Anda di halaman 1dari 4

TUTORIAL GISC M5

AHLI KUMPULAN : JIA YENG, NADIA, SOFIYAH, THANUSHA, PURUSOTHAMAN.

1. Terangkan kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

Terdapat banyak kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Antaranya


pemeliharaan alam sekitar dapat membekalan udara yang segar. Hal ini dapat
memberikan ketenangan jiwa dan keceriaan kepada masyarakat. Pembekalan
udara yang segara dapat mengelakkan manusia daripada menghidap penyakit
yang berbahaya. Pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya
pencemaran udara berlaku. Jika udara yang dihidu oleh manusia tercemar,
sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam
peparu manusia. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida
kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan
oksigen.

Seterusnya, dengan memelihara alam sekitar, ekosistem menjadi stabil. Hal ini
dikatakan demikian kerana ekosistem yang stabil sangat penting kepada
manusia, alam sekitar dan bumi. Isu pemanasan global, kenaikan paras air laut
dan pencemaran merupakan isu yang timbul sejak dua tiga dekad kebelakangan
ini. Perindustrian yang dicipta oleh manusia menyebabkan ekosistem yang
memelihara fungsi bumi terganggu. Pelepasan karbon monoksida daripada
kilang-kilang perindustrian menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon dan
kesan rumah hijau.

Kepentingan pemeliharaan alam sekitar adalah untuk mengelakkan flora dan


fauna daripada pupus. Hal ini dikatakan demikian kerana, alam sekitar
merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan
peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai
rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna merupakan
biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan
pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri.
Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi.

Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar


manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar. Pencemaran air
seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya
akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan
menjadi kotor dan beracun serta tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung,
manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang
membawa mudarat kepada kita.

Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk


kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal,
jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca
semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan perlu dipelihara bagi
mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global.
Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan
aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan
rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan
bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan
terjamin.
2. Isu alam sekitar di Malaysia : Isu dan usaha membanteras.

Terdapat banyak isu alam sekitar yang berlaku di Malaysia. Antaranya ialah isu
pencemaran sungai sepertimana yang berlaku di Sungai Kim Kim Pasir Gudang,
Johor. Pencemaran sungai ini terjadi ekoran daripada pihak yang tidak
bertanggungjawab melepaskan sisa toksik kilang ke dalam sungai sehingga
menyebabkan timbulnya tompokan minyak yang berbau busuk. Pencemaran sungai
ini telah menimbulkan pelbagai kesan buruk, bukan sahaja kepada alam sekitar
malah kepada penduduk sekitar. Isu ini boleh diatasi dengan cara mengetatkan lagi
penguatkuasaan undang-undang dan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada
mana-mana individu atau kilang yang didapati membuang sisa toksik secara haram
ke dalam sungai seperti menggantung lesen operasi perniagaan dan mengenakan
denda yang tinggi kepada mereka.

Selain itu, antara isu alam sekitar yang lain ialah penebangan hutan sepertimana
yang berlaku di hutan simpan Pahang dan hutan simpan Kledang Sayong di Perak.
Kesan daripada penebangan hutan ini telah menyebabkan kematian haiwan di
hutan dan juga pemanasan global oleh kerana hasil hutan telah dicerobohi. Untuk
membanteras masalah ini, pihak kerajaan dan pihak NGO swasta serta Pertubuhan
Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) boleh membuat pemantauan secara
lebih kerap di hutan dengan cara mengawal aktiviti keluar masuk jentera-jentera ke
dalam hutan. Mereka juga boleh mengenakan tindakan seperti merampas atau
mengenakan denda kepada mana-mana pihak yang didapati membuat penebangan
hutan secara haram di hutan simpan milik kerajaan.

Akhir sekali, pencemaran bunyi merupakan penghasilan bunyi yang kuat dan
bising daripada mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau
keseimbangan kehidupan lain. Kebanyakan sumber pencemaran ini berlaku di luar
rumah seperti sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal
terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang tidak tersusun telah
menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan perumahan
yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan
perumahan. Punca yang lain bagi pencemaran bunyi di dalam dan di luar rumah
adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat,
mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyelenggaraan laman,
perkakasan bermotor, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang
bising. Untuk membanteras masalah ini, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan
undang-undang untuk mengurangkan pencemaran bunyi di tempat-tempat perumahan.
Selain itu, pemilih rumah boleh buat penebat bunyi terutamanya di dalam bilik tidur
supaya boleh tidur dengan lebih selesa tanpa gangguan bunyi.

Anda mungkin juga menyukai