Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Isu pindaan perlembagaan menjadi salah satu isu yang tidak asing lagi dalam negara
kita. Sejak dahulu isu ini sudah berlaku dan tidak kurang ada sahaja pihak yang sengaja
mempolitikkan isu pindaan ini untuk kepentingan sendiri. Namun harus difahami bahawa
sesuatu undang-undang itu dipinda bagi menambahbaik atau mengubah peruntukan
undang-undang. Pindaan ini berlaku dalam pelbagai keadaan dan tujuan. Semua
perlembagaan sememangnya membolehkan pindaan dibuat bertujuan untuk melindungi
kepentingan rakyat, melicinkan urusan tadbir negara dan jaga keselamatan negara.
Pindaan ini turut bertujuan untuk menjadikan perlembagaan digunakan untuk mengawal
isu-isu sensitif daripada diperkatakan secara terbuka seperti sistem beraja, hak istimewa
melayu dan kedudukan bahasa melayu serta agama islam. 1Hal ini jelas dinyatakan di
dalam perkara 161E, perkara 159, perlembahaan Persekutuan boleh dipinda dan
biasanya bagi tujuan menambah atau memansuh sesuatu peruntukan yang dianggap
tidak sesuai dengan keperluan masa atau disebabkan kehendak rakyat yang berubah.

2
Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara sepertimana yang
digariskan di bawah Perkara dan 161E iaitu mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap
Majlis Parlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja, perkara yang
menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Parlimen dan
persetujuan Yang di-Pertua Negeri, mendapat pungutan suara majoriti biasa dari tiap-
tiap buah Majlis Parlimen dan mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Parlimen.
Antara pindaan yang pernah dibuat sebelum ini adalah pindaan 1971 yang mengaitkan
isu keselamatan negara, pindaan 1983 iaitu berkaitan dengan penambahan kerusi
dewan rakyat, pindaan 1988 iaitu kuasa kehakiman dan pindaan 1993 yang menyentuh
berkenaan kekebalan raja-raja. Melihat kepada pindaan-pindaan ini jelas sekali ianya
dibuat atas keperluan semasa yang berlaku pada masa tersebut.

1
Shamrahayu A. Aziz. Evolusi perlembagaan Negeri: Perbandingan antara Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk
dan Perlembagaan Persekutuan.
2
Ibid.
i) Pindaan 1971 – Isu Keselamatan Negara

Pindaan ini dibuat rentetan tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku di negara ini yang
menyaksikan perbalahan antara kaum Cina dan kaum Melayu atas kemenangan pihak
pembangkang semasa Pilihan Raya 10 Mei 1969. Perbalahan tersebut berpunca
daripada tindakan segelintir pihak pembangkang yang meraihkan kemenangan mereka
dengan cara mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman,
membawa penyapu berarak sebagai simbol ingin menghalau orang Melayu dari Kuala
Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal perikatan 3.
Kesan daripada peristiwa tersebut beberapa pindaan 1971 telah dibuat. Pindaan 1971
adalah pindaan yang dibuat terhadap akta hasutan yang mana Parlimen sendiri telah
memutuskan pindaan tersebut atas dasar untuk mengawal dan menghadkan seseorang
individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan perbalahan
antara kaum. 4Pindaan yang dibuat termasuklah memasukkan Perkara 10 (4) yang
memperuntukkan : “Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal
(2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa
perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau perrogatif yang
ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III (Kewarganegaraan), Perkara
152 (Bahasa Melayu), 153 (Perizaban kuota untuk Melayu dan Anak Negeri serta
kepentingan sah komuniti lain) atau 181 (Kedaulatan Raja-raja) melainkan yang
berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-
undang itu”.

Selain itu, Akta perlembagaan pindaan 1971 (Akta A30) menjelaskan sesiapa
yang mempermainkan atau mempersoalkan isu sensitif, maka ia satu hasutan atau
jenayah. Ini bermakna sesuatu ucapan atau apa-apa bentuk pengaliran fikiran yang
boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan keselamatan negara seperti perbuatan
mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan adalah dilarang sama sekali. Perbuatan
lain seperti penghinaan terhadap mahkamah, kedudukan raja, mempertikai hak
keistimewaan yang ditentukan perlembagaan, menyebar berita palsu serta perbuatan
menghasut juga ditegah. Pindaan ini juga mengawal dalam kebebasan bersuara setiap

