Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

NAMA NO KP : : SABARIAH BT HUSIN 730612-11-5066 PPG SAINS 2 (AMBILAN FEB 2012) SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

KUMPULAN : KOD SUBJEK : SUBJEK :

Bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat jua menyiapkan tugasan semester 4 untuk subjek SCE 3107 iaitu Ekosistem dan Biodiversiti ini. Segala kesukaran, kesusahan dan cabaran sepanjang menyiapkan tugasan ini hanyalah asam garam dalam pencarian ilmu pengetahuan. Namun semua ini tidak akan Berjaya ditempuhi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah, Dr. Zainal Abidin B Abd. Hamid yang mengajar kumpulan kami PPG Sains 2. Tugasan 1 yang saya terima, secara berkumpulan saya dan rakan dikehendaki mengumpul maklumat berkaitan hutan paya bakau atau hutan hujan tropika. Kumpulan saya memilih tema hutan hujan tropika iaitu kepentingan ekologi hutan hujan tropika. Pelbagai sumber maklumat saya cuba dapatkan untuk melengkapkan tugasan ini. Maklumat yang diperolehi perlu dihasilkan dalam bentuk poster. Pencarian maklumat untuk tugasan ini banyak menambahkan pengetahuan saya tentang hutan hujan tropika. Tugasan ini secara tidak langsung banyak membantu saya untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan member maklumat tambahan dalam mempelajari subjek SCE 3107 ini. Penerokaan dalam pelbagai bahan rujukan membolehkan saya mengenal pasti ekosistem hutan hujan tropika di Malaysia. Ini menyedarkan saya bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan flora dan fauna yang penting kepada kehidupan kita di mana ekosistem ini seharusnya dipelihara sebaiknya dan dipertahankan untuk generasi akan datang. Tugasan ini juga member kefahaman bahawa ekosistem di hutan hujan tropika mempunyai fungsifungsi yang tersendiri dan saling mempunyai hubungan antara satu sama lain yang member manafaat kepada kehidupan kita. Tugasan 2 pula memerlukan saya menyiapkan penulisan esei yang berkaitan kepupusan satu spesies flora atau fauna di Malaysia. Saya memilih untuk menulis tentang kepupusan penyu Belimbing. Memandangkan saya berasal dari negeri Terengganu, saya terpanggil untuk memahami punca dan kesan kepupusan haiwan ini. Sewaktu kecil, saya pernah dibawa untuk melihat penyu bertelur di pantai Rantau Abang. Tetapi sayang, kini saya tidak lagi dapat memberi pengalaman yang sama kepada anak-anak disebabkan haiwan ini sukar untuk dilihat bertelur di pantai itu lagi. Kini baru saya sedari kenapa hal ini terjadi. Penyu Belimbing adalah antara haiwan yang berhadapan dengan masalah kepupusan. Semua ini berpunca dari sikap manusia itu sendiri. Contohnya penyu terancam kerana amalan memakan telur penyu dikalangan orang ramai. Ramai yang tidak menyedari

REFLEKSI
peranan penting yang dimainkan oleh haiwan ini kepada ekosistem kita sendiri. Kepupusan penyu menunjukkan bahawa ekosistem kita juga telah terancam. Kesannya adalah kepada kehidupan manusia itu sendiri. Sekiranya tiada langkah-langkah untuk pemuliharaan penyu belimbing ini, dibimbangi pada masa akan datang haiwan ini akan terus lenyap dari mata kita. Tugasan 3 pula adalah laporan amali 1 hingga amali 5 yang perlu disiapkan dalam kumpulan. Amali 1 adalah tentang kepentingan ekosistem yang terdiri daripada biotic dan abiotik yang mempunyai peranan yang tersendiri di mana ia saling bekerjasama menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga, nutrient dan air. Kebanyakkan organism dalam ekosistem mempunyai fungsi-fungsinya dan menyumbang kepada kepelbagaian dan kestabilan ekosistem itu sendiri. Manakala amali 2 pula mengkaji tentang bagaimana menentukan sesuatu spesies, peranan ahli taksonomis (taxonomists) yang mempunyai kepentingan dalam pemuliharaan biodiversity. Di dalam amali ini, memerlukan kami menyiasat kesukaran-kesukaran yang ditempuhi untuk menentukan elemen-elemen asas biodiversity spesies. Amali 4, tentang mengukur dan membanding beza kepelbagaian spesies serta keutamaan untuk pemuliharaan spesies dan factor-faktor yang diambil kira untuk tujuan pemuliharaan. Dalam amali ini saya didedahkan tentang cara untuk mengukur kepelbagaian spesies dengan menggunakan indek Diversiti Simpson iaitu ia digunakan untuk mengira jumlah kehadiran spesies dan kelimpahan sesuatu spesies. Amali 5 pula adalah untuk menyiasat tentang perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa kesemasa yang dipengaruhi oleh kadar kelahiran, kematian, imigrasi dan emigrasi. Justeru itu, kesimpulannya semua tugasan yang disiapkan adalah salah satu cara untuk mendalami pengetahuan tentang ekosistem dan biodiversity.

Anda mungkin juga menyukai