Anda di halaman 1dari 6

KURSUS:

SKAG1043 BIOGEOGRAFI

SEMESTER 2 SESI 2022/2023

TUGASAN:

RENCANA 1

SOALAN 2: 

MANFAAT EKOSISTEM TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL DAN


MANUSIA. BINCANGKAN.

NAMA PENSYARAH:

 DR. FRANKIE MARCUS ATTA

NAMA :

HALIMATUN SAADIAH SHAFIE

NOMBOR MATRIK:

A193117
Manfaat Ekosistem terhadap Persekitaran Fizikal dan Manusia. Bincangkan.

Oleh: Halimatun Saadiah Shafie

Gambar 1: Kepelbagaian spesies haiwan dalam ekosistem savana

Dalam konteks definisi, ekosistem dapat ditakrifkan sebagai suatu sistem


biologi yang terdiri daripada semua organisma yang terdapat dalam persekitaran
fizikal tertentu. Kesemua organisma ini saling berinteraksi dan bekerjasama antara
satu sama lain bagi mencapai keseimbangan dalam ekosistem tersebut. Secara amnya,
ekosistem dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu ekosistem daratan dan
ekosistem akuatik. Kepelbagaian ekosistem ini dikaji telah memberikan manfaat yang
signifikan terhadap persekitaran fizikal dan manusia di muka bumi.

Gambar 2: Hutan hujan tropika


Hutan hujan tropika merupakan antara ekosistem daratan yang terdapat di
planet bumi. Ia dikenali sebagai sinki karbon jangka panjang yang penting dalam
mengawal keseimbangan ekologi kawasan hutan. Manfaat ekosistem ini terhadap
persekitaran fizikal ialah ia menyediakan habitat yang kompleks buat pelbagai jenis
hidupan terutamanya haiwan primat seperti monyet, lutong, dan orang utan. Untuk
pengetahuan, habitat semula jadi bagi orang utan hanyalah terdapat di dua tempat
sahaja di dunia iaitu di Kepulauan Borneo dan Sumatera di mana kedua-dua kawasan
ini merupakan kawasan yang kaya dengan litupan hutan hujan tropika yang sangat
tebal. Bukan itu sahaja, ekosistem ini juga turut menjadi habitat semula jadi bagi
beribu-ribu spesies pokok terutamanya yang berasal dari famili Dipterocarpaceae
seperti meranti, cengal, dan seraya. Terdapat juga spesies tumbuhan lain yang
menjadikan ekosistem ini sebagai habitat semula jadi mereka. Misalnya rafflesia,
pokok periuk kera, rotan, dan orked hutan. Kesemua spesies flora dan fauna ini telah
membentuk kepelbagaian biologi yang menyeimbangkan ekosistem hutan hujan
tropika.

Gambar 3: Pokok Tongkat Ali

Selain itu, ekosistem hutan hujan tropika juga kaya dengan spesies tumbuhan
ubatan atau herba yang telah diwartakan. Tumbuhan herba yang sering kita dengar
seperti tongkat ali, kacip fatimah, dan ginseng adalah sangat bermanfaat terhadap
persekitaran manusia di mana tumbuhan herba ini sering digunakan sebagai sumber
ubatan terutamanya dalam perubatan tradisional bagi mengubati pelbagai penyakit.
Selain itu, tumbuhan herba juga menyumbangkan peranan dalam penemuan ubat-
ubatan moden di mana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melaporkan bahawa
sebanyak 80% daripada penduduk dunia bergantung kepada ubatan herba dalam
penjagaan kesihatan asas. Oleh itu, hal ini jelas menunjukkan bahawa ekosistem hutan
hujan tropika adalah sangat penting terhadap persekitaran manusia kerana ia telah
menyediakan pelbagai sumber herba yang sangat bermanfaat.
Gambar 4: Ekosistem paya bakau

Seterusnya, ekosistem paya bakau juga bermanfaat terhadap persekitaran


fizikal di mana litupan hutan bakau yang terdapat di sepanjang pinggir pantai telah
dikaji dapat mengurangkan kadar hakisan pinggir pantai. Kawasan hutan ini telah
bertindak sebagai penampan terhadap hempasan ombak serta angin kencang yang
mampu melambatkan proses penghausan dan pengukiran bentuk muka bumi di
kawasan berkenaan. Kesannya, hal ini telah membantu melindungi ekosistem pantai
dan habitat marin yang sensitif daripada mengalami hakisan. Selain itu, pantai yang
stabil juga akan memberikan perlindungan kepada pelbagai jenis spesies tumbuhan
dan haiwan yang hidup di kawasan sekitar termasuklah spesies terancam.

