Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN

Menjelang era globalisasi ini, kewujudan tenaga kerja mahir seperti guru adalah menjadi
satu keperluan untuk memastikan negara dapat bersaing dengan negara-negara luar.
Hal ini kerana, guru yang mahir adalah guru yang mampu memberikan sumbangan
untuk melahirkan modal insan negara yang berkualti. Namun untuk menjadi seorang
guru yang mahir ianya bermula dengan kita menjadi guru baharu atau guru novis. Guru
novis ataupun guru permulaan adalah guru yang mempunyai pengalaman mengajar di
sekolah kurang daripada setahun (Trotter, 1986). Semua guru novis mempunyai
harapan untuk menjadi guru yang mahir dan ditempatkan di sekolah yang kondusif serta
mempunyai suasana persekitaran yang sihat. Begitu juga saya, sebagai guru novis saya
mempunyai harapan yang tinggi untuk mendapat sekolah yang mempunyai murid-murid
yang berdisiplin, berakhlak dan cemerlang dalam akademik. Namun begitu, bagaimana
pula sekiranya saya sebagai guru novis ditempatkan di sebuah sekolah bandar yang
sering dilabel oleh masyarakat sebagai sebuah sekolah bermasalah disiplin di samping
memiliki pencapaian rendah akademik?. Justeru dalam penulisan ini, akan diterangkan
tentang pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya saya berdasarkan lima
peringkat perkembangan guru menurut Trotter (1986) dengan berfokus kepada masalah
dan cara mengembalikan semula emej sekolah yang mempunyai masalah disipilin dan
akademik kepada institusi pendidikan yang berwibawa.

1.1 Peringkat Perkembangan Guru (burtler82@gmail.com)

Berdasarkan Trotter (1986) terdapat lima peringkat perkembangan guru yang akan
dilalui oleh guru. Antara peringkat tersebut adalah peringkat novis, peringkat novis
lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar. Setiap peringkat
tersebut berkait rapat dengan proses pembangunan diri dan pembangunan kerjaya
seorang guru. Hal ini kerana setiap guru memerlukan proses pembangunan diri dan
kerjaya yang berterusan untuk mencapai peringkat guru pakar. Dalam erti kata lain,
profesion keguruan mengalami perkembangan yang berterusan dan setiap peringkat
perkembangan mempunyai peranan dan tugas masing-masing.

1
1.2 Pelan Pembangunan Diri Dan Pembangunan Kerjaya

Peringkat novis adalah peringkat di mana guru berusaha mencapai penguasaan dalam
bidang yang diceburi. Pada peringkat ini, saya sebagai guru novis perlu menguasai
kemahiran dan pengetahuan mengenai kerjaya sebagai seorang guru untuk
menyelesaikan masalah dalam pendidikan. Misalnya cara pertama untuk saya
menyelesaikan masalah di sekolah yang mempunyai masalah disiplin dan akademik
adalah dengan mempersiapkan diri dari aspek psikologi, di mana sebelum memasuki
sekolah tersebut saya perlu menghapuskan segala tanggapan negatif yang wujud dalam
fikiran saya hasil daripada stigma masyarakat yang telah melebal sekolah tersebut
sebagai sekolah yang bermasalah disiplin dan mempunyai pencapaian akademik yang
teruk. Langkah ini penting kerana sekiranya saya mempunyai pemikiran yang sama dan
menilai sekolah tersebut mengikut persepsi masyarakat saya tidak akan dapat
merancang pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Malahan saya
mungkin akan bertindak bias dan bersikap tertutup terhadap warga sekolah, khususnya
murid-murid di sekolah tersebut. Hal ini kerana menurut Ellis (2015), pemikiran negatif
yang wujud dalam pemikiran seseorang akan menyebabkan seseorang individu itu
bertindak secara negatif. Oleh itu, saya sebagai guru novis harus mempunyai
menunjukkan sikap dan pemikiran yang optimis dalam hal ini agar dapat bertindak
secara rasional dan lebih ke arah positif. Ini juga selaras dengan prinsip Rogers (1977)
yang menyatakan bahawa setiap individu adalah baik dan sentiasa menuju ke arah
kesempurnaan kendiri. Saya harus yakin dan percaya bahawa murid-murid di sekolah
baru ini mempunyai harapan untuk dibentuk personalitinya ke arah personaliti murid-
murid yang lebih baik agar dapat mematuhi peraturan sekolah.

