Anda di halaman 1dari 1

Faktor-faktor remaja kurang minat membaca

Kebanyakan remaja di negara kita kurang minat membaca. Mereka lebih suka berkunjung ke kafe siber, menonton televisyen, melayari Internet, dan sebagainya. Terdapat beberapa faktor yang berlakunya kejadian ini.

Antara faktor utama ialah kelalaian ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Mereka tidak gemar membaca dan tidak pula menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak agar rajin membaca. Lantaran, anak-anak juga tidak suka membaca apatah lagi apabila dewasa.

Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Lazimnya, guru-guru di sekolah lebih mementingkan pencapaian akademik para pelajar. Oleh itu, pelajar-pelajar hanya akan membaca sekadar untuk lulus dalam peperiksaan dan tidak lebih daripada itu.

Di samping itu, pengaruh persekitaran dan rakan sebaya juga mempengaruhi minat membaca dalam kalangan remaja. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Jika rakan sebaya mereka menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, mereka turut akan terikut-ikut perbuatan rakan-rakannya. Lamakelamaan, remaja akan hilang minat membaca.

Pendek kata, ibu bapa harus memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita harus banyak membaca kerana membaca jambatan ilmu.

Anda mungkin juga menyukai