Anda di halaman 1dari 7

PENGANTAR ILMU SEJARAH AJ10103

ULASAN BAB DALAM BUKU

CARR, E.H. 1990. WHAT IS HISTORY? LONDON: PINGUINS BOOKS.


BAB 6. THE WIDENING HORIZON. HLM 133-156.

PENSYARAH
DR DAYANG JUNAIDAH BINTI AWANG JAMBOL

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


1. TRINITY AMYSHA ANAK AUGUSTUS BA23110078
1.0 SINOPSIS ISI KANDUNGAN

Bab yang dikaji adalah The Widening Horizon berdasarkan buku yang ditulis oleh
E.H Carr yang bertajuk What Is History? Bab ini memfokuskan perbincangan tentang
sejarah merupakan sesuatu proses yang sentiasa berubah-ubah dan berkembang
selari dengan ahli sejarahwan. Dalam bab ini juga membincangkan tentang tentang
maksud sejarah dengan lebih terperinci mengikut beberapa orang sarjana yang
terkenal, peranan seorang sejarahwan dalam mengembangkan dan memodenkan
sejarah, pengaruh masyarakt dalam mencipta sejarah melalui dirinya sendiri serta
bagaimana seorang individu dapat mempengaruhi sejarah dalam pelbagai sudut
seperti sudut sosial, ekonomi dan politik.

Di samping itu, penulis buku What Is History? iaitu E.H Carr melalui bab enam
memyatakan bahawa peradaban dunia semakin berkembang perubahan sejak
revolusi sosial yang berkembang pada abad kelima belas dan keenam belas di mana
manusia mula dapat berfikir untuk dirinya sendiri dan persekitarannya. Keadaan ini
menyebabkan perkembangan peradaban dunia sehingga pada masa ini. Bab ini juga
ada menghuraikan tentang proses revolusi merupakan satu proses yang terjadi
secara semula jadi selaras dengan peredaran zaman yang semakin moden.
Pemikiran dan ideologi ahli sejarahwan yang berbeza-beza juga merupakan salah
satu faktor yang menjadikan sejarah sebagai suatu proses kisah masa silam yang
sentiasa berubah-ubah dan berkembang.

2.0 ISI UTAMA BAB

Bab The Widening Horizon yang ditulis oleh E.H Carr di dalam buku beliau yang
bertajuk What Is History? Ini membincangkan tentang sejarah merupakan suatu
proses yang terus berubah dan berkembang sebagai isu utama di dalam bab ini.
Melalui bab ini, penulis menyatakan sejarah sentiasa berubah-ubah dan tidak pernah
statik, di mana perkembangannya terus bertambah semenjak abad kedua puluh.
Proses perkembangan sejarah selepas abad kedua puluh lebih mendalam dan lebih
meluas semenjak zaman pertengahan dunia mengalami keruntuhan dan
menyebabkan kemunculan teras dunia moden. Penulis percaya bahawa perubahan
ini adalah hasil daripada penyelidikan secara sainstifik dan ciptaan-ciptaan yang

1
semakin moden. Sebagai contoh, penulis ada membahas faktor perkembangan
sejarah ini berlaku di petikan di bawah.

The conception which I have put forward in these lectures of history as a constantly
moving process, with the historian moving within it, seems to commit me to some
concluding reflexions on the position of history and of the historian in our time.
(E. H Carr, 1990 : 133)

Di dalam bab ini juga, penulis ada menjelaskan mengenai perbezaan ideologi
dan pandangan daripada setiap sejarahwan dalam mentafsir beberapa peristiwa. Hal
ini disebabkan oleh sejarahwan bebas dalam mengutarakan fikiran dan memberikan
pandangan tentang pemikiran mereka dalam sesuatu peristiwa mengikut ideologi
masing-masing. Malah, mereka percaya bahawa pandangan mereka ini dapat
dibuktikan kebenarannya melalui pengetahuan dan kajian penyelidikan yang
dilakukan. Menurut E.H Carr, sesebuah pandangan perlu dikaji dengan teliti melalui
persekitaran dan tindakan yang berbeza-beza perlu diambil. Pandangan sejarahwan
yang lalu tidak dapat diambil kerana persekitaran yang sentiasa berubah-ubah dari
semasa ke semasa dan sentiasa bergerak secara berbeza. Oleh sebab itu,
perbincangan yang realistik dan teliti haruslah dilakukan dan perlulah disusun
dengan betul sesuatu perkara sebelum membuat keputusan muktamad. Penulis ada
menyatakan berkaitan dengan sejarahwan dapat berfikir tentang pandangan mereka
sendiri berdasarkan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah.

Man now seeks to understand, and to act on, not only his environment but himself;
and this has added, so to speak, a new dimension to reason, and a new dimension
to history.
(F. H Carr, 1990 : 134)

Seterusnya, dalam bab enam ini juga, penulis ada menyatakan tentang taraf
kedudukan sebuah peradaban dunia dapat dinilai melalui taraf sosial, ekonomi dan
sosial penduduk. Hal ini dapat dilihat apabila ketiga-tiga perkara tersebut berkait
rapat antara satu sama lain dan mempunyai kaitan dengan punca dan kesan. Proses
revolusi merupakan satu proses yang sentiasa bergerak seiring dengan perubahan
zaman dan berlaku secara semula jadi yang dipengaruhi oleh teori dan ideologi ahli
sejarahwan yang menjadikan sejarah merupakan satu peristiwa tentang kisah masa

2
lalu dan sentiasa berkembang. Sebagai contoh, revolusi sosial yang berlaku pada
abad kelima belas dan keenam belas dapat dijadikan perbandingan bahawa sejarah
sentiasa berubah dan berkembang.

The most conspicuous aspect of the change is a social revolution comparable with
that which, in the fifteenth and sixteenth centuries, inaugurated the rise to power of
a new class based on finance and commerce, and later on industry.
(E. H Carr, 1990 : 133)

Akhir sekali, melalui buku What Is History? ini, E.H Carr telah mengkritik
beberapa pendapat ahli sejarahwan yang mempunyai pendapat yang bercanggah
dengannya dan penulis juga telah menerima beberapa pendapat ahli sejarahwan
yang lain yang mempunyai pendapat yang sama dengannya. Sebagai contoh, ahli
sejarahwan seperti Descartes, Hegel, Freud Marxists, Adam Smith dan juga Karl
Marx. Penulis ada menyatakan pendapatnya tentang pandangan Freud Marxists
mengenai apakah sejarah melalui petikan di bawah.

Secondly, Freud reinforcing the work of Marx, has encouraged the historians to
examine himself and his own position in history, the motives - perhaps hidden
motives - which have guided his choice of theme or period and his selection and
interpretation of the facts, the national and social background which has determined
his angle of vision, the conception of the future which shapes his conception of the
past.
(E.H Carr, 1990 : 139)

3.0 PANDANGAN SARJANA LAIN


Menurut kata-kata Burckhardt, beliau menyatakan “history is the break with the
nature caused by the awakening of consciousness”. 1 Kata-kata sarjana ini
menunjukkan bahawa sejarah merupakan pergelutan yang berpanjangan dalam diri
manusia dan memerlukan manusia berfikir menggunakan akalnya untuk memahami
persekitarannya dan dapat mengambil tindakan terhadap peristiwa yang berlaku
kepada diri sendiri dengan menggunakan akal sendiri. 2

1
E.H Carr, What is History?, London: Penguins Books, 1990, hlm 134.
2
Ibid.

3
Manakala menurut Karl Marx, sama seperti E.H Carr, Beliau menyatakan bahawa
perkembangan sejarah membawa kepada pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi
dengan pasti. Menurut beliau lagi, manusia hanya dapat difahami dengan sejarah,
iaitu bagaimana manusia membangunkan kehidupannyua sendiri sebagai satu
sumber proses sejarah. Karl Marx juga berfikiran bahawa sejarah berkembang
selaras dengan perkembangan ekonomi dan sosial. 3

Seterusnya, menurut sarjana Hegel, perubahan sejarah berlaku apabila terdapat


perkembangan kesedaran dalam diri seseorang individu. Hal ini dapat
menyuebabkan manusia melakarkan sejarah kehidupannya dan persekitarannya
dengan kesedaran yang dimilikinya. Perkembangan dalam sejarah beerti
perkembangan ke arah konsep kebebasan.4 di dalam perspektif ini, hegel dengan
jelas mengatakan sejarah dunia memperlihatkan tahap perkembangan kesedaran diri
dalam diri manusia yang menurutnya mempunyai tiga tahap yang berbeza. 5 sebagai
contoh, tahap pertama dengan menyemai roh dalam kehidupan alamiah diri
seseorang, tahap kedua merupakan adanya roh dalam kesedaran kebebasan diri
seseorang dan yang ketiga merupakan ketinggian roh dalam kesedaran peribadinya
yang membolehkan individu tersebut merasai dirinya sendiri.

Akhir sekali, menurut Lord Acton peristiwa-peristiwa sejarah yang telah berlalu
membawa progres ke arah kebebasan dan juga pemahaman manusia terhadap
kebebasan diri6. Progres dalam sejarah bukanlah sesuatu yang berkekalan seperti
begitu sahaja. Progres merupakan sesuatu yang tidaka statik dan akan memppunyai
pasang surut pada bila-bila masa mengikut keadaannya. Seperti kehidupan biasa
suatu progres dalam sejarah ada kalanya akan terhenti, terputus, hilang dan
berupaya untuk terpesong ke arah yang salah. Malah, jika progres itu terhenti dalam
satu tempohnyang lama, berkemungkinan besar progres tersebut tidak akan bermula
pada titik permulaan yang sama seperti sebelumnya. Akan tetapi, Carr menolak
pendapat sarjana ini kerana Carr percaya bahawa tamadun merupakn proses yang
mempunyai kitaran hidup dari fasa penigkatan, kejstuhan dan juga akan mengalami
fasa keruntuhan sepertinyang dipersetujui oleh sarjana seperti Karl Marx, Hegel dan
3
Suparman Arif, Rinaldo Adi Pratama, Yusuf Perdana, Gerak Laju Sejarah Dalam Pandangan Filsafat
Karl Marx, Jurnal Artefak, Vol 7(2), 2020, hlm 63.
4
E.H Carr, What is History?, London: Penguins Books, 1990, hlm 136.
5
Hegel G.W.F, Filsafat Sejarah, Jogjakarta: Panta Rhei Books, 2014, hlm 102.
6
Syed Ahmad Fathi, Pemikiran Sejarah Edward Carr, 2023, hlm 12.

4
Toynbee. Sarjana ini percaya keruntuhan sesebuah tamadun ataupun peradaban
dunia mungkin merupakan permulaan kepada tamadun yang baharu di mana akan
lebih moden daripada tamadun yang sebelumnya.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bab enam dalam buku What Is History? iaitu bab The Widening
Horizon, E.H Carr ada membincangkan tentang sejarah yang merupakan suatu
proses yang terjadi dalam hidup semua individu yang difikirkan oleh manusia itu
sendiri seperti kata sarjana R.G Collingwood, sejarah ialah perancangan sebelum
melakukan tindakan yang akan memberikan kesan kepada sejarah .7 oleh hal yang
demikian, proses secara akan terus berkembang dari semasa ke semasa mengikut
proses perkembangan hidup manusia.

7
Daya Negri Wijaya, R.G Collingwood dalam Idealisme Historis, Universitas Negeri Malang: Jurusan
Sejarah, Fakultas Ilmu Sosial, 2014, hlm 8.

5
5.0 RUJUKAN

Daya Negri Wijaya. 2014. R.G Collingwood dalam Idealisme Historis . Universitas
Negeri Malang: Jurusan Sejarah, Fakultas Ilmu Sosial.

E. H Carr. 1990. What Is History?. London: Penguins Books. 134-136.

Hegel G.W.F. 2014. Filsafat Sejarah. Jogjakarta: Panta Rhei Books. 102.

Suparman Arif, et.al. 2020. Gerak Laju Sejarah Dalam Pandangan Filsafat Karl Marx .
Jurnal Artefak. Vol 7(2). 63.

Syed Ahmad Fathi. 2023. Pemikiran Sejarah Edward Carr.


(https://www.academia.edu/100990146/Pemikiran_Sejarah_Edward_Carr). 25
November 2023.

Anda mungkin juga menyukai