Selain itu, sebagai guru novis budaya peramah dan menerima itu harus ada
supaya dapat menyesuailan diri dengan persekitaran yang baru. Hal ini kerana setiap
sekolah mempunyai gaya dan amalan persekitaran yang berbeza. Oleh itu, saya harus
berusaha untuk memahami bagaimana persekitaran sebenar di sekolah ini. Sebagai
guru novis di sekolah ini, saya harus berusaha untuk memahami latar belakang warga
sekolah seperti kedudukan ekonomi dan sosial murid-murid untuk memudahkan saya
memahami punca masalah yang berlaku. Selain itu, saya juga bercadang untuk
melaksanakan kajian mengenai keperluan murid-murid di sekolah ini. Saya akan
mengumpul data melalui kaedah senarai semak, temu bual dan soal selidik. Menururt
Mooney (1950), pengumpulan data melalui kaedah senarai semak penting untuk

2
mengenalpasti masalah-masalah umum yang wujud dalam kalangan murid-murid di
sekolah. Melalui kajian keperluan ini, saya akan dapat mengetahui masalah kritikal yang
harus diambil tindakan segera oleh pihak sekolah. Pada masa yang sama saya juga
dapat memberikan gambaran jelas terhadap permasalahan yang timbul kepada pihak
sekolah terutamanya dalam kalangan murid-murid. Saya yakin dengan tindakan
sebegini saya dan pihak sekolah dapat berganding bahu untuk mencari jalan dan ruang
untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Trotter (1986) peringkat guru cekap akan dapat dicapai sekiranya guru
sudah menampakkan keterampilan dalam bidang yang diceburi. Justeru, pada peringkat
guru cekap saya akan melaksanakan beberapa tindakan antaranya mewujudkan dan
melaksanakan pelan strategik pembangunan disipilin murid sebagai tindakan berterusan
yang melibatkan murid-murid dan guru-guru di sekolah ini. Tujuan pelan pembangunan
ini dilaksanakan adalah bagi memberikan hala tuju kepada permasalahan yang dihadap
dengan menyediakan langkah-langkah tindakan penyelesaian masalah disiplin murid.
Antara langkah-langkah pelaksanaan yang dibuat adalah melalui penyeliaan uniform
sekolah secara berkala kepada murid. Penyeliaan uniform ini akan menjadi titik
permulaan untuk murid-murid mengambil tanggungjawab dalam mematuhi peraturan
sekolah. Semua guru mempunyai peranan mereka masing-masing untuk memantau
pemakaian uniform murid. Melalui penyeliaan uniform juga sebenarnya dapat
membentuk keterampilan murid yang lebih kemas dan dapat memberikan impak kepada
pembentukan sikap dan nilai kendiri murid yang positif. Sehubungan itu juga,
pelaksanaan taklimat disiplin pada perhimpunan harian akan dijalankan setiap pagi
sebelum murid-murid masuk ke dalam kelas. Tujuannya adalah untuk memberi
peringatan dan teguran terhadap salah laku disiplin murid di sekolah. Peringatan dan
teguran akan disampaikan oleh guru yang bertugas atau pengawas sekolah dengan
bimbingan guru. Peringatan yang berulang akan membentuk satu kelaziman kepada
murid-murid sesuai dengan konsep pelaziman klasik dalam teori behaviorisme (Corey,
2011).

Lanjutan daripada pelan strategi pembangunan disiplin murid, saya juga


bercadang untuk membuat pemantauan yang kerap dilakukan oleh unit disiplin sekolah
terhadap disiplin murid-murid. Hal ini kerana pemantauan yang kerap amat penting
untuk memastikan murid-murid sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah (Omardin, 1998). Pelaksanaan pemantauan seperti ‘spot

3
check’ di kelas-kelas misalnya akan dapat menghindari murid-murid daripada membawa
barang-barang mahupun alatan terlarang seperti rokok, vape, penyalahgunaan telefon
pintar, dan banyak lagi. Sekiranya masalah ini kerap berulang, tindakan lebih tegas akan
diambil dan sekiranya diperlukan penglibatan pihak berkuasa akan dibuat. Selain itu,
sistem aduan disiplin di sekolah juga akan diwujudkan. Tujuan utama pewujudan aduan
disiplin ini adalah untuk menggalakkan semua warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat
untuk bersama-sama membantu pihak sekolah membasmi salah laku disiplin. Hal ini
kerana, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat adalah penting dalam mencapai
objektif pelan pembangunan disiplin murid iaitu ingin membentuk peribadi murid yang
berdisiplin.

