Anda di halaman 1dari 16

FAEDAH MENJAGA ALAM SEKITAR

 Assalamualaikum…..

 Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang
wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian
daripadanya.
 Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada
kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-
sumber semulajadi di muka bumi ini.
 Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia.
Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung
sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan
ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan
dan hidupan di lautan.
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian
kita.
• Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang
selesa dan menyamankan. D
• Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti
pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
• Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama.
• Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang
sihat dan sejahtera.
Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita.
 Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang
segar.
 Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk
kesihatan.
 Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan
menghijau.
 Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan
membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
 Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati
keselesaan.
Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana….
Seterusnya, cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu
dapat dielakkan apabila alam sekitar tidak tercemar dan membolehkan kita
menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik.
 Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa.
 Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan
kesihatan kita.
 Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.
Selain itu, penanaman pokok-pokok secara terancang dan teratur dari
semasa ke Semasa menjamin kualiti alam sekitar yang baik.
 Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana
persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk
menstabilkan suhu persekitaran.
 Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan
pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.
 Akhirnya, pemanasan global dapat dikawal dan akan dapat
menstabilkan ekosistem persekitaran.
 Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat
membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan
tanah dan banjir.
 Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk kelangsungan hidup flora dan
fauna.
 Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem.
Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu
menjamin sumber air.
 Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan
hujan. Kehadiran kawasan hutan tadahan hujan akan menakung air hujan
secara semula jadi dalam kuantiti yang besar.
 Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan
yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai.
 Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke
sungai untuk meneruskan peredaran air.
 Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan
persendirian mahupun industri.
Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara
manusia atau sesama haiwan sendiri.

 Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam


semulajadi.
 Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca
menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan
seterusnya memberi kesan kepada fauna.
 Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan
kepupusan.
Hadirin yang saya hormati sekalian….
Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di
empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih.
 Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai
suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan
pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang
memusnahkan alam.
 Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi
manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.
 
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk
mengelakkan kepupusan flora dan fauna. 
 Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. 
 Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi
dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan
biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan.
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh
Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat
meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan
sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses
fotosintesis.
 Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang.
 Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok
hutan tersebut.
 Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam
sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang
cukup.
Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang
mampu membawa penyakit.
 Persekitaran yang bersih dapat menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus
daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria,
deman denggi, taun dan hawar.
 Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vektor-vektor
penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.
  Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat
mengancam nyawa manusia.
 Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang
berbahaya.
 Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang
membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan
kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah.
 Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.
Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi
negara kita.
 Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan
dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita.
 Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan
negara melalui pertukaran wang asing.
 Dalam jangka panjang, pertumbuhan ekonomi juga akan meningkat.
 Melalui aktiviti itu peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara
tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara
kita. 
 Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup
penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab
masyarakat.
Hadirin sekalian…

Pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan


sumber makanan, sumber kesihatan untuk  menghasilkan ubat-ubatan.
 Tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti
herba untuk pesakit.
 Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat
dan air terpelihara.
 Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan
kedamaian di samping udara yang bersih.
 Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling
membantu dalam memelihara alam sekitar supaya  kebersihan alam
sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.
Kesimpulannya,
 kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang
masih ada pada hari ini. 
 Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti
kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar,
bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.
 Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan
penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. 
 Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap
generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan
supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.
 
Sebelum saya mengundurkan diri……dengarkan sajak ini
hasil nukilan Razieman Mat dari Jabatan Air dan Saliran
Sarawak.
Sekian terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai