja paksa adalah dilarang

kecuali jikalau Parlimen membuat undang-undang bagi maksud perkhidmatan

kerahan tenaga.

v. Perkara 7

Perkara 7 adalah mengenai perlindungan daripada undang-undang jenayah yang

berkuatkuasa kebelakang dan perbicaraan berulang. Tiada sesiapa pun boleh dihukum

kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi

undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan dan kerana

sesuatu kesalahan tiada sesiapa pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat

13
daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu

dilakukan.

Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan sesuatu

kesalahan juga tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu juga kecuali jika

sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan pembicaraan semula diperintah oleh

suatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang telah membebas atau

mensabitkannya itu.

vi. Perkara 8

Perkara 8 adalah mengenai Hak sama rata di sisi undang-undang dimana semua orang

adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata

di sisi undang-undang. Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh

Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata

oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-

undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu

pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan

dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan

menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau

pekerjaan. Tidaklah boleh ada pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab ia

seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri. Tiada sesuatu pihak berkuasa awam

boleh membezakan seseorang oleh sebab ia bermastautin atau menjalankan

perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidangkuasa pihak berkuasa

itu.

14
vii. Perkara 9

Perkara 9 ialah mengenai larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak yang

mana tiada seseorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke

dalam Persekutuan. Ini juga tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana

undang-undang mengenai keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,

ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah, tiap-tiap

warganegara adalah berhak bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan

bermastautin di mana-mana bahagiannya. Selagi sesuatu Negeri lain ada dalam

kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan ini berbanding dengan Negeri Tanah

Melayu, Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara

Negeri itu dengan Negeri-negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberi oleh Fasal (2)

berkenaan dengan bergerak dan bermastautin.

viii. Perkara 10

Perkara 10 ialah mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan

persatuan. Kebebasan ini tertakluk kepada fasal (2) iaitu Parlimen boleh mengenakan

sekatan jikalau difikirkan perlu bagi maksud keselamatan dan ketenteraman negara.

ix. Perkara 11

Perkara 11 ialah mengenai kebebasan beragama yang mana ia meliputi hak untuk

menganuti dan mengamal. Walau bagaimanapun, terdapat sekatan terhadap hak ini

iaitu sekatan di dalam Perkara 11 fasal(4) iaitu hak untuk mengembangkan agama

masing-masing kepada orang Islam.

x. Perkara 12

15
Perkara 12 adalah mengenai hak-hak berkenaan dengan pelajaran yang mana dengan

tidak menyentuh keluasan makna Perkara 8, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap

mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau

tempat lahir dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang disenggara oleh

sesuatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, tentang kemasukan murid-murid atau

pelajar-pelajar atau tentang bayaran atau tentang memperuntukkan bantuan kewangan

dari wang sesuatu pihak berkuasa awam untuk menanggung murid-murid atau untuk

pelajaran murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajaran (sama ada

disenggara atau tidak disenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awam dan sama ada

dalam atau luar Persekutuan).

Selain itu, tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara

institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan

tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana

undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-

mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri

menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau

membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa

perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu. Tiada sesiapa pun boleh

diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil

bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada

ugamanya sendiri. Bagi maksud Fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur

kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

xi. Perkara 13

16
Perkara 13 adalah mengenai hak terhadap harta yang mana tiada seseorang pun boleh

dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada sesuatu undang-

undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-

harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

3.0 KES-KES YANG BERKAITAN DENGAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan persekutuan menjadi sumber rujukan bagi setiap permasalahan yang wujud

oleh itu terdapat beberapa kes yang melibatkan perlembagaan persekutuan iaitu yang pertama

ialah kes Teresa Kok Suh Sim Dan Pendakwa Raya [2015] 1 LNS 841 dimana beliau telah

dihadapkan dengan satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Kes No. 62-208-

05/2014 pada 6.5.2014 di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana telah

menerbitkan satu penerbitan menghasut satu klip video bertajuk "Teresa Kok 'Onederful'

Malaysia CNY 2014". Pemohon mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang

dibacakan dan meminta untuk satu perbicaraan diadakan kerana pertuduhan di bawah Akta

Hasutan 1948 (Akta 15) adalah dipercayai bercanggah dengan Hak Kebebasan Bercakap

"Freedom of Speech" yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Setelah

perbicaraan dibuat kes ini ditangguhkan pada satu tarikh masa yang akan dimaklumkan

kemudian.

Kes kedua kes Ahmad Abd Jalil Lwn. Pendakwa Raya [2015] 5 CLJ 480. Dalam kes ini

Perayu telah dipertuduh di Mahkamah Sesyen bagi dua pertuduhan iaitu di bawah ss. 233(1)

(a) dan 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ('Akta') atas kesalahan memuatnaik

komen yang berbunyi 'Sultan Johor kulitnya putih seperti kulit babi' ('komen jelik') dalam

laman web sosial Facebook menggunakan akaun 'Zul Yahya'. Perayu telah dilepaskan dan

dibebaskan daripada pertuduhan di bawah s. 233(3) tetapi telah disabitkan atas pertuduhan di

17
bawah s. 233(1)(a) Akta dan dikenakan hukuman denda RM20,000 dan jika gagal dibayar,

enam bulan penjara. Oleh itu, rayuan ini. Isu-isu yang timbul bagi pertimbangan mahkamah

adalah (i) sama ada keterangan mengenai komen, IP address dan waktu komen dibuat

tercabar; (ii) sama ada keterangan saksi-saksi pakar telah tercabar; (iii) sama ada orang lain

mempunyai akses kepada komputer perayu; dan (iv) sama ada s. 114A Akta Keterangan 1950

('AK1950') boleh digunapakai. Setelah mengambil kira kesemua bukti-bukti kes serta

keterangan daripada pihak-pihak yang terbabit, Mahkamah telah memutuskan unutk menolak

rayuan perayu terhadap sabitan di bawah s. 233(1)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia

1998 dan hukumannya denda RM20,000 kalau gagal bayar beliau menghadapi enam bulan

penjara sepertimana diperuntukkan di bawah s. 233(3) Akta yang sama adalah dikekalkan.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat dilihat kepentingan perlembagaan persekutuan dalam mengawal

serta menjadi rujukan bagi setiap perkara yang akan dilakukan di dalam kerajaan persekutuan

termasuklah kerajaan negeri dan sebagainya. Tiada undang-undang yang lebih tinggi

daripada perlembagaan persekutuan dan mana-mana undang-undang yang di dapati tidak

selaras dengannya akan terbatal dengan sendiri.

Selain daripada itu, perlembagaan juga berfungsi untuk mengekalkan keamanan negara

daripada anasir-anasir yang cuba untuk mienimbulkan keresahan dan kekacauan di dalam

negara. Ini dapat dilihat dalam perkara 10 dimana ianya membenarkan kebebasan untuk

bersuara, berhimpun dan lain-lain tetapi selagi tidak menyentuh isu-isu sensitif antara kaum,

agama dan sebagainya. kebebasan yang diberi jika tidak di kawal akan disalahgunakan dan

seterusnya mencetuskan huru hara serta kerugian yang amat banyak dari segi nyawa dan

harta seperti yang berlaku pada 16 Mei 1969 apabila orang yang tidak bertanggung jawab

18
menggunakan isu sensitif bagi menaikkan kemarahan orang melayu. Oleh itu, bersama-sama

kita menjaga keamanan ini agar perkara-perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa

hadapan.

5.0 RUJUKAN

Ahmad Ibrahim, & Ahilemah Joned. (1994). Sistem undang-undang di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, (1998). Lembaga Penyelidikan Undang-

Undang. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Ahmad Ibrahim, & Ahilemah Joned. (1994). Sistem undang-undang di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jain, M.P. (1997). Administrative law of Malaysia and Singapore (3rd ed.). Kuala Lumpur:

Malayan Law Journal.

John M., & Richard, W. (1997). Cases and commentary on constitutional & administrative

law (4th ed.). England: Pitman Publishing.

Kevin, Yeo, & Lee. (1991). Constitutional law in Malaysia & Singapore. Kuala Lumpur:

Malayan Law Journal.

Mohd Aizuddin Mohd Sani. (2002). Hak Kebebasan Mengeluarkan Pendapat dari Perspektif

Malaysia, Jurnal Pembangunan Sosial, Jil. 4 dan 5. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

20

Anda mungkin juga menyukai