Anda di halaman 1dari 8

PENGURUSAN EKOSISTEM PERSEKITARAN (AG21203)

PENSYARAH : DR MOHAMAD TAHIR MAPA

PENILAIAN 1 (ESEI INDIVIDU) : MENJELASKAN MAKSUD EKOSISTEM DAN


MENGHURAIKAN PENDEKATAN EKOSISTEM DALAM MENGURUS ALAM
SEKITAR.

Nama Zulwali Arifffin bin Sipin

No Matriks BA20160862

Jurusan Hubungan Industri


1. Pengenalan
Ekosistem merupakan komponen yang penting terhadap manusia dan alam
sekitar kerana terdapat berbagai interaksi yang menjadikan ekosistem sebagai
sumber utama untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hal ini dikatakan demikian
kerana ekosistem bermaksud struktur geografi seperti makhluk hidup, cuaca dan
lingkungan sentiasa berinteraksi di antara satu sama yang lain ( National
Geographic). Selain itu, istilah terhadap ekosistem ini juga telah tercipta pada tahun
1930-an oleh seorang ahli botani iaitu Arthur Roy Clapham. Hal ini dikatakan
demikian kerana perkataan ekosistem ini berasal daripada perkataan ‘eko’ yang
membawa maksud rumah yang lebih difahami sebagai ‘persekitaran’ dan ‘tempat di
mana kehidupan terungkap’ dan sistem kata yang berasal daripada bahasa Yunani.
Seterusnya, ekosistem pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ekosistem
Alami dan Ekosistem Buatan. Ekosistem alami adalah ekosistem yang terbentuk dan
berlaku tanpa campur tangan manusia. Selain itu, ekosistem ini juga terbahagi
kepada dua iaitu ekosistem alami air seperti ekosistem akuatik, ekosistem luat dan
ekosistem air laut manakala ekosistem alami daratan pula adalah seperti ekosistem
daratan, ekosistem berpecah dan ekosistem Mexico.
Dengan itu, ekosistem akuatik bermaksud ekosistem yang merangkumi air
masin iaitu laut dan lautan manakala ekosistem air tawar pula adalah ekosistem
yang merangkumi air tawar seperti sungai dan tasik. Bagi ekosistem daratan pula,
ekosistem ini bermaksud ekosistem yang terbentuk secara semula jadi yang
berkembang secara mendasar di tanah atau pulau. Ekosistem berpecah pula adalah
perubahan habitat sama ada dari proses geologi atau kegiatan manusia seperti
perindustrian dan pembandaran yang akan menyebabkan ekosistem berpecah-
pecah manakala ekosistem Mexico pula adalah ekosistem yang mempunyai
kepelbagaian aneka ragam hayati dan mempunyai banyak ekosistem kerana saiz
ukurannya yang besar, lokasi geografi dan kepelbagaian lekukan. Bagi ekosistem
buatan pula, ekosistem ini adalah satu ekosistem yang terjadi atau terbentuk kerana
adanya campur tangan manusia seperti ekosistem kolam, sawah dan kebun.
2. Pendekatan ekosistem dalam mengurus alam sekitar

Kini, ekosistem di seluruh dunia sedang menghadapi ancaman terhadap


kemusnahan termasuklah di Malaysia. Hal ini dikatakan kerana terdapat beberapa
faktor yang menjadikan ekosistem terancam seperti pencemaran-pencemaran,
jerebu dan aktiviti-aktiviti manusia. Oleh hal yang demikian, pelbagai inisiatif telah
dilaksanakan bagi melindungi dan mempertahankan daripada kehancuran terhadap
ekosistem di bumi seperti Deklarasi Rio De Jenero (1993) dan Protokol Kyoto
(1997). Di samping itu, Malaysia juga dilihat telah mengambil serius terhadap
kepentingan ekosistem di mana Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar telah di
adakan pada 20 September 2006 yang ditandatangani oleh ketua-ketua Negara
Commenwealth. Hal ini dilakukan adalah untuk memastikan pembangunan negara
dilakukan dan diamalkan secara lestari dan mesra alam. Oleh itu, dalam saling
kebergantungan ekosistem di antara satu sama yang lain terhadap manusia dan
alam sekitar, terdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam aktiviti
pengurusan alam sekitar.

Antaranya adalah dengan melakukan perlindungan dan pengurusan terhadap


alam sekitar yang memainkan peranan penting terhadap keberlangsungan
ekosistem. Hal ini dikatakan demikian kerana ekosistem dan alam sekitar saling
bergantung di antara sama yang lain. Dengan itu, keseimbangan terhadap alam
sekitar dan ekosistem dapat dicapai melalui perlindungan dan pengurusan terhadap
alam sekitar. Hal ini juga bersesuaian dengan pendapat Zaini Ujang (1997) yang
menyatakan bahawa alam sekitar mempunyai sifat-sifat yang seimbang, indah dan
segar dengan contoh keseimbangan yang berlaku adalah seperti penghasilan
oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuhan berkaitan dengan penghasilan karbon
dioksida yang dikeluarkan oleh manusia dan haiwan.

Selain itu, perlindungan dan pengurusan terhadap alam sekitar ini juga
termasuklah dari segi undang-undang. Hal ini dikatakan demikian kerana
pengurusan alam sekitar dapat dilakukan melalui pelaksanaan undang-undang. Oleh
hal yang demikian, pelbagai undang-undang dan akta telah diwartakan bagi setiap
isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian alam sekitar terhadap ekosistem.
Sebagai contoh, beberapa perundangan dan undang-undang kecil di Malaysia telah
berkaitan dengan pencemaran air telah disenaraikan oleh Jamaluddin Md. Jahi
(1996). Antaranya adalah seperti Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Kumbahan dan Efluen Industri) 1979, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Premis-premis Yang Ditetapkan) (Minyak Sawit Mentah) 1977, Peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Premis-premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978
dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam
Sekitar) 1987.

Berdasarkan undang-undang ini dan undang-undang yang sedia, bekalan air


bersih dan air dalam ekosistem dapat dikekalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana
air merupakan sumber yang penting terhadap kehidupan manusia dan haiwan untuk
meneruskan kehidupan. Sebagai contoh, bekalan air bersih bermanfaat kepada
manusia untuk kegunaan harian seperti mandi, air minuman dan masakan. Oleh hal
yang demikian, sebanyak 0.8% air daripada jumlah air yang ada di bumi boleh
digunakan oleh manusia untuk keperluan hidup seharian. Selain itu, air juga penting
kepada manusia untuk kepentingan aktiviti pertanian. Hal ini dikatakan demikian
kerana ekosistem pertanian yang memerlukan air untuk pengeluaran hasil
pertanian. Di samping itu, bekalan air juga penting bagi tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Hal ini dikatakan demikian kerana tumbuh-tumbuhan memerlukan air untuk
proses fotosintesis iaitu penghasilan makanan manakala makanan yang dihasilkan
tersebut pula penting kepada haiwan. Oleh itu, ekosistem telah terbina melalui
kebergantungan di antara haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Bagi pencemaran sampah sarap pula, antara perundangan dan perundangan


kecil yang disenaraikan oleh Jamaluddin Md. Jahi (1996) termasuklah Akta Jalan,
Parit dan Bangunan (1974), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (1984),
Undang-undang Kecil Pasar (Wilayah Persekutuan), Akta Lembaga Lebuh Raya
(1980) dan Akta Perhutanan Negara (1984). Dengan adanya perundangan ini, isu-
isu terhadap pencemaran sampah sarap dapat dielakkan dan dihindari sama sekali
daripada terus berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pencemaran sampah yang
berlaku boleh mengancam keselamatan ekosistem. Hal ini dikatakan demikian
kerana sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai atau laut akan menjejaskan
ekosistem yang ada di dalam sungai. Sebagai contoh, botol plastik yang dibuang ke
dalam laut akan menyebabkan sotong berisiko untuk mati kerana memakan botol
tersebut. Hal ini adalah disebabkan oleh rupa bentuk botol plastik yang seumpama
dengan sumber makanan bagi sotong menyebabkan sotong memakan botol
tersebut. Oleh hal yang demikian, spesies sotong akan terancam dengan kematian
dan kepupusan.

Selain melakukan perlindungan dan pemeliharaan terhadap alam sekitar,


pengurusan ekosistem lestari juga merupakan salah satu daripada pendekatan
ekosistem yang boleh digunakan untuk pengurusan alam sekitar. Pengurusan
ekosistem lestari merupakan empat unsur utama iaitu pengurusan hutan,
pengurusan air, pengurusan tenaga dan pengurusan sisa dalam mengurus
keseimbangan ekosistem agar menghasilkan kehidupan alam yang lebih harmoni
dan seimbang (LESTARI, UKM t.th). Oleh hal yang demikian, pengurusan ekosistem
lestari ini amat penting sebagai pendekatan ekosistem mengurus alam sekitar.

Melalui pengurusan hutan, penyelenggaraan hutan dengan baik dapat


mengekalkan kelestarian alam sekitar di samping usaha untuk melakukan
penanaman semula hutan. Dengan itu, hutan dapat mengurangkan kadar
pemanasan global dan keseimbangan alam kerana hutan dianggap sebagai paru-
paru dunia kerana menghasilkan 20 % oksigen di bumi. Hal ini dikatakan demikian
kerana pemanasan global boleh berlaku jika pengurusan hutan tidak dijalankan
dengan baik. Oleh hal yang demikian, pengurusan yang baik terhadap hutan perlu
dilakukan bagi mengekalkan dan melindungi ekosistem yang ada di hutan dan di
sekelilingnya. Sebagai contoh, pengurusan hutan yang kurang baik akan
menyebabkan hutan berkurangan dan menjadikan habitat kepada flora dan fauna
juga akan terjejas. Dengan itu, ekosistem hutan tersebut akan menghadapi
ancaman kerana adanya ancaman kepada flora dan fauna yang penting dalam
ekosistem hutan.

Seterusnya adalah pengurusan sisa. Sisa adalah bahan buangan yang tidak
diperlukan lagi dan perlu dibuang. Sisa juga adalah berpunca daripada aktiviti
manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Antara contoh, sisa yang terhasil
daripada aktiviti manusia adalah melalui aktiviti perkilangan dan perindustrian.
Dengan itu, melalui aktiviti ini, sisa toksik dan sisa buangan daripada kilang akan
terhasil akibat daripada pembakaran bahan bakar fosil yang mencemarkan alam
sekitar. oleh hal yang demikian, sisa terbagi kepada 3 kategori utama iaitu sisa
organik, sisa tak organik dan sisa yang boleh dikitar semula. Justeru itu, terdapat
beberapa kaedah yang paling lestari dalam pengurusan sisa iaitu penggunaan
semula, pengitaran semula, pengambilan tenaga dan pelupusan. Berdasarkan
hierarki pengurusan sisa pepejal, penggunaan semula adalah pengurusan sisa paling
lestari diikuti oleh pengitaran semula, pengambilan tenaga dan pelupusan pula
adalah pengurusan yang kurang lestari.

Namun demikian, pengurusan yang terbaik untuk sisa adalah dengan cara
mengenal pasti komposisi sisa di sumbernya dan kemudian melakukan pengasingan
di peringkat lebih awal. Dengan itu, ekosistem yang baik dapat dikekalkan dengan
pengurusan sisa yang teratur. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan sisa
yang lestari akan mengelakkan alam sekitar daripada tercemar. Dengan itu,
pengurusan sisa lestari juga akan menyebabkan alam sekitar dapat pelihara dan
seterusnya akan menyebabkan kelangsungan ekosistem juga akan dapat dikekalkan.

3. Kesimpulan
Kesimpulannya, pengurusan terhadap ekosistem adalah amat penting dalam
mengekalkan kelestarian alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana eksploitasi
terhadap alam sekitar oleh manusia akan menyebabkan ekosistem terganggu dan
kemudiannya musnah. Sebagai contoh, kejadian pencemaran alam sekitar, banjir
kilat, kesan rumah hijau, dan penebangan hutan adalah kejadian yang boleh berlaku
akibat daripada aktiviti manusia. Keadaan ini amat menjejaskan kelestarian alam
sekitar dan ekosistem. Namun demikian, terdapat juga fenomena-fenomena yang
mengancam alam sekitar seperti gempa bumi, tsunami dan taufan. Oleh itu,
penduduk Bumi perlulah memelihara Bumi daripada terus terokai ke arah yang
boleh mengancam kelestarian dan keharmonian alam sekitar yang penting kepada
ekosistem dan seterusnya berpotensi kepada kerosakan kekal dan berbahaya.
Justeru itu, sebagai manusia yang saling bergantung kepada alam sekitar untuk
terus hidup perlulah menjaga dan melindungi alam sekitar daripada ancaman kerana
manusia adalah khalifah Allah yang diturunkan ke dunia ini sebagai pentadbir dan
pengurus yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini (Soenarjo et
al. 1412H).
Rujukan

Ismail, H., Syed Hussain, T. P. R., & Ayob, W. (2004). Sumbangan teori sistem dalam
pemantapan pengurusan alam sekitar holistik.

Mahmood, N. A. H. (2003). Kajian persepsi guru menggunakan ekosistem bakau


sebagai sumber pendidikan alam sekitar di sekolah menengah  (Doctoral
dissertation, Universiti Putra Malaysia).

Makna Ekosistem (Apakah Itu, Konsep Dan Definisi) - Sains Dan Kesihatan (2022).
Dipetik dari https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-ecosistema pada
9 April 2022.

Mohamad, A. B. (2005). Undang-undang dan pengurusan alam sekitar menurut


Islam. Malaysian Journal of Environmental Management, 6(2005), 107-124.

Othman, M. Y. (2010). Media dan isu alam sekitar. Jurnal Hadhari, 2(2), 1-17.

Pengertian, komponen, dan jenis ekosistem (Tiyas Septiana). Dipetik dari


https://lifestyle.kontan.co.id/news/pengertian-komponen-dan-jenis-ekosistem?
page=all pada 9 April 2022.

Punca-punca dan kesan-kesan aktiviti manusia yang mengancam ekosistem (2010).


Dipetik dari http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/punca-punca-dan-kesan-
kesan-aktiviti.html pada 10 April 2022.

Anda mungkin juga menyukai