Anda di halaman 1dari 18

Pendahuluan

Istilah biosfera telah direka oleh ahli geologi yang bernama Edward Sues pada
1875. Ianya boleh didefinisikan sebagai tempat di atas permukaan bumi di mana semua
hidupan berada. Biosfera kita ialah tempat berkumpulnya semua ekosistem di bumi.
Dalam kata lain, ianya adalah zon kehidupan di bumi, kawasan yang dekat dengan permukaan
bumi (terpisah dari radiasi solar dan kosmik) dan mempunyai sistem peraturan tersendiri
daripada perpektif lain.
Biosfera ialah sistem ekologi globalyang mengintegrasikan semua makhluk hidup dan
termasuklah interaksi dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera dan atmosfera.

Biosfera, termasuk kira-kira 10,000 meter di atas paras laut hingga 10,000 meter di
bawah paras laut di, termasuk suasana di bawah ( boleh terbang seperti burung, serangga,
bakteria, dan lain-lain), permukaan litosfera (semua makhluk "bertapak"), hidrosfera Majoriti
(dalam lingkungan 150 meter dari lapisan air laut). Biosfera untuk hidup organisma
menyediakan syarat-syarat yang asas: nutrien, cahaya matahari, udara dan air, suhu yang betul
dan sedikit ruang hidup. Walau bagaimanapun, kebanyakan organisma tertumpu di permukaan
melebihi 100 m hingga 100 m suasana air, hidrosfera, litosfera, dan bidang lain pedosphere
persimpangan, di sini adalah teras biosfera. Biosfera menghasilkan pelbagai kehidupan, untuk
mendapatkan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk menyokong aktiviti di antara
organisma ini dan terdapat hubungan antara makan dan dimakan. "Ikan kecil makan udang."

Kata-kata ini dapat dilihat seperti hubungan yang mudah. Walau bagaimanapun, untuk
mengekalkan aktiviti kehidupan biosfera yang besar, seperti hubungan yang mudah adalah
jelas tidak mencukupi. Terdapat keupayaan diri mengawal selia biosfera. Biosfera adalah
keseluruhan yang bersatu.
Biosfera dalam pelbagai organisma, bahan dan aliran tenaga dalam peranan, boleh
dibahagikan kepada: pengeluar, tumbuh-tumbuhan terutamanya hijau, yang boleh
mensintesiskan organik melalui fotosintesis.
Pengguna, terutamanya merujuk kepada haiwan dan manusia. Sesetengah haiwan secara
langsung bergantung kepada tumbuhan untuk hidup, dipanggil pengguna, seperti antelop,
Pengurai, terutamanya merujuk kepada mikroorganisma. Bahan boleh dipecahkan kepada
bahan-bahan organik dan bukan organik. Ketiga-tiga jenis persekitaran biologi dan bukan
organik mereka hidup bersama-sama, membentuk satu ekosistem: pengeluar mengambil
tenaga dari alam sekitar bukan organik, sebatian organik sintetik. Pengeluar dimakan oleh
pengguna, maka berlakulah pemindahan .Akhir sekali, apabila kehidupan organik selepas
kematian, penguraian mereka akan berlaku dan kemudian kembali kepada alam sekitar. Ini
adalah bahan ekosistem yang lengkap dan aliran tenaga. Ini hanya apabila organisma dalam
ekosistem dan alam sekitar berinteraksi sesama organisma. Oleh itu, mana-mana bahagian
ekosistem tidak boleh dimusnahkan, jika tidak, ia akan mengganggu keseluruhan ekosistem itu.
Jenis-jenis sistem biologi ialah ekosistem hutan, ekosistem padang rumput, ekosistem tanah
lembap, ekosistem air tawar, ekosistem pertanian, ekosistem laut, ekosistem bandar.

Ekologi
Ekologi ialah kajian saintifik berkenaan perhubungan antara organisma hidup dengan
persekitaran dan juga perhubungansesama organisma hidup. Ekologi ini merupakan salah satu
prinsip biologi.
Ekologi ini berkait rapat dengan prinsip di dalam teras biologi seperti fisiologi, evolusi, genetik

dan kelakuan. Ekologi inimenerangkan:


1. proses dan adaptasi kehidupan
2. kepadatan dan pengagihan organisma
3. pergerakan tenaga dan bahan-bahan melalui komuniti organisma
4. pembangunan ekosistem dan kaitan dengan populasi kehidupan.

