Anda di halaman 1dari 12

TAJUK PERMAINAN

“DAM RINGGIT”
KKWK 3013- KEUPAYAAN KEWANGAN

DR. ASRI BIN ISPAL DEE HARRYDAS KUDONG


PENDAHULUAN
 Penguasaan konsep wang harus diperkasa sejak awal usia lagi supaya pemahaman terhadap
konsep pertukaran wang yang melibatkan asas matematik dapat dikuasai. Justeru sebuah
medium pengajaran harus diwujudkan. Contohnya, melalui penciptaan alat permainan
kewangan.

 Permainan kewangan adalah permainan yang dicipta bagi memberi peluang dan pengalaman
kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa untuk mempelajari konsep kewangan melalui
aktiviti bermain.

 Selain itu, tujuan utama permainan kewangan ini diwujudkan adalah sebagai salah satu cara
memperkenalkan fungsi dan kegunaan wang dalam sehari-hari. Hal ini kerana penerapan
ilmu kewangan dalam kehidupan seharian terutamanya pada peringkat awal banyak
membantu membentuk pemahaman masyarakat mengenai kegunaan wang.

 Kajian mendapati kanak-kanak yang didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran


pengurusan kewangan sejak awal usia mampu memberi kesan positif kepada amalan
pengurusan kewangan semasa mereka dewasa nanti (Mohamad Fazil, 2015). Seterusnya
dapat melahirkan golongan masyarakat celik wang, matematik dan mereka yang mampu
mencorakkan ekonomi negara pada masa hadapan.
PENGENALAN
 Permainan Dam Ringgit adalah salah satu permainan yang telah diinovasikan daripada
permainan asal iaitu Permainan Dam.

 Konsep permainan masih sama seperti DAM biasa namun, terdapat beberapa
pengubahsuaian telah dibuat di dalam DAM Ringgit untuk memastikan permainan ini
lebih menarik dan mudah dimainkan.

 Permainan DAM Ringgit misalnya lebih menfokuskan kepada konsep kewangan di


mana pemain akan menggunakan wang contoh sebagai platform permainan ini.

 Tujuannya adalah untuk memberikan asas kepada pemain mengenai fungsi dan
kegunaan wang itu sendiri. Ini selaras dengan konsep kewangan yang diperkenalkan
oleh Fazli dan Mumtazah (2010) di mana wang adalah salah satu medium pertukaran
yang penting dikuasai oleh semua lapisan masyarakat.

 Selain itu, permainan ini juga banyak menggunakan konsep matematik seperti tambah
dan tolak. Dalam permainan ini, pemenang diukur melalui jumlah mata wang yang
dikumpul setelah permainan tamat.
KOS PEMBINAAN
BUTIRAN RM

Pembalut Kertas 1.50


Gam 2.00
Laminating Papers Reuse
Kertas Reuse

JUMLAH 3.50
PROSES PEMBINAAN

Gambar 1: Asas dam Gambar 2: Proses membalut Gambar 2: Proses menggunting


kotak dan melekat (Simbol RM, replika
wang)

.
MANUAL PENGGUNAAN
PERATURAN PERMAINAN ‘DAM RINGGIT’:

 Permainan ini dimainkan oleh dua orang dan seorang pengadil yang
dilantik.
 Permain perlu menyusun “Dam Ringgit” di kawasan pihak lawan,
sekiranya pemain berjaya menyusun, permainan dikira tamat.
 Pemain yang melompat “Dam Ringgit” pihak lawan akan mendapat nilai
yang terdapat pada dam tersebut, manakala sekiranya pemain
melompat “Dam Ringgit” sendiri, nilai pada dam tersebut akan ditolak.
 Jumlah nilai pada “Dam Ringgit” akan dikira dan pemain yang
mendapat jumlah ringgit yang tinggi dikira sebagai pemenang.
 Sebarang pertaruhan adalah dilarang sama sekali dalam permainan
“Dam Ringgit”.
Ujian Permainan Dam
Ringgit (Temu Bual)
BUTIRAN RESPONDEN DAILOG TEMU BUAL
Responden Pertama:

Nama : Adrian Pedro 1. Apakah pendapat anda mengenai permainan Dam Ringgit?
Opsyen : Sains
Adrian : permainan ni menarik bagi saya. Cara bermain juga tidak susah.

