Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (SEJARAH)

AJ10703
KURSUS SEJARAH
SEMESTER 1, TAHUN 2021/2022

NAMA PENSYARAH: DR. DAYANG JUNAIDAH BINTI AWANG JAMBOL

ULASAN BAB (TUGASAN INDIVIDU)


TAJUK TUGASAN: WHAT IS HISTORY? : PENGUINS BOOKS ( BAB 1: THE
HISTORIAN AND HIS FACTS )

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NOMBOR PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN


ABDUL AZIZ BIN BA21110076 FSSK (SEJARAH)
TUPASAN
PENGENALAN

Jurnal yang diteliti ini bertajuk “What Is History” hasil karya E.H Carr yang di
terbitkan oleh Penguin Books dan merupakan edisi kedua yang diedit oleh R.W.Davies serta
terdiri daripada 6 Bab keselurahannya dan mengandungi 188 muka surat. Sebelum itu,
E.H.Carr atau dikenali sebagai Edward Hallett Carr dilahirkan pada bulan Jun 28 tahun 1892
di kota London,England.1 Beliau terkenal dengan hasil-hasil karyanya yang menjurus kepada
bidang ilmu sejarah dan salah satu daripada hasil karyanya iaitu buku bertajuk “What is
History” yang membincangkan tentang sejarah dimana beliau berpendapat bahawa sejarah
adalah sukar untuk difahami apatah lagi dihasilkan serta beliau juga meneliti beberapa ahli
sejarah dalam penulisan mereka berkenaan bidang tersebut. Namun begitu, di sini saya
hanya akan mengulas tentang bab 1 dari buku beliau mengenai “Ahli sejarahwan dan
Faktanya”. Melalui pemahaman saya berkenaan bab ini, saya dapat mengenal pasti bahawa
penulis ingin membahaskan tentang fakta-fakta sejarah yang telah dikemukakan oleh Ahli-
ahli sejarah dalam penulisan mereka sama ada benar ataupun palsu. Disamping itu,paling
utama dalam bab ini juga penulis menerangkan apa yang difikirkannya sebagai cabaran
sejarah dan kesilapan yang dilakukan oleh ahli sejarah dalam mengemukakan fakta. Dengan
itu, keseluruhan bab 1 yang bermula dari halaman 7 hingga 30 membahaskan tenang ahli
sejarah dengan faktanya.

Ulasan keseluruhan Bab 1.

1
E.H.Carr Biographies https://www.britannica.com/facts/E-H-Carr, 15 januari 2022
Dalam pengetahuan saya ahli sejarah merupakan mereka yang mengkaji peristiwa
atau kejadian lampau yang telah berlaku pada masa lalu di kehidupan manusia berdasarkan
fakta dan bukti yang didokumenkan melalui penulisan. Hal ini demikian membawa kepada
pendebatan mengenai fakta yang dikemukakan oleh Ahli sejarah sama ada benar ataupun
palsu sehingga membentuk aliran-aliran baharu serta cabaran dalam sejarah. Sepertimana
yang diterangkan penulis mengenai cabaran sejarah dan kesilapan yang dilakukan oleh ahli
sejarah. Penulis menyatakan Salah satu kesilapan pertama yang dilakukan oleh ahli sejarah
adalah mereka mahukan fakta yang kukuh. Sehingga membawa kepada salah tanggapan
dalam kalangan mereka sendiri bahawa sejarah boleh menjadi lengkap. Hal ini adalah
mustahil untuk di capai kerana yang pertama ialah terdapat banyak perspektif yang berbeza
tentang peristiwa yang bersejarah.

Oleh itu, tidak mudah untuk mengetahui pandangan dan pendapat setiap orang
tentang situasi atau peristiwa tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh penulis dalam bukunya
di halaman muka surat 23 yang menyatakan bahawa “fakta adalah seperti ikan yang
berenang di lautan yang luas dan kadang-kadang tidak dapat diperoleh; apa yang ditangkap
oleh ahli sejarah akan bergantung sebahagiannya kepada peluang, bahagian lautan yang dia
pilih untuk memancing dan apa yang digunakannya. 2 Melalui kefamahan saya kenyataan
penulis ini sangat jelas menyokong kesilapan yang dilakukan oleh ahli sejarah dalam
meneliti atau mendapatkan fakta sejarah dan sebagaimana fakta ini biasanya objektif.

Selain itu, Satu lagi isu menjurus kepada ahli sejarah iaitu mereka prihatin terhadap
pemilihan fakta yang mereka anggap boleh digunakan mahupun layak untuk diambil. Hal ini
sudah jelas menampakkan terbentuknya sifat subjektif dalam diri kalangan ahli sejarah kan
Statement di atas dapat digambarkan di halaman 26 melalui kenyataan yang dikemukakan
oleh James Anthony Froude bahawa sejarah adalah seperti "kotak huruf kanak-kanak di
mana kita boleh mengeja apa-apa perkataan yang kita suka". 3 Ini bertepatan dengan fakta
bahawa terdapat begitu banyak perspektif berbeza tentang fakta sejarah yang kita tidak
tahu atau ambil peduli. Oleh itu, sebelum kita membaca atau meneliti sesuatu berkenaan
peristiwa sejarah kita kena melihat mahupun mengkaji dahulu ahli sejarah yang
menceritakan atau menulis sejarah tersebut dengan memahami ketekunan mereka serta
sejarah peribadi mereka sebelum membenarkan apa-apa yang mereka kemukakan sebagai
fakta yang benar.

2
E.H.Carr, What Is History, Chapter 1: The Historian and His Facts. 2nd edition. A Penguin Books , hlm 23
3
Ibid, hlm 26
Selanjutnya, penulis buku juga membahaskan bahawa ahli sejarah seharusnya
meletakkan dirinya dalam perspektif subjek yang dipelajarinya. Ini membawa maksud
Jikalau sejarah ditulis oleh seorang intelektual mahupun tokoh sejarahwan maka perkara
tersebut mesti diakui dan diambil kira oleh Ahli sejarah dalam memberikan fakta. Hal ini
demikian menjelaskan fakta bahawa penulis sejarah dipengaruhi keadaan mahupun
prosfesion. Misal kata, Seorang nelayan mungkin mempunyai pandangan serta perspektif
yang sudah pasti berbeza tentang peristiwa yang kita tidak akan tahu kerana tidak
berkenaan dengan pekerjaannya.

Seterusnya, Satu lagi masalah yang timbul berkaitan berkaitan dengan ahli sejarah
iaitu mereka tidak boleh kembali ke masa lampau dimana sesuatu peristiwa itu berlaku.
Tambahan pula, ahli sejarah sentiasa mengaitkan perkara lalu dengan persekitaran masa
kini. Oleh sebab itu, walaupun ahli sejarah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami
masa lalu, mereka tetap saja tidak dapat lari daripada realiti bahawa perspektif moden tidak
dapat disingkirkan oleh mereka sendiri. Kesannya, fakta yang mereka bawa dalam penulisan
mereka akan ditentang oleh ahli sejarah yang lain serta mereka akan dilabel sebagai ahli
sejarah yang berlaku bias dan prejudis.

Melalui bab 1 ini dapat diketahui bahawa menjadi seorang ahli sejarah bermakna
segala bentuk rintangan dan cabaran perlu dilalui mahupun diatasi dalam melaksanakan
kajian mahupun penelitian berkaitan sejarah lampau, walaupun mungkin ada sesetengah
daripadanya yang tidak menyedari cabaran yang dihadapi ini. Dengan itu, buku yang
dikarang oleh Edward Hallet Carr ini menjelaskan mahupun menerangkan cabaran yang
dilalui oleh ahli sejarah secara tepat dan padat. Akhir sekali, dalam bab ini beliau ada
menyatakan bahawa ahli sejarah lingkungan pertengahan tahun bimbang dengan agama.
Hal ini menjejaskan kebenaran fakta yang dikemukakan oleh ahli sejarah.

penulis berusaha untuk mengumpulkan persoalan yang dia telah dijawab oleh ahli
sejarah abad 19 berkenaan maksud sejarah sehinnga menjadi satu. Dalam pada itu, penulis
juga telah mengemukakan pendapat mahupun jawaban berkenaan maksud sejarah maka
jawaban yang diberikan beliau ada pada muka surat terakhir bab 1 halaman 30 iaitu “dialog
yang tak pernah selesai antara masa sekarang dan lampau, suatu proses interaksi yang
berkesinambungan antara sejarawan dan fakta-fakta yang dimilikinya”. 4pendapat beliau ini
telah diambil untuk menjadi rujukan bagi generasi akan dating mahupun dalam pendidikan.

Pandangan penulis dan penulis lain mengenai bab 1

4
E.H.Carr, What Is History, Chapter 1: The Historian and His Facts . 2nd edition. A Penguin Books, hlm 30
Dalam bab ini penulis memulakan penulisannya dengan membezakan pandangan
sejarah yang dibuat oleh Lord Acton pada tahun 1896 yang menulis edisi pertama Sejarah
Moden Cambridge dengan Profesor Sir George Clark yang menulis edisi kedua bagi Sejarah
Modern Cambrige 60 tahun selapasnya. Penulis mengemukakan pendapat bahawa sejarah
yang ditulis oleh lord acton adalah tidak benar sama sekali mengarut. Dalam pada masa
yang sama beliau juga tidak begitu komited menyatakan bahawa apa-apa fakta yang
dikemukakan oleh Profesor Sir George Clark benar atau masuk akal. Bukti kenyataannya ada
pada halaman Apabila pakar-pakar bercanggah antara satu sama lain secara terang-
terangan, bidang ini terbuka untuk siasatan. Saya berharap bahawa saya cukup terkini
untuk menyedari bahawa apa-apa yang ditulis pada tahun 1890an mestilah karut. Tetapi
saya belum cukup maju untuk komited dengan pandangan bahawa apa-apa yang ditulis
pada tahun 1950an semestinya masuk akal. 5

Selain itu, penulis menyatakan bahawa fakta sejarah tidak ada yang asli (tulen)
kerana penyampai sejarah tersebut berlaku bias mahupun prejudis dan kenyataan itu ada
pada halaman 22 iaitu “the facts of history never come to us ‘pure’, since they do not and
cannot exist in a pure form: they always refracted through the mind of the recorder” 6. Tapi
perkara yang perlu diambil berat bukanlah fakta yang terhasil tapi ahli sejarah yang
menghasilkan fakta tersebut. Melaluinya kita dapat menentukan sama ada fakta tersebut
bias atau pun tidak. Hal ini demikian kerana perspektif individu iaitu ahli sejarah
menggambarkan fakta sejarah yang dikemukakannya. Tambahan pula, ahli sejarah
membentuk dua sifat dalam penulisan mereka iaitu sama ada menjurus kepada objektif
ataupun lebih kepada subjektif.

Sepertimana menurut Louis Gottschalk (1899 – 1975 M), setiap ahli sejarah atau
mereka yang menghasilkan sesuatu penulisan sejarah mesti mempunyai falsafah sejarah
yang tersendiri. Tanpa asas-asas falsafah atau etika tertentu, sesuatu penulisan sejarah itu
tidak akan dapat menjadi suatu kisah atau deskripsi yang baik, yang merupakan intisari
daripada sejarah. Hal ini jelas menunjukkan pendapat E.H.Carr disokong oleh ahli sejarah
lain bahawa ahli sejarah yang mesti dititik beratkan sebelum mengatakan fakta sesuatu
peristiwa atau sejarah yang terhasil benar kerana setiap fakta dihasilkan oleh ahli sejarah
yang mempunyai pendapat serta memegang pelbagai aliran sejarah. 7

5
E.H.Carr, What Is History, Chapter 1: The Historian and His Facts. 2nd edition. A Penguin Books hlm 8
6
Ibid , hlm 22
7
Louis Gottschalk, Understanding History: Aprimer of Historical Method. 2 nd edition. New York: Alfred a Knopf,
hlm 42.
KESIMPULAN

Setelah meneliti buku yang ditulis oleh E.H.Carr saya dapat mengetahui bahawa bias
dan prejudis boleh berlaku dalam ilmu bidang sejarah yang disebabkan oleh ahli sejarah
mengenai fakta sejarah yang mereka hasilkan. Selain itu, dapat memberi kesedaran kepada
saya bahawa untuk mempercayai sesuatu cerita atau perstiwa kita mesti melihat kepada
penyampainya bukan fakta semata-mata. Pada pandangan saya, buku ini merupakan
medium yang paling berkesan untuk memberi kefahaman kepada ahli sejarah moden
supaya lebih maju dalam mengemukakan fakta dan memberi kesedaran kepada ahli sejarah
bahawa menjadi seorang sejarahwan bukanlah mudah daan akan menghadapi pelbagai
cabaran. Namun begitu, saya tidak begitu bersetuju dengan pendapat penulis berkaitan
penulisan oleh ahli sejarah pada tahun 1800 masihi yang dianggap adalah karut kerana
penulis sendiri menyatakan bahawa sejarah merupakan proses interaksi yang
berkesinambungan maka dengan itu sejarah yang ditulis pada abad 1900 adalah
sambungan kepada sejarah yang ditulis pada abad 1800.

BIBLIOGRAFI
E.H.Carr, What Is History, Chapter 1 : The Historian and His Facts . 2nd edition. A
Penguin Books, 1987

E.H.Carr, Biographies . diakses pada 15 Januari 2022:


https://www.britannica.com/facts/E-H-Carr.

Louis Gottschalk, Understanding History: Aprimer of Historical Method. 2 nd edition.


New York: Alfred a Knopf, diakses pada 16 Januari 2022:
https://www.journals.uchicago.edu/doi/abs/10.2307/2715419?journalCode=jnh

Anda mungkin juga menyukai