Anda di halaman 1dari 6

Bonus - Format Penulisan Artikel

Format ini akan membantu kita untuk menulis artikel dengan pantas. Minima masa
yang diambil untuk menghasilkan artikel ini adalah kurang daripada 10 minit. Setiap
perenggan mempunyai peranan yang tersendiri.

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara


penggunaan bonus ini.

Format penulisan artikel ini terbahagi kepada 5 kategori:

1. Tajuk.
2. Pendahuluan.
3. 3 Isi kandungan.
4. Penutup.
5. CTA (Call to action).

#1 - Tajuk

Tajuk adalah kunci emas. Ia menentukan sama ada artikel kita akan dibaca atau
sebaliknya. Justeru itu, ambil masa untuk menghasilkan tajuk yang menarik perhatian.
Antara tajuk yang menarik adalah:

1. Top list (Contoh: 7 Cara..., 101 Teknik... dan sebagainya).


2. Rahsia... (Contoh: Rahsia Pemasaran..., Rahsia Saya Menghasilkan...).
3. Nama produk (Contoh: Sabun Pencuci XYZ).
4. Nama individu autoriti (Contoh: Suhaimy Wangcyber.com).
5. Kontroversi (Contoh: Kenapa Saya Benci Dr. Azizan Osman).

#2 - Pendahuluan

Biasakan bermula dengan perenggan yang memberikan fakta penting terhadap topik
yang ditulis. Pendahuluan adalah bahagian kedua paling penting selepas tajuk. Ia akan
menentukan sama ada artikel kita berbaloi untuk dibaca sehingga habis atau
sebaliknya.

Sebagai contoh, pendahuluan yang dimulakan dengan ayat seperti:


"Dalam buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan, karya Tuan Shah Othman, beliau
menyatakan fotografi perkahwinan adalah lubuk emas bagi penggemar lensa kamera."

Adalah lebih baik berbanding,

"Buat duit dengan fotografi perkahwinan adalah perkara yang tidak asing lagi. Ramai
yang sudah buat duit dengan cara ini."

#3 - 3 Isi Kandungan

Luangkan masa sekurang-kurangnya 3 minit untuk mencari 3 isi kandungan daripada


sumber yang berbeza. Antara sumber yang boleh digunakan adalah:

Buku.
Akhbar.
Majalah.
Laman web.
Perkongsian individu autoriti di ruangan social media (Facebook atau
Twitter).

Setiap satu isi kandungan diolah sekurang-kurangnya 3 perenggan. Bermakna kita


akan mempunyai 9 perenggan untuk isi kandungan (3 isi kandungan x 3 perenggan).
Ini secara tidak langsung dapat mendorong kita menulis lebih 350 patah kata untuk
bahagian isi kandungan sahaja.

#4 - Penutup

Gunakan penutup sebagai ruangan untuk kita menyatakan pendapat kita terhadap
topik yang diolah.

#5 - CTA (Call to Action)

Apabila menggunakan CTA, kita sebenarnya mendorong para pembaca untuk


melakukan aktiviti yang kita mahukan. Sebagai contoh, mengajak mereka untuk ke
laman web bagi melihat produk yang dicadangkan.
Atau kita boleh sarankan mereka untuk memberikan pendapat menerusi ruangan
komen yang wujud di blog.

Penting untuk kita kenal pasti terlebih dahulu tujuan utama menghasilkan artikel. Jika
ia dihasilkan untuk menarik prospek membeli produk, maka gunakan CTA yang
berkaitan. Contohnya:

Sekiranya anda mahu maklumat lanjut mengenai XYZ, sila klik di sini.
Sertai Seminar XYZ sekarang sementara tempahan masih dibuka.
Hanya 10 orang sahaja yang dibenarkan untuk membeli produk ini.
Lakukannya sekarang.

Boleh rujuk halaman seterusnya untuk melihat contoh penggunaan format artikel ini.
Contoh Artikel
(Menggunakan Format Penulisan Artikel Seperti yang Dikongsikan)

Tajuk:

3 Sebab Perlu Memiliki Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan

Pendahuluan:

"Perniagaan fotografi perkahwinan tidak akan mengalami kemerosotan teruk."

Ini adalah ayat yang disebut oleh penulis buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan,
Tuan Shah Othman berkenaan dengan potensi perniagaan fotografi perkahwinan.
Katanya, perniagaan ini kebal ekonomi. Kerana setiap bulan pasti akan ada pasangan
yang melangsungkan perkahwinan.

Bagi yang mempunyai obsesi terhadap lensa kamera, bidang perniagaan ini adalah
sangat sesuai untuk diceburi. Kerana kosnya adalah kamera kita sahaja. Yang lain itu
cuma bonus dan item sampingan sahaja.

Dalam masa sama, minat terhadap bidang fotografi perkahwinan sahaja tidak
mencukupi. Tanpa ilmu, kita akan lebih mudah untuk gagal berkali-kali.

3 Sebab Memiliki Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan

Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan ini memberikan 3 sebab utama kenapa
jurufoto yang ingin berniaga perlu memiliki buku ini.

3 sebab itu adalah:

Buku ini menjelaskan konsep dan potensi keseluruhan perniagaan fotografi


perkahwinan.
Buku ini memberikan nilai ilmu yang tertumpu terhadap perniagaan fotografi
perkahwinan.
Buku ini memberikan idea dan strategi-strategi berkesan untuk mendapatkan
lebih banyak pelanggan.
Konsep dan Potensi Keseluruhan Perniagaan Fotografi Perkahwinan

Dalam buku ini, penulisnya Tuan Shah Othman menyebut, "Sikap segelintir
masyarakat yang memandang tinggi profesion sebagai jurufoto perkahwinan,
membuka lebih banyak peluang kepada anda."

Kerjaya sebagai jurufoto perkahwinan ini bukan kerja sebarangan. Tugas utama kita
adalah membahagiakan pasangan pengantin menerusi gambar-gambar sepanjang
majlis perkahwinan itu berlangsung.

Pentingnya untuk kita jelas dengan konsep dan potensi keseluruhan perniagaan ini.
Supaya kita lebih komited dan bertenaga untuk membantu pasangan-pasangan
pengantin di luar sana mengecapi kebahagiaan pada hari berlangsungnya
perkahwinan.

Nilai Ilmu yang Tertumpu Terhadap Fotografi Perkahwinan

Buku ini bukan buku yang menceritakan tentang jenis kamera yang perlu digunakan,
lensa jenis apa yang sesuai dan apa sahaja yang berkait mengenai perkakas fotografi.

Buku ini membawa kita ke satu dimensi yang khusus terhadap mereka yang ingin
menceburi bidang fotografi perkahwinan. Maksudnya, ia adalah untuk pembaca yang
benar-benar berminat untuk menjalankan perniagaan ini.

Setiap perkongsian daripada Tuan Shah Othman ini adalah berdasarkan pengalaman
beliau dalam industri ini. Memiliki buku ini ibarat memperoleh ilmu emas berkenaan
perniagaan fotografi yang sukar diperoleh dengan harga serendah RM20 sahaja.

Idea dan Strategi Berkesan Mendapatkan Lebih Ramai Pelanggan

Satu strategi yang dikongsikan dalam buku ini sahaja sudah cukup untuk meledakkan
perniagaan fotografi perkahwinan kita. Ia dipanggil skrip menjawab panggilan telefon
daripada pelanggan.

Contohnya (Diambil dalam muka surat 62):

Saudara: Selamat tengah hari. Studio Indah Pandang. Boleh saya bantu?
Pemanggil: Saya Zaid, hendak bertanya mengenai pakej fotografi
perkahwinan.

Anda: Kami mempunyai pilihan pakej bermula daripada harga RM1,200


hingga RM4,000.

Pemanggil: Boleh saya tahu pakej RM1,200?

Penutup + CTA (Call to Action):

Perniagaan fotografi perkahwinan jelas mempunyai lubuk emasnya yang tersendiri.


Untuk berjaya dalam bidang ini, lengkapkan diri dengan ilmu yang betul dan
berkesan. Ia boleh diambil daripada setiap perkongsian daripada individu yang
berpengalaman.

Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan ini adalah buku yang ditulis oleh Tuan
Shah Othman, pakar dan berpengalaman dalam bidang ini. Untuk membeli buku ini
secara online, klik di sini.

Anda mungkin juga menyukai