JENIS-JENIS EKOLOGI
Organismal ecology (Ekologi organismal)
Ekologi organismal didefinasikan sebagai kajian terhadap spesis kehidupan secara individu.Ciri
-ciri setiap spesis kehidupan dikaji
Population ecology (Ekologi populasi)
Ekologi populasi merupakan kajian terhadap spesis hidupan secara berkelompok. Ekologi ini
juga mengkaji interaksi organisma-organisma tersebut.
Community ecology (Ekologi Komuniti)
Ekologi komuniti merupakan kajian berkenaan kepadatan,taburan dan lokasi kepelbagaian
spesis. Ekologi komunti juga mengkaji interaksi organisma
organisma yang pelbagai dalam satu persekitaran.

Ecosystem ecology (Ekologi ekosistem)


Ekologi ekosistem mengkaji faktor biotik dan faktor abiotik di dalam satu persekitaran Ekologi ini
juga mengkajiperhubungan antara organisma (komuniti)yang hadir dengan persekitaran yang m
enjadi habitat komuniti tersebut.
Landscape ecology (Ekologi Landskap)
Pengaturan pelbagai ekosistem mengikut kedudukan geografi dikenali sebagai ekologi lanskap
.Perhubungan antara populasi dan ekosistem juga dikaji.
Global ecology (Ekologi Global)
Ekologi Global ini mengkaji persekitaran secara universal. Kajian terhadap laut, darat dan
atmosfera terdapat di dalam
ekologi Global.Segala kehidupan dan interaksi kehidupan ini sama ada sesama organisma lain
mahupun persekitarandikaji.

Biosfera ialah persekitaran organisma hidup yang dibina oleh interaksi atmosfera- lautan, bumi
dan persekitaran permukaan bumi (Bradshaw & Weaver 1992). Menurut Daniel (2006), biosfera
terdiri daripada sistem daratan dan akuatik yang mana sistem akuatik terdiri daripada sistem air
tawar dan marin. Di biosfera inilah berlaku beberapa proses dan antara proses biosfera yang
berlaku dalam ekosistem adalah aliran dan perpindahan tenaga. Aliran dan perpindahan tenaga
berlaku dan wujud dalam rantai makanan atau siratan makanan. Apabila adanya aliran dan
perpindahan tenaga dalam siratan dan rantai makanan, ia akan melibatkan proses memakan
dan di makan serta penguraian dan pereputan organisma. Oleh itu, rantai makanan dan siratan
memainkan peranan penting kerana ia menjelaskan bagaimana aliran dan perpindahan tenaga
boleh berlaku. Peta aliran di bawah menunjukkan bagaimana aliran tenaga berlaku:

Aktiviti yang dilakukan oleh manusia yang menyebabkan kepupusan spesis dalam
Biosfera.
Kepupusan flora dan fauna adalah disebabkan aktiviti-aktiviti manusia. Dalam usaha
mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan
projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering
mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi
dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi
secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kepupusan flora dan fauna.
Flora dan fauna menjadi kian penting kepada semua orang di bumi, tidak kira dimana mereka
tinggal. Kepentingan hutan dan lautan sebagai satu sumber tadahan yang dapat menampung
berbagai jenis penghidupan flora dan fauna .Kawasan hutan dan lautan amat kaya dengan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga yang saling hidup dalam beraneka cara serta
kadangkala berintergrasi antara satu sama lain kerana adanya pertalian pemakanan. Pertalian
dan interaksi antara tumbuh-tumbuhan haiwan dan makanan dinamakan ekosistem. Faktorfaktor ekologikal mempengaruhi pertumbuhan, pembentukkan dan taburan tumbuh-tumbuhan.
Seterusnya ia dapat memberikan gambaran tentang ciri-ciri sesuatu komuniti tumbuh-tumbuhan
dan haiwan di hutan dan lautan.
Aktiviti yang pertama ialah pembalakan haram. Pembalakan haram yang beroperasi
berleluasa adalah faktor utama yang menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Menurut
laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora, di antara 1986 hingga jun 1990 ,
dianggarkan 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang iaitu melebihi 320,000 hektar kawasan
yang dibenarkan. Operasi pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis pokok
yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku
di kawasan perlindungan seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan
haram ini turut memusnahkan hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang tumbang
memusnahkan tumbuhan kecil disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat
tinggal dan secara tidak langsung tumbuhan dan haiwan itu mengalami kepupusan.
Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan
ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.Aktiviti pembalakan
harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah kawasan hutan memerlukan masa selama 40
tahun untuk pulih semula.
Aktiviti yang kedua ialah pembakaran hutan. Pembakaran hutan yang dilakukan secara
terbuka akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang terdapat di kawasan tersebut
akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera.

Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada di sekeliling hutan tersebut akan
pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti
sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti
hidupan flora dan fauna yang berada di sekeliling kawasan tersebut akan mati. Aktiviti pertanian
yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan
yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan. Sikap sesetengah pihak di
negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas
dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama
sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan
menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor
kepupusan flora dan fauna.
Aktiviti

yang

ketiga

ialah

pembukaan

Tanah

Baru.

Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah rancangan oleh
Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan. Pelbagai aktiviti manusia
menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang paling kritikal (dan paling
cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia
dan aktiviti ekonomi. Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan
yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan
pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan
sampah. Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana
penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk
membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang
dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami
kepupusan.
Aktiviti

yang

keempat

ialah

pemburuan

secara

haram.

Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan
satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram
ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak
melalui kegiatan ini. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan
terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan
satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi
terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal
sejumlah yang sedikit sahaja.

Aktiviti

yang

kelima

ialah

aktiviti

perikanan.

Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan
pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan
dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber
ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot,
kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan
akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.
Aktiviti

yang

keenam

ialah

aktiviti

pembangunan

Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas mengancam
hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana
yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu faktor. Hutan terpaksa
dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru dibuka dan
semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan
kemusnahan flora dan fauna. Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan
baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam
bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat
terhadap hutan semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam
tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat
lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.

Gambar 1: Gambar menunjukkan aliran tenaga ekosistem sungai


Isu Dalam Biosfera Akuatik- Sungai
Saya telah menjalankan kajian berdasarkan sungai di tempat saya bertugas iaitu Sungai
Katibas. Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas Sungai Katibas berdasarkan kepada
kejernihan dan kebersihan sungai tersebut. Ekosistem sungai merupakan sebahagian daripada
ekosistem air (ekosistem akuatik) yang berarus yang turut dipanggil sebagai ekosistem Lotik.
Ekosistem sungai mempunyai unsur atau komponen biotik (hidupan) dan abiotik (bukan

hidupan) yang unik dan tersendiri.


Oleh kerana ciri atau sifat air tasik adalah berarus, maka hidupannya juga adalah agak berbeza
dengan ekosistem akuatik yang tidak berarus seperti tasik, terutamanya dari segi bahan
substrat, kadar dan kuantiti penerimaan cahaya matahari dan suhu airnya. Oleh itu, sungai
harus dipelihara dengan baik bagi memastikan komunitinya tidak terjejas. Namun begitu,
seringkali kita dengar masalah mengenai pencemaran sungai yang berlaku disebabkan oleh
manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab. Kesan pencemaran tersebut bukan sahaja
dapat menganggu aliran dan perpindahan tenaga bagi ekosistem tasik, bahkan turut memberi
kesan kepada masyarakat sekeliling terutamanya orang yang menetap di sekitar sungai
tersebut. Disamping itu, pencemaran yang berlaku juga turut menyebabkan air sungai yang
dahulunya jernih menjadi keruh terutamanya selepas hujan lebat di bahagian hulu sungai. Hal
ini boleh menjejaskan hidupan di dalam sungai kerana tidak mendapat sumber cahaya matahari
yang cukup. Gambar di bawah menunjukkan pencemaran sungai yang berlaku.

Gambar 2: Pencemaran Sungai

Gambar 3: Pembuangan sisa dan sampah-sarap di dalam sungai

Air sungai Katibas yang keruh dan berkeladak.

Kepentingan Ekosistem sungai.


Aliran dan perpindahan tenaga dalam ekosistem sungai memberikan kepentingan tertentu.
Yang paling penting adalah aliran dan perpindahan tenaga bagi ekosistem sungai memastikan
kemandirian spesies di kawasan tersebut. Dalam rantai makanan atau siratan makanan, haiwan
sama ada di makan atau memakan pelbagai haiwan lain. Apabila berlaku proses memakan dan
di makan ini, hidupan ekosistem sungai contohnya boleh meneruskan kehidupan. Ini kerana
mereka mendapat bekalan tenaga untuk melakukan proses-proses hidup yang lain. Sekiranya
sumber bekalan tenaga mereka iaitu haiwan yang dimakan terancam, berkurangan atau pupus,
sudah tentu mereka tidak dapat meneruskan kehidupan. Lama-kelamaan hidupan tersebut
akan pupus. Jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya
makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. Ini mengganggu
ekosistem. Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan berubah ia akan
menyebabkan keseimbangan alam terganggu. Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai
hidupan dalam siratan makanan. Contohnya, hidupan sungai seperti ikan dan udang dan
seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang penting untuk
kesihatan manusia. Sekiranya manusia melakukan pencemaran sungai seperti pembuangan
sisa toksik ke kawasan sungai, akan berlakunya kepupusan hidupan sungai. Sungai juga
penting untuk dijadikan kawasan tadahan dan simpanan air. Sungai boleh digunakan untuk
tadahan dan bekalan air. Di Malaysia, sungai digunakan sebagai salah satu tempat untuk
tadahan air. Contohnya, air sungai yang jernih dan kurang pencemaran boleh dijadikan sebagai
air kegunaan harian untuk membasuh pakaian dan juga minuman. Sungai juga
merupakan sumber air utama bagi orang yang mendiami kawasan hulu sungai Katibas
ini. Mereka menggunakan air dari tasik bagi aktiviti domestik seperti mandi, membasuh baju
dan juga sebagai minuman. Mereka juga masih lagi mempunyai kebudayaan atau kepercayaan
yang tersendiri, Mereka mempercayai animisme. Selain itu, mereka juga mempunyai

kepercayaan yang tersendiri yang berkaitan dengan alam semula jadi. Sekiranya hidupan di
sungai tiada, mereka akan kehilangan sumber kehidupan.

pengangkutan utama: Jalan Sungai


Punca Pencemaran Ekosistem sungai.
Kebanyakan punca pencemaran sungai yang menyebabkan kepupusan habitat dan spesies
adalah kerana kegiatan ekonomi. Punca ini penting untuk dikenal pasti kerana aliran dan
perpindahan tenaga dalam biosfera memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan
ekosistem. Antara punca pencemaran yang menjadi penyebab terganggunya aliran dan
perpindahan tenaga bagi hidupan air ialah pembuangan sisa dari kilang ke dalam kawasan
sungai. Perbuatan ini dilakukan bagi melupuskan sisa tanpa melibatkan kos bagi pihak terbabit
tetapi di Sungai Katibas ini punca utama pencemaran sungai adalah pembalakan yang berlaku
di kawasan hulu sungai. Apabila sisa ini dibuang ke dalam tasik, kawasan tersebut sudah tidak
sesuai untuk didiami oleh hidupan akuatik kerana sungai telah tercemar dan airnya terlalu keruh
apabila hujan di hulu sungai Katibas. Ini akan menyebabkan banyak hidupan akuatik yang mati.
Apabila hidupan akuatik mati, kesannya akan mengganggu aliran dan perpindahan tenaga
dalam rantai makanan. Pada masa yang sama, kegiatan pembalakan dan perlombongan pula
menghasilkan kelodak, lumpur, pasir, dan batu kecil yang menyebabkan kandungan oksigen
dalam air semakin kurang lalu memusnahkan kehidupan akuatik. Selain itu,Menebusguna
sungai untuk dijadikan pelbagai tapak pembinaan seperti jambatan dan laluan jalan
pembalakan sebagainya juga memusnahkan ekosistem sungai. Apabila sungai kecil untuk
dijadilan jalan laluan pembalakan ditimbus bermakna memusnahkan terus semua ekosistem di
dalamnya. Habitat sungai berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupannya akan
mati. Pembangunan pertanian dan penternakan juga penyumbang kepada pencemaran