Tambahan pula, strategi yang dicadangkan dalam pelan pembangunan disiplin


murid ialah perlaksanaan tindakan disiplin terhadap murid yang melakukan kesalahan
disiplin lebih daripada tiga kali. Perlaksanaan tindakan tersebut adalah berdasarkan
protokol dan prosedur yang telah ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.
Tindakan tatatertib ini adalah berdasarkan tiga kali amaran daripada pihak sekolah.
Menurut saya, perlaksanaan tindakan tatatertib terhadap murid yang amat penting untuk
memberikan kesedaran kepada murid-murid bahawa pihak sekolah tegas dalam
melaksanakan peraturan sekolah. Strategi seterusnya ialah melalui perlaksanaan
program jiwa murni. Program jiwa murni ialah satu program yang menggalakkan murid
untuk melakukan kebaikan di sekolah. Tujuan utamanya ialah untuk membudayakan
satu budaya positif dalam kalangan murid-murid sekolah (O’ Sullivan, 2011). Bahkan
menerusi program jiwa murni ini, seorang murid akan di nobatkan sebagai tokoh murid
pada setiap minggu. Tokoh murid yang dinobatkan adalah berdasarkan prestasi tingkah
laku serta amalan baik yang dilakukan oleh murid tersebut. Justeru, penobatan tokoh
murid ini juga dapat memberikan rangsangan positif kepada murid-murid lain untuk
membudayakan amalan baik di sekolah.

Apabila mencapai peringkat guru mahir, saya seharusnya sudah menjadi guru
yang boleh membimbing rakan-rakan guru yang lain (Slavin, 1994). Dengan
pengalaman yang ada, saya bercadang untuk melibatkan diri dengan lebih proaktif
dalam membantu pihak sekolah membentuk imej sekolah yang lebih positif. Ini selaras
dengan pandangan Trotter (1986) yang menyatakan bahawa guru mahir adalah guru
yang mempunyai banyak pengalaman yang dapat membantunya memahami situasi
yang dihadapi. Justeru saya sebagai guru mahir akan berkerjasama dengan guru-guru

4
disekolah untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing sebagai suri
teladan dalam pembentukan akhlak yang mulia dalam kalangan murid-murid sekolah.
Pada peringkat ini guru-guru selalunya dijadikan sebagai suri teladan buat murid-murid
di sekolah. Menyedari akan hakikat guru sebagai pembentuk sahsiah murid, maka guru
mempunyai peranan besar dalam membimbing murid-murid untuk bertingkah laku
dengan akhlak yang mulia. Oleh itu, saya akan menghadiri kursus mengenai
peningkatan kualiti profesionalisme keguruan. Setelah mengehadiri kursus tersebut,
saya akan berkongsi dengan rakan guru lain mengenai standard kualiti guru sesuai
dengan konteks masa kini. Sebagai guru yang berada pada peringkat ini, saya harus
menjadi guru yang mampu membimbing rakan sejawat agar hubungan dan kerjasama
guru-guru sentiasa kuat terutamanya dalam hal menyelesaikan masalah disiplin murid.
Ringkasnya, sahsiah guru yang cemerlang mampu memberikan implikasi terhadap
perkembangan sahsiah murid di sesebuah sekolah.

Guru mahir juga mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani masalah
dalam pendidikan sama adalah dalam aspek pedagogi mahupun masalah disiplin murid
di sekolah. Oleh itu, saya sebagai guru mahir akan melaksanakan pelbagai program
bimbingan kepada guru-guru novis yang berkaitan dengan pengendalian masalah
disiplin murid. Menjadi tugas saya sebagai guru mahir untuk berkongsi pengalaman
sepanjang bergelar guru di sekolah ini. Bukan itu sahaja, saya akan memastikan setiap
guru-guru berperanan sebagai agen perubahan sikap bagi murid-murid. Ini bermaksud,
saya akan menggalakkan guru-guru untuk bertindak secara rasional dengan menangani
masalah disiplin yang berlaku di sekolah, tidak kira di dalam kelas mahupun luar kelas.
Hal ini kerana saya percaya guru-guru yang dekat dengan muridnya akan lebih
memahami keadaan muridnya. Cara ini amat berkesan kerana ianya melibatkan
penyelesaian masalah disiplin murid secara individu. Menurut Mohd. Adam (2012)
penyelesaian masalah boleh dilakukan dengan memahami punca masalah tersebut
berlaku. Ini menunjukkan dengan adanya komunikasi dan bimbingan secara personal,
guru-guru akan dapat lebih memahami masalah murid seterusnya mencari jalan
penyelesaian dengan berbincang dengan saya sebagai mentor. Sekiranya masalah
tidak dapat diselesaikan, saya akan melibatkan unit kaunseling sebagai rujukan utama
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dengan cara ini, saya yakin guru-guru
dengan kerjasama pihak sekolah akan dapat mewujudkan suasana persekitaran yang
sihat dan berwibawa.