Gambar 5: Kayu bakau yang digunakan sebagai cerucuk untuk aktiviti pembinaan

Selain itu, pokok bakau juga adalah sangat berguna dalam industri pembinaan
seperti pembinaan rumah misalnya. Lazimnya, kayu bakau digunakan secara meluas
sebagai cerucuk yang menyokong struktur sesuatu binaan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, kayu bakau merupakan sejenis kayu yang mempunyai kekuatan tinggi dan
boleh menahan beban struktur yang ketara. Ini menjadikan ia sesuai digunakan
sebagai tiang atau tiang sokongan dalam pembinaan bangunan terutamanya bangunan
yang bertingkat tinggi. Kesannya, hal ini mendorong kepada pembinaan rumah yang
sangat giat yang mampu memberikan pengaruh yang positif terhadap persekitaran dan
kehidupan manusia .
Gambar 6: Taman Tasik Taiping

Seterusnya, ekosistem air tawar. Ekosistem air tawar merupakan antara


ekosistem akuatik yang boleh didapati di dunia. Manfaatnya terhadap persekitaran
fizikal ialah ia mampu menyederhanakan suhu bumi melalui proses sejatan yang
berlaku yang menghasilkan wap air. Kesannya, kandungan wap air yang tinggi dalam
udara akan mendorong kepada peningkatan kelembapan udara dan hal ini berjaya
mengurangkan suhu di kawasan persekitaran. Selain itu, ekosistem air tawar juga
sangat sesuai dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan yang bermanfaat buat
kehidupan manusia. Ekosistem air tawar seperti tasik dan air terjun merupakan antara
contoh destinasi ekopelancongan yang sering dilawati oleh pengunjung di negara ini.
Selain itu, golongan ibu bapa juga gemar membawa anak-anak mereka untuk berkelah
di destinasi berkenaan sebagai langkah untuk meluangkan masa berkualiti bersama.
Kesannya, hal ini berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli
keluarga di samping meningkatkan keharmonian dalam institusi keluarga berkenaan.
Oleh itu, jelaslah bahawa ekosistem air tawar adalah sangat bermanfaat buat manusia
dan persekitarannya.

Secara keseluruhan, kewujudan ekosistem di muka bumi telah menyediakan


pelbagai manfaat yang signifikan terhadap persekitaran fizikal dan juga persekitaran
manusia. Ekosistem telah memainkan peranan yang sangat penting dalam
menyederhanakan suhu bumi, mengurangkan kadar hakisan pinggir pantai serta
menyediakan habitat yang kompleks buat hidupan di hutan hujan tropika. Selain itu,
ia juga mempunyai kepentingan yang ketara terutamanya dalam industri pembuatan
perabot dan sebagainya. Oleh itu, kelestarian ekosistem ini mestilah sentiasa
dikekalkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh generasi akan datang.
RUJUKAN

Bennett & Amy Clare. (2020). Impact of the 2015-2016 El Nino on tropical forests.
Retrieved from https://ethos-bl-uk.eresourcesptsl.ukm.remotexs.co/OrderDetails.do?
did=47&uin=uk.bl.ethos.816877 [2 Julai 2023].

He & Fengzhi. (2019). Diversity and pattern of freshwater megafauna : a global


perspective. Retrieved from
https://ethos-bl-uk.eresourcesptsl.ukm.remotexs.co/OrderDetails.do?
did=7&uin=uk.bl.ethos.830609

Masaharu Tsujimoto, Yuya Kajikawa, Junichi Tomita & Yoichi Matsumoto. 2018. A


review of the ecosystem concept—Towards coherent ecosystem design. Technological
forecasting and social change 136: 49-58.
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S004016251730879X [2 Julai
2023].

Norawazni Yusof. 2022. JPNP swastakan 14 kawasan eko-pelancongan. Sinar Harian


Online. https://www.sinarharian.com.my/article/192711/edisi/jpnp-swastakan-14-
kawasan-eko-pelancongan [3 Julai 2023].

Sam Bedford. 2021. Where to See Orangutans in Malaysia Borneo.


https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/where-to-see-orangutans-in-malaysia-
sabah-and-borneo/ [3 Julai 2023].

Anda mungkin juga menyukai