sungai. Penggunaan pelbagai jenis racun serangga seperti DDT dan baja kimia (urea)
menyebabkan sumber-sumber air sungai tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresap
oleh air tanih menuju ke sungai disamping air hujan yang sudah tercemar menjadi hujan asid.
Contohnya dapat dikesan di sungai-sungai di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit
yang berskala komersil.
Kesan-kesan pencemaran sungai
Manusia turut menerima kesan sekiranya isu berkaitan aliran dan perpindahan tenaga dalam
biosfera akuatik berlaku. Hal ini dapat dilihat apabila kegagalan untuk menjaga kebersihan alam
sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita,
misalnya ia akan membantutkan kegiatan-kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada
ataupun yang bakal diterokai. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan riadah di sungai-sungai dan
kawasan pantai . Aliran dan perpindahan tenaga akan terjejas sekiranya rantai makanan bagi
hidupan akuatik sungai terjejas. Sungai juga akan terjejas sekirannya pertumbuhan alga berlaku
dengan banyaknya. Apabila permukaan sungai dilitupi tumbuhan alga yang banyak, ini akan
mengurangkan penembusan cahaya matahari ke laut. Kesannya, kehidupan plankton dan
zooplankton yang menjadi makanan ikan dan hidupan lain akan mati. Ini menjejaskan rantai
makanan dalam sungai. Selain itu, pencemaran air akan menyebabkan air tidak sesuai untuk
diminum dan mengancam nyawa hidupan akuatik sungai. Sektor pertanian merupakan antara
sektor penting di Malaysia. Namun ia memberi kesan yang buruk jika pertanian yang dijalankan
di sekitar sungai tidak mengambil langkah yang selamat. Sisa pertanian seperti baja kimia
(urea) dan racun serangga (makhluk perosak) akan dibawa oleh air larian permukaan atau
dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanih yang akhirnya dialirkan ke dalam sungai yang
berdekatan. Kesannya kualiti air sungai terjejas, nilai pHnya bertambah yang boleh mematikan
pelbagai hidupan di dalamnya seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang terdapat di sekitar
sungai. Rantaian dan siratan makanan dalam sungai juga akan mengalami kemusnahan.

Cadangan Dalam Menyelesaikan Masalah


Dalam memastikan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik terus berlaku,
perkara yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti punca ini dari akar umbinya. Aliran dan

perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik berlaku kerana disebabkan oleh sikap manusia itu
sendiri. Manusia menyebabkan berlakunya pencemaran yang mengganggu ekosistem dan
habitat hidupan akuatik.
Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju pada masa
akan datang masyarakat harus berfikiran ke hadapan untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara setanding dengan negara maju yang ada. Bagi mewujudkan sebuah negara
yang maju ini pelbagai kriteria-kriteria harus diambil untuk mendapat taraf negara yang maju.
Oleh sebab itu, negara harus mengekalkan sumber-sumber tertentu seperti kesuburan tanah,
kepelbagaian sumber alam, kepelbagaian biologi (biodiversiti) dan kualiti udara dan air yang
bersih agar sumber ini dapat dikekalkan. Walaupun dikatakan telah banyak sumber-sumber
telah digunakan, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan menjadi suatu yang penting agar
sumber-sumber ini tidak habis digunakan dan mungkin ada antaranya yang tidak dapat
digunakan lagi dapat difikirkan cara untuk mengurangkan penggunaannya sebagai gantian.
Dalam tempoh RMKe-8, kerajaan telah melaksanakan Pelan Tindakan Kepelbagaian
Biologi di beberapa negeri. Peraturan telah diperkenalkan untuk mengawal akses kepada
sumber genetik dan menangani isu keselamatan biologi yang berkaitan dengan organisma yang
diubah secara genetik. Pelan pengurusan telah dirangka bagi semua kawasan yang dilindungi
untuk menjamin integriti dan menggalakkannya sebagai kawasan pemuliharaan, penyelidikan
dan pelancongan berasaskan ekologi. Habitat kritikal yang memerlukan perlindungan telah
dikenal pasti dan satu pangkalan data biologi negara akan terus diperluaskan untuk menyokong
pelaksanaan Pelan Tindakan Kepelbagaian Biologi.
Wawasan dan hala tuju pemeliharaan kepelbagaian Biologi negara termaktub di dalam
dasar kepelbagaian biologi kebangsaan 1998. Dasar ini merumuskan bimbingan perancangan,
penggunaan dan pengurusan kepelbagaian biologi kita di Malaysia. Ini mencerminkan
komitmen Malaysia terhadap tanggungjawabnya ke atas kedua-dua perjanjian di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa di bawah Perkara 6 Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan
yang berbunyi "untuk memelihara kepelbagaian biologi Malaysia dan untuk memastikan
komponen-komponennya digunakan secara lestari bagi kemajuan dan pembangunan ekonomi
negara yang lestari".
Dasar kepelbagaian biologi kebangsaan merangkumi 15 strategi bagi memastikan
pengurusan Biodiversiti dengan berkesan. Antaranya ialah:
Meningkatkan asas pengetahuan saintifik;
Menambah penggunaan komponen kepelbagaian biologi secara lestari;
Menubuhkan pusat kecemerlangan tentang penyelidikan perindustrian

kepelbagaian biologi tropika;


Memperkukuh rangka institusi bagi pengurusan kepelbagaian biologi.
Memperkukuh dan mengintegrasikan program pemuliharaan;

dalam

Menginterasi pertimbangan kepelbagaian biologi ke dalam strategi perancangan sektor;


Meningkatkan kemahiran, keupayaan dan kecekapan;
Menggalakkan penyertaan sektor swasta;
Mengkaji semula perundangan untuk menggambarkan keperluan kepelbagaian biologi;
Meminimumkan kesan aktiviti manusia terhadap kepelbagaian biologi;
Mewujudkan dasar, peratuan, undang-undang dan keupayaan berdasarkan

biokeselamatan;
Meningkatkan kesedaran institusi dan kesedaran awam;
Menggalakkan kerjasama dan usahasama antarabangsa;
Pertukaran maklumat; dan
Menentukan mekanisma pembiayaan.
Keberkesanan serta kejayaan pencapaian wawasan, objektif dasar kepelbagaian biologi

kebangsaan dan pelaksanaannya memerlukan: kesedaran tanggungjawab pemuliharaan dan


penggunaan secara mapan oleh rakyat Malaysia di semua peringkat; dan rakan kongsi yang
kreatif di antara para pemegang amanah warisan semulajadi yang berkaitan seperti Kerajaan,
sektor swasta, institusi-institusi penyelidikan, badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat
umum untuk mengekalkan kekayaan warisan semulajadi Malaysia untuk generasi akan datang.

REFLEKSI KENDIRI
Nama: Reynold Anak Gibson Kunding
Pengajian: Sains 2
No Kad Pengenalan: 790620-13-5037
Refleksi sewaktu bertindak
Kami telah diberikan tugasan yang perlu disiapkan. Tugasan ini agak mencabar kerana
memerlukan kami mencari maklumat tentang tajuk yang telah diberikan kepada kami. Tugasan
sangat berguna untuk meningkatkan kemahiran seorang guru dalam mendalami ilmu yang
berkualiti untuk disemai di kalangan murid-murid. Selain daripada itu juga kami juga ditugaskan
untuk mencari maklumat dan sumber rujukan yang bersesuaian dengan tajuk tugasan. Apabila
kami diberikan tugasan ini, saya banyak bertanya dengan rakan setugas di sekolah dan

berbincang mengenai tajuk tugasan agar tugasan ini dapat disiapkan tanpa ada sebarang
kesulitan. Masa untuk saya dan rakan saya berbincang, kami banyak bertukar pendapat
tentang tajuk yang telah di. berikan. Tugasan ini juga berguna kepada saya kerana memberikan
pengetahuan yang baru serta berguna kepada saya sebagai seorang guru. Tugasan yang
diberikan ini berguna kepada seorang guru iaitu memberikan peluang untuk saya memperbaiki
diri saya agar menjadi seorang pendidik yang berguna kepada Negara. Tugasan ini juga
berguna dalam membentuk sahsiah guru dan murid yang berguna kepada masyarakat di masa
hadapan.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya meneliti tajuk tugasan yang telah diberikan
untuk memudahkan pemahaman saya. Ini dapat memudahkan saya menyiapkan tugasan ini
sebaik yang mungkin.
Selain itu juga, sebagai seorang pelajar Pendidikan Jarak Jauh PPG ini, saya
memperbaiki diri saya dengan pengurusan masa yang bijak dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan. Ini kerana kekangan tugas di sekolah memaksa saya menyesuaikan diri agar
tugasan ini dapat disiapkan dengan baik tanpa menganggu tugas saya sebagai seorang guru di
sekolah.

Refleksi mengenai tindakan.


Kelemahan di dalam

membahagikan

masa

dalam

menyiapkan

tugasan

ini

menyebabkan saya mengalami kesukaran menyiapkan tugasan ini walaupun masa yang
diberikan agak panjang. Antara yang menjadi penghalang adalah kekangan tugas di sekolah
terutamanya dengan aktiviti untuk UPSR yang akan datang. Kelas Bimbingan Tahun 6 dan
tugas- tugas yang lain pula menyebabkan kekurangan masa dalam menyiapkan tugasan ini.
Dari segi rujukan pula, kedudukan sekolah di pedalaman menyebabkan saya tidak mempunyai
masa untuk membuat rujukan terutamanya di perpustakaan awam. Rujukan ini amat berguna
dalam menyiapkan tugasan ini. Pada hujung minggu, saya tidak berkesempatan membuat
rujukan di perpustakaan kerana kelas tambahan yang diadakan semasa hujung minggu untuk
tahun 6. Saya hanya bergantung kepada sumber internet tetapi ini berkesudahan dengan
kesulitan kerana capaian internet yang perlahan di sekolah.
Namun begitu saya dapat mengatasi semua masalah dan dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Ini memberikan saya pengalaman berharga yang amat berguna kepada kami
sebagai warga pendidik yang Berjaya.
Cadangan penambahbaikan:

Saya perlu membahagikan masa dengan baik untuk menyiapkan tugasan ini
terutamanya untuk tugasan yang akan datang. Kelemahan untuk membahagikan masa ini perlu
diatasi akan tidak berulang pada masa yang akan datang. Saya juga sepatutnya membuat
persediaan awal dalam merancang mencari bahan rujukan agar bahan rujukan untuk membuat
tugasan tidak terhad semata-mata kepada bahan-bahan rujukan yang terdapat di internet
sahaja.
Selain itu, kami juga perlu berhati-hati dalam merancang mencari maklumat agar
maklumat yang didapati tidak terhad.
Saya juga hendaklah bersedia dalam menambah ilmu untuk memperbaiki diri sendiri
setiap masa. Ini agak penting bagi masa depan serta memastikan diri sentiasa bersedia dengan
perubahan. Selain itu, tugasan sebegini dapat memberikan kesedaran kepada saya tentang
tugas-tugas saya terhadap murid-murid, masyarakat dan negara di samping memberikan
kepuasan dan keseronokan kepada diri sendiri.

Bibliografi.

Ellyza Karim, Azizah Ngah Tasir (2013). HBSC 3103 Biology II : Continuity of Life. Open
University Malaysia. Kuala Lumpur.

Federal Chambers Junior KBSM Dictionary (2001). Federal Publications CHAMBERS.


Selangor Darul Ehsan.

http://hairilhazlan.com/2011/10/13/apa-itu-biodiversiti/
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/05/biodiversiti-kepentingan-fungsi.html

http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2012/07/malaysia-mengekalkan-kesuburan-tanah.html
http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/0/08ab735a3d0d6dbc482571110010
d39f?OpenDocument
http://www.nre.gov.my/Malay/Biodiversiti/Pages/biodiversiti2.aspx
http://www.sabah.gov.my/press/docs/1998000428.htm
http://mohdkdir.blogspot.com/2009/09/pendidikan-alam-sekitar.html
http://goaypastpm.wordpress.com/2011/11/17/karangan-biodiversiti/
http://ilove-geography.blogspot.com/p/aktiviti-aktiviti-manusia-yang.html
http://sainsk6.wordpress.com/about/

Anda mungkin juga menyukai