Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi
di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu
suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia,
aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di
negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan
semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat
dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih
membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya
amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan
tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan
membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar
yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan
kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga,
orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan
terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan
menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan
manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat
berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan
menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap
dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik
ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk
meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan
persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk
penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini
membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat
mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan
arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah
tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan
flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya
memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara
satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora
merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama
haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam
semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi
panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan
terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan
Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera
kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida
dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah
ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan
tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang
baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang
kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia.
Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain
itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman
akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas
seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah
penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara
kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara
atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita
dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka
panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan
juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran
di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,
penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih
ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam
sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen

kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media
dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan,
kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam
sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya
pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah
mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat
tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan
hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa
dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit
sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di
negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih
merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar
dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati
keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas
dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita
menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan
nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang
boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan
dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke
semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang
sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan
karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan
dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan
banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu
membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan
tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman
denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh

vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat
dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam
keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti
nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita
dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang
bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup
bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih
kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga.
Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan
tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana
kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan
manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan
air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan
adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar
yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan
sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan
dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat
menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut
seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku.
Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk
pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air
terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara.
Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik
perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan
meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan
ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor
perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada
masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber
makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai
sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua
lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam
sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

Anda mungkin juga menyukai