2. Adakah permainan ini menarik bagi anda (Mengapa anda katakan


permainan ini menarik) ?

Adrian: ya..memang agak menarik la sebab dia gunakan duit replika yang
bahannya maujud.

3. Apakah penambahbaikan yang anda boleh berikan kepada alat permainan


ini?

Adrian : kalau saya bagus sediakan ganjaran untuk yang menang. Lagi
menarik tu kalau ada ganjaran. Contohnya keropok ka..
Responden Kedua:

1. Apakah pendapat anda mengenai permainan Dam Ringgit?

Nama : Mohd Azmie Bin


Azmie: bagi saya permainan ini kreatif dan mudah difahami. Tetapi perlu
Abdul Ghani ditambah baik la..

Opseyn : PML 2. Adakah permainan ini menarik bagi anda (Mengapa


anda katakan permainan ini menarik/tidak menarik/kreatif/ tidak kreatif) ?

Azmie: ya memang menarik sebab ada persaingan. Ada duit replika lagi yang
betul-betul maujud. Kalau pelajar sangat sesuai la digunakan

3. Apakah penambah baikan yang anda boleh berikan kepada alat


permainan ini?

Azmie: emm..bagus tambah hadiah ka..atau apa-apa yang dapat menarik untuk
yang bermain. Kalau besarkan saiz permainan ni pun ok juga..
REFLEKSI (TEMU BUAL)
 KEKUATAN:  KELEMAHAN:  PENAMBAHBAIKAN:

Antara kekuatan permainan dam ringgit Antara kelemahan permainan ini Antara penambahbaikan yang perlu
adalah mudah dimainkan dan sangat adalah tidak diwujudkan sistem dibuat adalah harus diletakkan
menarik sesuai dengan tahap umur yang ganjaran seperti yang dikritik ganjaran bagi pemenang agar
difokuskan. Konsep permainan yang oleh responden. Ini sedikit menambahkan lagi semangat untuk
mengetengahkan asas matematik juga sebanyak menimbulkan rasa bermain permainan ini. Selain itu,
membantu meningkatkan daya tarikan bosan sekiranya dimainkan saiz permainan ini perlu lebih besar
kepada permainan ini. Selain itu, secara berulang. Selain itu, dari lagi atau dalam pelbagai saiz agar
penggunaan bahan maujud seperti duit/wang segi kekemasan produk yang lebih mudah dilihat dan menarik.
replika juga membawa kepada konsep dihasilkan masih agak kurang Seterusnya, had umur harus
bermain sambil belajar di mana bagi kanak- memuaskan. Kelemahan lain ditetapkan dalam permainan dam
kanak yang masih bersekolah mereka akan yang dapat dilihat adalah ringgit kerana tidak semua umur
didedahkan secara tidak langsung dengan permainan ini tidak dapat mempu memahami cara permainan
konsep wang dan fungsi wang itu sendiri. dimainkan bagi kanak-kanak ini. Akhir sekali adalah dari segi
Menurut Mok soon sang (2007) bermain yang belum memahami konsep kekemasan produk supaya ditambah
adalah satu teknik belajar yang berkesan asas matematik seperti tambah baik agar lebih kemas dengan warna
kepada kanak-kanak. Permainan dam ringgit tolak. Seterusnya kelemahan yang menarik.
ini juga mempunyai nilai pasaran yang lain permainan ini adalah ianya
tersendiri kerana ianya mempunyai harga memerlukan pengawasan
mampu milik, di samping kos pembinaan seorang pengadil. Tanpa
yang sangat rendah. Seterusnya, permainan pengadil, permainan tidak dapat
ini mudah dibawa ke mana sahaja kerana dimulakan.
saiz yang kecil dan ringan.
RUMUSAN
 Matlamat utama penciptaan ini iaitu mengajar asas
kewangan dan matematik dapat dicapai dengan baik
berdasarkan maklum balas yang diterima. Justeru harapan
agar alat yang dicipta ini mampu membantu bukan sahaja
dalam menambah koleksi permainan bertemakan kewangan
dan matematik, juga mampu melahirkan lebih ramai
masyarakat yang sedar akan kepentingan pengurusan
kewangan dan mempelajari asas matematik itu sendiri.
RUJUKAN
TERIMA KASIH 

Anda mungkin juga menyukai