Anda di halaman 1dari 6

TAJUK : GAJAH KERDIL BORNEO

Oleh ;
Dee Harrydas Kudong

1.0 PENGENALAN DAN CADANGAN TINDAKAN TERHADAP ISU GAJAH


KERDIL BORNEO

Sejak kebelakangan ini, isu dan masalah Gajah Kerdil Borneo di negeri Sabah sering
menjadi antara tajuk utama dalam mana-mana akhbar tempatan. Sampaikan isu ini
mendapat perhatian orang ramai, khususnya di negeri Sabah. Apa tidaknya, menerusi
satu laporan statistik yang dikeluarkan oleh WWF (2019), mencatatkan jumlah populasi
Gajah Kerdil Borneo yang masih ada di Sabah adalah kurang daripada 1500 ekor.
Menurut Olivia (2019) pula sebanyak 100 ekor gajah telah terbunuh di Sabah dalam
jangka masa 8 tahun yang lepas ekoran daripada penyahutanan, pembalakan dan juga
penerokaan ladang kelapa sawit. Sedangkan sebelum ini, The Reports Sabah (2011),
mengatakan bahawa antara populasi terbesar bagi gajah pygmy di dunia adalah di
Sabah dan salah satunya adalah di Daerah Telupid. Bermula tahun ini sahaja sudah
terdapat beberapa isu membabitkan Gajah Kerdil Borneo atau Gajah Pgymy ini.
Menerusi satu laporan media akhbar baru – baru ini yang bertarikh 10 Februari 2020,
terdapat penemuaan dua bangkai gajah Pygmy Borneo di ladang kelapa sawit yang
terletak di Sukau, Kinabatangan dan Telupid, dan Beluran. Pada tarikh 14 Februari 2020
sekali lagi kita digemparkan dengan penemuaan bangkai Gajah di Bagahak, Lahad
Datu. Menurut laporan akhbar tempatan, kejadian tersebut menjadikan jumlah kes
kematian gajah jenis kerdil setakat dua bulan awal tahun ini menjadi kepada 5 kes
secara keseluruhan. Apa yang lebih buruk, kebanyakkan kes kematian gajah tersebut
adalah disebabkan keracunan (Sabah News Today, 2020). Melihat kepada senario ini,
saya percaya kita mahu supaya hidupan liar ini terus kekal dan dilindungi.
Persoalannya, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan untuk mengatasi masalah
ini? Justeru, dalam penulisan reflektif ini akan diterangkan secara mendalam tentang
cadangan-cadangan tindakan yang akan dilakukan bagi menangani isu Gajah Kerdil
Borneo ini.

1
Pertama sekali saya ingin melihat dari aspek peranan sebagai siswa guru.
Sebagai siswa guru, saya perlu mempunyai kesedaran kendiri tentang amalan lestari
dalam kehidupan seharian. Amalan lestari tidak wujud begitu sahaja ianya perlu
dipupuk. Amalan ini boleh dipupuk melalui penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti
berkaitan melestarikan alam sekitar. Contohnya melalui aktiviti gotong royong, aktiviti
menanam pokok, memungut sampah dan sebagainya. Selain itu, saya juga boleh
mengamalkan 5R iaitu Refuse, Resuce, Reuse, Recycle dan Recovery dalam kehidupan
seharian. Amalan 5R dapat mengelakkan sumber alam kita daripada habis dan pupus.
Melalui amalan lestari juga kita dapat menghindari diri kita daripada bertindak secara
berlebihan dalam menangani isu alam sekitar seperti Isu Gajah yang menjadi topik
utama dalam penulisan reflektif ini. Misalnya tindakan membunuh Gajah adalah amalan
yang sangat bertentangan dengan prinsip lestari alam sekitar itu sendiri. Jika kita
mempunyai nilai lestari dalam diri sudah semestinya perkara seperti membunuh Gajah
liar tidak akan berlaku. Justeru, amalan lestari ini penting dan perlu dipupuk dalam diri
kita masing-masing supaya alam sekitar kita sentiasa terjaga dan berterusan. Lebih-
lebih lagi saya sebagai siswa guru sudah menjadi tanggungjawab saya untuk
mengamalkan prinsip lestari itu sendiri sebelum diterapkan kepada murid-murid dan
masyarakat di luar sana.

Amalan lestari di sekolah boleh diterapkan dengan menggunakan landasan yang


betul dan sesuai. Salah satu cara untuk menerapkan amalan lestari kepada murid-
murid adalah dengan memperkasakan pendidikan alam sekitar di sekolah (Fatimah,
2010). Takrif "kelestarian" adalah kajian tentang bagaimana sistem semula jadi
berfungsi, kekal pelbagai dan menghasilkan segala yang diperlukan untuk ekologi untuk
kekal seimbang (Mason, 2019). Sebab itu, melalui Pendidikan Alam Sekitar di sekolah,
murid-murid akan lebih terdedah dengan isu Alam Sekitar yang berlaku di sekeliling
mereka. Supaya kelak apabila mereka berhadapan dengan situasi seperti isu gajah ini
mereka akan dapat bertindak dengan lebih rasional. Secara tidak langsung pendekatan
seperti ini akan dapat menerapkan nilai cinta Alam Sekitar itu sendiri dalam diri murid-
murid. Sudah pastinya usaha-usaha menerapkan nilai ini tidak mudah, namun sangat
berkesan sekiranya ianya dilakukan pada peringkat awal seperti di peringkat sekolah. Ini
kerana melahirkan masyarakat yang cinta akan alam sekitar tidak berlaku hanya sekelip
mata, namun memerlukan proses berterusan untuk menampakkan hasil di kemudian
hari. Ringkasnya, saya sebagai bakal guru harus mempunyai kemahiran dan

2
pengetahuan mengenai pendidikan Alam Sekitar agar langkah menerapkan nilai amalan
lestari alam sekitar di sekolah dapat dilaksanakan secara berkesan. Ini selaras dengan
kenyatan menteri di Jabatan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar iaitu
pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah boleh memastikan generasi muda
membudayakan amalan mengutamakan pemuliharaan alam sekitar dengan lebih
berkesan (Rajagopal 2017).

Pendidikan alam sekitar ini juga perlu diberikan kepada golongan yang tidak lagi
bersekolah seperti golongan belia dan golongan orang dewasa terutamanya bagi
mereka yang tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi. Hal ini adalah kerana
masyarakat mempunyai peranan yang amat penting dalam memelihara dan memulihara
alam sekitar. Dengan adanya pendidikan alam sekitar yang kukuh penduduk yang
duduk berhampiran dengan habitat hidupan liar akan mempunyai pengetahuan
mengenai langkah-langkah memelihara dan memulihara habitat hidupan liar tersebut
(Shephard, Kerry, 2015). Malah pengetahuan ini juga akan turut membantu penduduk
tempatan dalam menyelesaikan krisis hidupan liar dengan manusia. Misalnya seperti
krisis antara Gajah Pgymy dan manusia yang sering berlaku di Sukau, Telupid dan
Kalabakan apabila gajah memasuki kawasan perkampungan. Dengan adanya ilmu
mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar, penduduk kampung akan dapat
mengelakkan tindakan buruk seperti menyakiti gajah tersebut dan mempermudahkan
urusan pemindahan gajah tersebut kembali ke habitat asalnya.

Selain daripada langkah menerapkan pendidikan Alam Sekitar, menerapkan


nilai-nilai agama juga dilihat sangat penting. Hal ini kerana setiap agama mengajar
perkara baik, termasuklah hal berkaitan membuat kebaikan kepada alam sekitar.
Buktinya, terdapat beberapa petikan ayat keagamaan yang menunjukkan bahawa
pentingnya menjaga alam sekitar agar tidak dirosakkan manusia. Berikut merupakan
ayat tersebut yang ditulis di dalam Kitab Suci Kristian dan Kitab Suci Islam yang
menunjukkan hubungan manusia dengan tuhan dan alam sekitar.

“Tetapi mintalah binatang itu, dan mereka akan mengajar kamu, atau burung di langit,
dan mereka akan memberitahu kamu; atau berbicara kepada bumi, dan itu akan
mengajar kamu, atau biarkan ikan di laut memberitahu kamu. Di antara semuanya itu
tidak diketahui, bahwa tangan TUHAN telah melakukan ini? Di dalam tangannya adalah
kehidupan setiap makhluk dan nafas semua manusia.” (Ayub 12 : 7)

3
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
(Ar-Ruum 30:4)

Kedua-dua ayat di dalam kitab suci ini menunjukkan dengan jelas bahawa alam
sekitar yang berada di sekeliling kita adalah pemberian tuhan kepada kita dan kita
sebagai yang memegang amanah tersebut perlu menggalas tanggungjawab menjaga
dan tidak merosakkan keindahan alam yang diberikan. Dan konsep hubungan manusia
dengan ketuhanan dan alam sekitar hanya boleh dilihat apabila kita menghayati dan
menghargai alam sekitar. Ringkasnya, dengan penerapan nilai agama kita tidak akan
mudah bertindak merosakkan alam sekitar. Seterusnya, masalah seperti isu Gajah ini
dapat diselesaikan dengan lebih baik daripada sebelum ini.

Seterusnya, masyarakat harus didedahkan dengan maklumat yang terperinci


mengenai gajah liar ini. Justeru langkah paling tepat adalah dengan mengadakan
pelbagai program khas yang memberi peluang kepada semua tidak kira yang muda
mahupun yang tua mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan kepentingan
melindungi hidupan Gajah Kerdil Borneo ini. Saya yakin dan percaya, dengan adanya
program-program seperti ini akan memberikan lebih kesedaran kepada masyarakat di
luar sana betapa pentingnya menjaga kemandirian habitat gajah tersebut. Pada masa
yang sama, masyarakat akan lebih terdedah dengan cara-cara yang sesuai untuk
menangani masalah yang membabitkan hidupan liar ini, seperti yang berlaku di Daerah
Telupid di mana kebanyakkan kes melibatkan konflik gajah dengan penduduk di sana.
Menurut Poliana (2018), kes kehadiran kiri-kira 20 gajah kerdil di Telupid telah
membabitkan dua kumpulan yang berada di enam lokasi dan menyumbang kepada
ancaman keselamatan penduduk. Statistik ini menunjukkan perlunya pengetahuan dan
kemahiran dalam menangani situasi sebenar seperti ini agar mana-mana pihak tidak
sewenang-wenangnya melakukan hal yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh
mengancam kehidupan dan habitat gajah tersebut.

Sehubungan itu, eloklah juga sekiranya ditubuhkan satu pertubuhan khas di


peringkat kampung yang berperanan menjaga dan menangani isu – isu pencerobohan
dan pembunuhan gajah tersebut. Pemimpin peringkat kampung boleh melantik ahli
sukarelawan dalam kalangan belia di setiap kawasan kampung yang terlibat dengan

4
masalah tersebut. Dengan adanya pertubuhan seperti ini, ianya dapat mengelakkan
masalah yang tidak diingin berlaku seperti kes pemburuan gajah secara haram,
meracun gajah liar, dan sebagainya. Oleh itu, setiap ahli di dalam pertubuhan tersebut
harus mempunyai kemahiran dan pengetahuan mendalam mengenai pengendalian
habitat gajah-gajah liar ini. Penduduk kampung juga boleh menjemput pihak perhilitan
dan perhutanan yang berkelayakan untuk memberikan ceramah perkongsian kepada
ahli di dalam pertubuhan sukarelawan tersebut untuk meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan yang sedia ada sedia ada.

Akhir sekali, mewujudkan laman web seperti ‘Page FaceBook’ sebagai saluran
perkongsian mengenai isu-isu Gajah Kerdil Borneo. Tujuan utama page tersebut adalah
untuk mendapatkan sokongan dan perhatian orang ramai berkenaan isu yang ingin
diketengahkan. Melalui page tersebut juga, segala maklumat yang dikongsi dapat
disebarkan dengan lebih cepat dan pantas. Seterusnya membantu supaya masyarakat
di luar sana supaya lebih peka dengan isu tersebut dan membantu menyokong usaha
pihak berkaitan dalam memelihara dan memulihara hidupan yang diancam kepupusan
seperti gajah liar Borneo. Pada masa yang sama, Page tersebut akan berperanan dalam
mempromosikan hidupan gajah liar supaya lebih dikenali dan diharap dengan usaha
seperti ini dapat menyumbang kepada pembangunan aktiviti pelancongan di negara ini.

Kesimpulannya, dengan melaksanakan cadangan tindakan di atas pastinya


dapat menyumbang kepada usaha mengatasi masalah Gajah Kerdil Borneo ini.
Mengamalkan amalan hidup lestari adalah penting kerana ianya bukan sahaja mampu
menambah kualiti hidupan liar dan alam sekitar, malah mampu meningkatkan kualiti
hidupan manusia. Dengan adanya amalan lestari juga, kita akan mampu menikmati
udara yang lebih bersih, meningkatkan keselamatan dan juga memberikan kehidupan
yang lebih aman yang bebas konflik sesuai dengan konsep pembangunan lestari yang
mementingkan pembangunan ekonomi, politik dan alam sekitar. Dalam erti kata lain,
biarlah pembangunan yang dibina seiring dengan kelestarian alam sekitar kita. Elakkan
sikap tamak dan pentingkan diri sendiri. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, ianya
bermula daripada diri kita sendiri. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlulah sedar
akan peranan masing-masing dalam memastikan alam yang kita diami pada hari ini
mampu dipelihara dan diwariskan dalam keadaan yang baik kepada generasi akan
datang.

5
2.0 RUJUKAN

Mason, Matthew. (2019). What Is Sustainability and Why Is It Important?


https://www.environmentalscience.org/sustainability.

Miwil, Olivia. (2019). Population survey on orang utan, pygmy elephants ready by 2021.
April. https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/479312/population-survey-
orang-utan-pygmy-elephants-ready-2021.

Poliana Ronnie Sidon. (2018). Kajian terperinci tangani konflik gajah di Telupid.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/03/397042/kajian-terperinci-
tangani-konflik-gajah-di-telupid

Rajagopal, Magendran. (2017). Pendidikan Alam Sekitar di sekolah.


https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/11/345541/pendidikan-
alam- sekitar-di-sekolah.

Sabah News Today. (2020). Five elephant deaths in the first two months this year in
sabah. https://www.sabahnewstoday.com/five-elephant-deaths-in-the-first-two-
months-this-year-in-sabah/?lang=en

Sabah, The Reports:. (2011). The reports : Sabah. Kuala Lumpur: Oxford Business
Group.

Shephard, Kerry. (2015). Higher Education for Sustainable Development. New York:
Springer.

WWF. (2019). Conservation importance of borneo’s pygmy elephants. Diakses pada 14


Februari2020.http://www.wwf.org.my/about_wwf/what_we_do/species_main/elep
hant/.

Fatimah Yusof. (2010). Pendidikan alam sekitar. Diakses pada 14 Februari 2020 :
https://www.slideshare.net/timippm/pendidikan-alam-sekitar.

Anda mungkin juga menyukai