5
Setelah lebih 15 tahun berkhidmat di sekolah, saya sudah pun berada pada
peringkat guru pakar di sekolah tersebut (Caroll, 1963). Seharusnya, isu masalah
disiplin adalah sesuatu yang seharusnya sudah mampu dibendung. Walau
bagaimanapun, menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk memastikan
warga sekolah khususnya murid-murid mempunyai sahsiah diri dan disiplin diri yang
cemerlang. Sebagai seorang guru yang berpengalaman, saya seharusnya banyak
memberikan perkongsian motivasi kepada murid-murid untuk menjadi pelajar yang
cemerlang dari aspek sahsiah serta akademik. Tambahan lagi, saya seharusnya dapat
merancang program yang bersepadu dalam usaha membentuk disiplin murid yang
cemerlang. Antara strategi yang saya cadangkan ialah melalui usaha sama dengan
agensi kerajaan serta agensi bukan kerajaan dalam membentuk program yang
bertujuan untuk membendung gejala sosial serta perlakuan devian di sekolah. Pada
peringkat ini, saya akan sangat menitik beratkan impak hasil daripada program yang
saya rancang. Program yang dilaksanakan haruslah mempunyai impak yang tinggi
khususnya dalam membentuk disiplin murid di sekolah.

2.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, guru mempunyai peranan yang penting dalam membentuk


sahsiah diri murid di sekolah. Menjadi guru novis seharusnya tidak menjadi penghalang
untuk menjadi agen perubahan positif di sebuah sekolah. Menjadi guru novis adalah
ruang yang terbaik untuk melakukan kesilapan dan belajar daripadanya. Justeru, guru
novis seharusnya menggunakan ruang yang ada untuk mengambil pengalaman
sebanyak mungkin untuk membentuk jati diri guru yang cemerlang. Tambahan lagi, isu
masalah disiplin murid adalah perkara yang natural. Ia telah berlaku sejak dari dahulu
sehingga kini. Perkara ini berlaku sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak
yang mempunyai keghairahan yang tinggi dalam mencuba sesuatu yang baharu.
Justeru itu, gurulah sebagai pembimbing murid-murid ini untuk menggunakan naluri
ingin mencuba ke arah yang positif.

6
3.0 RUJUKAN

Corey, G. (2011). Theory and practice of counseling and psychotherapy. Belmont, CA:
Brooks Cole.

Carroll, J. (1963). A model of school learning. Teacher College Record.

Ellis, A. (2015). Rational emtove behavior therapy. In R. Corsini & D. Wedding (eds.)
Current psychotherapies (8th.ed., pp. 187-222), Belmont, CA: Brooks/Cole.

Mooney, R. L., & Gordon, L. V. (1950). Manual: the Mooney problem checklists. New
York:Psychological Corporation.

Mohd Adam Bin Rohani. (2012). Amalan pengurusan guru besar dan motivasi kerja
guru di sekolah rendah. Kuala Lumpur : Academe Art Printing Service Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari. (1998). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah. Kuala
Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

O’Sullivan, H. (2011). Leading and managing professional learning in schools. Dalam H.


O’Sullivan & J. West-Burnham (Eds). Leading and managing schools. London:
Sage,111–125.

Rogers, C. (1977). Carl Rogers on personal power: Inner strengths and its revolutionary
impact.New Jersey: Delacorte Press.

Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Dalam R. Slavin, (Ed.),
School and Classrooom Organization. Hillsdale,

Trotter, R. (1986). The mystery of mastery. Psychology Today, 20(7), 32-38.

7
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai