Anda di halaman 1dari 6

SCCA2043 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA JA202 2020/2021

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER OKTOBER 2020/2021

SCCA2043 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

PENYELARAS KURSUS:
DR ROMLAH BINTI RAMLI
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
04-9285925 / romlah@uum.edu.my

1
SCCA2043 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA JA202 2020/2021

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD KURSUS : SCCA 2043


KURSUS : KOMUNIKASI ANTARABUDAYA
JAM KREDIT : 3

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan memberikan pandangan teoritis dan pengetahuan praktis tentang proses-
proses komunikasi antarabudaya dan silang budaya sebagai panduan kepada mereka yang
terlibat di dalam keadaan tersebut, khususnya di negara-negara bermasyarakat majmuk.
Selain daripada itu, arah aliran maklumat dalam organisasi multinasional juga dibincangkan di
samping kepentingan komunikasi.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Setelah tamat kursus, pelajar dapat:

i. Mengenalpasti peranan komunikasi antara budaya dan komunikasi silang budaya


dalam konteks pengurusan dan hubungan antara budaya (C1, A1, P1)
ii. Menerapkan teori komunikasi silang budaya dan antara budaya dalam menyelesaikan
isu-isu antara budaya. (C3, A2, P2)
iii. Mengaplikasikan kemahiran komunikasi antarabudaya yang berkesan dalam organisasi
pelbagai budaya (C3, A3, P3)

PENGENDALIAN KURSUS
Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajar akan dibekalkan dengan
modul khusus sebagai rujukan utama. Di dalam modul ini, pelajar telah pun dilengkapkan
dengan soalan latihan dan penilaian kendiri sebagai tambahan kepada nota. Bagi
memperolehi pemahaman yang berkesan, pelajar dinasihatkan untuk membaca rujukan lain.
Pelajar juga dinasihatkan untuk membuat nota ringkas bagi setiap pelajaran dan cuba
menjawab soalan–soalan peperiksaan sebelum ini. Cara ini akan dapat membantu pelajar
untuk memahami dengan lebih jelas kandungan kursus serta dapat meingkatkan kemahiran
pelajar dalam mengaplikasikan teori–teori dan displin dalam bidang ini. Fokus pelajar akan
lebih berkesan kepada sesi perbincangan dan soal jawab. Maka, pelajar dinasihatkan
membuat beberapa persediaan berikut sebelum hadir ke setiap sesi perjumpaan:

i. Membaca terlebih dahulu topik–topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi
pertemuan
ii. Membuat rujukan tambahan tentang isu–isu semasa yang berkaitan dengan
pembelajaran (misalnya rencana akhbar atau majalah) yang boleh diperbincangkan di
dalam kelas.
iii. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang
dikendalikan

2
SCCA2043 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA JA202 2020/2021

KANDUNGAN KURSUS DAN PERTEMUAN

PERTEMUAN MODUL AKTIVITI


Pertemuan 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI Pengenalan Kuliah,
ANTARABUDAYA Penerangan
BAB 2 ASAS DAN NILAI BUDAYA Tugasan,
BAB 3 KEPELBAGAIAN BAHASA DAN BUDAYA Pengenalpastian
Kumpulan Tugasan

Pertemuan 2 BAB 4 BUDAYA DAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN Penyerahan Tugasan


BAB 5 PENGARUH BUDAYA DALAM KONTEKS Individu
PERNIAGAAN

Pertemuan 3 BAB 6 PENGARUH BUDAYA DALAM KONTEKS Kuiz


PENDIDIKAN
BAB 7 PENGARUH BUDAYA DALAM KONTEKS
KESIHATAN

Pertemuan 4 BAB 8 KOMPETENSI DALAM KOMUNIKASI Penyerahan Tugasan


ANTARABUDAYA Kumpulan
BAB 9 ETIKA DALAM KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

Pertemuan 5 PENTAKSIRAN AKHIR


TUGASAN (ONLINE)

PENILAIAN KURSUS

Tugasan Individu 20%


Tugasan Kumpulan 30%
Kuiz 10%
Pentaksiran Akhir 40%
JUMLAH 100%

Peringatan: Sebarang kelewatan menyerahkan tugasan tidak akan dilayan kecuali atas
sebab – sebab munasabah dan relevan sahaja.

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN


SCCA2043 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

1. Jawapan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas A4. Jawapan anda perlu jelas
dan mudah dibaca oleh penilai.

2. Jawapan hendaklah bertaip dengan langkau dua baris (double-spacing), font-12, dan
huruf Times New Roman atau Arial.

3
SCCA2043 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA JA202 2020/2021

3. Jawapan hendaklah disertakan senarai isi kandungan, rujukan dan bibliografi yang
lengkap menggunakan format APA.

4. Setiap helai kertas jawapan perlu mempunyai kod dan nama kursus sebagai header di
sebelah kanan dan nombor matrik anda sebagai footer di sebelah kiri.

5. Jumlah muka surat hendaklah tidak melebihi 10 muka surat bagi tugasan KUMPULAN
dan tugasan INDIVIDU tidak termasuk helaian depan, isi kandungan, bibliografi, lampiran
dan seumpamanya.

6. Plagiarisme adalah merupakan jenayah akademik yang amat berat. Oleh itu, citation
yang lengkap mesti dinyatakan kepada quotations, paraphrasing, atau idea yang diambil
daripada pihak/ sumber selain daripada penulis laporan sendiri.

7. Tugasan individu mestilah diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan ke-2 (4/12)
dan tugasan berkumpulan mestilah diserah kepada pensyarah pada pertemuan ke-4.

TUGASAN SCCA2043 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA


INDIVIDU
i. Pelajar dikehendaki menemubual mereka yang datang dari negara
Penulisan asing (Contoh: Pelancong asing, pakar asing atau pelajar-pelajar
laporan antarabangsa atau rakan sekerja) untuk mendapatkan pengalaman
temubual komunikasi antarabudaya mereka.
ii. Berdasarkan temubual, pelajar dikehendaki menyediakan laporan
temubual dengan menggunakan konsep-konsep atau teori-teori
yang dipelajari dalam kursus SCCA2043
iii. Laporan temubual mesti mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Pengenalan
b. Latarbelakang individu yang ditemubual
c. Aplikasi teori : Gunakan teori-teori yang telah dipelajari di
dalam kelas untuk memahami dan menerangkan budaya
individu berkenaan. Contohnya: Nilai-nilai budaya yang
diamalkan (gunakan teori yang dikemukakan oleh Geert
Hofstede dan Edward T. Hall) dan Kejutan budaya yang
dialami individu berkenaan dan bagaimana beliau
menyesuaikan diri (gunakan teori peringkat budaya).
d. Bandingkan persamaan dan perbezaan antara budaya anda
dengan budaya individu yang ditemubual
e. Kesimpulan
f. Lampiran (gambar semasa temubual dan rakaman temubual)
iv. Pelajar dikehendaki menggunakan sekurang-kurangnya 5 rujukan
dan wajib menggunakan sekurang-kurangnya tiga artikel jurnal.
v. Penulisan hendaklah menggunakan format APA yang betul.

4
SCCA2043 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA JA202 2020/2021

Pemarkahan Tugasan Individu

Pecahan Markah
Pecahan Bahagian Tugasan Pemarkaha diperoleh
n i
1.Pengenalan tajuk 1
2. Latar belakang individu yang ditemubual 3
3. Aplikasi teori 5
4. Perbandingan budaya 5
5. Kesimpulan 2
6. Rujukan 2
7. Gaya Bahasa, susunan, format penulisan dan kelancaran
2
idea
JUMLAH KESELURUHAN 20

TUGASAN SCCA 2023 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA


KUMPULAN

Aplikasi teori
i. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan terdiri dari 4/5
pada tahap
orang ahli
kritikal
ii. Pilih satu teori atau dimensi yang dibincangkan dalam
kelas, aplikasikan dengan situasi pekerjaan anda.
iii. Panjang tugasan tidak melebihi 20 muka surat tidak
termasuk lampiran dan rujukan.
Pemarkahan Tugasan Kumpulan

Pecahan Bahagian Tugasan Pecahan Markah


Pemarkaha diperolehi
n
1. Pengenalan 2
2. Isi kandungan : penerangan teori, aplikasi dan kritikan 15
3. Rumusan 5
4. Rujukan 5
5. Gaya Bahasa, susunan, format penulisan dan kelancaran 3
idea
JUMLAH KESELURUHAN 30

KUIZ
Kuiz akan diadakan pada pertemuan ketiga yang membawa 10% markah. Masa menjawab
yang diberikan ialah 15 minit dari BAB 1 hingga 5.

5
SCCA2043 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA JA202 2020/2021

PENTAKSIRAN AKHIR (ONLINE LEARNING)


Esei – Penyelesaian masalah

RUJUKAN UTAMA
Modul SCCA2043 Komunikasi Antarabudaya. Unit Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara
Malaysia: Sintok.

RUJUKAN TAMBAHAN
Samovar, L. A., Porter, R. E., McDaniel, E. R., & Roy,C.S. (2017). Communication between
Cultures (9th ed.). Boston, MA: Cengage.
Hassan Abu Bakar, Syarizan Dalib, Suhaini Muda, Nuredayu Omar & Nor Hayati Mohd Jalil.
Komunikasi dalam Konteks Pembangunan Sosiobudaya. Sintok: UUM Press.
Cooper, P. J., Calloway-Thomas, C., & Simonds, C. J. (2007). Intercultural Communication: A
Text with Readings. Boston, MA: Pearson Education, Inc.
Gudykunst, William, B. (ed.). (2003). Cross-cultural and Intercultural Communication.
Thousand Oaks: Sage publication.
Hofstede, G, Hofstede, G. J & Minkov. M. (2010). Cultures and Organizations: Software of the
Mind: Intercultural Cooperation and Its Importance for Survival. New York: McGraw-
Hill.
Kim, Young Yun (2001). Becoming Intercultural: An Intergrative Theory of Communication and
Cross-cultural Adaptation. Thousand Oaks: Sage Publication.
McCroskey, J. C & Klopf, D. W. (2007). Intercultural Communication Encounters. Boston:
Pearson: Allyn and Bacon.

Anda mungkin juga menyukai