Anda di halaman 1dari 2

PEMULIHAN EKOSISTEM

Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda hidup dan benda
bukan hidup. Ekosistem juga merupakan sumber kehidupan yang penting untuk
manusia dan haiwan.

Salah satu langkah penting dalam menjaga atau memelihara ekosistem adalah,
menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu tenaga yang dijana
daripada sumber semula jadi seperti cahaya matahari, ombak dan geoterma. Contoh
penggunaan sumber cahaya matahari adalah melalui tenaga solar. Panel solar yang
terdapat di atas kediaman boleh menjimatkan kos penggunaan elektrik. Kita juga
boleh mengamalkan amalan gaya hidup melalui konsep 3R iaitu ‘reuse’, ‘reduce’ dan
‘recycle’. Aktiviti penanaman pokok juga dapat memelihara ekosistem. Alam sekitar
yang hijau dapat memberikan udara yang nyaman dan segar kepada manusia.
Kaedah seterusnya adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.
Contohnya penggunaan baja organik dalam pertanian. Ia digalakkan kerana tiada
bahan kimia dalam hasil tanian tersebut.

Ekosistem mempunyai peranan penting dalam kehiduan kita. Antara kepentingan


ekosistem, ia dapat menyumbang sumber makanan kepada manusia, haiwan juga
tumbuhan. Ekosistem dapat membekalkan herba seperti tongkat ali dan kacip fatimah
yang mempunyai nilai ubat-ubatan. Ia juga menyumbangkan bahan mentah
perindustrian contohnya rotan, atap, dan buah-buahan. Ekosistem dapat memajukan
negara dengan memberi sumber ekonomi seperti balak, rotan dan cerucuk yang dapat
dijual.
Sekiranya kita tidak memelihara ekosistem, ia akan mengakibatkan bencana alam.
Contohnya banjir, tsunami, cuaca panas melampau, tanah runtuh dan sebagainya. Ia
akan memberikan kesan buruk kepada ekosistem. Pembalakan juga boleh
menyebabkan habitat haiwan menjadi terancam dan pupus. Pemanasan global yang
disebabkan oleh kekurangan zon hijau memberi kesan buruk kepada warga manusia,
haiwan dan tumbuhan. Tumbuhan boleh menjadi musnah dan kering kontang jika
cuaca semakin panas.

Tuntasnya, pemeliharaan ekosistem perlu kita titipkan di dalam diri. Selagi minda
masyarakat tidak berubah, selagi itu bencana alam dan sebagainya tidak dapat
diatasi. Setiap pihak berperanan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Syukurilah nikmat alam yang telah diberi oleh tuhan.

Anda mungkin juga menyukai