3
Al-Mukmin, Hatta. (2005). "Keranamu UMNO", p. 104. Abadi Publishing House. ISBN 983-2215-00-5.
4
Berita Harian. (2018). Pemansuhan akta hasutan perlu perkenaan raja-raja.
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/10/487494/pemansuhan-akta-hasutan-perlu-
perkenan-raja-raja
individu, di mana setiap hak bersuara mesti hadir bersama tanggungjawab akhlak dan
moral. Dalam konteks ini, berkempen misalnya harus mengelak daripada menggunakan
perkataan lucah dan kesat, memaki hamun serta memburuk-burukkan pihak lain. Bagi
menambah baik akta ini, pada tahun 2015, akta hasutan sekali lagi dipinda dengan
memasukkan (1) menambah peruntukan berkaitan kecenderungan menghasut melalui
media elektronik; (2) memotong maksud kecenderungan menghasut kepada kerajaan
dan pentadbiran keadilan-maksudnya pernyataan menentang kerajaan atau
mempersoalkan keputusan mahkamah tidak lagi satu kesalahan kecenderungan
menghasut; dan (3) menjadikan perbuatan menggalakkan kebencian antara kumpulan
agama suatu kecenderungan menghasut.

ii) Pindaan 1983- Penambahan Kerusi Dewan Rakyat

Pindaan 1983 telah disampaikan oleh Dato’ Sri Dr Mahathir Bin Mohamad semasa
membentangkan “Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1983 yang bertempat
di Dewan Rakyat pada tarikh 1 Ogos 1983. Pindaan tersebut melibatkan perkara 46
dalam perlembagaan di mana ianya berkaitan dengan cadangan penambahan kerusi
Dewan Rakyat. Dewan rakyat bermaksud institusi di mana wakil rakyat membincangkan,
membahas dan bersoal jawab. Berdasarkan pindaan yang dibuat, cadangan
penambahan kerusi dewan telah dibuat iaitu yang melibatkan beberapa negeri di
Semenanjung dan di Sabah. Faktor pencetus kepada pindaan adalah disebabkan
bilangan pemilih yang berdaftar yang bertambah hampir 50 %. Tambahan kerusi dewan
yang dicadangkan adalah sebanyak 22 kerusi yang melibatkan negeri semenanjung
seperti kedah 1, Melaka 1, Pahang 2, Perak 2, Selangor 3, Wilayah Persekutuan 2,
Perlis tidak ada tambahan dan negeri Sabah 4 dan Sarawak tidak ada tambahan
disebabkan Sarawak telahpun pernah membuat pindaan kawasan pilihanrayanya pada
tahun 1977 dan mengikut undang-undang peraturan Perlembagaan pindaan tidak akan
dibenarkan sebelum genap 8 tahun usia pindaan yang dibuat sebelumnya5. Dengan
pindaan ini, jumlah kerusi dewan rakyat ialah 176.

Rentetan daripada pindaan tersebut, Parlimen mengikut Perlembagaan,


berkuasa menentukan bilangan kerusi Dewan Rakyat untuk tiap-tiap Negeri. Penentuan
sempadan kawasan-kawasan pilihanraya akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya

5
Dizul Hazik. (2016). Pindaan 1983 : Penambahan kerusi dewan rakyat.
https://quizlet.com/287016198/pindaan-1983-penambahan-kerusi-dewan-rakyat-diagram/
setelah pindaan mengenai bilangan kerusi diluluskan. Urusan kajian bagi menentukan
sempadan kawasan pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya hanya boleh dibuat
selepas 8 tahun, tetapi tidak melebihi 10 tahun sesudah urusan kajian yang terakhir.
Dengan demikian, urusan penentuan sempadan kawasan bagi kali ini, mestilah selesai
tidak lewat dari 26 Julai 1984. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan baru cuma
akan diguna bagi pilihanraya umum yang akan datang. Jika sesuatu pilihanraya kecil
perlu diadakan sebelum pilihanraya umum akan datang, kawasan-kawasan yang sedia
ada sekarang akan digunakan.

iii) Pindaan 1988 – Kuasa Kehakiman

Pindaan 1988 adalah pindaan terhadap kuasa kehakiman di negara kita. Pindaan dibuat
disebabkan terdapat beberapa perkara yang menghalang kelancaran jentera
pentdabiran. Buktinya krisis kehakiman yang berlaku pada tahun 1988 ini ditandai
dengan pelbagai keputusan kes-kes perundangan yang kontroversi sehingga membawa
kepada klimaks mengheret badan kehakiman dengan perlucutan jawatan Ketua Hakim
Negara, Tun Mohamed Salleh Abas dan dua hakim kanan yang lain. Malahan, kes
sekitar tahun 1986 hinggalah 1988 sebelum itu pun telah dapat memperlihatkan sikap
Mahkamah membuat banyak keputusan yang bertentangan dengan kehendak
kerajaan6. Pada 17 Mac 1988, kerajaan telah mengemukakan pindaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan. Terdapat empat pindaan besar yang dilakukan kerajaan
merangkumi dalam Perkara 5, Perkara 85, Perkara 121 dan Perkara 145 dengan
melebar luaskan kuasa eksekutif di dalam pelbagai aspek dan pada masa yang sama
7
mengurangi kuasa badan kehakiman. Salah satu implikasi penting pindaan
perlembagaan yang dilakukan adalah berhubung kait dengan badan kehakiman di
dalam Perkara 121. Dua aspek penting yang menjadi perhatian adalah membuang frasa
kuasa kehakiman Persekutuan daripada Mahkamah Tinggi dan menafikan bidang kuasa

6
JP Berthelsen v Director General of Immigration [1987]1 MLJ 134, Mamat bin Daud v Public Prosecutor [1988]1
MLJ 119, Dato Yap Peng v Public Prosecutor [1988]1 MLJ 119, Government of Malaysia v Lim Kit Siang [1988]2
MLJ 12, Tun Datuk Haji Mohamed Adnan Robert v Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun [1987]1 MLJ 471,
Theresa Lim Chin Chin v Minister of Home Affairs [1988]1 MLJ 294, Superintendent of Pudu Prison v Sim Kie
Chon [1986]1 MLJ 494, Lim Kit Siang v Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad [1988]3 MLJ 82, Mohamed Noor bin
Othman v Mohamed Yusoff Jaafar [1988]3 MLJ 82, dan Minister of Home Affairs v Karpal Singh [1988]3 MLJ 29
7
Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy’, Tesis
PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat 114.
Mahkamah Tinggi di dalam apa-apa perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah
Syariah. 8

Dengan kewujudan cadangan kepada pindaan kepada perlembagaan ini maka


perkataan-perkataan “kuasa-kuasa Kehakiman Persekutuan” adalah dipotong dan
digantikan dengan frasa lain yang membawa maksud kewujudan Mahkamah Tinggi
yang mempunyai bidang kuasa dan kuasa tertentu. Tujuan cadangan supaya Perkara
121 ini dipinda secara terang dan jelas adalah untuk menghapuskan peruntukan tentang
meletakhak kuasa-kuasa kehakiman pada mahkamah-mahkamah dan dengan maksud
meletakkan frasa Mahkamah Tinggi. Dengan kewujudan peruntukan baru, maka
Mahkamah tidak lagi akan memberi penekanan pada meletakhak kuasa kehakiman
Persekutuan pada mahkamah-mahkamah tetapi akan hanya memperkatakan tentang
jenis-jenis mahkamah dan bidang kuasa serta kuasa-kuasanya.

Hal ini timbul apabila ketidakpuashatian kerajaan9 terhadap satu keputusan


Mahkamah di dalam kes Dato’ Yap Peng vs Public Prosecutor10 yang bermaksud kuasa
kehakiman itu adalah kuasa bagi setiap kerajaan yang berdaulat perlukan untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan hal kontroversi diantara subjek atau diantara
subjek-subjeknya sama ada hak berkaitan dengan kehidupan, kebebasan atau harta.
Dengan pembuangan makna kuasa badan kehakiman ini maka kerajaan berhasrat agar
mahkamah hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang Persekutuan yang
digubal di Parlimen dari masa ke semasa dengan tidak merujuk perundangan negara-
negara Komanwel lain.11

Kehilangan kuasa kehakiman secara nyata di dalam Perlembagaan ini mungkin


nampak remeh namun mempunyai kesan yang berat dan berpanjangan. Mahkamah
kehilangan kuasa yang seharusnya ada pada bidang kuasa badan itu dengan kuasanya
sekarang hanya boleh diambil dari undang-undang Persekutuan yang diluluskan di
Parlimen.12 Hujah ini juga disokong oleh International Commission of Jurists yang

8
Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy’, Tesis
PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat 116.
9
Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1354
10
[1987]2 MLJ 311
11
Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1356-
1357
12
Sultan Azlan Shah, ‘The Role of Constitutional Rulers and the Judiciary Revisited’ di dalam Visu
Sinnadurai es, 2004, ‘Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance’ Professional Law
Books’, di muka surat 385.
menyatakan bahawa dengan meletakkan bidang kuasa dan kuasa Mahkamah Tinggi
bergantung kepada undang-undang Persekutuan ini bermakna ia menghilangkan fungsi
asal bidang kuasanya disisi Perlembagaan.

Pandangan Dr. Mahathir ketika itu kuasa kehakiman adalah terbatas dengan
undang-undang yang digubal dengan niat kerajaan sahaja di Parlimen. Justeru itulah
sebarang idea berhubung keadilan asasi (natural justice), common law dan sistem
perundangan Inggeris ditolak dan elemen yang berkehendakkan kebebasan tidak akan
dikompromi.13 Pendakwa raya telah menukarkan kes pecah amanah ini dari Mahkamah
Rendah ke Mahkamah Tinggi. Tindakan Pendakwaraya juga dirujuk sebagai salah disisi
Perlembagaan walaupun Pendakwa Raya dibenarkan di bawah kuasa seksyen 418A
Kanun Prosedur Jenayah. Cadangan kerajaan untuk meminda peruntukan Perkara 121
ini bukan sahaja telah dibantah di dalam Dewan Rakyat memandangkan ia akan
merosakkan nadi serta struktur asas sistem kerajaan di bawah peruntukan
Perlembagaan Persekutuan.14

Berdasarkan sorotan peristiwa dan kepelbagaian keputusan penghakiman yang


dilakukan badan kehakiman, dapatlah disimpulkan bahawa pra 1988 badan kehakiman
tidak menghadapi kritikan secara keterlaluan bahkan mendapat pujian dan dipandang
tinggi. Ini dapat dilihat daripada perlantikan dan penerimaan beberapa hakim Malaysia
menduduki kerusi hakim di dalam Jawatankuasa Rayuan Privy Council. Namun begitu
pasca kes pemecatan Tun Salleh Abas, Presiden Mahkamah Agung (ketika itu) dan dua
hakim kanan Mahkamah Agung Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah pada
tahun 1988 peristiwa ini bukan sahaja menjadi tragedi hitam dalam badan kehakiman
negara malahan menjadi rujukan kepada generasi muda pasca 90 an agar tidak gagal
mengetahui secara lengkap perjalanan penting kes ini.

iv) Pindaan 1993 - Kekebalan Raja-raja

Pertembungan kedua Mahathir dan Raja-Raja berlaku pada tahun 1993 yang sebelum
ini berlaku pada tahun 1983 telah membawa kepada pindaan 1993. Pindaan ini
merupakan yang terbesar pernah dibuat dalam perlembagaan negara iaitu pemansuhan
imuniti bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada

13
Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1356-
1357
14
Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1376
15
kesalahan jenayah. Berikutan satu usul oleh Parlimen yang menegur Sultan Johor
yang telah menyerang seorang jurulatih hoki dan anak bongsunya yang berlaku pada
tahun 1992, kerajaan digesa mengambil inisiatif untuk memanggil untuk menghapuskan
imuniti undang-undang terhadap pemerintah Raja-raja. Perlembagaan telah dipinda
untuk memansuhkan kekebalan pemerintah daripada pendakwaan. Satu mahkamah
istimewa telah ditubuhkan bagi membicarakan raja-raja. Pindaan tersebut telah berlaku
16 17
pada tahun 1993 kepada Perlembagaan Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen
Malaysia dengan tujuan untuk menghapuskan imuniti undang-undang royalti. Perubahan
yang menyaksikan pindaan Perkara 32, 38, 42, 63, 72 dan 181 dalam Perlembagaan
Malaysia, telah dilaksanakan pada Mac 1993. Sebelum pindaan dibuat, Perlembagaan
memberi kuasa kepada pemerintah yang melanggar undang-undang untuk tidak
menjadi didakwa oleh mahkamah jenayah melainkan jika secara sukarela dia ingin
menyerahkan imuniti undang-undangnya. Dengan pindaan tersebut, sehingga kini kuasa
Raja baginda tertakluk di bawah perlembagaan Persekutuan dan segala tindakan dapat
dilakukan terhadap Raja-raja sekiranya terlibat dalam jenayah.

Konklusinya, dengan beberapa tafsiran yang dibuat, peristiwa-peristiwa yang


membawa kepada pindaan perlembagaan persekutuan dianggap sebagai krisis
perlembagaan,18 memandangkan kerajaan persekutuan, yang memerlukan sokongan
Sultan untuk melaksanakan undang-undang, menolak dan seterusnya membawa
kepada kebuntuan singkat antara kedua-dua belah pihak.19 Walau bagaimanapun,
dalam kebanyakan kes, peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pindaan
perlembagaan umumnya dikenal pasti sebagai krisis monarki dan bukannya krisis
perlembagaan.20

15
Zairil Khir Johari. (2017). Kisah Malaysia melalui perlembagaannya- Bahagian IV. RoketKini.Com.
16
Nature and Nation: Forests and Development in Peninsular Malaysia, Kathirithamby-Wells, pg 376
17
SHERIDAN MAHAVERA: All in the name of fair distribution of power, 2008/12/08, New Straits Times
18
About Malaysia, for all Malaysians, SOO EWE JIN, 2 December 2007, The Star (Malaysia)
19
Malaysian Politics Under Mahathir, Milne, Mauzy, pg 38
20
The End of Empire and the Making of Malaya, Harper, pg 372

Anda mungkin juga menyukai