Anda di halaman 1dari 2

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita.

Hal ini
demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada
masyarakat dan negara kita. Walau bagaimanapun, ada sehelintir ibu bapa yang
tidak memberi galakkan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum dan hanya
menumpukan sepenuh perhatian dalam pencapaian akademik sahaja.Anggapan
sebegini adalah salah kerana aktiviti kokurikulum banyak memberikan impak positif
kepada pelajar untuk cemerlang dibidang akademik dan kokurikulum. Sekiranya ibu
bapa memberikan galakkan adn sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk
memajukan sukan di negara ini lebih mudah tercapai seperti kata pepatah di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, negara kita akan dikenali dan
digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayan atlet di bidang sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan
memberikan galakkan seperti membelikan peralatan sukan. Sekiranya anak-anak
memilih peralatan sukan yang lengkap an sesuai sudah pastilah mereka lebih
bersemangat untuk bersukan. Contohnya, ibu bapa perlulah membelikan baju,
kasut, peralatan sukan seperti raket atau kayu hoki dan sebagainya yang diperlukan
oleh anak mereka. Janganlah disediakan dengan peralatan yang ala kadar sahaja
seperti melepaskan batuk di tangga. Dengan hal demikian, minat anak-anak dalam
bidang sukan dapat dikembangkan seterusnya mereka akan berlatih bersungguhsungguh untuk meningkatkan prestai serta melakar kemenangan yang boleh
mengharumkan nama ibu bapa, sekolah, negeri dan juga negara.

Ibu bapa juga berperanan untuk menasehati anak-anak supaya mereka


bergiat cergas dalam kegiatan sukan boleh membentuk anak-anak yang sihat dan
cergas. Di samping itu, anak-anak yang mempunyai bakat yang besar dan
mempunyai potensi untuk maju bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk
mencipta kejayaan yang lebih cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah
dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan
nama negara dipersada dunia. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah
kalau kita hendak menjadikan anak-anak kita berjaya di bidang sukan, galakkan
mereka untuk menceburinya dari sejak kecil lagi.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan


menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan dijalankan.
Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam
sukan. Mereka juga boleh menemani dan menyaksikan sendiri anak-anak mereka
berlatih atau bertanding. Dengan adanya dorongan dan sokongandari ibu bapa
sudah tentulah akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak
mereka dalam usaha untuk mencipta kejayaan.

Belikan juga anak-anak majalah sukan, atau video yang berkaitan dengan
sukan yang diceburi supaya anak-anak boleh meningkatkan lagi pengetahuan
dalam sukan yang diceburinya. Selain itu, kisah-kisah kejayaan ahli-ahli sukan idola
mereka yang dipaparkan di majalah-majalah boleh dijadikan pembakar semangat
untuk mmereka berusaha dengan lebih gigih.

Sebagai kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak


menceburi bidang sukan amat besar sekali. Hal ini demikian kerana, galakkan dan
dorongan ibu bapa adalah perangsang utama untuk anak-anak berjaya dalam apa
bidang sekalipun. Sehubungan itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran dan
kefahaman kepentingan anak-anak mereka menceburi bidang sukan supaya negara
dapat melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan di peringkat dunia. Tidak dinafikan
kejayaan dibidang akademik amat penting, tetapi ianya harus diseimbangkan
dengan kejayaan dibidang kokurikulum juga terutamanya sukan. Yang bulat tak
akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang, begitu juga
dengan sukan, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang keras dan paling
penting galakkan dan dorongan ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai