Anda di halaman 1dari 2

PERANAN IBU BAPA MENGGALAKKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini
demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada
masyarakat dan negara kita. Walau bagaimanapun, ada sehelintir ibu bapa yang
tidak memberi galakkan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum dan hanya
menumpukan sepenuh perhatian dalam pencapaian akademik sahaja.Anggapan
sebegini adalah salah kerana aktiviti kokurikulum banyak memberikan impak
positif kepada pelajar untuk cemerlang dibidang akademik dan kokurikulum.
Sekiranya ibu bapa memberikan galakkan adn sokongan moral, sudah pasti
matlamat untuk memajukan sukan di negara ini lebih mudah tercapai seperti kata
pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, negara kita
akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayan atlet di
bidang sukan.
Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan
galakkan seperti membelikan peralatan sukan. Sekiranya anak-anak memilih
peralatan sukan yang lengkap an sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat
untuk bersukan. Contohnya, ibu bapa perlulah membelikan baju, kasut, peralatan
sukan seperti raket atau kayu hoki dan sebagainya yang diperlukan oleh anak
mereka. Janganlah disediakan dengan peralatan yang ala kadar sahaja seperti
melepaskan batuk di tangga. Dengan hal demikian, minat anak-anak dalam bidang
sukan dapat dikembangkan seterusnya mereka akan berlatih bersungguh-sungguh
untuk meningkatkan prestai serta melakar kemenangan yang boleh mengharumkan
nama ibu bapa, sekolah, negeri dan juga negara.
Ibu bapa juga berperanan untuk menasehati anak-anak supaya mereka bergiat
cergas dalam kegiatan sukan boleh membentuk anak-anak yang sihat dan cergas.
Di samping itu, anak-anak yang mempunyai bakat yang besar dan mempunyai
potensi untuk maju bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta
kejayaan yang lebih cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari
bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara
dipersada dunia. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah kalau kita
hendak menjadikan anak-anak kita berjaya di bidang sukan, galakkan mereka
untuk menceburinya dari sejak kecil lagi.
Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar
anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan dijalankan. Dengan cara itu,
anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam sukan. Mereka
juga boleh menemani dan menyaksikan sendiri anak-anak mereka berlatih atau
bertanding. Dengan adanya dorongan dan sokongandari ibu bapa sudah tentulah
akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak mereka dalam
usaha untuk mencipta kejayaan.
Belikan juga anak-anak majalah sukan, atau video yang berkaitan dengan sukan
yang diceburi supaya anak-anak boleh meningkatkan lagi pengetahuan dalam
sukan yang diceburinya. Selain itu, kisah-kisah kejayaan ahli-ahli sukan idola

mereka yang dipaparkan di majalah-majalah boleh dijadikan pembakar semangat


untuk mmereka berusaha dengan lebih gigih.
Sebagai kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak
menceburi bidang sukan amat besar sekali. Hal ini demikian kerana, galakkan dan
dorongan ibu bapa adalah perangsang utama untuk anak-anak berjaya dalam apa
bidang sekalipun. Sehubungan itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran dan
kefahaman kepentingan anak-anak mereka menceburi bidang sukan supaya negara
dapat melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan di peringkat dunia. Tidak dinafikan
kejayaan dibidang akademik amat penting, tetapi ianya harus diseimbangkan
dengan kejayaan dibidang kokurikulum juga terutamanya sukan. Yang bulat tak
akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang, begitu juga
dengan sukan, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang keras dan paling
penting galakkan dan dorongan ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai